Saturday, December 31, 2011

:. Cekak Biru Hitam .:

Edit Posted by with No comments

cekak biru hitan...
1st time orang order colour ni..
comel jugak :)
love it..
kalau berminat leh ke fb sis yer :)

:. Cekak Pink Hitam .:

Edit Posted by with No comments

comel tak cekak ni?
pink hitam...
ade bunga dan nama...
1pcs rm15 dan kalau beli lebih sis akan bg less lg..
kalau ambik banyak sis akan bg harga borong?
nak tau berapa?
meh pm hehhehe

Friday, December 30, 2011

: Puisi Buat Sahabat .:

Edit Posted by with 1 comment

pedihnya hati..
melihat kau menangis..
pedihnya hati melihat titis air mata yang mengalir di pipimu..
terasa aku yang duduk ditempatmu..

mungkin berat yang kau tanggung tak sama dengan apa yang aku rasakan..
aku tahu kau derita..
aku tahu kau sengsara..
hulurkan tangan mu
dan bangkitlah semula..

biarkan fitnah mereka membunuh mereka di kemudian hari..
biarkan mulut jahat mereka..
membakar diri mereka satu hari nanti..
berhentilah menangis sahabat..
kesatlah air matamu..
kerna aku masih jadi teman setiamu ..
dan masih menjadi sahabat sejatimu..
hingga ke akhir hayatku..

senyumlah semula sepeti dulu..
kerana senyumanmu
adalah kebahagiaan ku.
sapulah air matamu
kerna air matamu adalah duka ku..


aku kata : puisi ni tujukan khas buat seorang sahabat aku... maaf lah kalau susunan perkataannya tidak berapa bagus kerana aku dah lama pencen bab menulis puisi ni :)

Thursday, December 29, 2011

:. Alternatif Lain Ke Facebook Sis .:

Edit Posted by with No comments
Alhamdulillah sejak buat bisnes felt craft skit2 ni..
acc facebook sis semakin penuh..
act bukan semakin tapi memang dah penuh..
ade waiting list dalam 100 orang...
sis mintak maaf sebab x dapat accept..
sebab sis sendiri perlahan2 kena semak balik acc dalam fb sis yang tidak active tu tuk di removekan..
terutama untuk sesiapa yang dh di blacklistkan huhuhu..
harap mereka bersabar sebab ade yang x berapa faham msj inbox sis n kata sis sombunk sebab x accept friends dia...
huhuhu oh tidak sis x sombunk tau...
Link
so sis bagi satu lagi alternatif untuk ke fb si..
sis ade acc ke dua..

" Sis Noie Craft II"

kalau korang add yang ni confrim sis akan accept tau heheh..

n boleh like sis punyer page.. tu kat atas blog ni badge dia..
sis x sombunk heheh cuma dah x cukup kaki dan tangan jer...

ok... sayang korang semuaaa muacccss!!























:. Kisah Aku Dan Mereka Sepanjang 2011 .:

Edit Posted by with 4 comments

2011 bakal berlalu..
pejam celik..
pejam celik cepat je rasanya kan..
macam-macam cerita berlaku sepanjang 2011 ni...
tapi yang paling best ialah
aku mula hidup dalam dunia felt craft sejak awal 2011..
felt craft yang pada awalnya hanya sekadar hobi..
perlahan-perlahan beralih menjadi sumber pendapatan sampingan plak..
alhamdulillah semuanya berterusan dengan baik..

2011 juga ade pahit manis dengan kerjaya aku...
macam-macam berlaku di tempat kerja..
macam-macam kisah lucu dan sedih..
yang sedihnya bila Bos kecik aku Zura kena tukar ke cawangan lain..
naseb bek tak jauh..
ade lagi yang sedih bila ade orang menabur fitnah pasal aku dan beberapa orang rakan pejabat yang lain.. jahat sungguh mulut2 mereka2 itu...
tapi aku redha.. kerana aku percaya semua perbuatan jahat mereka itu akan dapat balasa tuhan...

untuk family aku plak..
2011 ni macam roda.. kadang di bawah... dan kadang di atas..
Akim < Iman dan eisya semakin membesar dan semakin nakal...
namun kenakal itu membuatkan keluarga kami bertambah ceria...

my lovely hubby..
ermm rasanya cinta antara kami semakin utuh dan kuat..
semakin hari perasaan sayang semakin menebal..
alhamdulillah semoga ianya akan berterusan hingga ke akhir hayat

atuk saya?
atuk sihat jer..
kadang2 ade jugak demam maklum le orang tua..
dah suruh kawen lagi tak nak plak dia hehhee
namun aku tahu jauh di hati atuk dia amat merindui arwah nenek..
macam aku jugak..

adik kedua aku Eca?
dia pun bahagia dengan suami dan anaknya ..
cuma baru2 ni ade terlibat dengan kemalangan
naseb bek tak apa-apa

Ayu.. adik ketiga aku..
selepas lebih setahun berkahwin hari tu dia menadung tapi sayang..
tuhan lebih sayangkan bayi dalam kandungannyer..
dia keguguran betul2 pada hari pertama hari raya haji..
tak per.. Insya allah ade lagi rezeki untuk dia...

Lan adik ke empat aku..
setelah berpindah ke kampung aku rasa lega skit..
ade dia untuk jaga atuk dan adik..
hubungan cintanya pasang dan surut..
dan yang best tahun ni dia dah pakai kereta..
sambung bayar kereta Eca.. sebab Eca dah beli keta baru..

YAn.. adik ke lima aku..
hubungan rumahtangganya sedikit bergolak pada tahun ini...
namun sekarang dah kembali pulih..
alhamdulillah mereka bertiga dah bersatu kembali..
aku berdoa semoga hubungan mereka akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat..

Izan..
adik bongsu aku..
dah semakin besar dia sekarang..
semakin manja.. namun alhamdulillah aku tengok walaupun tak banyak tapi dia dah banyak berubah ke arah positif..
aku harap satu hari nanti dia akan berjaya dan jadi insan yang berguna..

ermm..
inilah wajah2 insan tersayang yang selalu dekat di hati aku..
aku syang mereka semua..
hanya mereka yang aku ada..
besarnya tanggungjawab seorang ibu, isteri dan kakak sulung pada mereka semua..
sebesar itu juga kasih sayang yang tak ternilai buat aku pada mereka..

Ya Allah..
semoga tahun 2012 yang akan datang..
kau limpahkan kami dengan kemurahan rezeki..
dan kasih sayang yang berpanjangan..
rapatkan hubungan yang renggang..
eratkan lagio hubungan yang dah akrab..
Selamat tinggal 2011..
selamat datang 2012 :)

Wednesday, December 28, 2011

:. PArty Birthday Iman Yang Sempoie je .:

Edit Posted by with 1 comment

Happy birthday Iman..
act beday Iman pada 23hb Dec hari tu..
cuma mama dia ni lambat update je..
happy beday yer iman..
untuk beday kali ni
kami sambut satu keluarga je..
mama, ayah, akim, iman n eisya...
apepun kami semua tetap happy..
hehehhee


tengok si kecik tu..
sibuk jugak le dia..



haipp!!
eisya dah x sabar nak makan nugget hehehe]


amboie si eisya..
comot dh mulut tu hehehe

:. Keychain Love With Butterfly & Tutorial .:

Edit Posted by with No comments
pi
Keychain love ni adalah keychain yang sis buat tutorial video hari tu..
comel kan..
nape ea kebelakangan ni sis suka plak gabungkan penggunaan biru pink ni..
cun kan?

kalau korang nak cuba buat boleh je..
pegi link di bawah ni..
ade video sekali sis sediakan

klik ------> SINI




Keychain love ni adalah keychain yang sis buat tutorial video hari tu..
comel kan..
nape ea kebelakangan ni sis suka plak gabungkan penggunaan biru pink ni..
cun kan?

kalau korang nak cuba buat boleh je

Tuesday, December 27, 2011

:. Brooch COMBO Set : Rm10 sahaja .:

Edit Posted by with 1 comment

kelima2 ni dalam satu combo..
harga special untuk tahun baru

1pcs Brooch rose merah
1pcs brooch B024
3pcs brooh B008 lain2 design..

JOm... Grab It!!

Sunday, December 25, 2011

:. Keychain Kereta .:

Edit Posted by with No comments

keychain kereta
order dari Iffah juga..
comel tak?
hopely dia suka colour yang sis gunakan ni..



:. Keychain Felt Nurse Dalam Proses .:

Edit Posted by with No comments
comel tak saya?
hehehhe sebenarnya ni dalam proses nak siapkan keychain nurse..
order dari Iffah..
hari tu Iffah dah order..
pastu agaknyer x cukup kot heheh
so dia order lagi..
tq so much tuk Iffah yang sudi order dan order lg dengan sis..
muaaccss...
nurse ni tak siap lagi sebab belum dapat topi dia hehee..
nanti dh pakai topi sis publish k!!



:. Kenangan BIla Pertama Kali Eisya Mula Melankah .:

Edit Posted by with No comments



So sweet video no kenangan bila eisya baru mula melangkah...
harap2 akan jadi kenangan manis bila dia besar nanti :)

Saturday, December 24, 2011

:. My 2nd tutorial felt craft- love keychain .:

Edit Posted by with 2 comments


Ini adalah tutorial kedua sis... di youtube..
tutorial ni untuk LOVE KEYCHAIN .... sanagt mudah je tutorial ni... act tutorial ni sis yujukan untuk yang beli starter kit dengan sis...

harap maaf sebab sis tengah demam, so suara sis serak2 basah.. ala ala Ella mcm tu... kekekkee.. perasan le plak..

Ok Enjoy It!!!!... selamat mencuba!!

:. Video Tutorial Buat Bantal Strawbery ...cool!! .:

Edit Posted by with No comments



nampak senang je bantal strawberry ni...
jom kita buat nak?... so sweet.. cuma ade bebrapa benda yang kita kena ubah skit ler... cth kalau ikut video ni dia tampal je tompok putih tu.. tapi kalau jahit lagi elok kot.. ..

jom ... selamat mencuba!!

Friday, December 23, 2011

:. Brooch Reben : Kod B014 .:

Edit Posted by with No comments

B014
reben


Brooch Reben atau pun kodnyer
B014

brooch reben ni 100% adalah dari felt..
harga memang berbaloi..

sangat murah..
berminat leh

:. Cekak LAdybird.:

Edit Posted by with No comments

comel tak dua cekak ni
ade ladybird n nama lagi tu..

merah n pink..
love it..

harga pun murah je..
sape nk leh le order
100% hand made ok..


:. Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Antidadah S41 .:

Edit Posted by with 1 comment
OK berikut adalah keputusan untuk peperiksaan
Pegawai Antidadah S41
untuk semakan boleh klik di bawah ni k..

SINI


Tahniah kepada yang berjaya ..
dan untuk yang tak berjaya..
boleh mencuba lagi k..


:. Video Tutorial Buat Bantal Donut Yang Cute .:

Edit Posted by with No comments



Satu lagi tutorial bantal yang cute... vbideo ni sebenarnya agak pjg.. tetapi sis puas hati sebab sangat jelas penbjelsannya ...
cuma bezanya kalau tengok dalm video ni dia gunakan kain jenis fleece yang berbulu tu tapi kita leh tukar guna kain jenis flannel dan topping dia tu guna felt..

jom buat sama2 nak? sebab sis memang nak try buat ni... mcm sodap je kan hehehe

selamat mencuba..

krdt untuk youtube tuk video yang hebat ni....

:. Video Tutorial BUat Simple Beg Dengan Felt!! .:

Edit Posted by with No comments



nampak senang jer kan?
jom le cuba..credit tuk youtube atas sumber ni.. so like it!!!



aku kata : bilalah dpt buat video tutorial cm ni... so cool!!!

Thursday, December 22, 2011

:. Headband Gegurl Style .:

Edit Posted by with No comments

headband gegurl..
like it???




new headband style..
gaya baru.. leh letak nama... kat love tu..
cuma tak le le letak panjnag2...

kalau nak leh order k :)

Sunday, December 18, 2011

:. Gara-gara Post Perkahwinan Ariff Alfian Di Blog Aku .:

Edit Posted by with 1 comment


Gara - gara post pasal perkahwinan gay Ariff Alfian.. tetiba blog aku malam ni
banyak plak pengunjungnyer... walaupun hanya pengunjung bisu ( x dak komen).. tpi x pelah.. membaca dalam diam kot... yang pastinya ramai yang nak tau pasal kes perkahwinan hangat tu.. apepun sama2 lah kita doakan yang etrbaik tuk beliau yer..


kalau korang nak baca pos tu pi lah sini yer :
http://noieizan.blogspot.com/2011/12/gambar-perkahwinan-si-gay-ariff-di-luar.html

:. Bantal Kereta .:

Edit Posted by with No comments




hye dear allz.. bantal kereta ni dah lama siap.. huhuhu tapi baru dapat masukkan dalam blog ni.. comel tak? boleh jadi hadiah buat yg tersayang :)

:. ID HOLDER DAN TAG NAMA ELMO .:

Edit Posted by with No comments




ID HOLDER ELMO.. SANGAT CUTE.. ADE TAG NAMA SEKALI.. SEDONDON...

:. Gambar Perkahwinan Si Gay Ariff Di Luar Negara .:

Edit Posted by with 5 comments


Perkahwinan Ariff Alfian.. apa kata korang????


aku post benda ni bukan sebab aku suka atau menyokong perkahwinan ini.

cuma aku sedey dengan pakaian yang dia pakai masa perkahwinan tu...

baju tradisional bangsa kita yang melambangkan budaya kita..

sedey dengan sikap beliau yang tidak mempedulikan hukum halal haram dari segi agama..

semoga akan jadi pengajaran buat semua..



yang tambah menyedihkan ianya berlaku bukan pada orang yang tak berilmu..

tetapi pada orang cerdik pandai plak tu..

fikir2 kan lah..


















Tuesday, December 13, 2011

:. Brooch Dahlia .:

Edit Posted by with No comments


Ini Brooch Dahlia..



comel tak?



sekali pandang macam kuih tul tak?



:. Brooch Rose : B017 .:

Edit Posted by with No comments


Brooch B017

1pcs : rm3.5

2pcs (sepsg) : rm6

12pcs : rm30

( ambik lebih banyak... lebih banyak le less lg k :P )






Thursday, December 8, 2011

:. Headband Amani & Yaya .:

Edit Posted by with No comments



Dua lagi Headband ni dah selamat diposkan..
harap2 akan sampai dengan selamatnya

Wednesday, December 7, 2011

:. Model Cilik Ku ... ( Amaran Keras Ini Bukan 18sx k )

Edit Posted by with 2 comments

Wahhh Hebat tak si Eisya ni posing..
tak de sape2 yang suruh tau..
kebetulan je kot..
atau bakat terpendam..
Hadoiiiee!!


erkk..
no komen... :P

alamak...
kaki saya gatal le mama



muka tegang jer huhuhu


wajah penuh cool ok..
relaxxx jerr...


Alamak!!!
sampai terjatuh saya sebab nak pose!!..
hehehehhee



sukanya dia..
( tolong abaikan hasil lakaran dinding di belakang tu yer .. KOJE DIA LE TU )


laaa awat muka kelat je?

waaaa.. macam dah tak tahan jer.. hehehe