Wednesday, June 22, 2011

:. Semoga Pak Long Cepat Sembuh .:

Edit Posted by with 5 comments
Semoga Paklong cepat sembuh...


Dia..
insan yang selalu buat kami tertawa..
dia.. memberi semangat saat kami kehilangan mak dan abah tercinta..
dia.. jadi pengganti tempat kali bermanja..
dia.. selalu buat kami gembira..

tawanya..
gelaknya...
tak mungkin kami lupa..
mendengar suaranya saja..
hati terasa lega..

tapi kini pak long sakit..
terlantar lemah tak bermaya..
dia koma berbulan lamanya..

kami semua rindu pak long..
cepatlah sembuh pak long...

kami dah kehilangan mak dan abah serentak..
kemudian kami hilang nenek tersayang..
kalau pak long tiada sunyilah kami..

Ya Allah..
kau sembuhkanlah pak long kami..
:'(

Saturday, June 18, 2011

:. Pin Brooch Murah2!! .:

Edit Posted by with No comments


pin brooch bulat ni Saiz : 2 cm
50 pcs : rm9
100 pcs : rm18

pin brooch 1.5cm
50 pcs : rm7
100 pcs : rm14


kalau nk order le cari sis kat fb ke :)

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Pemenang "MY SWEET MEMORY CONTEST" .:

Edit Posted by with 2 comments

Tahniah pada 2 pemenang yang bakal noie umumkan..

harap korang dapat hubungi Noie yer
leh cari noie kat fb

atau email saja kat noie

eh lupa nak umumkan pemenangnya..

okay pemenangnya ialah

jeng!! jeng!!



"



dan gambar di bawag inilah yang dipertaruhkan..

gambar ni dipilih oleh juri tetap ( my hubby )




dan pemenang untuk gambar paling banyak dapat like pula jatuh kepada



huhuhu act aku pun suka gambar ni..
sangat sweet hehehe..



ok untuk yang menang tu tahniah!!
untuk yang kalah pun x per..
menang atau kalah pm inbox Noie kt fb k!!
sebab tuk yang kalah 25 orang tu pun noie nak give something..
jangan lupa yer..
inbox kt fb.. kalau kat email takut noie lambat bukak huhuhu
( pemalas bukak email )

Ok tunggu next contest k!!

muahhh!!





Saturday, June 11, 2011

:. PEMENANG "MY SWEET MEMORI CONTEST " .:

Edit Posted by with No comments
Siapakah pemenang itu ea?





















malam ni noie akan umumkan..
cuma nak bagi peluang tuk sesiapa yang nak bantu mereka..
tekan LIKE untuk dia orang punya gambar kat fb Noie
sebelum kui 12 malam ni


ADA 27 ORANG PESERTA..
PELUANG TERAKHIR UNTUK KORANG BANTU MEREKA SEBELUM 12 MLAM NI..
MEH LE MENGUNDI GAMBAR MANA YANG BOLEH MENYENTUH HATI KORANG!

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.219862098043945.71356.100000604707032

Friday, June 10, 2011

:. RUSUHAN DI PUSPEN MUAR Part 2 .:

Edit Posted by with No comments
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP
MUAR: Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, dekat sini, musnah dalam kebakaran ketika penghuninya merusuh malam tadi.

Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.
Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri.

Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut.

Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam tadi. - BERNAMA



*** yang ni satu lagi petikan mengenai Rusuhan Di Puspen Muar dipetik dari Bernama ***

:. RUSUHAN DI PUSPEN MUAR .:

Edit Posted by with No comments

ANTARA kenderaan yang rosak teruk selepas pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Sengkang, Bukit Gambir merusuh dan melarikan diri dari pusat itu malam tadi. Dalam kejadian itu, mereka turut membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat berkenaan. – Foto NSTP

MUAR: Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir musnah dalam kebakaran.Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam.

kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.

Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999..

sumber : berita harian


:. HARGA SPECIAL UNTUK STARTER KIT INI DENGAN FREE GIFT SEKALI!! .:

Edit Posted by with No comments


Starter Kit yang mampu di miliki oleh sesiapa sahaja..
hanya RM35 tak termasuk harga pos lagi 
kalau minat leh singgah fb noie yer
setiap pembelian akan dapat beg berzip kat bawah ni..
STOCK TERHAD!!
sape cepat dia dapat k :)



Thursday, June 9, 2011

:. Cute Comey Keychain Felt Harga Borong .:

Edit Posted by with 1 comment
Cute tak?

ni semua order dari sorang kawan dri batu bahat..

comey! comey!

Itik-itik yang comey!!

nampak sedapkan epal2 ni
hehehhee

Saturday, June 4, 2011

:. Bantal Feltku Di Wedding Mereka .:

Edit Posted by with 3 comments
sukanya bila tengok hasil tangan kita di hargai..
rasa suka.. suka... suka.. sangat..

tq pada zura othman order bantal felt tu dari aku..
dan bila tgk gambar2 yang zura tag td huhuhuhh
sungguh terharu sangat..

ok ni dia antara gambar yang dia dah tag..

tq so much dear!!
alahai pengantin ni men tutup2 muka plak..

so sweet!!!

ni gambar fav aku..
cunn!!!

Friday, June 3, 2011

:. Wujudkah Kerajaan 17? Hinakah Angka 17? .:

Edit Posted by with 2 comments

Wujudkah Kerajaan 17 di tempat anda?
adakah 17 dipandang hina?

kisah 17 yang boleh buat keje dari angka 1-41
kalau ade salah tu.. munasabah le kan..
manusia mana yang x de wat silap
cuma sedih le bila teguran lebih pada penghinaan..


buat kerja macam nak rak..
pastu di ejek2 plak..
"Kerajaan 17"
bila ade silap salah
mereka kata
itulah
"Kerajaan 17"

bila ada kekurangan sana dan sini
mereka kata
itulah
"Kerajaan 17"

tapi bila dapat pujian
angka 17 x ade pulak disebut..
bila semua berjalan lancar..
tak ade ucapan terima kasih..
yang dapat nama bukan 17 pun..

tapi 17 x kisah pun
janji tanggungjawab terlaksanakan..
( walaupun kdg2 tanggungjawab org laen dipikul)

tak kisah le pun..
bantu membantu le katakan..
tapi bila 17 yang susah..
ade masalah..
semua orang buat derk je,,
yang paling teruk kita pun dibantai sama

nak tegur tak salah..
gunalah bahasa yang sedap di dengar..
bukan dengan kata-kata ejekan..

hormatilah sesama manusia tak kira berapa angka dia ade..
x salahkan kalau saling menghormati..
kalau yang angka besar2 tu ada keluarga
yang angka kecik2 pun ade keluarga..

kalau yang angka besar2 tu ade anak..
yang angka kecik2 pun ade anak2..

biasenyer yang angka besar2 tu jadi penyelesai masalah
tapi yg ni pelik..
si angka besar tu plak yang jadi batu api pembawa masalah!


perghhh.... jauh melalut ni..
bukan ape.. ni le di ayg terjadi bila ade sisa sampah dalam mata ni....
mata berair.. tangan mengarut...


p/s : buat mereka yang sedang berada di atas.. sesekali pandang dan tersenyum le pada yang di bawah.. jangan terlalu taksub dan bangga dengan kedudukan di atas.. hormati org lain untuk diri kita dihormati, sayangi org lain untuk diri kita disayangi..






:. LEPAS GERAM!!!! .:

Edit Posted by with No comments

kORANG PERNAH RASA GERAM PADA SESEORANG? SESUATU? SEBENDA?
HAHAHHA!!

AKU PUN ADE GERAM DENGAN SESEORANG..
TAPI X TAHU CAM NE NAK LEPASKAN..
RASA MACAM NAK TIRU JE CARA NENEK KAT BAWAH NI LEPAS GERAM..!!
AMACAM OK TAK KALAU AKU WAT CAM NI?
HAHAHAHAHA!!!



Thursday, June 2, 2011

:. Hair Clip Felt Craft .:

Edit Posted by with No comments


Ini le hair clip yang sempat aku snap gambar..
kebelakangan ni susah betui nak update blog aku..
sampai naik bersawang..
asyik melayan felt aku jer..
alhamdulillah order pun memberangsangkan..
tq pada semua yang memberi sokongan!!

jom tengok2 banyak lagi hair clip n buah tangan dari aku..
korang sila le add fb aku yer,

muaahhh!!