Wednesday, June 2, 2010

~ Rahsia Warna Hijau ~

Edit Posted by with No comments

Rahsia Warna Hijau

Warna hijau ni adalah warna kegemaran arwah abah aku. Ingat lagi masa kami kecil-kecil baju raya langsir rumah, alas meja, sarung kusyen semua abah nak warna hijau. Kata abah hijau tu lambang Islam dan kata abah lagi kalau dia tengok warna hijau hati dia akan terasa tenang je. Tadi aku ada terbaca satu buku tu, dia bagi sikit info rahsia warna hijau ni.

Warna hijau sesuai diterapkan pada majlis meditasi, kerana ia memberi kesan tenang dan nyaman.
Di kamar mandi warna hijau ,enimbulkan perasaan nyaman dan cintakan alam.Memandangkan warna hijau ini mampu mengembalikan energi dan menghilangkan tekanan.
Hijau juga mampu menyingkap keseimbangan yang harmoni, menyejukkan perasaan dan menghilangkan sakit kepala. Ia sesuai dijadikan warna dasar di kamar beradu.

0 comments: