Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Monday, June 4, 2012

:. Kenangan Manis Program SMART Siri 1/2012 .:

Edit Posted by with No comments

program SMART Siri 1/2012
yang sangat meninggalkan kenangan manis buat kami semua..
tak kiralah fasi dan urursetia dan juga peserta..
tgk le gaya fasi2 yang ntah ape2 tu hehehhehe 


hadoieeee posee...


happy tuii budak2 ni... 


cute tak dua2 ni?
kekekeke..
jgn salah faham ea..
x sentuh bahu tau....
eksyen je tu... 


ni group BUNGA KEMBOJA
bersama FAsinya En rohan ...pose gilerr...


Groupp MERAH MEMBARA!!!
fasi nya en Salleh...
lebih plak fasi dia pose kekekkeke


Kumpulan LAVENDER ...
fasinya CIK Haslina...
Prupleee le sangat hehehhe


Sis Noie tak de group heheheh
bersama dengan peserta lelaki terbaik tuk Program ni..
Tahniah ye dik...!! 


Kumpulan Kam Supai Ijoo
fasi.. nya Puan Shiela..
Jawaaa teamm...

heheheh seronok layan budak2 ni...
pada 8,9 dan 10 ni akan ade satu lagi kem..
mesti best ni...
ade sape2 duk area nak joint.. meh le...

Thursday, August 4, 2011

:. Program Shields DI AKLI Kota Tinggi .:

Edit Posted by with No comments
Program Sheilds bersama pelajar dari sekolah2 di kawasan berisiko,

berjalan selama 3 hari iaitu pads 26,27 dan 28 Julai 2011..

dihadiri oleh 40 orang pelajar dari 5 buah sekolah di Kota Tinggi..


pada awalnya rasa bimbang jugak seandainya program ini tidak berjalan seperti yang kami inginkan.. tapi sebaliknya Alhamdulillah..

program ini berjalan dengan sangat baik.

dengan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Kota Tinggi dan juga Pejabat Pelajaran Kota Tinggi.. di tambah lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar yang sentiasa memberi komitmen yang baik pada pihak kami..


antara pelajar yang membuat pembentangan kumpulan



antara LDK yang dijalankan bersama peserta





sesi ice breaking yang menyeronokkan



Semua peserta dan urusetia bergambar bersama Timbalan Pengarah AADK Negeri Johor







Kenangan manis pada awal sesi pendaftaran..









Thursday, May 5, 2011

:. Program Pameran Di SMK Semenchu .:

Edit Posted by with No comments

Program selama 2 hari..
kami ke SMK Semenchu..
walaupun penat tetapi sangat seronok..
dengan layanan guru-guru yang ramah dan pelajar-pelajar yang chomel2..





Sunday, April 24, 2011

:. JOM CENTER , KOTA TINGGI .:

Edit Posted by with 1 comment
3 hari program Jom Center berjalan di Econsave Kota Tinggi
semalam sampai ke malam aku, Rohan dan abg Ejad di sana..
hari ni giliran Zura dan abg yazid plak..
memang seronok tengok macam-macam aktiviti kt sana..
tapi dengan cuaca panas macam ni aku rela duk rumah jer..

Team sepeda klasik kota tinggi..
best giler.. tapi sayang tak dapat try naik huhuhuh..

eh!! jangan di tanya macam mana mak cik ni boleh ade kt sini hahahaha..

siap ambik gambor dengan maskot tu..


inilah kaunter kami..
si salleh tumpang bergambar hehehe

Saturday, April 2, 2011

:. Sambutan Maulidur Rasul .:

Edit Posted by with No comments

Tarikh 27hb Mac yang lalu pejabat AADK kami meriah dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
bersama kakitangan dan kes pengawasan..
alhamdulillah program anjuran Unit Pemulihan AADK tersebut mendapat sambutan yang meriah dari semua kakitangan dan kes pengawasan..

Pelbagai majlis ilmu yang diadakan..
termasuklah ceramah agama yang disampaikan oleh seorang penceramah jemputan..


Para hadirin juga turut dihidangkan dengan makan pagi dan makan tengah hari
yang paling best bila kami semua makan dalam talam beramai-ramai..


majlis pagi itu dimulakan dengan selawat ke atas nabi beramai-ramai


dalam kepenatan tu sempat juga kami berposing
hehehehe..

:. Science On Wheels Johor 2011 .:

Edit Posted by with 1 comment

Pada 25hb Mac yang lalu kami dari AADK Kota Tinggi telah menerima jemputan untuk
mengadakan Pameran Antidadah dan Ceramah untuk

"Program Science On Wheels Johor 2011"

di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar..
bukan kami sahaja malah ada juga jabatan-jabatan lain yang turut terlibat..



Pameran Bas Bergerak oleh MOSTI


Ceramah tentang bahaya dadah turut diadakan.

Program ini dihadiri oleh sekolah-sekolah menengah dan rendah Daerah Kota Tinggi

Kaunter Pameran Antidadah dari AADK Kota Tinggi

Tuesday, March 8, 2011

:. PLKN .. Penat Tapi Best .:

Edit Posted by with 4 comments
Petang tadi dalam kui 6 lebih baru
kami semua sampai ofis...
adoi!!
penatnyer.. muka dah berkilat2 hahahhaha..
apepun memang seronok!!
lebih2 lagi bila kepenatan tu terubat bila group yang
bawah pimpinan aku dapat terpilih antara group yang bagus...
hehehe.. hilang penat aku sehari jadi fasilitator diaorang..

apepun lum sempat masukkan gambar..
tapi budak2 dalam group aku memang best2 semua sampaikan aku pun leh ingat le jugak nama2 dia orang walaupun tak semua ler..

ANDY
DINESH
FAKHRUL
FAHMI
FARID
SUDIN/NAIM
ISHAD
KUMAR
KRISH
ALEX
ZANA
RINIE
EIRA
AISHAH
I PANG
MADEANA
QUE
ZARA
ABBY
ASYRAF
RUSLI


adoie aku tak ingat le!!
waaaaaaaaa!!!
banyak makan semut le ni..
sape leh ingatkan aku ea??
tolong !! tolong!!
ingatkan aku semula yer....


Monday, March 7, 2011

:. Minggu Antidadah Di S. K Air Tawar 3 .:

Edit Posted by with 1 comment
Pada 1hb Mac 2011..
Kami Unit pencegahan di AADK Kota Tinggi menerima dua jemputan untuk Majlis Antidadah...
En Yazid dan En Muhaizad ke S.K Laksamana sekali lagi untuk pameran dan
Pn Hazurah Dan Puan Normah ke S.K Air Tawar 3 untuk Ceramah dan Tayangan Video..



Setibanya kami di sana, kami telah disambut baik oleh guru pendidikan antidadah sekolah tersebut.. dan kelihatan pelajar2 telah berkumpul di kantin sekolah..



Pelajar2-pelajar mendengar dengan khusyuk sekali..


semoga mereka semua dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dengan kedatangan kami..

:. Majlis Pelancaran Minggu Antidadah SK Laksamana .:

Edit Posted by with No comments
Pada 28hb Febuari sebenarnya unit kami dapat 3 jemputan untuk 3 majlis pelancaran..
bukan setakat di SK Laksamana sahaja..
malah kami terpaksa berpecah kepada 3 kumpulan..
Rohan ke Majlis Pelancaran Minggu Antidadah di SMK Laksamana dan En Fauzi ke SMK Linggiu..
Manakala Normah Dan Hazurah Ke SK Laksamana..
jom tengok corat coret aktiviti kami di Sekolah Rendah Laksamana Kota Tinggi..


seronok betul dia orang tgk pameran..


sempat gak Puan Hazurah berposing hehehhee


amboie khusyuknyer adik2 ni tengok pameran..



apalah yang dia org tgk tu yer..


amboie nak jugak hehhehe..

banner majlis pelancaran tersebut

Monday, February 28, 2011

:. Pulang Sudah .:

Edit Posted by with 2 comments
Tengah hari tadi selesai dah program di SK Laksamana..
ALhamdulillah semua berjalan dengan lancar..
cuma belum sempat nak upload gambar je lagi...
terima kasih banyak-banyak pada semua yang menyambut kedatangan kami di sana..

seronok juga tengok adik-adik yang suka sangat tengok pameran yang kami bawa tadi..
sampai tak terjawab aku dengan soalan dia orang yang bertubi-tubi tu hehehhe

semoga dia orang semua akan dapat sedikit ilmu dari
kedatangan kami ke sana tadi..

penat betul hari ni..
sebenarnya tak larat pun update blog..
tapi oleh sebab tak mahu membiarkan blog aku ni bersawang terpaksa ler aku update gak sikit2 ea.. ok samapi jumpa lagi di lain entry k..
muahhh!!


:. Haru Biru .:

Edit Posted by with 1 comment
Hari ni sampai opis awal..
minggu antidadah dah bermula..
kesibukan kami juga dah bermula le ni..
hari ni 3 sekolah buat program serentak dan semuanyer menjemput kami..
SMK Linggiu
SMK Laksamana
Sk Laksamana

adoi..
berpecah le kami semua hari ni..
semoga KAMI dapat buat yang terbaik hari ni yer amin...
Jom.... Pi Sekolah!!!


Sunday, February 20, 2011

:. Program Institusi Bebas Dadah Di SK Bukit Lintang .:

Edit Posted by with 1 comment

Semalam , pada 19hb Febuari 2011...
aku dan team ke SK Bukit Lintang, Kota Tinggi atas jemputan program di sana...
kedatangan kami di sambut baik oleh guru-guru di sana...
meriah tengok pelajar2 sekolah tu yang tengah menghadiri hari Kokukikulum...

belum pun bermula program kami dah di bawa ke kantin tuk menjamu selera...
nyum.. nyum..
kata orang rezeki kan jangan di tolak...
selera sungguh si Rohan ngan Abg Ejad makam mee goreng sampai bertambah-tambah...
hehehehhee
ok .. seterusnya sampai di dewan kami buat persediaan tuk menjalankan tugas kami..
walaupun berlaku sedikit masalah teknikal tapi akhirnya
semua berjalan lancar jugak..


tak tahu le abg Ejad ni..
termenung atau berfikir..
yang pasti inilah penangan makan mee goreng sampai 2 pinggan hehhehehe


wah si Rohan
ade tokoh jadi cikgu le yer hehehhe

pelajar yang terlibat semuanya memberikan sokongan dalam aktiviti LDK yang kami jalankan..


alamak semua tgk belakang ler...
dengar le apa Puan Hazurah bg tau tu hehehhee

Puan Hazurah dah terduduk lepak le tu..


JEMPUT SINGGAH KE BLOG BARU KAMI N SUDI2 LE FOLLOW..


Saturday, August 14, 2010

:. Melayan Jiwa Di Kampung Jawa, Pengerang .:

Edit Posted by with No comments



Hari ni sepatutnya cuti tapi atas sebab ada tugasan di Pengerang aku kone le keje macam biasa..
Dalam pukul 8 macam tu tayar van AADK kami dah
bergolek dengan coolnyer ke Kg Jawa, Pengerang
(cool sebab driver dia cool jer.. hehehe)

Team kami sampai di Masjid Kg Langkah Baik Pengerang dalam kul 9 lebih le macam tu..
sampai2 je makcik2 tu tengah membaca al quran lagi..
sejuk je hati mendengar mereka mengalunkan bacaan ayat suci tu..


semua berjalan dengan lancar..
terharu aku rasa bila di saat akhir program ...
mak cik2 tu pakat peluk2 kami semua.. siap cium2 pipi lagi...
aduhai tetiba teringat plak aku kat arwah mak dan nenek..
huhuhu... may be ni ler.. kan nasib anak yatim piatu macam aku..
dapat tumpang peluk mak ornag lain pun aku dah rasa cukup bahagia..

terima kasih yang tak terkata pada semua warga kampung Jawa Pengerang..
aku harap lain kali agensi kami dapat lagi bekerjasama dengan orang kampung di sana..









selepas habis program aku dan raka-rakan sempat plak memborong ketam murah di sana..
mak oi!! fresh lagi tu.. keluar dari laut..
balik je kerumah atuk aku masak ketam lemak cili api... nyum.. nyum.

ok ler.. next week banyak lagi program yang team kami kena buat..
hopely semua akan berjalan dengan lancar..
aminn.....