Saturday, May 29, 2010

:. PELIK ANJING BERANAK, DAN ANAKNYA BERUPA MANUSIA .:

Edit Posted by with 4 comments


BILA KITA LIHAT SITUASI INI
APAKAH PANDANGAN ANDA???
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!!









Friday, May 28, 2010

:. 5 sebab kenapa aku nak baling BROADBAND ni kat longkang!!! .:

Edit Posted by with 1 comment



Ini bukan kali pertama aku naik angin dengan broadband aku ni
dan ini juga bukan kali pertama aku menggeget berukben (broadband) aku ni
ermm mesti korang kata aku ni zalim kan
tapi aku dah x tahan!!!!!!!!!!!!!!
"
"
"
"
5 SEBAB KENAPA AKU NAK BALING BROADBAND NI ??
sila baca di bawah ni
"
"
"
"
  1. SEBAB LINE AKU SLOW GILER
  2. AKU SUSAH NAK LOADING GAMBAR
  3. NAK BUKAK WEB LAGI LE SLOW
  4. NAK YM NGAN MEMBER PUN SEKAT2
  5. SEBAB AKU MEMANG DAH TENSEON GILER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:. Suami Dan Anakku Bergaduh .:

Edit Posted by with No comments

Terkejut aku bila dengar si Akim ngan Iman duk terjerit2 depan tv
menangis plak budak dua orang tu


"
"
"
"



bergegas aku keluar
ingatkan ade ape hal le
rupa2nya dia orang bergaduh ngan hubby aku
pasal ape?
ermmm
pasal apa lagi kalau bukan pasal siaran tv
yang anak2nyer nak tengok citer kartun
yang si ayahnya nak tengok citer Merlin
sakit kepala aku..
"
"
"
"
aku dah bagi warning tadi
kalau bergaduh lagi aku matikan je tv tu
hubby aku ketawa ke bila aku cakap macam tu
eeeeeeeee
rasa macam nak hempas je tv tu
hehehhehe

:. Nak Berfesyen Sampai Membunuh Diri Sendiri Ke?? .:

Edit Posted by with 5 comments




Orang ni kalau dah berani
leh sampai membahayakan diri sendiri
tengok le mereka2 ni
orang2 jepun ni dah gila berfesyen
sampai dah tak ada rasa takut
nak kata fesyen ni cantik tu
jauh panggang dari api..
entah apa yang disukakannya
korang tengok le sendiri
malas tul nak citer







cantik ker??


ish2.. dah le dibengkakkan pastu ditekan plak... huhuh




yang ni entah ape le..
proses masukkan air kot hehhee



dan inilah hasilnyer..
hensem ke???

p/s : kita nak makin cantikkan rupa.. yang dia orang ni makin nak buwokkan muka plak... huhuhuhu

:. Aku Jadi Pembunuh!! .:

Edit Posted by with 1 comment

aku jadi PEMBUNUH!!
"
"
"
"
"
"
maafkan aku sebab bukan niat aku nak membunuh sesiapa
langsung un tidak terdetik di hati ini untuk mencederakan apalagi membunuh kamu semua.
tapi aku terpaksa...
"
"
"
kerana aku dah tahan lagi dengan kehadiran kamu semua
yang sangat merimaskan pandangan mata
sakit kepala aku bila kau rosakkan semua hidangan aku di meja
"
"
"
aku terpaksa membunuhmu
demi kebaikan kami sekeluarga
maafkan aku
maafkan aku yer
encik LALAT....

Thursday, May 27, 2010

:. Manusia Atau Binatang? .:

Edit Posted by with 1 comment




Apa sudah jadi pada dunia
semakin hilang perasaan dan rasa
jeritan dan tangisan
seperti tidak lagi bergema
suara lantang mereka meraung
bagai tenggelam dalam rasa sombong
bongkak dan angkuh
PERATAH dunia

Entah bila
penderitaan ini akan berakhir
entah bila
penyeksaan itu akan terhenti
entah bila
air mata itu akan berhenti mengalir
entah bila
kesakitan itu akan sembuh

wahai manusia durjana!!
mereka itu tidak berdosa
mereka hanya sekadar
anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa
tapi kenapa?
kau robek hati mereka
tapi kenapa?
kau bunuh mereka dengan bersahaja?
aku sendiri tidak tahu
samada kau itu binatang atau manusia...

:. Musim Bunga Bakal Tiba .:

Edit Posted by with 1 comment



satu masa dulu
dia itu seorang dungu
hanya diam dan membisu
walau dibaling dengan batu

satu masa dulu
dia itu seorang perindu
menangis dalam buntu
mencari kasih tak bertemu

tapi hari ini dia ceria
esok musim bunga bakal tiba
luput dan hilanglah sengsara
terpadamlah segala derita

musim bunga bakal datang
tak akan ada lagi duka dalam dada
musim bunga bakal datang
tak akan ada lagi air mata

:. Mulut Manis @ Bibir Yang Manis? .:

Edit Posted by with 1 comment



Manisnya mulut tu berbicara
lebih manis dari madu
huhuhu tapi tu time dia happy jer
atau pun nak kan sesuatu
hehehehee
biase le tukan..
ayat biar manis..
tapi kalau dia tengah marah
lain plak jadinya..
hilang le segala kemanisan tu..
hahahahahhaa

Wednesday, May 26, 2010

:. Lelaki 24 Tahun Kahwini Nenek 82 tahun .:

Edit Posted by with 3 comments

yummmmyyyy yummmyyy
sodap2 tengah makan biskut kering ni..
nyaris2 aku tercekik bila terbaca satu blog rakan kita ni mengenai sebuah kisah di negara barat..
di Argentina kot..
lelaki muda ni usia dia 24 tahun...
(lebih muda dari aku)
yg si nenek ni plak usia dia 82 tahun..
( lebih tua dari usia atuk aku)



ntah macam mana mereka ni leh bercinta dan berkahwin..
dan katanya cinta mereka ni memang betul2 jujur n sejati ler..
aduiiiiiiii
lelaki ni dia dah tinggal dengan nenek ni sejak berusia 15 tahun lagi..
tetapi dia mencintai nenek ni sejak usianya 18 tahun..
lelaki ini yg bernama Reilnaldo dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan selepas kematian ibunya dia dijaga oleh teman baik ibunya iaitu nenek tua itu.. yang bernama Afelda..
mungkin dengan layanan yang diberikan oleh nenek itu..
lama kelamaan Reilnaldo akhirnya telah jatuh cinta kepadanya..
dan mereka pun mengambil keputusan tuk berkahwin..
majlis perkahwinan itu dijalankan di rumah Afelda..
errrmmm
benar le cinta itu buta..
atau manusia yang bercinta tu yang buta..
renung2kan lah
dan selamat beramal..
hehehhehe

:. Meja Paling Pelik Pernah Aku Tengok .:

Edit Posted by with 3 comments



seumur hidup aku..
ni le design meja paling pelik pernah aku tengok..
alahai macam tak sanggup rasanya....
ni kalau arwah ayah aku masih ade.. mahu dikapaknya meja ni..
hehhehehe
apa pun nanti nak suh hubby cari le meja cam ni
cuma kalau boleh yg kocik skit le badannya..
yang ni macam sogan sikit le aku tgknyer..
hehhehehe

:. Di Taman Daya .:

Edit Posted by with 2 comments

Malam ni aku tido umah my dear sister Eca..
tak merancang pun nak ke mari..
ntah macam mana leh sampai ke sini..
akim.. iman... afiq dan eisya baru je tido..
lotihnya melayan karenah budak2 ni..
eca koje malam..
perancangannya esok aku nak ke kampung di Parit Haji Ali Batu Pahat..
nak tengok mak cik kesayangan aku yang sedang sakit..
risau gak aku fikirkan keadaan dia..
harap2 dia tak teruk sangat..
suami aku pun dah sodap berdengkur nampaknya..
ponat le tu..
aku plak yang tak leh tido...
huhuhuhuhu

Monday, May 24, 2010

:. Aku Tenson!!!!! .:

Edit Posted by with 1 comment



Tenson gila.. tahap gaban..
tapi tahan je lew..
nak lepaskan pada sape..
paling tidak pun aku hanya lepaskan pada ko le my lovely blog..
geramnye.. bila... ermmm
tak payah le aku citerkan..
menyakitkan hati jew..
biarlah aku simpan sendiri...
tahan je ler..
sakitnyer may be.. salah seorang orang yang aku percaya dalam hidup
telah mengkhianati kita..
sakit sgt..
dia belum ada anak.. boleh le dia cakap..
tak per.. kita tengok je nanti bila dia dah ada anak...
masa tu nanti aku akan ketawakan dia plak..
ceh.. cinabeng!!!

Sunday, May 23, 2010

:. Kisah Tuan Puteri dan Kentutnya .:

Edit Posted by with No comments

Tersebutlah kisah sebuah cerita di zaman dahulu kala. Kisah terjadi di dalam sebuah negari,negeri bernama Negeri Emas Setampuk, dimana pasangan raja dan permaisurinya dikurniakan seorang puteri yang cantik jelita.Baginda raja digelar Raja Muzaffar Syah dan Puteri baginda diberi nama Puteri Gemalai Sari.
Kisah ini bermula apabila si Puteri telah mencapai usia remajanya. Tibalah saat untuk puteri Gemalai sari berumah tangga. Telah ramai putera raja dari pelusuk dunia datang untuk meminangnya tetapi semua telah ditolak oleh tuan puteri. Alasannya putera-putera itu bukan pilihannya.
Maka baginda raja semakin berduka cita, hajatnya hanya satu untuk melihat Puterinya
berumahtangga. Kedegilan puterinya itu membuatkan baginda semakin pening kepala. pada satu hari baginda memanggil Puteri Gemalai Sari untuk datang mengadapnya. Mahu baginda tanyakan kenapa semua lamaran putera raja di tolaknya, sedangkan di mata baginda mereka tiada kekurangannya.
"Wahai anakanda, permata hati beta. Risau sekali ayahanda melihat anakanda belum lagi berumah tangga.Begitu ramai putera-putera raja yang tampan dan perkasa datang meminang anakanda tetapi mengapa kesemuanya anakanda tolak begitu sahaja?," ujar baginda Muzaffar kepada Puteri Gemalai Sari.
"Ampun ayahanda, sembah patik harap di ampun. Sejujurnya putera-putera raja itu bukan calon yang sesuai bagi anankanda. Anakanda mahu mencari lelaki yang betul-betul serasi dengan jiwa anakanda.. ampun ayahanda," jawab puteri dengan lemah lembutnya.
"Katakan pada ayahanda, lelaki yang bagaimana yang sesuai dengan jiwa anakanda itu?. Ayahanda tak kisah latar belakangnya asalkan baik budi pekertinya. Anakanda katakan pada ayahanda dimana agaknya lelaki yang anakanda maksudkan itu?," tanya baginda lagi.
"Baiklah, jika ayahanda mahu tahu lelaki bagaimana yang anakanda maksudkan itu, menjelang bulan purnama nanti ayahanda kumpulkanlah semua lelaki tak kira putera raja ataupun rakyat biasa yang mahu mengahwini anakanda di perkarangan istana. Di sana nanti anakanda akan pilih bakal suami anakanda," kata Puteri Gemalai Sari.
"Hurmm.. kalau itu kemahuan anakanda .. ayahanda kan tunaikan. Tetapi kalau sehingga waktu itu anakanda masih tidak bertemu lagi dengan calon suami anakanda, maka anakanda terpaksalah berkahwin dengan pilihan ayahanda sendiri. Setuju?, "ujar baginda.
" Anakanda setuju ayahanda ,"jawab tuan puteri sambil tersenyum.
*******************************************************************

Maka selepas itu dicanangkan di seluruh pelusuk negara akan majlis pemilihan calon suami Tuan Puteri Gemalai Sari. Dengan itu ramailah putera-putera raja serta pahlawan-pahlawan dalam negara yang bersiap sedia untuk menghadiri majlis itu. Di dalam hati mereka turut tertanya-tanya lelaki bagaimanakah yang di mahukan tuan puteri untuk dijadikan suami.
Dihujung negeri Emas Setampuk itu juga tinggal seorang ibu tua yang hidupnya sederhana bersama seorang anal lelakinya yang bernama Jaka. Jaka seoarang lelaki miskin tetapi tinggi budi pekertinya. Jaka juga seorang yang jujur dan pemurah hatinya.
Pada hari majlis pemilihan calon suami Puteri Gemalai Sari, Jaka kebetulan juga lalu berhampiran dengan istana Raja Muzaffar Syah. Jaka baru pulang dari menghadiri kenduri tahlil di rumah saudaranya yang tinggal tidak jauh dari istana di raja. Sebenarnya Jaka berasa tidak sedap badan, perutnya sakit kerana terlalu banyak makan ubi kayu yang dihidangkan semasa kenduri tahlil itu berlangsung. Tetapi hatinya ingin sangat melihat kecantikan Tuan Puteri Gemalai Sari di depan matanya sendiri. Maka di tahan rasa sakit perutnya itu dan Jaka singgah di tempat majlis pemilihan di jalankan.

**********************************************************************

Pada malam bulan purnama itu, kelihantan terlalu ramai yang datang di perkarangan istana. Ada yang datang untuk mencuba nasib menjadi pilihan calon suami tuan Puteri Gemalai Sari. Ada juga yang datang untuk melihat sendiri kecantikan tuan puteri yang tiada tolok bandingnya itu.
" Anakanda... lihatlah betapa ramai yang hadir pada hari ini, sekarang ayahanda serahkan kepada anakanda untuk memilih siapakah yang berjaya memikat hati anakanda. Silakan anakanda," kata baginda raja kepada tuan puteri.
" Baiklah ayahanda," tuan Puteri menjawab lalu berdiri. Tuan puteri melihat ke segenap sudut perkarangan itu. Kelihatannya terlalu ramai yang hadir. Tuan Puteri tersenyum lantas berkata.
" Baiklah pada malam ini sesiapa sahaja yang dapat menyahut cabaran beta tidak kira putera raja ataupun rakyat biasa, maka dialah yang akan menjadi suami beta."
Semua yang mendengat suara lunak tuan puteri diam tidak berkata apa-apa.
Masing-masing tertanya-tanya apakah dia cabaran yang hendak diberikan oleh tuan puteri. Dari segi kepandaian pemikiran atau kepandaian seni mempertahan diri. Kemudian tuan puteri bertitah lagi.
" Cabarannya mudah sahaja.. sesiapa yang dapat menjawab dan membalas kentut beta ini maka dialah yang menjadi pemenang pada hari ini," kata-kata tuan puteri mengejutkan mereka semua. Kentut???
Baginda raja turut terpinga-pinga. Kentut???.. tetapi semua hanya terdiam menunggukan bagaimana agaknya kentut tuan puteri itu?.
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi pelik yang kuat dan memeranjatkan semua.
"Tang.. Teke Tang... Tang..Tang .... Tut!!!!..... " adeii rupanya itulah bunyi kentut tuan puteri. Terkejut beruklah semua yang hadir pada hari itu. Masing-masing berkerut hidung meneran-neran untuk mengeluarkan kentut. Bermacam-macam bunyi yang keluar tetapi satu pun tidak dapat menandingi bunyi kentut tuan puteri.
Dicelah-celah keramaian itu, kelihatan Jaka juga turut berkerut-kerut mukanya. Jaka bukan mahu meneran mengeluarkan kentut tetapi beliau cuba menahan kentut daripada keluar. Inilah akibat terlalu banyak sangat makan ubi di rumah kenduri tadi, getus hatinya sendiri.
Tetapi rupa-rupanya Jaka tidak dapat menahan kentutnya, dengan tak di duga kentut Jaka tiba-tiba terlepas dengan kuatnya.
"Bong... Cike... Bong... Bong...Bong Bush...!!!," semua orang terdiam mendengarkan kentut Jaka. Jaka juga tergamam seketika.
"Siapa tuan punya kentut itu tadi?," soal baginda raja.
"Erk... ham...hammba tuanku... ampunkan patik tuanku," Jaka yang lurus bendul dan jujur itu mengaku di depan baginda raja. Tuan Puteri Gemalai Sari tersenyum melihat Jaka.
" Ayahanda... tidak syak lagi, inilah bakal menjadi suami anakanda," kata-kata tuan puteri sekali lagi mengejutkan semua. Mana tidaknya melihat Jaka seorang lelaki biasa bakal menjadi menantu raja.
Baginda hanya tersenyum dan mengangguk, tak mahu lagi bercerita panjang lebar.
kalau itu pilihan anaknya terpaksalah dia menurut sahaja. Selepas itu tuan Puteri Gemalai Sari pun dikahwinkan dengan Jaka. dan mereka hidup aman bahagia sehinggalah Jaka kemudian di tabalkan menjadi raja.
~TAMAT




P/S : cerita ni sebenarnya menjadi kenangan untuk aku kerana aku pernah menang tempat pertama semasa pertandingan bercerita di sekolah apabila menyampaikan cerita ini dalam pertandingan tersebut... tetapi akibatnya... aku digelar puteri kentut oleh rakan-rakan... hahahahhahaha




:. Mati Hidup Balik Jadi Cicak .:

Edit Posted by with No comments

"
"
"
"
"
"
Oleh kerana terlalu marah... mulut ni boleh lepaskan apa saja..
kadang kala akan terkeluar apa yang tidak kita jangka..
walhal itu bukan maksud hati kita yang sebenarnya..
cuma kerana terlalu marah... kita hilang kawalan diri..
"
"
"
aku bercakap tentang sapa ni?
hehehe ade ler.. tentang seseorang ni...
dia marah sangat dengan kawan baiknya si sipolan ni..
terus je dia kata...
"sumpah.. mati hidup balik jadi cicak pun aku x akan tegur dia"
erkk... tu dah kira bersumpah ke??
"
"
"
tapi sekarang ni bila marah dia dah reda...
aku tengok dia dah ngam balik dengan kawan yang dia kutuk tu..
ermmm so macam mana dengan sumpah dia tadi ea??..
ni kira langgar sumpah ke x ni??

:. JEJAI NAIK HELIKOPTER UNTUK JUMPA FASHA .:

Edit Posted by with 2 comments

"
"
"
"
sebenarnya aku bukan suka sangat nak tulis tentang minah ni tapi oleh sebab ade le plak mangkuk kat sebelah ni yang suh aku wat entry pasal minah ni.. so aku buat jugak ler..
sebenarnya tadi aku terbaca di Murai citer tentang si glamou Fasha Sandha ni..
alaaa .. citer ni dah kuar minggu lepas dah.. tentu korang pun dah baca..
yang wat aku suka nak tulis tu pasal macam mana si Jejai ni sanggup datang pi lokasi penggambaran tempat Fasha berlakon siap naik helikopter lagi tu..
wahhhh... romantik giler..
ni ler kalau dah namanya orang bercinta.. lautan sanggup di seberangi...
masa ni Fasha wat penggambaran tuk drama bersiri 'DUYUNG ARIDINATA'..
yang dilakukan di Pulau Lang Tengah..
wahhh... tapi yang herannya.. dah macam ni pun masih nak nafikan lagi yang mereka ada hubungan..
ermmmm macam2 hal..
ngaku je lekan.. adeii


: ARIL AF7 MASUK HOSPITAL... DEMAM PANAS .:

Edit Posted by with No comments

Aril diserang demam panas dan dia dimasukkan ke hospital Pusrawi, Kuala Lumpur sejak jam 12 tengah hari semalam (20 Mei 2010) apabila demam panas yang sudah sehari menyerangkan tidak berkurangan walaupun dia sudah ambil ubat.Menurut pemeriksaan doktor, darah aril telah terkena jangkitan kuman namun belum dapat dipastikan lagi ianya berpunca dari apa dan bagaimana aril boleh terkena jangkitan itu.
Patutlah malam tadi masa konsert AF8 Aril tak muncul dan tempatnya telah digantikan oleh
seorang lagi Duta Brand's iaitu Hao Ren.
Untuk cerita selanjutnya korang leh baca di Murai.com ...

:. JERAWAT LEBIH SUKA WANITA DARIPADA LELAKI .:

Edit Posted by with 2 comments



"
"
"
"
Remaja di seluruh dunia mengalami masalah mengenai jerawat, dan ini bukanlah satu perkara luar biasa... Malahan ramai remaja yang jadi kurang keyakinan diri kerana jerawat..
ini pun pernah terjadi pada adik aku sendiri... teruk juga dulu dia terseksa kerana jerawat ni.. tapi alhamdulillah sekarang kulit wajah dia dah ok..
Kalau mengikut sumber yang aku baca masalah jerawat ni di hadapi oleh lelaki dan wanita yang berusia antara lingkungan 20 hingga 30 tahun..
Sebuah penyelidikan melaporkan 800 orang lelaki dan wanita berusia antara 25 hingga 58 tahun, di dapati 54% wanita dan 40% lelaki mengalami masalah jerawat..
adeiii nampaknya jerawat ni lebih suka hinggap di pipi gebu wanita le nampknya..
penyebab jerawat ni adalah akibat beberapa faktor.
Bermula dari debu, kulit berminyak, keturunan dan hormon.
Dari sumber yang aku baca juga... penyebab luarannya adalah berpunca dari bakteria yang bernama 'P.acnes'.
Bakteria ini boleh melekat di setiap kulit manusia dan kemudiannya menyebabkan jerawat.
Untuk mencegah jerawat yang disebabkan faktor luaran, cara paling berkesan ialah kamu mesti rajin membersihkan muka...
untuk anda yang mengalami masalah jerawat selamat mencuba!!

"
"
p/s : gambar di atas tu x de kena mengena pun dengan entry ni yer... hehehehe

:. NAMA SHAHIR TERUS HANGAT... MACAM GORENG PISANG PANAS!! .:

Edit Posted by with No comments


(tahniah wat shahir sebab jadi juara... pstt.. macam le shahir nak baca blog murah aku ni)
"
"
"
Ada yang melompat gembira bila Shahir jadi juara..
ada gak yang pengsan2 bila terlalu suka sangat bersorak..
tapi aku cool jer.. heheheh

"
"
"

Tersenyum lebar bila habis tengok AF8 tadi..
mana tak nya... SHAHIR jadi juara huhuhuhu
berkerut2 dahi suami aku bila tengok Shahir jadi juara... mana taknya dia nak sangat Adira yang menang... hehehehe aku senyum je ler.. sobab aku memang penyokong Shahir..
tapi apapun Adira pun memang best...
yang lain pun best jugak.. tak mengecewakan...
"
"
"
aku ni bukan le minat sangat AF ni sebenarnya..
tapi saje nak layan2...
Tahniah wat Shahir sobab menang eaa..
( mcm le dia baca blog murah aku ni)

Saturday, May 22, 2010

:. RAHSIA BIBIR SEKSI .... MUAAAHHHHH .:

Edit Posted by with 1 comment



"
"
"
"


Rahsia bibir anda... nak jadikan dia lebih seksi?? lebih mengiurkan.... wahhhh meh sini ler
"
"
"
'
  • untuk memberi kesan putih pada gigi, pilih lipstik yang bewarna agak gelap.


  • Supaya lipstiks anda lebih tahan lama, lapis bibir kamu dengan alas bedak ter;ebih dahulu


  • Basahi bibir sebelum minum untuk menghindarkan kesan bibir pada gelas.

  • Untuk mengelakkan bulu berus melekat pada bibir , sapukan bedak di tepi bibir.

  • Jangan lupa wat pemeriksaan terakhir jangan sampai ada kesan lipstik di gigi kamu..
* SELAMAT MENCUBA *

:. BER'BOYFRIEND'KAN LELAKI KACAK... APA DUGAANNYA? .:

Edit Posted by with 4 comments
Kelaziman wanita zekarang kalau nak cari pak we semua nak yang hensem2 jer..
muka buruk skit semua tolak tepi... tapi x semualah wanita macam ni... ada juga yang meletakkan paras rupa di tempat kedua.. tetapi akhlak dan budi pekerti itu yang utama..
kat sini aku nak kongsi pendapat dengan semua tentang dugaan2 yang bakal kita terima jika berpakwekan lelaki2 kacak..
  • SI DIA TU JADI REBUTAN : jadi rebutan ni bukan masa korang bercouple je.. malahan walau pun korang dah bertunang atau pun berkahwin sekali pun.. ke hensemannya tu membuatkan si dia tetap menjadi rebutan.. tapi kita plak jangan le selalu cemburu buta... kalau dia betul setia dengan kita baguslah kan..

  • SI DIA DI GODA TEMAN2 KITA SENDIRI : ni le natijahnya kalau dah terlalu hensem sangat... kadang2 kawan baik kita pun leh cair.. tu le kena hati2.. kadang2 kawan baik pun leh makan diri kita sendiri... awas!!

  • KITA SENTIASA NAK SETANDING DENGAN SI DIA : yolah kan... dah kalau pakwe kita tu hensem yang amat... kita plak muka setakar ala kadar je.. mestilah kita risau.. tu yang bergaya sakan sebab nak jadi setanding dengan si dia... ni le yang leh sebabkan tekanan dalam diri ni

  • SI DIA PASANG SPARE TAYAR : ni dah kira nasib kitalah kan... orang kacak lagi tampan ni mestilah ramai peminat... so sabar je lew..

  • KITA JADI BAHAN SINDIRAN ORANG : haaa.. yang ni biaser le org kita.. hasad dengki dah sebati dalam diri kot.. bila tgk pasangan kita tu tampan nak mampuih then rupa kita plak sederhana je.. mula le nak mengutuk.. tapi nak wat cam ne... jangan di layan... yg penting kita bahagia... hahahaha

p/s : naseb bek rupa aku ngan hubby aku ala kadar jer... heheheh lawa x de... manis ade...

Friday, May 21, 2010

:. Wanita Cantik Maintenance Tinggi? .:

Edit Posted by with 1 comment



"
"
"
"'
"
"
"
"


( sekadar gambar hiasan jew)


Ini bukan apa yang aku saja kata.. malah ramai lagi yang selalu beranggapan begitu?
betul ke???
gadis2 atau wanita cantik ni maintenance tinggi?? hehehe..
bila aku tanyakan hal ni pada beberapa rakan.. macam2 jawapannya..
ada yang menjawab

1." Tidak juga, maintenance tinggi ni x semestinya untuk orang yang cantik2 je... semua tu kena tgk gak cara hidup dia.. kadang2 muka tak cantik mana tapi sebab berduit.. semua nak kena guna barang jenama gak"

ade plak yang kata..

2. "aku tak kisah le apa orang nak kata.. aku ada duit...aku punya duit... so aku punya suka ler.. "

ade plak yang menjawab....

3. "kalau nak cantik kenalah kuar belanja lebih sikit.. kalau beli barang pasar malam je ... harga pun ikut harga pasar malam ler.."

nasib baek ada yang menjawab...

4. " pada saya maintenance tinggi tak menjamin rupa yang cantik... errmm bukankah cantik dalaman tu lebih penting lagi?? betul tak"

aku terus angguk2 setuju... betui2..
so kalau anda le.. anda akan jawab yang mana??

:. HALIMAH JONGANG : EDDIE HAMID .:

Edit Posted by with No comments



Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri

Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu

Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha….. ha….. Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau Halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

Thursday, May 20, 2010

:. QIARA : YANG KAN TERJADI TETAP TERJADI .:

Edit Posted by with 1 comment
Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan
Untuk ku lafazkan kata-kata menghuraikan perasaan
Tapi ku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Usah ada gesaan apalagi suatu paksaan
Kau tahu diriku serba tiada ku ingin lebih bersedia

Lalu di atas nama cita-cita kau ku tinggalkan sementara
Dengan percaya engkau akan mengerti
Dan sabar menanti...

Berdoa-berdoalah sayang
Sepenuh keyakinan
Bukan berjanji bukan bersumpah
Cuma percaya...
Ku kan pulang padamu jua... (dinda)

Apa yang terjadi kan terjadi
Dengan keizinan Ilahi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Pertemuan... di azali...

Wednesday, May 19, 2010

:. Luahan Rasa .:

Edit Posted by with No comments
Petang2 macam ni bila duk sorang2 tetiba hati rasa sayu le plak..
teringat adik2 yang masing2 dah duk jauh..
( x ler jauh sgt.. dlm johor gak )
rindu pun ade jugak..
agaknya masa arwah mak, abah dan nenek dulu masih ada..
macam ni le mereka rasa..
rindu pada anak-anak..
suasana sejuk selepas hujan kat sini wat hati aku pun turut mendung dan sayu jer..
diam x diam dah 20 hari aku melahirkan Eisya..
sekejap je rasanya..
tadi ade le sorang jiran tu dtg ke rumah.. dia terkejut bila tengok aku dah buat kerja rumah..
huhuhuhu.. kata jiran aku tu dekat dengan rumah aku ni ada jugak anak jiran yang baru sebulan bersalin... kiranya lebih kurang aku ler.. may be awal dia dalam 2 minggu tapi anak jiran aku tu cukup berpantang giler.. sampaikan x boleh kuar rumah... pilis dan param tak pernah tinggal.. apa tah lagi le nak buat kerja rumah...
huhuhu untungnya wanita tu kan... yelah berpantang dengan mak sendiri... mesti best..
boleh manja2... boleh relax2...
bila dengar mak cik tu bercerita nak berlinangan jugak air mata aku... tapi aku tahan jer..
teringat masa aku bersalinkan Akim ( anak aku yang sulung )... masa tu arwah mak dan nenek ada lagi... memang le aku manja... semua arwah mak buat.. arwah mak masak..
lampin pun arwah mak cuci..
tapi sekarang semua aku kena buat sendiri...
nak harapkan mak mertua jauh le plak di seberang laut...
kalau ikutkan hati dan badan ni memang le aku tak larat... tapi aku kuatkan jugak..
Ya Allah... kau kuatkanlah aku... kau tabahkanlah hatiku....
hanya padamu ku bermohon Ya Allah..

Tuesday, May 18, 2010

:. SENDU DIHATIMU, RINDU DI JIWAKU : ARROW .:

Edit Posted by with No comments

TakDir Yang Menentukan
Pertemuan Yang Tak
Disangka
Tak
Dir Jua Yang Menentukan Perpisahan
Di Talian Cinta Ini
Terjalin Ikatan Mesra
Walau Hanya Seketika
Bagiku Sungguh Bermakna

Masih Terkenang Lagi
Kepadamu Insan Misteri
Yang Su
Di Bertamu Di Hati
Tersentuh Hatiku Ini
Rasa Ingin Bersamamu
Menyapu Si Airmata
Menghilangkan Rasa
Sendu Di Hati

Setiap Malam
Kutunggu Panggilanmu
Resah Hatiku Menanti
Walaupun Sehari Takku Dengar Suaramu
Hati Rindu

Kuterasa Dunia ini Bagai Terhenti

aku Tahu Kau Rindukan Aku
Belaian Kasih Mesra Untukmu
Tak Sempat Lagi Kita Bersua Bermesra
Engkau Telah Pergi Jauh
Terlerai Genggaman Mawar Dari Tanganku

Masih Terkenang Lagi
Kepadamu Insan Misteri
Yang Su
Di Bertamu Di Hati
Tersentuh Hati Kuini
Rasa Ingin Bersamamu
Menyapu Si Airmata
Menghilangkan Rasa
Sendu Dihati

:. Jawatan Kosong PEMBANTU JURUTEKNIK (Radio IKIM.fm) .:

Edit Posted by with No comments
JAWATAN KOSONG 'PEMBANTU JURUTEKNIK ( RADIO IKIM.FM )
jika anda berminat meh klik (sini) ..
huhuhu kalau ikut kan ahti aku memang berminat nak reply ni..
tapi memandangkan beberapa sebab yang x dapat dielakkan terpakasa le aku pendamkan je hasat tu.. untuk korang yang berminat leh le lawati laman web tu IKIM yer..
ok jangan tunggu lama2 k..
sape cepat dia le dapat...

:. Anak2 Zapin Tenggaroh 6 .:

Edit Posted by with No comments

Mesti ada yang kata.. wah.. wah .. lagi2 citer pasal tenggaroh... hehhehe
mesti ler... dah ni kampung aku.. kalau bukan aku yang citer sape lagi nak citer tul x?..
saje aku wat entry ni tuk masukkan gambar budak zapin Tenggaroh 6 punyer...
gambar ni aku ambik masa majlis nikah adik aku hari tu...
budak2 ni pun anak2 buah ayu...
kiranyer si ayu ni jurulatih dia org ni ler...
tima kasih diucapkan tuk semua adik2 ni..
dan korang tu kalau berminat nak jemput dia org berzapin leh le hubungi aku...
cewahhh... tapi setakat duk area Tenggaroh ni le yer..
jauh2 den tak larat... huhuhu





p/s : berzapin di halaman rumah aku jer.. nasib bek laman rumah aku ni lapang... tq all...

:. TENGGAROH 6 : Kawan Lama Maut Dalam Kemalangan .:

Edit Posted by with 4 comments
Tenggaroh 6 : Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita yang seorang kawan sekolah aku dulu telah ditimpa kemalangan dan telah meninggal dunia.
Beliau ialah Hairul Rizan Bin Hamid yang tinggal sekampung ngan aku di Felda Tenggaroh 6 ni..
sebenarnya dah lama aku tak jumpa dia..
ade jugaklah dulu terserempak dengan dia beberapa kali..
last aku ingat dia masa tu dia ngan mak dia bawak anak sedara dia datang rumah aku berurut dengan arwah nenek.. pas tu aku tak jumpa dia lagi...
punca kemalangan aku tak berapa nak pasti.. tapi menurut adik aku yang pergi menziarah di hospital Kulai dimana jenazahnya di bawa, beliau menunggang motosikal, dan apabila di jumpai di Kempas beliau telah pun meninggal dunia dan kemudian mayatnya di bawa ke Hospital temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulaijaya..
dan sekarang kaum keluarga dan jiran tetangga masih menunggu jenazah di bawa pulang ke tenggaroh 6.. untuk disemadikan di sini..
Marilah kita sama-sama sedekahkah al Fatihah kepada roh beliau agar rohnya di tempatkan di samping orang2 yang beriman... aminnn...

Sunday, May 16, 2010

:. Sorry Akim... Luv U So Much Dear .:

Edit Posted by with No comments

petang tadi anak aku yang sulung si akim duk tanya aku...
"mama... mama dah masukkan gambar akim masa pertandingan bercerita hari tu dalam laptop mama ke belum?"
adeiii terkedu aku bila dengar soalan dia tu..
man ataknyer... aku lupa.. sungguh2 lupa... almaklum le sibuk ngan baby baru ni
sorry ea Akim... ok sekarang mama masukkan...
25hb april hari tu Akim ade masuk pertandingan bercerita di Mersing,
alhamdulillah akim dapat tempat ketiga...
suka le dia dapat hadiah... pastu aku pun ade bagi dia hadiah lagi..
then adik aku plak belanja dia KFC... seronok tui dia..


bergaya le dak akim ni dgn hadiah dier..



alahai dak iman ni... orang sibuk bertanding dia sibuk makan plak huhuhu


sukanya akim dapat hadiah.... tahniah... akim...


akim bercerita dengan tajuknya " KUPU2 YANG MALAS"

suka le tu ... bergaya le dia ngan kepak rama2 dia tu


anak yang masuk pertandingan mama ngan ayah dia yang berdebar-debar


ni le pantas dia... sempoie jer.. lukisan tu aku yang wat... bungan ngan pagar tu cikgu akim yang sediakan...

:. CIS!! DASAR LELAKI HAMPEH!! .:

Edit Posted by with 1 comment

Korang ade baca tak satu entry aku yang dulu tajuk pasal kawan aku yang dalam proses nak bercerai tu?? ermm may be ada yang x baca ... so kalau nak baca klik sini k...
aku baru dapat tahu yang mereka dah pun bercerai di mahkamah... kesian kawan aku tu..
masa dia cerita ngan aku... dia x menangis tapi hati dia.. siapalah yang tahu kan??
yang aku geram tu... dah le dia ceraikan bini dia pastu dalam mahkamah dia kata x sanggup bagi nafkah kat kawan aku dengan anak dia..
sepatutnya dia kena bagi rm300 untuk anak dia dan rm300 juga untuk kawan aku semasa dalam edah je ler... untuk anak tu kena le bagi sampai dia besar..
si jantan ni leh kata dia x setuju..
dia cuma nak bagi anak dia jer.. itupun cuma rm100 je sebulan..
ADE KE PATUT???
si anak tu baru 2 tahun lebih jer.. masih menyusu.. masih pakai pampers..
100?? cukup ke untuk menampung kos hidup anak tu..
ibunya cuma mengambil upah jahit baju...
kesian aku tgk kawan aku tu..
dia memang cukup sabar orangnya..
yang tambah menyedihkan sekarang ni anak dia plak demam..
demam panas plak tu... bila dia bagi tahu bekas suaminya tu asyik kata bz jer..
ishh... dasar lelaki kan... sekarang dia memang bz.. bz agaknya nak siapkan persediaan perkahwinan dengan awek dia tu..
maaf le lelaki2 di luar sana... bukan semua lelaki macam tu..
dan kalau boleh kita semua elakkan ler yer..
untuk kawan baik aku ni aku harap dia sabar dan tabah..
kuatkan semangat... ni semua dugaan tuhan...
aku tahu ko kuat k :)

Saturday, May 15, 2010

:. Meh Tengok Rahsia Tarikh Lahir Anda .:

Edit Posted by with 4 comments

p/s : ini semua hanya sekadar bahan bacaan sahaja k... jangan le korang percaya dan taksub sangat... juz 4 fun je ni.... layannnzzzz...



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.