Nurul Huda Mohamad Tarmizi, dipercayai dilarikan oleh tunangnya, Fauzi Mokhtar, 40, pagi Sabtu lalu, di rumahnya di Kampung Bendang Tok Seh, di sini, ke Melaka sebelum berangkat ke rumah ibu lelaki itu di sebuah daerah di Indonesia. Ibu remaja itu, Rokiah Hassan, 43, berkata, ini percubaan ketiga Nurul Huda melarikan diri bersama lelaki itu selepas hubungan mereka ditentang keluarga kerana Fauzi sudah menjatuhkan maruah keluarganya apabila tidak hadir di majlis perkahwinan mereka 10 April lalu. Rokiah berkata, seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka, Fauzi yang bekerja sebagai tukang besi membawa lari Nurul Huda ke rumah kakaknya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka, dipercayai untuk dilarikan ke Indonesia sebelum dikesan keluarga gadis itu. Katanya, dia dan suaminya, Mohamad Tarmizi Saidin, 42, berjaya membawa pulang anaknya dua hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung di Dewan Kampung Tradisi, Sintok dan Fauzi berjanji akan hadir di majlis itu. “Malangnya, Fauzi tidak hadir di majlis perkahwinan mereka. Saya tidak pasti apa tujuan dia melarikan anak saya pada saat akhir hari perkahwinan, sedangkan hubungan mereka ketika itu direstui. “Malah, jika dia tidak mampu membayar wang hantaran berjumlah RM8,884 seperti ditetapkan, saya tetap mengizinkan dia berkahwin dengan anak saya kerana 1,000 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu dan belanja untuk majlis itu sudah dikeluarkan.
Petikan di atas ni aku petik dari Berita Harian..
Apa pendangan korang..
remaja kita ikut lelaki Indonesia?
4 comments:
nama dia sama dengan I :(
hmm apa nak jadi la kan. tak fikir ke mak dia duk sedih tu? sbb lelaki je haishh. mintak2 la I tak jadi macam ni
Tak tahu nak ckp mcm mana lagi,
padahal dah byk berita sblm nie,
siap beranak pinak dah kat negara seberang,
bila dpt jejak semula,
masing2 barulah nak nangis, menyesallah...
sebab?
hidup kat tmpt org lebih susah kan?
ini yg dah diberi restu keluarga pompuan pun jdik camtu gak...
haihhh...
tu le x faham.. dah dapt resut kenapa nak lari pulak..
nanti bila dah bertahun baru nak menyesal.. x guna..
perempuan indon jugak bagus...dorg tackle suami majikan yang berduit ajak kahwin..perempuan kita pergi ikut tukang buat rumah la...tukang besi la...nak hidup susah..hanya mereka yang faham
Post a Comment