Saturday, July 31, 2010

:. Apa Yang Lelaki Mahu Dari Wanita .:

Edit Posted by with No comments

1.Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih
penting ialah wanita yang dapat mendorong dan
mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah
tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita.

2.Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas,
bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang
suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila
bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan
perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman
lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai
semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa
bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki
itu penting dalam kehidupan di dunia ini.

4.Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya,
lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal
seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang
lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter
dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada
mereka


p/s : yer ke?? agaknyer ler..

:. Kenapa Wanita Lebih Best Dari Lelaki ( jgn jeles yer cik lelaki) .:

Edit Posted by with 1 comment

Pada kaum adam jangan le cemburu..

terimalah kenyataan ni k..

hehehe... aku gurau je bha...

tapi yang di bawah ni.. ada kebenaranyer....


19 Keistimewaan Wanita

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

:. Berbogel Untuk Puaskan Hati Orang Lain ? .:

Edit Posted by with 3 comments
( Entry Ini X Sesuai Untuk Yang Berumur 18 thn Ke Bawah )


"


"



"

ada seorang rakan.. yang bekerja pada waktu malam sahaja..
katanya dia bekerja di lorong-lorong..
ermm kerja apa.. sendiri mahu ingat le..
orangnya cantik..
berambut panjang....
berkulit putih gebu....


bila keluar rumah.. aduhai pakaiannya....
menyeramkan!!..
boleh di katakan separuh berbogel le gamaknya...

bila aku tanyakan..
' suka dan selesa ke pakai macam ni?'

then dia kata..
'aku pakai mcm ni bukan aku suka pun.... aku pakai mcm ni tuk tarik pelanggan jer..'

ermmmm...
so kira dia ni pakai mcm nak terbogel ni ( ayat aku sendiri)
hanya untuk puaskan hati orang lain jer..
untuk dptkan duit...
ermmmmm

ermmmmm je lerrr!!!

Friday, July 30, 2010

:. 10 Laluan Syaitan .:

Edit Posted by with No comments
Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA

Lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN

Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga : CINTAKAN NIKMAT

Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam : HASAD DENGKI

Lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA

Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan : BAKHIL

Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan : TAKABBUR

Lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK

Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

:. Terasa ~ Terase ~ Teraso .:

Edit Posted by with No comments

terase..


terluka...


terkilan....


terguris......


terhiris.....

tercalar....


:. Kenangan Bersama As Dan Nurul .:

Edit Posted by with 1 comment
( ni le skit cenderahati dari aku tuk dak dua orang ni.... ngeeee... hadiah kocik je )


Hari ni... aku in down emosi skit ler..
( cececececece )
sedey sebba hari ni last dua orang dak praktikal kat tempat kami..
AS & Nurul..
walaupun aku agak lambat kenal dengan mereka..
( sebab aku cuti bersalin le kan.. )
tapi aku seronok bekerja dengan mereka..
dia org memang best!!..

harapan aku As dan Nurul akan jadikan kenangan di AADK Kota Tinggi sebagai kenangan yang terindah untuk korang ea.. hehehhee




Ni ler... budak nama As tu... kekeke... orang sandakan bha ni..

yang ni cik Nurul.. orang dekat jer.. air tawar 3 ... jb


p/s : cayang korang... jgn lupa akak k!!



Thursday, July 29, 2010

:. Akibat Dendam.. Seorang Lelaki (Dari SANDAKAN ) Dibunuh Kejan .:

Edit Posted by with No comments




SHAH ALAM: Dendam lama dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas diserang sekumpulan lelaki di Flat Valencia, Seksyen 25 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa, Pasibal Julaini, 26, dari Sabah mati di tempat kejadian manakala seorang rakannya yang belum dikenal pasti identiti parah selepas diserang 20 lelaki menunggang 10 motosikal.


Ketika kejadian, mangsa, pekerja kilang bersama lima rakannya bermain gitar di bawah blok terbabit sebelum sekumpulan lelaki bermotosikal bersenjata parang muncul dan menyerang mereka bertubi-tubi.


Difahamkan mangsa yang maut tidak sempat melarikan diri sebelum ditetak beberapa kali di kepala dan belakang badan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, menyifatkan kumpulan lelaki itu amat ganas kerana menyerang mangsa tanpa belas kasihan sehingga membawa kematian.


“Usaha menjejaki semua suspek kini giat dilakukan dan siasatan awal mendapati pergaduhan ini berpunca daripada dendam.


“Si mati dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Mangsa yang cedera juga sudah stabil,” katanya di sini, semalam.


Sepasukan polis dari Unit Forensik dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengumpul bukti berhubung kejadian itu.


Polis menyiasat sebuah motosikal yang terbakar di padang permainan tidak jauh dari tempat kejadian sama ada ia mempunyai kaitan serangan terbabit.



p/s : petikan ni aku ambil dari harian metro..
kenapa cerita ni aku paparkan di blog aku.. sebab.. mangsa yg meninggal tu.. warga sabah tu adalah.. orang kampung suami aku di sandakan... kasihan.. jenazah telah selamat di bawa pulang ke sandakan dan di kebumikan di sana....

tapi keluarga mangsa tentu sedang bersedih dgn apa yang terjadi pada arwah.. aku tumpang simpati dan takziah pada keluarga mangsa....

:. Anak Tenggaroh Diperlukan Untuk Bantu Siasatan .:

Edit Posted by with No comments

kenapa berita ni aku masukkan dalam ni..ermm sebab ade perkataan tenggaroh di situ..ermmm..


4 lelaki, 1 wanita didakwa culik 2 along

2010/07/29
KULAI JAYA: Empat lelaki dan seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menculik dua "along" awal bulan ini, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM30,000 bagi setiap mangsa.

Rasman Ahmad, 42; Ismail Jaafar, 39; Wan Karmizi Muhamad, 28; Mohamad Awan A.Bakar, 23; dan Aida Jamhalie Samson, 32; didakwa menculik Leow Own Keong, 30; dan Lew Wei Your, 19; di kawasan Danga Bay, Johor Baharu pada 11.15 malam, 5 Julai lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Tiada sebarang pengakuan dicatatkan dan Majistret Siti Aishah Ab Rashid memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tanpa menetapkan sebarang tarikh untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, A Karthiyayini, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dua lelaki dicari bagi membantu siasatan kes culik berkenaan.

"Kedua-dua mereka adalah Al Annaz Wahid @ Anas, bernombor kad pengenalan 921122-01-5283 yang beralamat terakhir di No 32, Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing dan Mohd Hadi Hamdan @ Bai, bernombor kad pengenalan 811011-01-6497 dan beralamat terakhir di 199F, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
Beliau meminta, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu, menghubungi polis. - BERNAMA

:. Pemenang Kontest Kisah Cintaku Ialah.... Jeng... jeng... jeng ... .:

Edit Posted by with 11 comments



setelah Bagai nak pecah aku memikirkan bersama-sama juri2..
aku dengan suka citanya mengumumkan..
pemenang Bagi Kontest Kisah Cintaku..
jatuh kepada .....

"

"

"

"












"

"

"

"


"



ermmm jeng... jeng... jeng...

"


"


"


"

okay.. bagi yang tidak berjaya tu jangan putus asa...
cuba lagi ea.. sebab noie akan sentiasa anjurkan kontest2 kat sini...

"


"

"

"

"

pemenangnya ialah....

jatuh kepada....



tahniah..!!!!

sila emailkan alamat safiyya ke email akak yer... teddy_bear81@ymail.com

dan untuk semua 17 peserta lain juga saya harap akan emailkan alamat masing2 yer.. sebab noie nak hantar sikit cenderahati kat 17 korang tu..

selepas ni noie akan umumkan
'Pengkomen Terbaik'

tunggukan di entry seterusnya...

tq all....

muahhhhhhh!!!!!!!

Wednesday, July 28, 2010

:. Lindsay Lohan Berbogel Dalam Inferno .:

Edit Posted by with 6 comments

Ni ler dia kalau orang yang dah gila glamour!!
sanggup tuk berbogel untuk mendapatkan job..
padahal si lindsay ni dah kaya dah pun..
tapi x cukup lagi le rtu gamaknyer..

beliau diarahkan berbogel untuk sebuah filem lakonannya yang bertajuk Inferno..

ntah ape2 le minah mat saleh ni kan..

:. Zahid Dan Nita Akhirnya Berpisah .:

Edit Posted by with 2 comments

Zahid Dan Nita Berpisah..

"

"

tak sangka pasangan yang romantik ni akhirnya berpisah..
sedey gak dengar sebab dia orang ni nampak sweet je berdua..
harap-harap selepas ni zahid dan nita akan bersama kembali..
buang yang keruh ambil yang jernih..

klik sini kalau nak tahu citer selanjutnya ----> murai

Tuesday, July 27, 2010

:. Tukar Dengan Rela Suka Sama Suka Kakitangan Awam .:

Edit Posted by with 4 comments
Meriah aku tengok kat FB ramai gak kakitangan kerajaan yang mencari kawan untuk tukar suka sama suka.. bagus jugak kan wat macam tu..
aku tengok rupa-rupanya ramai juga yang kakitangan awam nak tukar suka sama suka ni..
aku pun sebenarnya nak cari gak sesiapa yang sudi tukar suka sama suka dengan aku..
dari johor aku nak ke sabah le pulak..
ceh... yer.. yer.. ah je kan..

tapi elok le kalau tukar suka sama suka kan..
tidak ada paksaan..
akan memudahkan kita jugak..
banyak kelebihannya ni..
cuma masalahnyer ialah nak cari orang yang sama rela dengan kita untuk bertukar tu..

korang macam mana pulak??
nak ke cuba sistem tukar suka sama suka ni?
aku pun macam nak try le..
tapi sayangnyer aku tak punya ramai kenalan yang kerja dengan kerajaan ni..
tu le masalahnyer...

:. Esok Akan Aku Umumkan .:

Edit Posted by with 3 comments

"Kontest Kisah Cintaku"

Esok aku akan umumkan keputusannyer..
ermm dah berapa hari ni aku peramkan semuanya..
cehhh... <-- ayat nak power..
x mahu simpan2 lagi dah..
nak tumpukan perhatian pada


so untuk siapa yang nak komen n bagi aku pendapat untuk pilih pemenang boleh le

klik di -----> sini

so untuk semua peserta..
jangan lupa esok yer.. temujanji kita..
huhuhuhu ( lebih2 le plak )



:. Pendapat Aku Tentang Cinta Monyet .:

Edit Posted by with 5 comments

Kenapa aku ettiba nak cerita pasal cinta monyet?
sebab aku risau tengok adik bongsu aku yang galak bebenor maen msj...
risau le plak.. baru je form 3..
( mcm le dia dulu x bechinta monyet dulu )
hehehhehee..
dulu masa zaman aku sekolah lum ade lagi henfon ni..
ade tipon rumah jer..
zaman sekarang ni dah moden..

berbalik pada cerita cinta monyet ni tadi..
tahun ni adik aku ni pmr tapi sibuk plak nak bercinta-cinta..
tu le yang aku risau..
takut nanti kerna cinta punah exam dia..



:. Pelajar Perempuan Ketagih Tonton Video Lucah .:

Edit Posted by with 7 comments

Gadis remaja ketagih tonton video lucah!!
baca petikan di bawah dan tentu korang akan rasa seram sejuk huhuhu

"


"


"


"

"Seorang pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah yang dibeli daripada dua rakannya sehingga berhutang lebih RM1,000 bertindak nekad membenarkan rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, di sini, dirompak rakannya itu bagi melunaskan hutang.

Pelajar Tingkatan Empat itu mengambil kesempatan ketika mereka sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan membenarkan dua rakannya itu yang juga pembekal klip video lucah memecah masuk ke rumah dengan membuka selak tingkap rumah yang sebelum itu sudah dikunci kemas bapanya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar itu bertindak merenggangkan kunci tingkap rumahnya bagi membolehkan dua rakan perempuannya itu memecah masuk dan mengambil barangan berharga bagi melunaskan hutangnya.

Beliau berkata, sebaik keluarga pelajar berkenaan pulang ke rumah, mereka terkejut mendapati tingkap rumah telah diumpil dan keadaan dalam rumah berselerak.

Selepas diperiksa, mereka dapati tiga rantai emas serta masing-masing satu gelang dan cincin emas milik ibunya yang disimpan dalam bilik utama hilang.

Terkejut dengan kejadian itu dan tanpa mengetahui anak perempuannya adalah dalang kejadian curi berkenaan, bapa pelajar terbabit berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Jertih kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat dan sepasukan polis ke tempat kejadian untuk mengesan bukti. "


p/s : petikan ni ehsan dari blog member blogger aku jugak.... apa komen anda???

Monday, July 26, 2010

:. Kontest .. Aku Punya Bear .:

Edit Posted by with 67 comments



" Tamat sudah kontest yang lalu..
kini tiba kontest yang baru..
siapa berani meh cuba dulu..
ada rezeki manalah tahu... "

ok ni kontest terbaru aku... dijemput beramai2 datang cuba yer...
hadiahnyer??

Tu comel tak??
sape memang dia akan memiliki
"Teddy Bear"...
yang ada kat banner contest ni..


syarat syarat

- berikan satu nama yang CUTE untuk teddy di atas
- buat entry ringkas kenapa anda mesti MEMILIKI bear tersebut ( ringkas je jgn pjg sgt k )
- anda mestilah follower blog ni ( kalau belum tu.. sila2 ler )
- tag pada 2 orang kawan anda ( yg ditag tu mesti tahu mereka telah di tag )
- letakkan banner contest ni di entry anda tu
- dan jangan lupa letakkan link blog ini di entry tersebut
- then satu lagi paling bagus letakkan juga banner contest ini di sidebar blog anda yer
- jgn lupa tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah ye


TARIKH TUTUP :

31HB OGOS 2010

" JOM RAMAI-RAMAI JOINT KONTEST NI!! "



:. Kontest Baru Dalam Proses! .:

Edit Posted by with 1 comment


Sementara tunggu juri2 pilihan aku tengah wat penilaian untuk
'Kontest Kisah Cintaku'
aku tengah dalam proses nak buat satu lagi kontest...
aku dapat idea nak buat kontest ni sebab tadi masa aku kuar ngan member-member..
aku terjumpa sesuatu yang CUTE & COMEL!!




"

"

"



Kaau kontest sebelum ni aku tak tunjuk dulu gambar hadiah dia..
tapi untuk kontest akan datang ni..
aku nak promote dulu...
comel tak??
inilah bakal hadiah untuk kontest yang akan datang...
tunggu aku set dulu kontest tu yer....
meh le ramai2 joint!!

:. Hadiah Untuk Pemenang Kontest Kisah Cintaku .:

Edit Posted by with No comments

Tadi aku kuar shopping sat masa rehat..
ditemani She, Yani n Arip..
jeng... jeng... jeng..
aku dah beli hadiah untuk " Kontest Kisah Cintaku "



"


"


"


"

ermm pemenangnyer....
waaaaaa
pemenangnyer masih dalam penilaian lagi..
waaaaa poning2!!

:. Aku Nak Bagi Hadiah Ni.. Ambik2!! .:

Edit Posted by with 2 comments





korang nak ke cenderamata tuk hari raya ni??
meh ambik meh2!!



"

"

"

"
hehehehe
tapi korang kena tolong aku dulu le yer..
tolong le aku bagi komen skit pasal semua peserta kontest
KISAH CINTAKU..
adui pening aku..
siapa yang nak komen boleh ke ke link di bawah ni...


PENGKOMEN TERBAGUS AKAN AKU BAGI DIA CENDERAHATI!!
TOLONG LE YER..
SEMUA BEST2 NI SAMPAI AKU DAH TAK TAHU NAK PILIH YANG MANA SATU!!

Sunday, July 25, 2010

:. " Video Blue" Itu Indah .:

Edit Posted by with 2 comments

18 tahun ke atas sahaja...
yang di bawah 18 tahun perlukan kebenaran ibu bapa..
kerana semakin 'blue' itu semakin asyik!!


"

"

"

"

memong syok bila tgk video si hyppo ni berjoget
fun n cute jer..
dapt releasekan otak aku yang tengah pening dengan
'kontest kisah cintaku'
semua citer diaorg ni best2 tak tahu nak pilih yang mana satu..
rasanya kena dapatkan bantuan juri2 jemputan ni









:. Shahir & Adira Bercinta? .:

Edit Posted by with No comments

Shahir & Adira..
benarkah mereka bercinta??



"

"

"

"
menurut majalah yang aku baca mereka ni mengaku
yang mereka hanya berkawan rapat..
belum masuk bab cintan cintun lagi hehehe
so korang jgn le salah faham..
tapi aku suka ler kalau dia org couple..
sebab dia org ni nampak sweet berdua..
so.. kita doakan je le yer


:. Gambar Kris Dayanti Bercium Dengan Raul .:

Edit Posted by with No comments

Hot dan Panas!!
tak habis2 gosip hangat di Indonesia..
macam berlawan2 le pulak artis dia orang ni..

"

"

"

"

dan apa yang noie dapat tahu gara-gara gambar bercium KD telah melibatkan pihak berkuasa di sana.. aduhaiii..
ape jer le mereka ni kan

:. Yasin Le Pulak Kena Tangkap! .:

Edit Posted by with 1 comment

lepas kisah apek kena tangkap mulai reda ...
ni Yasin le plak kena tangkap..


mengikut apa yang aku baca dia positif dadah..
jenis ketamine.. ada yang aku baca ganja..
( nanti kena selidik lagi ni)
kena tahan kat club...
ermm
tak habis2 kisah artis kita ni..
susah le nak cakap dia org ni..
yasin ni pun kira ok kalau berlakon..
sayangnyer leh terjebak dengan benda haram ni..


:. Senarai Peserta Kontest Kisah Cintaku - latest update .:

Edit Posted by with 7 comments



Wahh!! berpinar mata bila aku baca semua penyertaan terbaru untuk

'Kontest Kisah Cintaku'

best2 semuanya... korang kena baca tau..

kalau nak joint pun boleh..

sebelum 25hb julai ni ok..

korang kalau dah baca penyertaan ni pun boleh le bagi komen skit..

'PENGKOMEN DAN PENGKRITIK TERBAIK'

ada sedikit buah tangan untuk korang..

so rerajinkan le tangan tu mengomen..

kalau boleh baca dulu semua entry yg terlibat dan komen di sini yer..

sila2!!




No 1 : krolezone


http://internetmpay.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku.html


Sebuah kisah cinta diri Krole sendiri semasa di bangku sekolah dengan seorang gadis bernama “Fatma”..

krole menyimpan perasaan terhadap gadis itu tetapi tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan...

sebuah kisah benar yang menarik untuk di baca, kalau korang nak tahu apa kesudahannya antara Krole dan Fatma.. jangan lupa baca kisah cinta mereka yer..



No 2 : mamalyna


http://ejanblog.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku.html


mamalya menceritakan kisah cinta beliau bersama suaminya, bermula dari saat dia bertemu dengan suaminya... kemudian dia dilamar, mereka seterusnya bertunang dan berkahwin... sekarang sudah dikurniakan cahaya mata...sweet sangat kisah cinta mereka.. siap ade gambar2 kenangan sekali... apa lagi korang... jom bacaaaa.!!


No 3 : princessgathis


http://princessgathis.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku.html


Best baca citer ni.. kisah benar cinta remaja diri princess sendiri bagaimana dia mula berncinta dengan tunangnya sekarang. Princess baru je bertunang dengan pasangannyer pada 12hb June yang lalu... yang noie suka pasal kisah princess ni yerlah nama gelaran mereka.. “Vanilla dan Chocolate”... funny but cute.. nak tahu macam mana mereka bercinta.. atau nak lihat gambar pertunangan mereka??.. meh baca sendiri kisah cinta “Vanilla dan Chocolate”


No 4 : lala lulu


http://akubudaksopan.blogspot.com/2010/06/kisah-cintaku-ahakss.html


Mengisahkan, kisah cinta penulis pada zaman sekolah... kalau anda baca cerita ni mesti tersenyum-senyum sendiri, bagaimana si penulis meletakkan nama samaran bagi watak sebenar memang kreativ.. Jagung nama samaran yang diberi kepada lelaki pertama yang berjaya mengetuk hati si Lala ni...yang bestnyer lagi tu.. siap ade gambar2 karektor kartun dalam entry dia ni... so cute... nak tahu ape yang cutenyer meh le baca sama2 yer...


No 5 : bella

http://bella0107.blogspot.com/


Ini kisah cinta Bella dengan kekasihnya yang ditemukan di alam maya, kisah cinta pertama Bella bermula dalam TAGGED.COM tapi sayang cinta tu hanya bertahan 5 bulan jer... then dia bercinta untuk kali kedua dan kali ini ditemukan melalui Friendster.com plak...kisah cinta yang unik dan menarik... paling suka dengan kata2 di hujung cerita Bella ni yang berbunyi...ahaaa... nak tahu ape bunyinyer?? kenalah baca sendiri... best tau hehehehe


no 6 : yana


http://liyanaziz.blogspot.com/2010/06/contest-kisah-cintaku.html


Sebuah kisah benar kisah cinta Yana dengan superheronyer..(nak tahu sape kenalah baca sendiri yer) ... berkenalan dan bercinta tanpa bersua muka.. mungkin ada yag tak percaya tapi inilah kenyataannyer.. apepun kerana jodoh yang kuat mereka diketemukan semula walaupun pernah bertahun terpisah, rugi kalau korang tak baca kisah mereka... Yana memang ade bakat menulis.. kagum bila baca sajak yang ditulisnya sendiri pada akhir kisah cinta mereka... nak tahu lebih lanjut kenalah baca yer :)


no7 : azima

http://azimadiyshop.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku.html


sebuah kisah cinta si penulis sendiri yang pada awalnya hanya berkenalan melalui alam maya. Siap ade memori indah di Genting Highland lagi tu heheheh best... konon-konon pada awalnya nak rekomenkan kat kakak dia.. last2 dia sendiri yang sangkut hehehe... dan sekrang alhamdulillah.. mereka telah pun berumahtangga... nak tahu citer sepenuhnya baca le kisah cinta mereka ni yer..


no 8 :fierlynn


http://fierlynnfynn.blogspot.com/2010/06/kisah-cintaku.html


Kisah ni adelah sebuah kisah remaja, cinta yang belum ade sudahnya lagi. Sebuah kisah cinta yang penuh kerinduan.. fierlynn ni ade bakat menulis walau masih muda... kalau kita baca kisah cinta penulis ni nampaknya dia sedang teramat merindui buah hatinya ni.. tak pe.. meh kita sama-sama baca kisah cinta mereka..


no 9 : nur ~ mohd


http://applegulz.blogspot.com/2010/06/contest-kisah-cintaku-by-kak-noie.html


Sebuah kisah cinta yang juga bermula dari alam maya... wah nampaknya ramai yang bertemu jodoh melalui alam maya ni... hehehe... sebuah kisah cinta yang sedang hangat ni nampknya.. romantik gitu kalau kita tengok gambar mereka berdua.. nak tengok?? alaaa korang terjah ke sendiri yer..


no 10 : hudhud


http://hudhudpunyablog.blogspot.com/2010/07/kontest-kisah-cintaku.html


Wah.. ni satu lagi hasil penulisan remaja kita.. penulis mula mengenali kekasihnya melalui Myspace.. hamboie.. cinta maya lagi ni... tapi selepas itu dilanjutkan dengan pertemuan.. dan kini mereka tengoh hot bercinta ni hehehe.. best2.. korang terjah ler.. siap ade gambor couple ni lagi tau... so sweet!!


no 11 : shag


http://syazanayahaya-bennington.blogspot.com/2010/07/kisah-cintaku.html


Kisah cinta yang unik sikit.. sebab penulis mencintai seseorang dalam diam.. yang ni pun kisah cinta yang ditemukan melalui Myspace.. cinta yang sewaktu dia dekat tidak terasa kehadirannya tetapi apabila hilang di depan mata baru terasa bahangnya... romantik ni.. sis harap syaza akan dapat meluahkan isi hati tu satu hari nanti.. kerana jika di biarkan akan menyiksa diri.. :) jom le baca korang yer!!


no 12 : kikin


http://colors-ofmylife-bykikin.blogspot.com/2010/07/cinta-oh-cinta.html


Okay.. kalau tadi berkenalan melalui Myspace tapi si kikin ni berkenalan melalu fb le pulak.. wahh best2.. kalau kita baca kisah si penulis ni wah.. memang banyak sekali dugaan kisah cinta mereka ni... apepun happy le sebab mereka masih bersama dan harapan sis hubungan kikin dan pasangannyer akan kekal hingga ke jinjang pelamin.. nak tahu kisah cinta mereka.. sila baca sendiri ea..


no 13 : annaz


http://annaz79.blogspot.com/2010/07/kontest-kisah-cintaku.html


kisah cinta ni bukan dari alam maya ea.. ini kisah cinta sejak di bangku sekolh lagi. Kata si Anaz ni.. mereka dulu cinta2 monyet jer dulu.. heheheeh ok ler tu kan... n now mereka dah berumah tangga.. syukur alhamdulillah.. korang baca le leh tengok gambar kawen mereka sekali.. tu siap ade lagu “tanpa” lagi tu.... apa lagi?? terjah ler.... hehehhee



no 14 : anns


http://annscape.blogspot.com/2010/07/contest-kisah-cintaku.html


Sebuah citer kisah cinta yang menarik ni.. seronok untuk di baca.. kisah cinta anns yang banyak suka dan dukanya.. dan akhirnya dia terpisah dengan cintanya.. namun harapannya masih ada untuk bersama kembali dengan si dia.. korang mesti baca kisah ni tau.. dan sama2 kita doakan cintanya akan kembali membara..


no 15 : aziadah

http://aziazidah.blogspot.com/2010/07/kontest-kisah-cintaku.html


Kisah cinta yang bermula hanya dengan 'sms' sahaja.. akhirnya membuahkan rasa cinta mereka.. sweetnya kisah mereka apabila terselit kisah tentang buah salak.. kekeke.. nak tau apa citer dengan buah salak u all kenalah baca sendiri.. dan sekarang mereka telah pun selamat berumah tangga.. meh kita singgah reramai di blog aziadah ni jom jom!!


no 16 : miza

http://hayworlds.blogspot.com/2010/07/kontest-kisah-cintaku.html


Citer mereka ni bermula sejak di penulis di bangku sekolah lagi, kisah cinta mereka bolh dikatakan cinta jarak jauh le ni... wah.. on off je mula2 kisah cinta mereka tapi sebab jodoh mereka kuat le agaknya akhirnya mereka masih bersama sehingga hari ni.. mari kita baca bersama ... dan sis harap miza dan si dia akan kekal ke jinjang pelamin yer amin....


no 17 : saffiya

http://safiyyahosman.blogspot.com/2010/07/kisah-cintaku.html

kisah cinta mereka bermula dari myspace dan facebook.. pastu lama-lama mereka jatuh cinta.. sis suka tengok gambar2 mereka berdua dalam emtry ni... sweet n cute je... safiyya ni memang comel.. n secocok le mereka berdua ni.. insya allah raya ke 3 nanti mereka akan bertunang... wahhh tahniah dear.. jom terjah blog dia


no 18 : mzhany

http://mzhany.blogspot.com/2010/07/contest-kisah-cintaku.html


31hb julai ni nanti adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang setahun... seronok membaca kisah suka duka cinta mereka... mereka mula berkenalan melalui YM.. wahh cinta maya lagi ni.. tapi alhamdulillah berkat kesetiaan mereka berdua akhirnya mereka selamat di satukan.. rugi kalau korang tak singgah dan baca kisah cinta mereka ni...



P/S : JGN LUPA KOMEN YER.. ADE SAGUHATI TUK PENGKOMEN DAN PENGKRITIK TERBAIK HEHHEHE... tarikh tutup sampai malam ni kul 12.00 malam dah x leh joint k... so cepat2 ler yer...