Friday, December 31, 2010

:. Fashion Bertudung Si Puteri Eisya .:

Edit Posted by with No comments

bukan mama dia je yang berfesyen2 tudung..
sekarang may lovely Eisya pun dah pandai bergaya dengan tudung mamanyer..
baru nak masuk 9 bulan tu..
dan gheti pakai selendang..




pandai dia tengok kamera..


ni gaya happy bila malaysia menang bola sepak dengan indonesia
kekekeke


sayang eisya!!!
muahhh!!

Thursday, December 30, 2010

:. Top 5 Kontest Gambar Paling Lucu .:

Edit Posted by with 66 comments
MOHON BANTUAN ANDA UNTUK BUAT UNDIAN
KERANA SAYA SUDAH PENING!!!

Ini adalah Top 5 bagi Kontest Gambar Paling Lucu

Bantulah saya untuk memilih siapa yang paling lucu yer..
sila tinggalakan komen anda di bawah..

HANYA DIBENARKAN MENGUNDI SEKALI SAHAJA DAN ANOYNIMOUS TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA!!!!!!!


1. Zurani : http://zurani.blogspot.com/2010/11/contest-gambar-paling-lucu.html

Wednesday, December 29, 2010

:. Keputusan Gambar Paling Lucu .:

Edit Posted by with 8 comments

Wah!!
dah lama sangat benda ni tertunggak..
(mengalahkan bil api yang tertunggak)

"

"
so hari ni aku akan umumkan pemenangnya..



"



"

erm..

"


"


"

act bukan sekarang..
tapi next entry yer..
sebab juri2 masih dalam sidang perbincangan..
sedia menunggu yer!!
adioss!!


Tuesday, December 28, 2010

: Si Anoynimous Yang Kureng Ajor .:

Edit Posted by with 2 comments
tadi bukak sat blog..
tetiba ade satu anoy ni..
bagi le komen yang x membina langsung..
macam kenai je yang menulis tu...
hehehhe
adeii..
pengecut tul..
nak komen x nak identify diri..
harap muke je bersih..
hati musyuk!!!
mkekekkeke..
x per..
aku tak nak balas..
Biar Tuhan je balas nanti yer..

Sunday, December 26, 2010

:. Semalam Di Kampung Teluk Berserah ,:

Edit Posted by with 3 comments
Petang Jumaat lalu aku dan beberapa rakan setugas ke
Teluk Ramunia Pengerang..
kami bemalam di sebuah resort di Kg Teluk Berserah..
( maaf le kalau tersilap )
memang best kat sana ni..
berehat sambil bekerja..
huhuhu..
walaupun ramai lagi kawan seopis yang tak hadirkan diri..
namun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
yang paling best..
kami semua puas makan..
pas makan.. makan.. then makan lagi..






:. Helmet Arai Harga Rendah .:

Edit Posted by with 1 comment

Helmet Arai

harga rm 1200



condition tip top
Saiz M
Colour : Blue Pearl


Act ni bukan aku nyer helmet..
adik lelaki aku suh aku tolong cari buyer..
ok.. manalah tahu ade yang berminat kan..
leh contact no adik aku ni yer..
lan : 0177019677

Saturday, December 25, 2010

:. Penyakit Hati .:

Edit Posted by with 1 comment

Penyakit hati sering melanda masyarakat kita. Kata orang, rupa paras yang cantik belum tentu mencerminkan hati yang baik.. betul le tu.. hidup manusia yang selalu hasad dengki sesama manusia sudah menjadi perkara biasa. Tapi kita kenalah bersabar, semua tu dugaan Tuhan. Manusia yang berpenyakit hati ni, tak kan temukan ketenangan dalam dirinya selagi dia tak mengubati penyakit hatinya itu. Bukan sahaja dalam masyarakat malah dalam keluarganya sendiri.

Kat bawah ni aku nak kongsi sedikit le informasi mengenai penyakit hati ni. Nasihat aku bila korang berdepan dengan orang macam ni, senang jer.. ignore je dia dlm hidup ko, x pun block teruss!! hehehhe tu lebih baik kot..


Macam-macam arti penyakit hati dan sifat buruk manusia :

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki / rejeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antar sesama.

4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak kriminal pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat / Hianat
Hianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan mengobral janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.


Ali bin Thalib pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi
dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:
a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
b) Rasa tamak yang berlebihan.
c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."

Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan
dengan memperbanyak zikrullah.

Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(yaitu) orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."

Zikir kepada Allah ada 3:
a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid,
bertakbir, dan lain-lain dengan lisan
c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga
dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.

Zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain
mengamalkan doa di atas, elok diamalkan zikir ini setiap kali habis
sembahyang fardu.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya:

"Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali,
takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali,
kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu
wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli
syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak
buih di lautan." (Hadis sahih Muslim)



Friday, December 24, 2010

:. Apakah Itu Kemurungan? .:

Edit Posted by with No comments

* Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes.

* Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.

* Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi.

* Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.

* Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius.

* Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki.

* Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.


Simptom-simptom itu termasuk:

* Emosi negatif

* Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)

* Perasaan tidak endah

* Hilang minat dan rasa seronok

* Hilang minat terhadap hubungan seks

* Perasaan sedih

* Rasa letih

* Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak

* Mengalami gangguan tidur

* Mudah sensitif

* Resah

* Keliru

* Kadar konsentrasi yang lemah

* Kesunyian

* Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri

* Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.

Diagnosis

Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu.

Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor. Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:

* Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.

* Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.


:. Gelagat Eisya Dan Athira .:

Edit Posted by with 1 comment
suka tengok gelagat..
anak dara berdua ni..
EISYA DAN ATHIRAH
hehehhe..






Thursday, December 23, 2010

:. Selamat Ulang Tahun Sayangku Iman .:

Edit Posted by with 1 comment

Selamat Ulang Tahun Permata Hatiku!!
hari ni genaplah usia
NUR IMAN SAFRI
Ke - 3
selamat hari jadi sayang dari mama dan ayah..
semoga Iman dipanjangkan usia..
dimurahkan rezeki..
dan doa mama agar Iman akan jadi insan yang berguna setelah dewasa kelak..
Kami sayang Iman sangat-sangat...
muaaahhkkkss!!

:. Kursus Membuat Dadih .:

Edit Posted by with No comments

Hari ni menghadiri satu kursus cara-cara membuat dadih..
sangat menarik..
terima kasih kepada penganjur..
memberi ilmu kepada kami semua ni...

korang nak tempah tak??
ni geng2 aku tu dah sibuk nak mengambil order...
hehehhehe..

nak masukkan cara-cara membuat dadih kat sini..
tapi takut le yang di sampaikan tu kurang tepat..
almaklum ler.. kiter baru je belajar...
nanti di lain masa..
akan di masukkan yer..
adiosss!!

:. Wajah Comel Eisya .:

Edit Posted by with 2 comments
Ini le mimik muka Eisya yang terbaru...
geram je tengok muka comey dia ni tau.....




Eisya ni susah betui nak menengok kameranyer...
hhehehe.. apepun tetap cute..

muahhh!!!


alamak!!...
tertidor ke Eisya hehehe..
mama ayah sayang Eisya sangat-sangat!!

Wednesday, December 22, 2010

:. Aku Di Melaka .:

Edit Posted by with 1 comment
Balik Je dari kursus kelmarin
aku n family singgah jalan2 di MELAKA..
walaupun penat seronok le dpt jalan- jalan dengan anak-anak..
tugas dijalankan..
bercuti pun dapat..
hehehhehe..
barulah di katakan pandai mengatur kan masa...tui tak??
tapi tu ler..
belum puas lagi sebenarnyer..
x per..
len kali nak bawak dia org pi bercuti tempat len plak...
teringin nak pi bercuti kat pulau..
ermm sedang dalam perancangan..
kena kumpul duit dari sekarang..
:-P








:. Sape Nak Makan ABC ??? .:

Edit Posted by with 6 comments

amacam nampak lazat ke???
mak oi!! dia punya tinggi tu kan..
lazat sekali.. nak cuba??
meh ke Kota Tinggi saya belanja ea..



:. Amacam Header Baru Aku?? .:

Edit Posted by with 2 comments


ni header baru aku..


"



"


"
so cam ne ok ke tak??
komen skit...

Friday, December 17, 2010

:. My Top Friends .:

Edit Posted by with 3 comments

Percubaan baru dalam FB best..
cari

' MY TOP FRIENDS '

hehehe..
no 1 : Zairul
no 2 : my sister Eca
no 3 : Mu cute frenz.. amalina
no 4 : my hubby ( aiks cam ne no 4 ni ea? )
no 5 : my frenz lama Rozie.. muahhh
no 6 : lovely frenz .. Fella
no 7 : Nasir hubby June..
no 8 : Tatod rakan cute seopis..
no 9 : Vespa Radoku... hehehe dak semua x leh ni kekekke
no 10 : cousin kesayangan.... Yanie






Tuesday, December 14, 2010

:. Pantun Gurindam Puteri Gunung Ledang .:

Edit Posted by with 4 comments

semalam group kami wat persembahan tuk malam kebudayaan..
dan kami memilih nak wat teater
HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG
dan aku le yang ditugaskan tuk mengarang pantun gurindamnyer..
bila dah siap tu kan..
wahh macam boleh tahan le jugak munyiknyer..
kat sini aku nak kongsi sama-sama..
jom baca!!..
( kalau nak copy tu silakan.. tapi bg le tahu dulu yer heheheh pasan le tu )


Pantun Hikayat Puteri Gunung Ledang

TERSEBUTLAH KISAH SATU CERITA
HIKAYAT SI PUTERI CANTIK JELITA
JADI REBUTAN DI SELURUH DUNIA
DI GUNUNG LEDANG SI PUTERI BERADA

SULTAN MAHMUD RAJA MELAKA
JATUH CINTA GUNDAH GULANA
PADA SI PUTERI HATINYA TERGODA
TERPANA CINTA GUSAR JIWANYA

SULTAN MAHMUD BERHATI GUNDAH
SEGALA DIBUAT MENJADI SUSAH
SEISI ISTANA RESAH GELISAH
MELIHAT SULTAN BERTERUSAN RESAH

BENDAHARA DIPANGGIL MELUAH RASA
HANG TUAH DI TITAH MEMENUHKAN HASRATNYA
MELAMAR PUTERI IMPIAN SUKMA
KE GUNUNG LEDANG BERANGKAT SEGERA

LEMBAH DI DAKI LURAH DITURUNI
HUTAN BELANTARA DI REDAH BERANI
HAJAT MENEMUI SI PUTERI
KEHENDAK SULTAN HARUS DITURUTI

SIANG DAN MALAM SILIH BERGANTI
LAUTAN LUAS TURUT DIRENANGI
AKHIRNYA BERTEMU DANG RAYA RANI
PENGASUH DAN INANG BAGI SI PUTERI

DANG RAYA RANI PENUNJUK JALAN
KE ARAH MANA PUTERI DIDAPATKAN
NIAT SUCI AKHIRNYA KESAMPAIAN
PUTERI GUNUNG LEDANG AKHIRNYA DITEMUKAN

HASRAT SULTAN TELAH DISAMPAIKAN
DI DENGAR PUTERI DENGAN SENYUMAN
LALU DI JAWAB LUAHAN PERASAAN
SYARAT DI BERI SEBAGAI BALASAN

HATI NYAMUK 7 DULANG
HATI KUMAN 7 DULANG
AIR MATA ANAK DARA SATU TEMPAYAN
AIR PINANG MUDA SATU TEMPAYAN
EMAS PERAK JADIKAN JAMBATAN
DARI ISTANA SEBAGAI LALUAN

MENGHADAP SULTAN MEMBAWA PERUTUSAN
MENYAMPAIKAN KHABAR DARI PINANGAN
SYARAT TUAN PUTERI SEGERA DISAMPAIKAN
TERDIAM SULTAN MENDENGAR PERKHABARAN

SEGALA MENTERI PEMBESAR NEGARA
DI TITAH SEGERA KE SELURUH NEGARA
KUMPULKAN SEMUA BALA TENTERA
DAPATKAN SEMUA SYARAT CINTANYA

PENDUDUK KAMPUNG MENJADI MANGSA
DEMI MENCAPAI KEHENDAK RAJA
MEREKA DI KERAH DAN JUGA DISEKSA
MEMBANTING TULANG PENUH SENGSARA

TANGISAN MEREKA JADI EJEKAN
HARTA BENDA JADI RAMPASAN
HILANG SUDAH PERIKEMANUSIAAN
ANGKARA NAFSU SERAKAH SULTAN

KERANA BUTA NAFSU SYAITAN
SANGGUP RAJA MEMBUAT KEPUTUSAN
MENIKAM PUTERA ANAKANDA KESAYANGAN
SEMANGKUK DARAH SEBAGAI BALASAN

HADIR SI PUTERI WUJUDKAN DIRI
MELAFAZ KEKESALAN DI DALAM HATI
CINTA SULTAN DITOLAK KE TEPI
AKIBAT NAFSU PUNAHLAH DIRI

HAMPALAH SULTAN DITOLAK CINTANYA
AKIBAT KEKEJAMAN RAKYAT SENGSARA
KECEWA PUTERI DENGAN SIKAPNYA
PUNAHLAH IMPIAN HANCURLAH JIWA


P/S : huhuhu.. amacam? ok tak hasil tulisan aku ni??hehehhe saje je asah bakat lama...




:. Geng Nenek Seksi .:

Edit Posted by with No comments
CINTA SONGSANG??

'

"

"
erk..!!
korang jangan le salah faham..
ini bukan seperti yang korang sangkakan..
ni antara member group aku yang standby tuk persembahan malam kebudayaan hari tu
kumpulan kami wat teater
HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG

Ini ler kumpulan kami..
Kumpulan 2
atau nama len
12 Elemen
dari belakang : jarrod,aliff,faris,kayrul,razif,asrul,ridhwan
dari depan : noie,haslina,pi'e,zalizan

ni sorang lagi member group aku..
kami berdua je le munge dalam team aku ni..
haslina nama dia... dari kemaman..


ni ler rupa kami masa wat perbincangan dalam kumpulan...


seriusnyer wajah razif dan asrul ni..
entah apa yang difikirkannya..

ermm..
pas ni mesti windu dengan keletah dia org kan..

:. Malam Mesra Yang Penuh Mesra .:

Edit Posted by with No comments

Ni ler kenangan manis kami malam semalam..
korang rerajinkan le minda menengoknyer... aku ni dah nak pecah pewot melihatnyer..
apepun kami berjaya jugak merangkul hadiah malam tu... seronot!!!
Apa yang lebih seronot.. sebab semua ahli kumpulan kami bekerjasama..
haaa!! nak tahu yang mana aku??... haaa.. tu yang sedang berpantun gurindam tu aku ler..
layanzzzzz....

Friday, December 10, 2010

:. Hari Ke-2 Kursus Induksi Umum Bil 10/2010 .:

Edit Posted by with 1 comment

Bertempat di Hotel Orkid Melaka..
aku dan seramai 74 orang peserta dari seluruh AADK di Malaysia..
sedang menjalani kursus induksi Umum..
walau pun sebenarnya agak terlewat tuk aku ambik kursus ni..
tapi may be ade hikmahnyer..

malam ni merupakan malam ke dua aku berada di sini..
aku ditempatkan di tingkat 6 hotel ini bersama seorang lagi teman dari PKAADK Dang Wangi..
Siti Amira nama dia..
nasib baek dapat sebilik dengan orang yang leh sekepala dengan aku..
kira ngam le tu..

malam tadi ni kami dah start pengucapan awam..
dan aku antara orang terawal yang sukarela ke depan untuk buat dulu..
bukan ape..
malas nak tunggu lama-lama..
Alhamdulillah aku dapat sampaikan dengan baik..
tajuknyer..
"pengalaman bersalin"
almaklum le..
dah 3 kali ade pengalaman tu kan..

malam ni aku dan Mira masuk awal skit dalam bilik..
minum sorang secawan kopi sambil membantai jajan dalam bilik..
esok nak kena bangun awal lagi..
cuma legalah skit..
aktiviti riadah semua di batalkan..
nyum.. nyum...

cuma.. rindu je kan Akim.. Iman... dan Eisya..
rindu jugak pada suami tercinta..
muahhhh!!! miss u dear!







Ini ler dewan kuliah kami...



Tengok ler..
majoriti pesertanya lelaki..
kami 10 orang je pompuan..
huhuhuhu..


Ini le member kamceng aku kat sini..
yang bertudung tu.. sebilik dengan aku..
Siti Amira..
dan yang putih gebu tu..
Norita.. dari sabah tapi bertugas di pulau Pinang..


haa.. yang ni Mira le teman sebilik..
happy je sebilik dengan dia... :-)

Friday, December 3, 2010

:. Uncleseekers Baca Blog Aku? .:

Edit Posted by with 2 comments


Dah lama tak update blog..
tetiba mukak je tadi terkejut gak..
bila tengok Uncleseekers singgah blog aku..
ni semua pasal entry aku yang bertajuk


hehehehehe...
tq le uncle yer sebab singgah ke blog buwok aku ni..






3 Comments

Close this windowJump to comment form
Blogger ardinihumaira said...

ingat syyyh yang permaisuri tu. heee :D

November 22, 2010 7:34 PM

Delete
Blogger UncleSeekers said...

very good
;)

December 2, 2010 8:34 PM

Delete
Blogger noie said...

dini : adeii mukan le sayang hehhee

uncleseekers : wahhh.. uncleseeker singgah blog aku ke? wahh.. tq2 hehehehe

December 3, 2010 9:06 PM

Delete


heheheh si Dini pun ade ... kekekeke..
maceh yer Dini!
maceh Uncleseekers!!