Friday, August 26, 2011

Lawatan Kerja Ketua Pengarah AADK Malaysia Part 2 .:

Edit Posted by with No comments
ni le gambar corat coret sepanjang lawatan Ketua Pengarah AADK Malaysia..

sempat kami bergambar dengan Timbalan Pengarah Negeri JOhor..

huhu.. wajah2 kesayangan bonda ni tau


Kedatangan Puan Sri sangat mengharukan kami semua..

Puan Sri sangat baik..

terharu sangat kami semua..


Puan Sri singgah melihat program kami..







Puan Sri melawat asrama residen..



Puan Sri melawat tapak Pusat Serenti Kota Tinggi







Walaupun cuaca masa tu panas tapi Puan Sri tetap tersenyum semasa mengadakan lawatam







antara yang terlibat menjayakan program pada hari tersebut





segala penat lelah kami berakhir dengan senyuman..

semoga Puan Sri akan sudi datang lagi ke Kota Tinggi..



Buat semua yang telah bersama-sama menjayakan majlis ni..

Tahniah buat korang...

korang semua memang best..
























Friday, August 19, 2011

:. Lawatan Kerja Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohamed ke AADK Kota Tinggi Part 1 .:

Edit Posted by with No comments

hari ini dalam sejarah

kami di AADK Kota Tinggi

menerima kedatangan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Puan Sri Dato' Zubaidah Binti Hj Mohamed.

Kami semua sangat berbangga Puan Sri sanggup datang melawat pejabat kami di AADK Kota Tinggi setelah pulang dari melawat tapak Pusat Serenti Perani Kota Tinggi.

Walaupun tak dapat lama bersama Puan Sri dan rombonga namun aku dapat rasakan beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, penyayang dan yang paling kami semua suka beliau sentiasa tersenyum. Walaupun cuaca tengah hari tadi agak panas dan ditambah lagi dengan bulan puasa.. namun senyuman tidak pernah lekang di bibir beliau.



Terima kasih jugak kepada Puan Zahariah, Cik Khoo dan Cik Salina yang turut hadir bersama Puan Sri.

Semoga Puan Sri dan rombongan akan datang singgah lagi ke teratak kami di AADK Kota Tinggi.





p/s : lepas ni sis akan masukkan lagi gambar-gambar kenangan sepanjang lawatan ini diadakan.




:. Lawatan Kerja Puan Sri Dato' Zubaidah Binti Hj Mohamed ke AADK Kota Tinggi Part 1 .:

Edit Posted by with No comments
hari ini dalam sejarah
kami di AADK Kota Tinggi
menerima kedatangan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Puan Sri Dato' Zubaidah Binti Hj Mohamed.
Kami semua sangat berbangga Puan Sri sanggup datang melawat pejabat kami di AADK Kota Tinggi setelah pulang dari melawat tapak Pusat Serenti Perani Kota Tinggi.
Walaupun tak dapat lama bersama Puan Sri dan rombonga namun aku dapat rasakan beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, penyayang dan yang paling kami semua suka beliau sentiasa tersenyum. Walaupun cuaca tengah hari tadi agak panas dan dotambah lagi dengan bulan puasa.. namun senyuman tidak pernah lekang di bibir beliau.

Terima kasih jugak Puan Zahariah, Cik Khoo dan Cik Salina yang turut hadir bersama Puan Sri.
Semoga Puan Sri dan rombongan akan datang singgah lagi ke teratak kami di AADK Kota Tinggi.


p/s : lepas ni sis akan masukkan lagi gambar-gambar kenangan sepanjang lawatan ini diadakan.


Monday, August 15, 2011

:. Negeri JOhor x dak bonus ke? .:

Edit Posted by with No comments

Banyak kerajaan negeri bagi bonus...
Negeri Johor agak2 ada tak?
x dak dengar bunyik pun kan?..
kalau x da x perlah..
kalau ade tu syukurlah..
amin..

:. Video Tutorial Bunga Felt Yang Cute .:

Edit Posted by with No comments

Hye.. kawan-kawan... new video sis dapat dari youtube..
so cool... so easy... everybody can try.. tak percaya? meh tengok sama2 video ni..
tuk Malina n Denim Craft yang baru nk belajar tu video ni dedikasi tuk kamu berdua yer..
selamat mencuba... muaacsss!

Saturday, August 13, 2011

:. Hampeh Betul! .:

Edit Posted by with 2 comments

Selamat berbuka kawan-kawan..
hari ni buka puasa kami sekeluarga sederhana sahaja..
x de nak bermewah-mewah..
ade le kuih 2 jenis...
( hubby beli kat bazar bukan i buat yer)
dengan ayam percik..
simple jer..

pose hari ni menduga iman betul...
ade saje yang nak buat aku marah dan berangin..
terasa hati dengan sikap sesetengah peniaga di Fb
yang zahirnya sama2 cari makan..
tapi bila barang yang dia jual mahal aku jual murah..
x puas hati le plak dia..
heran betul aku..
selama ni aku x pernah kaco pun bisnes dia..
apatah lagi nak selak2 album2 dia dlm fb tu..
keje aku.. publish brg aku..
ambik order n layan customer..

selalu jgk dia tanya aku mcm2 pasal harga dan ape2 je lah..
walhal x beli pun.. aku tau dia sengaja nk tgk market aku..
aku tk kisah pun.. sebab aku layan semua org sama jer..
x salah berkongsi idea dan pendapat..
tapi yg buat aku sedih bila aku jual brg murah dia duk perli2 plak..
huhuhu.. naseb bek aku ni malas sgt nk ajak gaduh..
biarlah dia..

ade jgk yg suggest kan td.. block je lah fb dia..
hehhee insya Allah.. kalau tahap kesabaran dah hilang tu le yg aku buat kot..
hehehe

hamboie...
baru lepas berbuka dah marah2..
namo.. namo... namo...

selamat berbuka kawan2..!!

Wednesday, August 10, 2011

:. Aku Dan Puasa Dan Pengakuan Berani Mati .:

Edit Posted by with 1 comment
Ramadhan bulan yang dinantikan oleh semua orang muslim..
termasuk aku jugak..
tapi datangnya Ramadhan buatkan aku teringat dengan kenangan-kenangan manis waktu berpose masa zaman kanak-kanak dulu...

Kerinduan pada arwah mak.abah dan nenek semakin membuak-buak setiap kali menyambut ramadhan..
rindu masakan mak dan nenek..
rindukan lepat arwah abah..
rindu sangat..

mak dan nenek adalah orang paling sibuk di rumah..
tiap hari memikirkan apa juadah untuk kami sekeluarga....
tiap hari jugak ade je juadah istimewa buat kami...
abah plak sibuk ke bazar beli kuih muih..
abah selalu x lupa kuih lopis kegemaran ku..

kalau x kuat nak je meraung-raung setiap kali ramadhan..
sebab tu malas nk update blog masa bulan ramadhan ni..
air mata mesti bergenang je kat mata..

Zaman kanak-kanak berpose aku memang nakal..
hehehe
selalu je aku seludup makanan ke dalam bilik...
makan kenyang2 tutup pintu hehhee
nanti time orang berbuka... aku pun sibuk berbuka..
(pengakuan berani mati ni...)

huhuhu... i miss u mak.. abah... nenek..
miss u so much..
rindu kan mee hailam mak..
sampai skrg aku tak makan mee hailam.. sebab aku selalu teringat mee hailam mak..
aku jugak rindu rendang daging nenek.. paling special tak leh dpt kat mana-mana lepat arwah abah... Ya Allah kuatkanlah hatiku... kuatkanlah hati adik-adikku..
kami bersyukur kerana kami masih dapat berenam.. kami masih dapat bersama atuk tercinta..
kami bersyukur kerna ikatan antara kami masih utuh walaupun abah,mak dan nenek dah tak de lagi di dunia ini..

Al-fatihah buat arwah abah,mak dan nenek..
amin...



Tuesday, August 9, 2011

:. BROOCH FELT COMEY .:

Edit Posted by with No comments
Ni yang terbaru noie buat..
atas permintaan beberapa rakan..
yg ni murah je dear oi!
1pcs rm3
kalau beli sepeket rm25 ade 12pcs

leh campur2 dua jenis ni :)
nak order meh pi Fb Sis noie Craft k!!




Friday, August 5, 2011

: T Shirt FElt Lagi! .:

Edit Posted by with 3 comments
Tshirt comey ini adalah order dari seorang kawan dari facebook

dah siap-siap nak hantar baru perasan yang terlupa dua keychain dia..

huhuhu sorry..





yang ni untuk Aisyah yer!

dia req nak cupcake..








Iyad punyer nak ade penguin..

(penguin bibir seksi tu)








yang ni sis paling suka..

cute lebah n bunga tu..

khas untuk Zhareef..


ade lagi order yang tertunggak..

harap bersabar yer :)



















t













Thursday, August 4, 2011

:. Program Shields DI AKLI Kota Tinggi .:

Edit Posted by with No comments
Program Sheilds bersama pelajar dari sekolah2 di kawasan berisiko,

berjalan selama 3 hari iaitu pads 26,27 dan 28 Julai 2011..

dihadiri oleh 40 orang pelajar dari 5 buah sekolah di Kota Tinggi..


pada awalnya rasa bimbang jugak seandainya program ini tidak berjalan seperti yang kami inginkan.. tapi sebaliknya Alhamdulillah..

program ini berjalan dengan sangat baik.

dengan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Kota Tinggi dan juga Pejabat Pelajaran Kota Tinggi.. di tambah lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar yang sentiasa memberi komitmen yang baik pada pihak kami..


antara pelajar yang membuat pembentangan kumpulan



antara LDK yang dijalankan bersama peserta





sesi ice breaking yang menyeronokkan



Semua peserta dan urusetia bergambar bersama Timbalan Pengarah AADK Negeri Johor







Kenangan manis pada awal sesi pendaftaran..