Tuesday, August 31, 2010

:. Aku Sambut Merdeka Di Hospital.. Kawan2 Tolong Doakan Yer .:

Edit Posted by with 1 comment
Hari ni 31hb Ogos 2010
Negara kita menyambut merdeka yang ke-53 tahun..
Tapi kami sekeluarga menyambut merdeka dengan suasana muram..


ini di sebabkan anak buah aku si Aam dimasukkan ke hospital sebab diserang demam panas..
tadi aku n family melawat dia..
alhamdulillah nampa dah beransur kurang..
aku harap esok lusa dia akan sembuh..
tak sampai hati bila tengok dia merengek jer..
tambah sedih bila tengok tangannya di cucuk jarum sewaktu masuk air dan ambil darah..

Mak long doakan aam cepat sembuh yer..
kawan-kawan tolong doakan anak buah kesayangan aku ni yer..


Sunday, August 29, 2010

:. Dulu Benci .. Kini Dah Beranak 3 .:

Edit Posted by with 1 comment

Dulu pernah aku benci dia..
Mendengar namanya aku dah sakit jiwa..
Dulu pernah aku tengking dia..
Bertengkar setiap kali bersua muka..

Dulu pernah aku kutuk dia..
Kononnya tak rela menjadi miliknya..
Dulu pernah aku abaikan dia..
Kerna aku yakin kami tidak mungkin bersama...

Tapi kini yang berlaku sebaliknya..
Rasa benci bertukar CINTA..
Semua kebencian bertukar rasa...
Rasa yang sukar nak diluahkan dengan kata-kata..

Kini aku cintakan dia..
Dengan sepenuh jiwa dan raga..
Kini aku kasihkan dia..
Dengan sepenuh rela..

Kini ku tak bisa tersenyum tanpanya..
Kerna dialah pemberi cahaya..
Kini ku tak bisa bahagia..
Tanpa dirinya memberi CINTA..

Benci itu bertukar CINTA..
Kini kami mempunyai 3 cahaya mata..
seorang puteri dan 2 orang putera..
Semoga Kami sekeluarga di berkati-Nya..
Amin....

:. Patriotikkah Kamu? .:

Edit Posted by with No comments

Zaman dah semakin meningkat maju, diam tak diam dah 53 tahun kita menyambut merdeka.
Merdeka bagi sebilang golongan muda tidak memberi apa erti.
berbeza dengan golongan yang pernah merasai zaman penjajahan..

Korang plak macam mana?
Ermm.. lagu patriotik apa yang korang paling suka?

aku suka lagu 'Jalur Gemilang'

sering jer menjadi siulan aku..


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

Saturday, August 28, 2010

:. NAWAWEE Semakin Mencabar Orang Islam .:

Edit Posted by with 3 comments

Si Nawawee ni memang tak tahu serik..
tak habis2 dengan sikap biadapnya..
sebenarnya ianya boleh membangkitkan isu perkauman

apa yang aku harapkan pihak berkuasa akan lakukan sesuatu agar perkara seperti ini tidak akan berlanjutan..

korang dah tengok belum utube si Nawawee ni?
kalau belum mintak tolong en google yer..
malas aku nak letak dalam blog aku ni bikin semak jer

:. Bercinta Mengubah Jadi Baik Atau Sebaliknya? .:

Edit Posted by with 2 comments

Bercinta bukan satu keanehan.
Makhluk yang hidup pasti akan bercinta.
Tetapi persoalanya adakah kehadiran cinta akan merubah kita menjadi lebih baik atau sebaliknya?.
Ada pasangan yang bercinta hanyut dengan pujukan syaitan..
Tetapi ada juga yang menjadikan kekasih hatinya sebagai pemberi semangat untuk berjaya.

Terpulang kepada kita untuk meletakkan Cinta itu di mana.
Cinta sejati membahgiakan..
Cinta sejati menyatukan..
Cinta sejati membahagiakan..


Friday, August 27, 2010

:. Ada Apa Dengan Gengblogger .:

Edit Posted by with 5 comments
Kenapa dengan Gengblogger?
hari ni satu hari tak boleh masuk Gengblogger..
bukan ape cuma rasa tension bila tak dapat masuk Gengblogger..

Ada apa dengan GB ni...
risau lah pulak..
sorang tolong jelaskan tentang Apa Dah Jadi Dengan GB..

:. 1001 Di PLKN Desaru Hari Ini .:

Edit Posted by with No comments
Hari ni aku ke PLKN Desaru..
dengan semua team pencegahan..
seronok tui..
macam2 peel budak pelatih kat sana..

ape pun enjoy je ngan dia orang..
tapi ade satu kenangan buruk hari ni...
tapi malas nak citer hari ni..huhuhu
waaaaa
leh sakit aty kalau diingat-ingat

Thursday, August 26, 2010

:. Semua Duk Tunggu 2 Bulan Malam Ni .:

Edit Posted by with 2 comments





Banyak ura2 mengatakan bulan ade dua malam ni..
yer ke..??

sebenarnya dari maklumat yang aku baca le kan..
bukan bulan tu ade dua.. tapi sebenarnya pada 27hb ogos 2010 ialah planet Musytari dan Bulan akan berada berhampiran dengan dengan sudut pisahan 9 darjah di antara keduanyer. Oleh itu bulan akan ade dekat dgn Musytari.Planet musytari ni kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya tak sebesar bulan. ape pun kita sama-sama tengok nanti yer

:. Awal Dan Scha Semakin Hangat Bercinta .:

Edit Posted by with 1 comment



Scha dan awal Ashari semakin hangat bercinta..
dan sudah mula membincangkan soal kahwin..
best2..
suka tgk mereka berdua dh couple!!


:. Akta Hidu Gam .:

Edit Posted by with No comments
Remaja hidu gam sudah semakin menjadi-jadi di negara kita.
Kanak-kanak bersekolah rendah pun dah ada yang terbabit dengan gejala yang tidak bermoral ini. Pihak KDN kelmarin di dalam akhbar Metro ada mengatakan bahawa KDN telah mengusulkan supaya digubal akta hidu gam.
Di takuti sekiranya permasalahan ini semakin di biarkan ianya akan berlarutan.
Generasi muda kita yang bakal menjadi pemimpin generasi akan kecundang dek benda haram itu. Harap pihak kerajaan akan dapat mengambil tindakan segera supaya masalah hidu gam ini akan dapat segera dibendung!

:. Duit Raya RM500 Untuk Kakitangan Awam .:

Edit Posted by with 1 comment
Kakitangan awam raya ni dapatlah merasa duit raya
sebanyak RM500 seorang.
Ni yang aku dengar dan tgk dalam tv tadi le..


ok ler tu..
kurang jugak beban nak sambut raya ni..
boleh le beli baju raya anak-anak ..
boleh gak beli kuih raya skit..

tq le pada kerajaan..
ingatkan dapat Rm1000 seorang hehehhee
( nade-nade nampak)

ok ler tukan Rm500..
sape nak bagi..
tq yer Kerajaan!

Wednesday, August 25, 2010

:. Satu Malam Kenal Dah Ajak Masuk Bilik! .:

Edit Posted by with 2 comments
Ini ler budak2 sekarang..
mudah sangat jatuh cinta..
bila dah dengar je ucapan cinta..
mudah serah segalanya..


satu malam kenal dah boleh bawak tido..
sedey sungguh...
tu bukan cinta dek oi!!
tu nafsu namanya..



pas tu mengandung..
pas tu beranak..
anak buang pulak..
ceh!!..
buat pandai.. tapi x nak bertanggungjawab...

ermm... marah! ni tau..
sedih sungguh bila terbaca artikel kes buang bayi...
kalau depan mata macam nak hentak je dengan senduk..
eeeee!!!!!

:. Eisya Kena CoCok .:

Edit Posted by with 1 comment

Hari ni aku tak koje..
ambik cuti..
maceh yer en bos sebab kasi aku cuti..


pepagi bangun bawa puteriku ke klinik..
act bukan my puteri jer..
iman n akim pun ikut sama..

nasib baek orang tak ramai kat klinik tadi..
tapi yang tensionnyer Eisya melalak jer..
bukan melalak lagu Ella.. tapi ni melalak meraung sebab mata dia mengantuk..

pas tu dia kena injection..
tapi yang herannyer.. lepas kena injection terus dia senyap jer..
tertidor le pulak..
alamak.. injection ape nurse ni bagi ni..
takut je mana tahu ubat penenang hehehhee..

nasib baek dia ok ler..
tak demam untuk malam ni ler.. harap esok pun mcm tu jugak!

:. Nak Tukar Template Baru Tapi Di Mana?? .:

Edit Posted by with 4 comments
Sebenarnya aku dah bosan dengan template yang sedia ade ni..
ingat nak tukar dengan template yang baru tapi aku tak tahu nak bukak kat web yang mana satu..
waaaa!!!

kalau boleh aku nak yang cute2 je template nyer..
yang kalau kita tengok tu sejuk jer..
ermmm..... kat mana ea??

Tuesday, August 24, 2010

:. Si*L ... Jalur Gemilang Mereka Pijak! .:

Edit Posted by with 2 comments

Marah dan geramnya bila aku lihat Jalur Gemilang kebanggaan kita di pijak sebegitu..
nasib baik le.. bulan puasa..
siap baling- baling taik lagi kat kedutaan kita.
MELAMPAU!!

aku tak mahu cerita panjang lebar sangat tentang ni sebab ianya betul2 merobek hati aku ni..
aku harap pihak berkuasa akan lakukan sesuatu..
nak emo2 sangat pun tak guna..
kalau kita pun mengamuk dan memberontak macam mereka...
kita pun samalah seperti mereka-mereka yang tak bertanggungjawab tu..

aku harap semua kekusutan akan dapat diselesaikan dengan aman...

adiosss!!

:. Bapa Sembelih Anak Seperti Haiwan .:

Edit Posted by with 2 comments
Seorang bapa yang mempunyai masalah mental telah menyembelih anaknya sendiri.




aduhai terkejut aku bila dengar berita tu di tv tadi..
malangnya nasib si anak..
di sembelih oleh bapanya..
dari apa yang aku dengar tadi si bapa ni memang ade masalah jiwa..
tapi dah lama tak makan ubat..
tu le agaknya penyakit tu datang semula..

apabila kita tngok cerita ni rasa takut dan seram pun ada..
yelah.. mana kita tahu orang di sekeliling kita ni macam mana..
nampak macam sihat tapi mana tahu ade masalah mental..
aduhai.. risau plak aku fikirkan anak-anak aku kat rumah ni kalau aku pi kerja..
bukan orang asing jer.. malahan keluarga kandung sendiri pun sekarang kita tak boleh percaya..


:. Isu Raja Azmi .:

Edit Posted by with 1 comment

hangat diperkatakan isu Raja Azmi sekarang ni..
macam-macam cerita n gosip pasal kes dia ngan si Roslin pemain badminton terkenal tu..
ermm tak tahu le nak sebelahkan sesiapa..
yang mana satu le agaknya betul...
malas nak cite banyak2.. korang baca le sendiri kat ------> sini

Monday, August 23, 2010

:. Siapa Yang Dah Follow Aku Tapi Aku Belum Follow Dia? .:

Edit Posted by with 9 comments

Siapa yang dah jadi follower aku tapi aku belum follow dia, sila bagi tahu yer!

Entry ni aku wat khas untuk semua follower aku..
terima kasih banyak2 atas kesudian korang semua memfollow aku secara ikhlas atau terpaksa
( hehehhehe gurau je )
cuma aku ni kadang2 cuai sedikit..

kemungkinan ada yang sudah follow aku tapi aku belum follow dia balik..
mesti ade tu kan.. cuma aku tak perasan..
so.. tolong tinggalkan komen di entry ni yer..supaya aku akan dapat memfollow korang semula..

terima kasih banyak-banyak yer..
cayang korang semua!!

:. Aku Suka Bunga Apa Kau Kisah .:

Edit Posted by with 3 comments

Ada member aku ni orang jantan.. tapi suka bunga..
wife dia tak suka plak bunga-bunga ni..
korang jangan ingat member aku ni jenis jantan lembut..



tak lah.. dia keras.. normal macam lelaki biasa..
tapi dia memang minat dengan bunga-bunga ni..
hehehe dah minat dia.. nak wat macam mana..
untung ape dia minat bunga..
dari dia minat rokok ke dadah ke lagi teruk betul tak..
lagi teruk kalau dia minat perempuan hahahhahah

:. Baju Dalam Pelik .... Bra Boleh Jadi Mangkuk .:

Edit Posted by with 10 comments

Kelakar pun ada bila tengok gambar ni...
boleh plak bra tu letak mangkuk..



ni baru betul mangkuk hayun ni..
hahahaha.... gila tul yang menciptanya ni....
yang pakai lagi lah gila..
hahahaha!!

Sunday, August 22, 2010

:. Teknik Mendapat Kepuasan Di Bilik Tidur (18sx).:

Edit Posted by with No comments

Semua yang dah berumahtangga mesti nak kan kepuasan di bilik tidur.
yang belum berumahtangga tu jangan lah guna untuk buat tuttt dengan couple tu pulak.
tak baik tau.. buat yang halal jer.
yang haram jangan di buat yer adik2..

ok nak tahu apa teknik2nya untuk dapat kepuasan tu..
kalau nak diikutkan banyak lagi tapi ni di antaranya ler..
tips ni pun aku dapat dari mak cik2 geng mesyuarat tingkap kat sini.. hahaha..

  1. kata mak cik temah kita kena pakai mangi-mangi... namo musyuk..
  2. cik joyah plak kata.. pakai yang seksi meksi sikit.. kalau boleh biar laki kita terjojol bijik mata..
  3. kemudian mak leha pulak kata bahasa kena romantik... mana boleh kat dalam bilik cakap jerit-jerit.
  4. ade plak cik tonah tu kata .... urut-urutlah sedikit pasangan kita tu... urut kaki ke... urut leher ke... urut pinggang ke..
  5. adeiii.... ade lagi satu mak cik jenab ni kata kat aku... tapi aku tak sanggup nak melafazkannya kat sini.... hahahahha

aku kata : leh giler aku melayan geng mesyuarat tingkap ni kekekekek

:. Malam Pertama Kena Cerai .:

Edit Posted by with No comments

Malam pertama dah kena cerai.
malang betul nasib dia tu.



tapi tak ade siapa yang tahu kenapa.
Semuanya menjadi tanda tanya.

terkejut bila dapat tahu dia diceraikan pada malam pertamanya.
patutnya malam pertama ni saat terindah bagi semua pasangan yang baru berumahtangga.
tapi ni lain pulak jadinya.

tapi mesti ada sebab kenapa dia di ceraikan pada malam pertamanya tu betul tak?
tak kanlah si suami ni saje-saje nak ceraikan bini dia
mesti ada sebab kan..
apa pun hanya mereka berdua sahaja yang tahu puncanya



aku kata : sepatutnya sebelum kahwin kita kenali dulu betul2 pasangan kita tu.... ermmm sekarang baru nak menyesal dah susah le....

:. Duit Raya Kakitangan Awam 2010 .:

Edit Posted by with 2 comments
Hari raya bakal menjelma ... harga barang pun semakin meningkat ...
gaji masih takat tu jugak... dulu orang selalu kata kerja kerajaan atau gomen ni senang...
adeii tapi sekarang tak semua tu betul mak cik oi!!.. kalau yang berpangkat rendah tu muai le gajinya ... tapi kalau golongan bawahan tu sesak juga nak bernafas ...
Bila time nak tiba raya macam ni semua kakitangan awam berharapakn belas ikhsan kerajaan untuk memberi sedikit imbuhan duit raya ...
kalau kita tengok di mana-mana sibuk isu ini diperkatakan ... tapi persoalannya ada ke?
macam tahun lepas... sibuk kita mengharapkan bonus tapi yang kita dapat cuma sekdar duit bantuan hari raya je.. tu pun setakat rm250 jer.. yang lagi rm250 di bagi masa hujung tahun..

susah nak dikatakan kat sini , namun sebenarnya ramai yang merungut jugak..
bagi yang bergaji besar tu... bonus tu dianggap sebagai bonus le.. tapi bagi yang bergaji kecil pulak bonus tu umpama satu anugerah yang tak terkira nikmatnya menjelang aidilfitri yang mulia ni.. mana tidaknya... persiapan untuk isteri dan anak-anak perlu di buat, tapi dengan pendapat yang ciput macam manalah mereka semua nak sambut raya nanti..

harap-harap tahun ni pihak kerajaan akan lebih prihatin dengan kesusahan rakyat..
slogan rakyat didahulukan tu mestilah termasuk kami ni kakitangan kerajaan betul tak?


Friday, August 20, 2010

:. Benarkah Punggung Besar Dah Tak Ada Dara ? .:

Edit Posted by with 4 comments

Orang selalu kata..
Punggung besar jer.. haaa dia tu dah tak ada dara le tu..


tapi betul ke?
tengok punggung seseorang tu dah boleh baca dia ada dara ke tak?
wahh! kalau macam tu hebatlah kan..
habis tu bagaimana pulak dengan sesetangah wanita yang berbadan gempal yang memang besar punggungnya?


tak kan lah kerana saiz badannya yang besar tu kita boleh kata dia tak ada dara??
ermm.. sila komen skit pandangan anda..

:. Cinta Membutakan Mata Si Nenek .:

Edit Posted by with 3 comments
Mek Wook wanita tua yang berusia 108 tahun mempunya suami muda yang boleh menjadi cucunya sendiri berusia 38 tahun.

Cinta nenek Wook kepada suaminya sangat suci.
Cintanya sejati.

Tapi sayang balasan cinta sucinya hurmmm.....
sangat menyayat hati..

apepun nenek Wook menjadi wanita warga tua 'terHOT'
di Malaysia pada tahun 2010 ni

:. Mereka Kata Blogger Blogspot Blogger Sampah... Benar Ke? .:

Edit Posted by with 14 comments
Mereka kata blogger blogspot ni blogger sampah!!
BETUL KE?




"

"


"


'




Mereka kata blogger blogspot ni blogger murahan!!
BETUL KE?






Mereka kata blogger blogspot ni blogger rojak!!
BETUL KE?




Ahaksss!!
Ada aku kisah?!!
Ada aku peduli?!!
Aku menulis ikut kata hati..
Aku menulis bukan dapat gaji...
Aku menulis untuk kepuasan aku sendiri..
dan aku rada blogger lain pun sama macam aku jugak..
so... abaikan perkara yang menyakitkan hati...
senyum jer bagi semangat menulis tu kembali lagi..
Adiosss!!!



Thursday, August 19, 2010

:. I Will Make Love Bite With You! .:

Edit Posted by with No comments

Bite!
I wan bite you!

Why?
Coz u take my 'thing'!

What?
My bear lah...

Ahaks!!.. sorry!
sorry 4 what?

Sorry coz i take ur teddy bear..
no sorry2 lah... sorry naik lorry lah.. huhh!

forgive me please!!!
ermm. do something 4 me first...

do what?
make a love bite..

erkk.. pose lah..
uikss... i know lah.. then?

then?.. u wan love bite?
erkkk... cis... not for me ok...

errkk.. so love bite 4 who?
4 Tomoi lah... lalalalala

Tomoi?? That cat haaa...?
ya lah.. so.. u think wat? love bite 4 me ar?

erkk.. no lah... but ... i hate cat...
i dont care... remember. teddy bear??.....

waaaaaaa!!!!! no!!!!!!!
hahahahhahahaa.... do it!!!!!


aku kata : nampak macam merepek tak? hehehehe ( untuk rekod ni perbualan sebenar me n my hubby.... tu le sape suh curik my bear.. kapok! )



:. Airmata Blogger .:

Edit Posted by with No comments

Ramadhan tiba mengundang seribu rasa
Ada rasa suka dan ada rasa duka
Ada rasa rindu yang membara
Pada mereka yang tiada
Yang pasti buat aku... tiap kali ramadhan kan ada airmata


Ramadhan kini tidak seperti dulu
tiada lagi gelak tawa ibu ayahku
tiada lagi senyum manis nenek kesayanganku
yang ada hanya memori masa lalu
yang hadir setiap kali aku merindu

Ramadhan kini meriah dengan suara cahaya mataku
itulah pengganti penyeri kalbu
merekalah yang mencipta semula senyuman di bibirku
mereka pengubat segunung rasa rindu
merekalah yang mampu membenamkan air mataku

Ramadhan bakal pergi
Syawal bakal berganti
namun hatiku masih kaku dan tak beerti
mungkin rasa itu belum lagi kembali
rasa yang mampu memberi seri
dalam jiwa yang lama mati

Wednesday, August 18, 2010

:. Aku Blogger Gila .:

Edit Posted by with 10 comments
Aku Blogger Gila
Blogger gila yang macam mana ea?
kekeke gila sebab blog macam rojak ke?
hahahahaha
( sakit gila dah datang le ni )
"
"
"
"
Mesti korang kata 'aku gila ' sebab wat tajuk macam tu... hahahha
tak delah.. aku sebenarnya dah nak naik gila sebab kerja melambak-lambak atas meja tu..
belum habis satu dah dapat lagi satu..
yang ini belum siap dah kena buat yang lain pulak..
aduhai... nasib bulan pose...
kalau tak mahu terangkat meja ni dek kerana amukan si NORMAH ,...
hahahhaa
gila.. gila..

Sunday, August 15, 2010

:. Aku Sayang Kamu .... Tapi Aku Cinta Mama Kamu! ... sorry.. .:

Edit Posted by with 2 comments

Joe couple dengan Flora. Joe kata hanya Flora wanita dalam hatinya. Flora cintakan Joe, bagi dia Joe lah lelaki terakhir untuknya. So Flora bawak Joe pi rumah. Tapi bila Joe jumpa mama Flora, Aunty Mary yang dah 5 tahun menjanda tu, hatinya mula berubah. Joe terJATUH cinta pada mama Flora.

Joe luahkan perasaannya pada Mary, mula-mula Mary terkejut, lama kelamaan dia pasrah dalam cinta Joe. Almaklumlah Mary pun dah lama menjanda. Mereka pun bercinta dalam diam.
Tanpa pengetahuan Flora. Tapi sampai bila?
Joe dan Mary hari2 memendam perasaan bersalah.
tapi mereka tahu, Flora harus tahu perkara sebenar. Cuma mereka berdua belum ada kekuatan untuk berterus terang dengan Flora.


aku kata : berterus teranglah.. kalau dia dapat tahu dari orang lain tentu lebih sakit rasanya...

:. SHEROX .... Awek Rockers Dulu2 .:

Edit Posted by with 1 comment



Korang pernah dengar satu kumpulan rock dulu2??
SHEROX nama dia..
alaaaa kalau korang x minat rock mesti tak tahu...

SHEROX ni dianggotai 3 orang perempuan dan seorang lelaki..
vokalis dia nama ROS
huhuuhuu tu le mak ngah aku..
rindu kat dier..

lagu dia yang aku paling suka
"biarpun apa terjadi"
best... layanzzzz...

kumpulan ni bukanlah famous sangat...
tapi yang aku suka tu.. mak ngah aku punyer sore memang roccck!!!
hehehe..
hopely raya nanti dapat jumpa dia..
layanzzzz!!!

:. Lisa Surihani Bantu Blog Aku ... tq! .:

Edit Posted by with 8 comments


Walaupun aku tak pernah bersua muka dengan pelakon jelita
LISA SURIHANI
tapi tanpa di sangka dia dah membantu aku hari ni..

membantu meramaikan kunjungan ke blog aku..
tq yer Cik Lisa Surihani yang comel!!


KATA KUNCI

KUNJUNGAN

lisa surihani

72

sehati berdansa bercerai

31

orang makan orang di china

27

raja azura bercerai

21

bunga cinta lestari dan ariel

20

petua malam pertama

16

jejai naik helikopter

11

nita dan zahid

10

gaji kakitangan awam naik 2010

9

gambar bogel agnes

9



Saturday, August 14, 2010

:. Manusia Sewel Yang Tak Punya Rasa .:

Edit Posted by with 2 comments

Marah? Geram?
mungkin itulah yang aku rasa, aku marah bukan sebab aku rasa aku ni dah baik sangat.
aku geram bukan sebab aku ni perasan aku ni bagus sangat, tapi belajar dari kesilapankan boleh mematangkan diri sendiri betul tak?

Apa yang aku marahkan sangat ni? ermmm tentu korang nak tahu.. aku baru dapat email dari seorang teman.. dia dalam kesedihan.. sedih sebab boyfrenz dia dah tinggalkan dia..
bukan tu aje.. malahan si jantan (tu ye panggilan yg sesuai) ni bawak lari plak duit kawan aku ni..
kalau sikit tak per.. ada le dalam rm5000.. kuang ajor betul..

kesian member aku ni.. sedey sebab dia betul2 cintakan jantan ni.. tambah lagi sedih sebab
duitnya kena kebas..
aku pun tak dapat nak kata apa.. yang kawan aku ni pun satu.. mudah sangat percaya dengan manusia yang bernama lelaki ni..
dah le nak raya tak lama lagi..
ape pun aku harap member aku ni akan tabah menghadapi semuanya..
berdoa le semoga jantan tak guna tu akan muncul semula..

buat kawan2 yang lain... jadikan citer ni sebagai pengajaran..
tak kisah le lelaki ke perempuan.. berhati2 dengan manusia sewel yang tak punya rasa ni..
adioss!!!!


:. Melayan Jiwa Di Kampung Jawa, Pengerang .:

Edit Posted by with No comments



Hari ni sepatutnya cuti tapi atas sebab ada tugasan di Pengerang aku kone le keje macam biasa..
Dalam pukul 8 macam tu tayar van AADK kami dah
bergolek dengan coolnyer ke Kg Jawa, Pengerang
(cool sebab driver dia cool jer.. hehehe)

Team kami sampai di Masjid Kg Langkah Baik Pengerang dalam kul 9 lebih le macam tu..
sampai2 je makcik2 tu tengah membaca al quran lagi..
sejuk je hati mendengar mereka mengalunkan bacaan ayat suci tu..


semua berjalan dengan lancar..
terharu aku rasa bila di saat akhir program ...
mak cik2 tu pakat peluk2 kami semua.. siap cium2 pipi lagi...
aduhai tetiba teringat plak aku kat arwah mak dan nenek..
huhuhu... may be ni ler.. kan nasib anak yatim piatu macam aku..
dapat tumpang peluk mak ornag lain pun aku dah rasa cukup bahagia..

terima kasih yang tak terkata pada semua warga kampung Jawa Pengerang..
aku harap lain kali agensi kami dapat lagi bekerjasama dengan orang kampung di sana..









selepas habis program aku dan raka-rakan sempat plak memborong ketam murah di sana..
mak oi!! fresh lagi tu.. keluar dari laut..
balik je kerumah atuk aku masak ketam lemak cili api... nyum.. nyum.

ok ler.. next week banyak lagi program yang team kami kena buat..
hopely semua akan berjalan dengan lancar..
aminn.....

:. Orang Kentut Ko Marah!!.. Ko Kentut Tak Per Plak !!! .:

Edit Posted by with 5 comments

Isu Kentut ni bukan pertama kali aku tulis dalam ni..
rasnya dulu pun pernah gak..
kalau korang rajin korang godak2 le blog aku ni..

ini satu hal lagi tentang kentut ni yang selalu berlaku di sekeliling kita..
adat le kan.. kalau kentut sendiri tu rasa macam bau wangi jer..
kalau orang lain kentut mak oii siap maki2..
padahal kentut dia pun bau macam tahi gak...
(maaf bahasa agak melalut malam ni)

kenapa aku wat entry ni?
alaaaa biase le hehehehehe.. geram dengan si tutttt nii..
kalau dia kentut bau camang tak per.. kalau kita yang kentut mak oi!! melenting plak dia..
kakakkaka..

ade ke manusia yang tak kentut dalam dunia ni..
si Trumph tu pun kentut apa..
David Beckham pun kentut..
alaaaaa Siti Norhaliza pun kentut ape..
bukan pelik pun kan..

ok le kentut dari tahan2 dalam perut.. jadi penyakit tau..
kakakakakka
ape pun pesanan aku buat korang.. kalau nak kentut tu tengok dulu kiri kanan.. takut ade yang fengsan nanti.. so jaga-jaga sikit yer

Friday, August 13, 2010

:. Bila Si Gila Seks Bercerita Tentang Tutttttttttttt .:

Edit Posted by with 4 comments


Malam ni aku nak bercerita tentang seseorang yang aku kenal yang boleh dikatakan pakar le kalau bercerita tentang hubungan seks.. anak-anak kecil macam biase le yer.. jangan sesekali membacanya kalau tidak bersama penjaga anda..

Aku mengaku aku bukan seorang yang berani bila berborak dengan kawan-kawan untuk membicarakan tentang seks.. may be dengan segelintir kawan-kawan aku boleh sekali sekala bergurau... tapi bukan bercakap mengenai seks dengan begitu teliti..

Mungkin ada yang tak segan silu berhujah tentang kehebatan seks masing-masing tapi bagi aku itu semua adalah rahsia rumahtangga... rahsia yang harus di simpan oleh pasangan suami dan isteri...

Tapi berbeza dengan dia ni.. kalau bercerita mak oii... naik malu aku mendengarnya..
habis semua kisah luar dan dalam nak di bukanya..... apa dia buat malam tadi, teknik2 dia.. aduhai naik berbulu telinga ni dengar...

Sampaikan ade segelintir rakan-rakan yang kata dia ni dah macam gila seks dah.. hehehe entah ea.. tengok dia macam normal jer.. tapi bila suh cerita tentang hal2 porno atau seks ni laju je dia... siap bagi tunjuk ajar tu.. jelas dan nyata... dan masalahnya lagi apa yang di ajar tu macam tak terbayang kita nak membuatnya..... hahaha faham2 le korang sendiri...

Apapun itu hak dia lah kan... aku palka senangnya.. kalau aku ade mood nak dengar aku dengar le.. kalau aku rasa macam berbulu je aku terus blah... hahaha habis cerita... betul tak??

:. Manusia Berhati Iblis .:

Edit Posted by with 3 comments

Kenapa mesti ada manusia yang berhati iblis?? Kenapa mesti ada manusia yang luarannya nampak baik tetapi di hatinya penuh dengan hasad dengki...
heran betul aku ler...
tak habis-habis nak cari salah orang..
ade je yang tak betulnyer..

heran betul aku ler.. macam-macam hal...
masalahnya makhluk jenis ni.. bukannya dia tak ada buat salah..
banyak salah dia... tapi tak ada orang plak yang pedulikan..
tapi time orang buat salah mak oi!!!
dikorek2nyer.. sampai ke lubang cacing..

aku bukan kesah sangat dengan orang jenis macam ni..
tapi adoiii sakit mata aku...


:. Kalau Membunuh Itu Halal .:

Edit Posted by with 3 comments

Kalau membunuh itu halal..
apa akan jadi?



"


"


"

maka manusia akan hidup dengan kekatkutan..
yang kuat akan mengatasi yang lemah..
yang kaya akan mengatasi yang miskin..
yang bijak akan mengatasi yang bodoh..

so.. sebab tu lah kita di suruh jaga keharmonian sesama kita..

Wednesday, August 11, 2010

:. PAJERI NANAS ALA TENGGAROH .:

Edit Posted by with No comments

RESEPI : PAJERI NANAS ALA TENGGAROH



BAHAN-BAHANNYA


  • 1 biji nanas ( dipotong dadu dan di celur )

  • 2 tangkai cili merah

  • 2 tangkai cili hijau

  • sedikit serbuk kunyit

  • 1 batang kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 labu bawang besar



CARA MENYEDIAKAN


  • Tumis bawang besar, cili merah,kayu manis dan bunga lawang

  • masukkan cuka, garam, gula dan kacau rata

  • Masukkan nanas dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata


ni pun sonang jer.... buat jangan tak buat yer!!



:. IKAN BAWAL MASAK CUN .:

Edit Posted by with No comments

RESEPI : IKAN BAWAL MASAK CUN


BAHAN-BAHANNYA


  • 1 ekor ikan bawal (digoreng)

  • 1 labu bawang besar

  • 3 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • sedikit sos tomato

  • garam dan gula secukup rasa

  • 3 sudu besar cili kisar


CARA MENYEDIAKAN


  • Tumiskan cili keringdan masukkan bahan- bahan yang telah dikisar tadi.Tumiskan bahan2 tersebut hingga baunya naik

  • Kemudian masukkan sos tomato dan kacau rata.

  • Setelah kuah tersebut sebati masukkan gula dan garam secukup rasa

  • di dalam pinggan letakkan ikan bawal yang telah digoreng dan curahkan kuah ke atas ikan.


Resepi mudah ni sesuai untuk wanita yang bekerja.. ringkas dan mudah untuk dihidangkan.. selamat mencuba!!


:. RESEPI : AYAM SI HITAM MANIS .:

Edit Posted by with No comments

Pening esok nak berbuka ape?

meh cuba resipi ni senang jer!! meh meh....


RESEPI : AYAM SI HITAM MANIS


BAHAN-BAHAN


  • 1 kg ayam

  • 50 ml minyak masak

  • 20 gm serbuk kari

  • 20 gm lada hitam

  • 30 gm cili kering kisar

  • 200 gm kerisik

  • 30 ml kicap

  • 3 helai daun limau purut ( dihiris nipis )

  • garam dan gula secukup rasa



BAHAN KISAR


  • 5 ulas bawang kecil

  • 2 ulas bawang putih

  • 3 cm halia

  • 3 batang serai


CARA MENYEDIAKAN


  • Ayam dipotong sederhana dan dibersihkan. Kemudian di gaul dengan bahan kisar, serbuk kari,lada hitam dan cili keirng kisar

  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur tadi.

  • Setelah ayam tadi masak, masukkan kerisik, kicap dan daun limau purut.

  • Tambahkan garam secukup rasa.

  • Sedia dihidangkan.. sodap di makan dengan nasi panas


~ selamat mencuba yer!!










:. RESEPI CINTA KEKAL BAHAGIA .:

Edit Posted by with 1 comment

RESEPI ORANG BERCHINTA!!

KHAS UNTUK YANG TENGAH HOT2 BERCINTA... SILA BACA YER




BAHAN-BAHANNYA

1 tin cerita
2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan


cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

CARA - CARANYA :

Mula2 bukakan tin cerita & keluarkan isinya. Potong kedua2 keping hati & letakkan ke dlm mangkuk pengertian utk mencegah drpd pertukaran perasaan.

Tuangkan kepercayaan & pengertian. Kemudian letakkan ke dlm mangkuk perjodohan, hiaskan dgn potongan cemburu & cubitan sesuka hati masing- masing.

Campurkan tomato pengharapan & susun menjadi hiasan.

Letakkan ia ke dlm mahligai yg indah supaya ianya terhindar dr godaan.
* Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dgn persefahaman kedua2 belah pihak keluarga.

Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua2 keping hati.

Masanya: Darah Muda

Resepi ini boleh dicuba bila2 masa shj asalkan cukup bahan2nya.


:. Lelaki Mesti Baca!! Sebagai Pengajaran .:

Edit Posted by with 2 comments

LELAKI mesti baca ni yer!
untuk pengajaran buat kamu2 yang kononnya nak tubuh badan yang sasa..



tengok le mamat tu..
ntah pil ape dia telan untuk membesarkan ototnya..
then apa yang jadi..
ceh!!!!

:. Mama... akim nak puasa tapi... .:

Edit Posted by with 1 comment
Perkara yang selalu kaum wanita tension kan bila bulan puasa ni adalah
ni kalau aku le yer...
aku tension yang mengejutkan suami,anak dan adik-adik untuk sahur..
huhuhu besar tanggungjawab anak sulung, isteri dan ibu ini..
macam2 karenah mereka nak bangun sahur ni..

ade tu yang kita ingat dah bangun..dah siap duduk dah bila kita kejut..
tapi tunggu punya tunggu kat meja makan tak sampai-sampai rupa-rupanya dia menyambung tidor semula... cehhh...

ni tadi pagi aku kejut Akim..
anak sulungku yangberusia 6 tahun..
liatnyer nak bangun sahur..
mula kelat2 je kat meja makan..

pas tu soalan dia tanya..
"mama, akim nak puasa.. tapi.. kalau puasa dapat ape ea?" ish ish dah namanya budak2..

so aku pun jawab,
" kalau puasa dapat le baju raya n kasut raya.. kalau x pose, x payah le pakai baju raya yer"

hehehehe..
ugut le plak..
tak pelah biar dia belajar dulu..
dapat setengah hari pun ok ler

:. Campak Anak Kerana Dadah.... SYAITAN!! .:

Edit Posted by with 6 comments

Kerana Dadah lelaki Syaitan ni sanggup nak mencampakkan anaknya sendiri..








nasib baek anak tu dapat diselamatkan!

Tuesday, August 10, 2010

:. Wanita Lalok Tahap Gaban Telan 3 Tiub Heroin .:

Edit Posted by with 1 comment
Seorang wanita
lalok tahap gaban bila dia menelan 3 tiub heroin






ni semua gara-gara nak elak dari di cekup AADK ler..
gara-gara takut di tangkap si wanita ni nekad le plak telah 3 tiub heroin..
dari apa yang aku tahu, semasa wanita ni di tahan dia tengah mencari pelanggan..
kira dia ni pengedar kecil2 lan ler..
nasib baik tadi mati hehehe

ape pun kalau korang nak tahu lebih lanjut meh baca sini yer -----> klik