Wednesday, March 30, 2011

:. Pouch Felt Tuk Isi Duit Tabung .:

Edit Posted by with 1 comment
Akhirnya berjaya jugak aku siapakan pouch berzip ni..
biasenyer aku buat guna butang jer..
ni akibat desakan Pn Sheila le asyik suh aku try jer..
alhamdulillah jadi le jugak!
walaupun aku rasa tak berapa nak kemas..
hehehe..
comel tak dengan gambar dak girl yang cute ni!

:. Penggantung Pintu Felt Cute : Order Maz .:

Edit Posted by with 3 comments

comel tak?
sungguh cantik kalau di gantung di pintu bilik anda..
HARGA SANGAT BERPATUTAN TAU!!

Act penggantung pintu ni order dari Cik Puan Maz
tapi bila aku tgk cantik jer,,
aku pun gatai tangan buat lagi satu..
dan sebenarnya jugak semalam aku dah ambik gambar kt opis .. siap dengan model cik Ina lagi tapi ntah macam mana anak aku leh terdelete gambar tu kat kamera naseb bek ade lagi satu kat rumah
so kena ler snap semula..
maaf le cik Ina dan cik maz tak dpt jadi model tuk kali ni..
tapi tak pen kali i offer u all laen punyer job k!!

Guna kamera biase yang murah so colour gambar pun x berapa naik huhuhu

Sunday, March 27, 2011

:. Apa Sebenarnya Hubungan Suamiku Dengan WALI Band .:

Edit Posted by with 3 comments



Korang kenal Wali Band?
Atau Korang memang minat gila dengan Wali Band?
sejauh mana korang minat wali band?

aku kenal lagu-lagu wali band sejak aku mengandungkan Eisya

dan pada waktu tu lagu famous dia yang jadi kegilaan ramai lagu
" Cari Jodoh "



sejak tu dvd Wali band ni jadi sahabat baik suami aku dalam kereta dia?
korang bayangkan le sejak aku ngandungkan Eisya dan skrg Eisya dah hampir setahun
( april ni setahun dah )


waaarghhhh!!!
hari2 aku kena dgr lagu tu dalam kereta..
tak kisah ler pi belanja ke, pi kerja ke, balik kampung ke, pi holiday ke..
asalkan duduk je dlm kereta memang lagu-lagu wali band tu le yang aku kena dengar..

dah setahun lebih dah..
HUaraaggghhh!!!!
kadang2 geram jugak ler..
kalau dah asyik lagu tu je yang kita dengar..
mahu bernanah telinga!
hahahahaha!!



pernah jugak terniat nak sorokkan atau calarkan je dvd wali tu..
kekekekeke
kejam tak aku?


aku kata : apa sebenarnya hubungan suami aku dengan wali band?? hahahahha
kalau aku ni kaya aku dah hantar hubby aku tu pi Indon suh duk dengan Wali Band ni Sebulan Dua.













Saturday, March 26, 2011

:. Hari Ini Aku dan titis Mutiara .:

Edit Posted by with 2 comments

Hari ini,
Aku dan titis mutiara kembali bersua,
setelah lama memendam dalam diam,
dalam rasa kepiluan,
episod duka yang lama terhenti,
merah semula seperti baru semalam apinya menyala,

Hari ini
aku dan titis mutiara kembali bersatu
di ruang sungai jernih di pipiku
terima kasih pada mereka-mereka
yang memerah titisan mutiara ini keluar dari
lautan mataku..

Hari ini
seperti selalunya dapat kulihat
di mana darah dan daging yang mula dirasuki alpa
tangan-tangan yang selalu memcari bahuku di saat mereka duka
kini mejauh di saat mutiara ini mengalir deras di jiwa,

Hari ini
tiba-tiba rasa sunyi dan rindu menjelma
teringat pada ayah dan bonda
terkenang nenda yang sudah tiada
satu waktu dulu di bahu merekalah aku mengadu domba..
Ya Allah saat seperti ini aku benar rindukan mereka...

Hari ini
aku dan titis mutiara ini
bersahabat semula
setelah agak lama x bersua
dan sekali lagi sungai jernih ini jadi saksi hiba

Hari ini
aku harap akan segera berakhir
semoga titis mutiara ini hanya akan jadi sahabat
di saat mendung cerah dan bintang bercahaya


Abah, mak, nenek
hari ini kamu semua tetap di hati
seperti hari-hari sebelumnya
rindu dan sayang ini untuk kalian
selamanya..




p/s : nukilan hati sendiri x de kena mengena dengan sesiapa pun..
al-fatihah untuk arwah abah, mak dan nenek semoga kalian dalam lindungan Allah hendaknya.. aminnn..

Wednesday, March 23, 2011

:. Brooch Bunga Yang Cute Mute .:

Edit Posted by with 7 comments


1stly aku na ucapkan tq tuk Cik Ina coz sudi jadi model free tuk aku kekeke
ok ini hasil tangan aku yang tebaru ni..
brooch bunga..
yang kat tangan tu lambang arnab cute kakakakaka...

sape2 nak order leh



sebenarnya banyak lagi tapi x sempat nak ambik gambor

jangan pelik kalau banyak colour hijau pink..
sebab i suka colour tu tau
tengok le my model ni..
cute k


ini bukan model sakit gigi ea..


gambar dari jarak dekat..
cute tak?

:. Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi .:

Edit Posted by with 1 comment
Berita baik untuk semua yang berada di sekitar Kota Tinggi..
( aku jadi pengiklan tak berbayar le plak )
sesape yang berminat nak kerja dengan MDKT leh le ke laman web berikut tuk iklan jawatan kosong yer


antara jawatan yang ditawarkan ialah


BILJAWATANKUMPULAN PERKHIDMATANGREDSTATUS
1Pegawai Tadbir
Pengurusan Dan ProfesionalN41Tetap
2Pegawai Kesihatan PersekitaranPengurusan Dan Profesional,
Sokongan
(Skim Khidmat Bersepadu)
U41Tetap
3Penolong Arkitek LandskapSokonganJ29Tetap
4Penolong Pegawai SenibinaSokonganJ29Tetap
5Penolong Pegawai PenilaianSokonganW27Tetap
6Penolong JuruauditSokonganW27Tetap
7Penolong AkauntanSokonganW27Tetap
8Penolong Pegawai TadbirSokonganW27Tetap
9Pegawai Khidmat PelangganSokonganN17Tetap
10Pembantu Belia Dan SukanSokonganS17Tetap
11Pembantu Tadbir Undang-undangSokonganL17Tetap
12Pembantu JuruauditSokonganW17Tetap
13Juruteknik KomputerSokonganFT17Tetap
14Pembantu PertanianSokonganG17Tetap
15Tukang K2SokonganR11Tetap


ok jangan lupa yer..
cuba2 ler..



:. Blogger Pilihan Kak K-Poh .:

Edit Posted by with 1 comment

kenal Blogger Kak K-Poh?

ni aku nak kenalkan..
kejadian ni terjadi masa aku bw ke sana ke mari..
then terpandang satu blog ni
kepunyaan Kak K-Poh ler..
rupanya akak K ni suka riview2 blog..
wah best gak kan..
so aku pun dgn x tau malunyer..
saje je bg komen ler..
teringin gak nak direview..
( x malu sungguh kan )
then tanpa di sangka2 kak K sudi post entry tuk riview blog aku yang hampeh ni..

oh!! sungguh terharunyer aku!!
muaakkhhss!!
korang jom le kita terjah blog Kak K-Poh plak..
jom.. jom.. suh le dia riview blog korang plak..
meh kita ramai2 peningkan pala Kak K-Poh ni yer hehehhee

Tuesday, March 22, 2011

:. Gambar Sekitar Jeti Tanjung Leman .:

Edit Posted by with 3 comments

Dah lama tak ke Tanjung Leman..
so aku ke sana minggu lepas sempat le ambik2 gambar skit..
walaupun hubby aku duk bising gak..
" amboie! dah macam pelancong le plak!"
kekekekeke..










Friday, March 18, 2011

:. Orang Mental Problem Perlu Baca Entry Ini! .:

Edit Posted by with 1 comment

Pernah tak jumpa orang yang kita rasa seperti ade masalah mental tetapi nampak okay je perwatakannya?

Pernah pulak tak jumpa orang yang selalu meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan sebenarnya dialah PEMANGSA?

Atau pernah tak jumpa dengan orang yang berpura-pura nampak macam lemah lembut, baik sangat, walhal sebenarnya dia orang yang paling busuk hatinya?

Inilah benda yang terjadi baru2 di sekitar aku ni, kesian gak kat member2 yang terkena, aku tak pelik benda macam ni sebab aku pun dah kena dengan orang yang sama dan dengan cara yang lebih kurang sama....

Ya Allah kenapalah orang macam ni leh wujud di kalangan kami ea?
memecahbelahkan hubungan orang lain, malah leh plak fitnah2 orang..
tapi yang kelakarnyer dia kata orang itu plak yang fitnah dia..


hahahahha funny ler kan...
yang best tu dia asyik2 kata dia MATANG, TABAH, SABAR padahal dialah satu2nya orang dewasa yang aku jumpa berperangai macam budak2 hahahahha..

kesian kat member2.. harap dia orang akan bersabar le dengan perangai manusia macam ni, percayalah yang orang macam ni akan dapat balasanyer jugak..

sampai bila dia nak hidup bertopengkan diri dia yang penuh pura2 tu..
buat manusia tu..
bertaubatlah..
berhentilah dari memburuk2kan orang lain untuk dapatkan perhatian orang lain.. banyak lagi cara lain untuk kita dapatkan kawan atau nak naik pangkat cepat hahahhaha

dan satu lagi..
jangan suka bercakap besar dan tinggi diri sebab satu masa nanti kata-kata itu akan memakan diri kita sendiri..


aku kata : orang yang nampak baik belum tentu baikkan? tapi orang yang nampak jahat belum tentu jahat betul tak?

:. Kem PLKN Desaru, Kota Tinggi .:

Edit Posted by with 2 comments
Sehari Bersama Pelatih PLKN Kem Desaru Kota Tinggi

Ini adalah kenangan manis sewaktu kami menjalankan program bersama-sama
Pelatih Khidmat Negara Di Kem Desaru PLKN




Program LDK bersama mereka


walaupun penat tapi kami tetap rasa gembira..








kesemua pelatih melihat penerangan dari kumpulan lain




semoga ilmu yang kami kongsikan bersama-sama mereka akan diberkati Allah hendaknyer..
Amin.....



Wednesday, March 16, 2011

:. Tok Belagak Kononnya Mengimbas Siapa Masuk Neraka Dan Syurga .:

Edit Posted by with No comments
ini adalah salah seorang mangsa yang buat pengakuan tentang penipuan tersebut


Tok Belagak!
seorang guru agama yang rasanya memang terpesong le kan..
di katakan mempunyai ilmu untuk mengimbas sesiapa yang akan masuk ke syurga dan neraka..


SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.


“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.


“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.



sumber : harian metro