Thursday, October 28, 2010

:. Bila Pangkat Dan Darjat Jadi Yang Utama .:

Edit Posted by with 5 comments



Bila bercakap mengenai pangkat dan darjat..
kita mesti membayangkan tentang cerita orang dulu-dulu..
era zaman mak dara dan kasim selamat..
era zaman laila dan majnun...
tapi di zaman moden ni...
kisah dua darjat ni pun masih wujud lagi..
kisah orang kaya dan orang miskin...
kisah hartawan dan peminta sedekah..
kisah cinta terhalang kerna darjat yang berbeza...
kadang kala kedudukannya tu tidaklah serendah mana..
kerja pun kerja tetap jugak..
ada kereta dan rumah tempat berteduh jugakk..
tapi..
rumah hanya rumah kos sederhana..
kereta pulak.. hanya sekadar kereta buatan malaysia...
kerna sebab itu pun pinangan boleh direject!..
hehehe
dunia... dunia...

Wednesday, October 27, 2010

:. Korang Pernah Kena Pijak? .:

Edit Posted by with 3 comments

satu soalan nak tanya kat korang...
korang pernah di pijak?

tak kiralah dipijak secara fizikal...
atau dipijak secara mental..
pernah tak??


p/s : petang ni nak kuar pi beli hadiah kontest kandid kamera.. tetapi pemenang x dpt lagi huhuhu.... poning2..

Tuesday, October 26, 2010

:. Black!!... but not black out! .:

Edit Posted by with 4 comments

pandangan semua hitam..
semua nampak hitam jer..
bukan sebab aku nak pitam..
tapi memang semua look in black....

buat semua peserta kontest kandid kamera...
tq banyak2 atas penyertaan korang...
aku sedang mencari2 pemenang ni...
susah nyer...
sebab korang semua best!!
so tunggu keputusannyer k!

Monday, October 25, 2010

:. Majuk Dah Blog Aku .:

Edit Posted by with 2 comments
dah berapa hari ni..
aku memang dah tak terlayan blog aku ni...
kontest kandid kamera hari ni last...
pun x sempat sangat aku nak menjengahnyer...
banyak keje ler...
banyak program.....
sakit otak di buatnyer....
aduhai.. kalau le dpt cuti panjang..seronoknyerrrrr!!!

Sunday, October 24, 2010

:. 50 Blogger Diperlukan .:

Edit Posted by with 4 comments
sewaktu mulut dah menguap-nguap malam2 buta ni..
tetiba mata tersentak macam nak terkeluar bila baca entry di 100penulis ...
blog aku aktif sangat ke?
huhuhuhu..
insya allah ler.. aku memang rajin mengadap blog aku ni hari-hari..
korang kalau nak joint pun boleh...
meh klik ----> 100penulis.com ....
kenapa aku nak turut serta dalam blogroll 100penulis ?
tentulah sebab nak naikkan traffic aku..
selain tu nak tambah kenalan dengan lain2 blogger..
aku harap aku akan terpilih le yer..
dan aku dh letakkan banner 100penulis kat sidebar..
aku pilih no 2 ....

pada siapa nak cuba.. sila terjah yerr

Saturday, October 23, 2010

:. Awat Tak Leh Pejam Ni .:

Edit Posted by with 1 comment
Lenanya bila tengok my hubby ni yang dah berdengkur dari tadi..
aku plak yang tak boleh tido..
esok dah le ade program..
mata tak leh tutup le plak...
aduhai..
jangan esok aku tertidor dah le..
karang futsal ke mana..
aku ke mana....

Friday, October 22, 2010

:. Argggghhh!!... Bznyer Hari Ni .:

Edit Posted by with 1 comment
Aduhai bznyer hari ni..
sampaikan aku tak sempat nak jengah blog aku ni..
kecian dia..
jangan majuk yer Tuan Blog...
muahhhhh!!!!

:. Surat Cintaku : Real Story .:

Edit Posted by with 10 comments

semalam mengemas2 surat2 lama...
then terjumpa sesuatu...
surat cinta lama...
hehehe
aku dan my hubby...
wahh seronoknyer...
lucu pun ade bila membaca...



kekeke... tengok tu... romantik tak?
kertas surat ade gambar kartun lagi tu... hehehehe..
layanzzzz...



Thursday, October 21, 2010

:. Hari Yang Berpusing-pusing .:

Edit Posted by with 5 comments

Pagi ni ntah macam2 benda yang berlaku..
semuanya nampak berpusing2 je kat kepala ni..
tak le tewok sangat...
and tak ler best sangat...
senoneng arrrrrrrrr..............!!!

Wednesday, October 20, 2010

:. Taufan Megi Meragut Nyawa Penduduk Filipina .:

Edit Posted by with No comments
Taufan Megi merupakan taufan yang paling kencang telah menyerang Filipina
sejak beberapa tahun yang lalu..
Ianya telah mencetuskan ombak yang menyamai ketinggian sebuah rumah..
tanaman juga turut musnah..
Banyak juga kawasan di Filipina yang telah putus bekalan elektrik..
dan talian telefon..
sebahagian penduduk di sana masih berselindung di pusat pemindahan..
untuk dapatkan maklumat selanjutnya leh klik sini...

:. Penduduk Lupak Meluas Rayu Rumah PPRT .:

Edit Posted by with 1 comment
ermmm...
buat korang yang kenal aku mesti pelik..
wat pe la aku nak buat entry untuk penduduk sandakan plak kan..
( mcm kat johor dah habis cerita )
hehehehhe
sebenarnya Sandakan ialah kampung hubby aku yang comel tu..
so kirakan Sandakan ni adalah kampung ke dua aku selepas Johor..
selain tu aku memang suka balik Sandakan sebab semua penduduk kat sana..
baik-baik belaka...
mesra plak tu kekekke..

so ni aku nak citer skit pasal
Kampung Lupak Meluas di Sandakan...
pasal tuntutan rumah PPRT..
tengok kat bawah ni petikan yang aku baca dari

PARA Penduduk Kampung Tradisi, Lupak Meluas, Sandakan yang diwartakan pada 12 September 2002 merayu ehsan Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini menjanjikan sebuah rumah untuk setiap keluarga apabila rumah mereka terbakar sekitar 2007.


“Kami sekarang terpaksa bersetinggan di atas tanah orang kerana tapak yang telah ditebus guna dan dijanjikan sebagai tapak rumah kami belum dibangunkan sebarang projek sehingga kini,” kata Norsiah Binti Moyo, 52, ketika ditemui di Kampung Lupak, Meluas.


Menurut Norsiah, Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan mereka rumah PPRT yang akan dibina di atas tapak asal kampung tersebut yang terbakar, namun sehingga kini, mereka masih terus menanti janji yang belum pasti.


Sehubungan itu, Norsiah yang mewakili lebih 30 keluarga meminta jasa baik Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya dapat turun padang membantu mereka kerana mereka amat memerlukan rumah baru bagi menggantikan pondok mereka yang hampir menyembah bumi kerana terlalu daif.


“Sebagai ahli UMNO yang taat kepada parti, kami mintalah jasa baik Datuk Samsuddin membantu kami kerana kampung kami telah diwartakan sebagai Rizab Anak Negeri dan kami berhak mendapat sebuah rumah baru di atas tapak asal rumah kami yang hangus terbakar dalam bencana alam hamper empat tahun lalu,” ujar Norsiah yang menyatakan bahawa pihaknya akan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri bagi memastikan penduduk Kampung Lupak Meluas tidak hilang sokongan kepada BN pada pilihanraya akan dating.


Menurut Norsiah, Kampung Lupak Meluas seluas 31.20 ekar telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Sabah pada 2002.


Walaupun Kerajaan melantik Ketua Daerah Sandakan, Ketua Anak Negeri Karamunting dan Ketua Kampung Lupak Meluas sebagai Pemegang Amanah, namun kata Norsiah, tanah tersebut tertakluk kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang sepatutnya membenarkan penduduk kampung mendirikan rumah di atas tanah yang telah ditimbus sekiranya Kerajaan belum mampu membina rumah kos rendah kepada penduduk asal Lupak Meluas.


“Kita harap kerajaan BN yang diterajui UMNO akan mengotakan janji dan kita sedia berunding dengan Adun dan Ahli Parlimen kerana adalah amat memalukan UMNO jika gagal memanfaatkan tanah rizab yang telah diwartakan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri) yang ketika itu begitu prihatin terhadap nasib anak negeri yang terperangkap dengan OPS Nyah II Bersepadu.




p/s : nak balik kampung sandakan je rasanya sekarang ni.... huhuhu


:. Alat Untuk Menjimatkan Penggunaannya Minyak .:

Edit Posted by with 1 comment
"Fuel Booster"
alat menjimatkan minyak..
hanya rm20 sebotol..
sila lah cuba...
jimat hingga 50% dari penggunaan biasa!!
berminat sila tinggalkan pesan di bawah yer!!

:. Kenali Nasha Aziz .:

Edit Posted by with 2 comments
walaupun umur beliau sudah meningkat lanjut tetapi wajahnya masih ayu seperti dulu..
still cun lagi..
aku memang minat kat dia..
so.. jom kita tengok skit profile Nasha Aziz ni...


>PROFIL

NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model dan pelakon
ANTARA DRAMA: Duit Free, Drama Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta, Diari Datin dan Kasih Tercipta
TEATER: Lantai T Pinkie
FILEM: Sepi, Otai, Puaka Tebing Biru, Buli Balik, Kemarau Cinta, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Luar Biasa, Buli, Trauma, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, Bara, Burung Besi, Puteri Impian, Kad Cinta
PENCAPAIAN: Festival Filem Malaysia ke-17 (2004): Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-14: Bintang Harapan Wanita Terbaik (1999

Monday, October 18, 2010

:. Rahsia Zaman Sekolah Si Noie ( Part 1 ) .:

Edit Posted by with 2 comments



cewah tajuk tu... tak tahan melihatnyer...
tapi ni le nak buat pengakuan benar ni....
rahsia zaman sekolah dulu-dulu..
rahsia yang tak ade orang tau hehehehehe..
apepun ianya telah jadi kenangan...
"

"


"


" ni nak citer ler masa zaman sekolah menengah dulu ni...
form berapa x leh le bagi tahu kat sini...
karang kantoie le plak...

ermm nak dijadikan citer..
ade lah aku ni admire pada seseorang tu..
aku memang suka le cara dia..

dia ni suka wat lawak..
pas tu baik je orangnyer..
dia ni x ler nakal..
x le baik sangat pun...
dari akademik pun dia biase2 je orangnya..
tapi ntah cam ne ea..
aku memang minat kat dia..
tapi aku minat dalam diam je le...
tak kan nak bagi tahu kot..
jatuh le keegoan aku kekekeke...
depan dia aku wat cam biase je...
wat2 le ganas je depan dia..
wal hal hati ni tuhan je yang tahu..



"


"


"

last2.. aku dapat tahu ade plak kawan aku yang lain ni minat jugak kat dia...
bezanya member aku ni dia berani meluahkan perasaannya...
tapi aku tak pasti le lelaki tu terima ke tak..
apepun aku hanya diamkan diri sampai habis sekolah..
sekarang ni tak tahu le apa citer ngan dier..
apepun aku doakan dia bahagia sekarang...
tak leh citer lebih2... lagipun aku pun dah bahagia sekarang ni...
dengan hubby aku yang comel lote ni...
kekekekeke...
apepun sweet memory betui masa sekolah dulu..
adiosss!!

:. Pelakon Desperate Housewife Dengan Patung Lilinnya .: .:

Edit Posted by with No comments








p/s : nak gak le wat patung lilin sendiri... mesti cute kan... lalalalala... jangan jeles... hehehe

:. Lanjutan Kisah Arjand Ali .:

Edit Posted by with 2 comments
membaca sinar harian ni ermm sekali lagi isu Arjand Ali dipaparkan..
nampaknya Majlis Belia Felda (MBFM) dan penduduk telah menyerahkan memorandum semalam..
inilah yang dikatakan kerana mulut badan binasa..
apepun aku harap penyelesaiannya nanti berakhir dengan baik..
ikuti petikan dari laporan sinar harian di bawah ni...



MERSING - Berikutan kejadian pemuda orang kurang upaya (OKU), Arjand Ali, 25, memaparkan kenyataan menghina penduduk Felda dalam laman web sosial Facebook pada 13 Oktober lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan penduduk mengambil tindakan menyerahkan memorandum, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan stesen minyak kepunyaan keluarga Arjand di Felda Tenggaroh 2 semalam mendapati 100 penduduk berada di stesen berkenaan sambil membawa kertas rentang tidak puas hati.

Memorandum tersebut mengandungi empat perkara iaitu menuntut penjelasan bertulis yang munasabah dan rasional, menuntut permohonan maaf secara terbuka melalui sidang khas serta dua perkara lain.

Memorandum tersebut diberikan setelah perbincangan hampir 800 belia daripada ahli MBFM Gugusan Felda Tenggaroh .

Pengerusi MBFM Tenggaroh 2, Muhamad Nazri Yusof berkata, artikel yang disiarkan dalam laman web rasmi itu tidak sepatutnya disiarkan memandangkan ianya menyentuh sensitiviti masyarakat Gugusan Tenggaroh.

“Perkara seperti ini tidak wajar dilakukan sesiapa sahaja kerana catatan berkenaan menyentuh sensitiviti masyarakat di sini. Malah dalam catatan yang disiarkan selama satu jam itu mengandu�ngi unsur fitnah dan hasutan,” katanya.


sumber : sinar harian

:. Kepada Anonymous Yang Di Hormati .:

Edit Posted by with 1 comment
Sejak kebelakangan ni banyak le plak anonymous yang memberi komen pada entry aku..
tambah2 entry mengenai isu 'ARJAND ALI'...
terima kasih banyak2 kerana memberi komen..
sebenarnya kalau ikutkan aku selalunya jarang membenarkan anonymous memberi komen di blog aku.. kerana aku hanya membenarkan komen yang tahu identiti 'pengkomen' nyer sahaja untuk disiarkan.. tapi aku tak lah kejam sangat..
selagi komen tu ok lagi pada pandangan aku..
aku akan cuba tapis ler..
tapi x leh le selalu2 sangat yer..
tak elok ler macam tu yer..
kan lebih elok kalau yang bersore tu tunjukkan muka..
barulah manis dipandang betui tak...
kan lebih bagus kalau berkongsi pendapat dengan orang yang kita tahu identitinya...
"

"

"
buat semua anynomous yang membaca blog aku yang hampeh ni..
harap2 pas ni leh le memperkenalkan diri yer..
sebab aku tak leh ler selalu2 publishkan komen korang yang aku tak tahu identiti pengkomennya..
harap faham yer...
apepun tq sebab sudi menjengah ke blog aku yang buwok ni!!
adiosss .............

:. Badan Hancur Dilenyek Keretapi Gara-gara Cinta Dihalang .:

Edit Posted by with No comments

Gara-gara cinta di halang.. dia sanggup membunuh diri..
ermmm..
sanggup melompat ke landasan keretapi sewaktu keretapi lalu kat situ..
padahnyer hancur le badan tu..

"


"

sebenarnya banyak lagi cara penyelesaian lain.. tapi kenapa bunuh diri yang dipilih..
kalau korang nak baca lebih lanjut
klik bawah ni

:. Gempa Bumi Lemah Di Tawau, Sabah .:

Edit Posted by with 1 comment
GEmpa bumi lemah berukuran 3.8 skala ritcher di kesan berlaku di Tawau
pada sekitar jam4.37 pagi tadi

nasib baek cuma gempa bumi lemah jer.. apepun Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan berkenaan..
bersama-samalah kita doakan agar tiada kejadian buruk yang berlaku..
nak hujung2 tahun ni teringat kisah Tsunami yang dulu telah meragut banyak nyawa..
berdoa pada Tuhan agar kejadian yang sama tak akan berulang lagi..
amin...

:. Wah!! AirAsia Ade Offer Ler .:

Edit Posted by with 2 comments

tak sengaja tadi masuk le laman web
wah ade offer lah..
leh le aku tempah tiket untuk tahun depan ni..
tambang kira murah le tu..
dari Senai ke Kota Kinabalu cuma ~ rm69.oo sahaja..
ok ler tukan..
kalau nak pi luar negara pun ade offer gak..
so kalau ade yg berminat leh ler masuk ke
airasia pun web dgn segera
layanzzzz......

Sunday, October 17, 2010

:. Blogger Pilihan Hari Ini : Nina Syakina .:

Edit Posted by with 5 comments

Blogger pilihan aku hari ni ialah orang yang telah menyedarkan aku dari kesalahan yang nasib baik tak menghuru-harakan keadaan sebentar tadi..
kenapa aku pilih dia...
tulun baca citer di bawah ni yer ...
kekekekek....



alamak bila aku je baca komen nina tadi..

laaa baru aku tau yang aku ni dah salah tarikh..

aku ingat hari ni 24 hb..

so aku ingat kontest kandid kamera berakhir hari ni ..

mamai sungguh..

oleh kerana ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang teramat untu cik

'Nina Syakina"

kerana dengan cepat dia perasan ..

peka sungguh dia ni..

so dengan ini..

aku memilih dia sebagai

"

"BLOGGER PILIHAN HARI INI"


CIK NINA SYAKINA

again ... tq yer Nina ... muaaaaahhh!!


Blogger nina syakina said...

laaa... contest tuhh last day hari nihh ekk? igtkan 25hb... lorhh...

October 17, 2010 10:42 PM

Delete


:. Ya! Ampun!!... PENGUMUMAN2!!! ENTRY AKU SEBELUM INI ADALAH ENTRY 'PENIPU' .:

Edit Posted by with 7 comments
WAAAAA!!!
ampunnn!!!
aku mamai le kawan2..
ade ke aku ingat hari ni 24hb..
terus je aku wat entry
kontest kandid kamera mau tutup suda!!
waaaaaaaaa
tidakkkk!!!
hari ni baru 18hb!!
nasib baik ade sorang blogger ni tegur aku tadi...
waaaaa...

sorry yer..
so dengan ini entry aku sebelum ni ade lah entry penipu!!
( ceh.. padahal entry tu dia yg tulis )
hahahhaha maaaf tau semua...
ntah mcm mana leh salah tgk kalendar ni...
giler le aku ni...

:. Kontest Kandid Kamera ... Mau Tutup Suda... .:

Edit Posted by with 5 comments
malam ni waktu aku bukak je blog..
ade lagi kawan2 blogger yg baru joint
Kontest Kandid Kamera

tq2..
di saat2 akhir ni ade lagi yang sudi joint..
x per2 aku tggu sampai kui 12 malam nanti..
untuk yang baru je joint tu..
kejap lagi sy update nama kalian kat sidebar tu k!!
tungguuu...

Saturday, October 16, 2010

:. Suami Dan Anak-Anak Aku Berkonsertkan Michael Jackson Plak .;

Edit Posted by with 4 comments

Pening ade.. kelakor ade..
geram pun ade..
bila tengok hubby aku dengan dua orang anak lelaki aku ni..
sedang aku sibuk mengadap lappy ni..
boleh plak dia orang bertiga bukak dvd Michael Jackson kat luar tu...
kuat plak tu..

hamboie... sekali aku jengah duk berjoget2 mereka bertiga...
amboii!!!
"beat it!!... beat it!!.. beat it!!.."
ke main kuat lagi dia orang menyanyi...
siot tui..
yang si eisya plak sonok plak jadi penonton...
aduhai...
ni ler kalau dah ayah dia fanatik sgt dengan Michael Jackson ni...
hubby aku memang minat si Michael ni..
(selain dari Wali band le)

aduhai... nak dimarah... bapaknyer pun sama..
kelakor pun ade jugak..
tak di marah..
memekak le plak...
eeeeeeeeee!!!!!

:. Blogger Pilihan Hari Ini : Cik Tatod .:

Edit Posted by with No comments

Blogger pilihan hari ni adalah


atau nama sebenarnya ialah

Haslina Binti Hosni

beliau ni masih bujang dan mencari teman hidup
( ermm paham2 je ler yg masih bujang tu yer hehehehe )

act cik tatod ni dah lama berkecimpung dalam dunia blogger ni..
dia ni kira lebih senior dari aku..
cuma dia menulis untuk diri sendiri jer..
kurang ler nak menyerlah sangat
kira macam blogger low profile le dia ni..

kalau korang perasan..
dia lah pemenang untuk
Kontest Aku Punya Bear
hari tu..
apepun sekarang ni aku nak ajak korang terjah reramai blog dia...
kita bikin kecoh sikit..

sape belum jadi follower baik follow dia segera

pas tu dah follow jangan lupa tinggalkan jejak...


p/s : marilah kita memeriahkan dunia blogger dengan persahabatan yang ikhlas
( ceh... ayat... x tahan )

:. Tenggaroh : 90 buah rumah rosak teruk .:

Edit Posted by with 1 comment
terkejut aku baca sinar hari ni..
90 buah rumah rosak teruk akibat angin kuat dan hujan batu..
kesiannya bila baca berita tu..
sape nak baca selanjutnya leh klik ------------> sini

"



"


sedikit petikannya ade di bawah


FELDA TENGGAROH - Angin kuat disertai hujan air batu pada jam 4.20 petang telah mengakibatkan kerosakan teruk 90 rumah penduduk gugusan Felda di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 90 rumah berkenaan adalah 84 di Felda Tenggaroh 5; dua di Tenggaroh Timur 1 dan empat di Tenggaroh 7.

Seorang mangsa, penduduk Blok 9, Felda Tenggaroh 5, Suboh Abdul Wahab, 58, berkata, semasa kejadian dia terkejut apabila atap di bahagian bilik tidur diterbangkan angin sejauh 80 meter di belakang rumahnya.

“Air hujan masuk rumah dan dalam keadaan kelam kabut saya hanya sempat menutup barang berharga dengan plastik,” katanya.

Menurutnya, selang beberapa minit kejadian berlaku bekalan elektrik terputus dan dia terus menghubungi Tenaga Nasional

Berhad (TNB) serta tindakan pantas membaik pulih bekalan dilakukan.


sumber : sinar.harian

:. Sape Nak Beli Seluar Dalam Berbulu? .:

Edit Posted by with 2 comments

Ada Sesiapa nak beli seluar dalam di atas?
sila hubungi saya dengan kadar segera..
stok terhad k!!

:. Badget 2011 : Cuti Bersalin 90 hari ... (so nak ngandung lagi ke ni ?) .:

Edit Posted by with 1 comment
Amboie bestnye cuti berasalin dapat 90 hari plak sekarang..
aku le yg melepas sebab baru je bersalin tahun ni..
tak merasa nak cuti 90 hari..
dah tu.. ni nak suh aku beranak lagi ke aper ni?
hahhahaha

meh kita baca skit tentang badget 2011 ni berkenaan cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: Penjawat awam wanita di negara ini akan diberi fleksibiliti kemudahan mengambil cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari, berbanding 60 hari pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kemudahan yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.


"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.


petikan dari harian metro


:. Tulisan Setajam Pisau .:

Edit Posted by with 5 comments
Kebiasaannya kita dengar lidah setajam pisau..
tapi yang ni lain le plak..
tulisan setajam pisau..

ermmm...
tak kan korang pelik kot..
tulisan tajam yang penuh dengan kata-kata berbisa..
walaupun tanpa suara ianya mampu melukakan hati orang lain..
ianya mampu menghiris hati orang lain..
sebenarnya tak salah bagi aku jika kita nak menulis untuk menegur seseeorang..
tetapi yang jadi masalah bila kata-kata kita itu terlalu kasar untuk dikategorikan sebagai teguran...

mungkin hati kita berkata..
lantak ler.. janji aku puas hati..
tapi pernah tak terfikir akibat dari penulisan kita itu akan menghuru harakan orang lain?..

k ler... buat sape yg tak faham ape yang tulis ni..
faham2 kan lah yer..
sebab aku ni dah melalut2 menjelang subuh ni..
ntah ape2 je ler yer


Friday, October 15, 2010

:. Kontest Kandid Kamera (update) .:

Edit Posted by with 8 comments
Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang telah menyertai
yang blog aku anjurkan baru-baru ni..

tq sangat-sangat yer..
penyertaannya amat menggalakkan...
sampai kelam kabut jugak aku nak update nama2 dia org..

keputusan akan aku umumkan selepas 25hb oktober 2010..
pening gak pala bila tengok semua gambar yang dipertaruhkan best2 giler..
lucu... lawak semua ade ler..

buat yang berminat nak sertai tu boleh le cuba-cuba..
penyertaan di buka hingga 25hb oktober 2010 nanti...
cuba jangan x cuba...

:. Lanjutan Kisah Di Tenggaroh .:

Edit Posted by with 3 comments
Berikutan adalah lanjutan cerita tentang seorang pemuda OKU yang mengeluarkan keterangan kurang menyenangkan tentang Felda Tenggaroh ....
berikut adalah petikan dari akhbar sinar harian
layanzzz......


Pemuda OKU bikin kecoh

MERSING - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) semalam terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan rasa tidak puas hati sebahagian besar peneroka di Tenggaroh di sini berikutan kenyataan tidak menyenangkan yang dipaparkannya di laman web sosial Facebook.

Dengan menggunakan akaun persendiriannya, Arjand Ali, 25, yang merupakan anak pengusaha stesen minyak di situ, didakwa menghina seluruh peneroka Felda Tenggaro dengan mengeluarkan catatan di bahagian nota laman web sosial berkenaan bahawa golongan peneroka Felda tersebut jakun, pendek akal, tidak berfikiran waras, kolot, tidak bersatu hati dan sering berlumba-lumba mencari kemewahan, pada jam 11.02 pagi kelmarin.

Berikutan catatan nota yang dikeluarkannya itu, hampir 200 peneroka di Felda Tenggaroh berasa amat marah dan mengambil keputusan berhimpun di pekarangan stesen minyak kepunyaan keluarganya di Tenggaroh 2 seawal jam 4 pagi semalam.

Bagaimanapun keadaan terkawal dengan kehadiran anggota polis daripada Balai Polis Sungai Ambat yang mengawasi keadaan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian yang tiba di lokasi jam 9 pagi mendapati ramai penduduk tidak berpuas hati dengan nota yang disebarkan dalam laman web sosial itu.


p/s : kerana mulut badan binasa

Thursday, October 14, 2010

:. Blogger Pilihan Hari Ini .:

Edit Posted by with 3 comments

Ok!!
ni adalah blogger pilihan aku hari ni..
nama dia
'SUS"
nama dia sebenar

'IDDA MELISA'

berasal dari Kota Bharu

blog dia ialah


kenapa aku pilih dak Sus ni?
sebab aku suka blog kraftangan dia..
kalau korang tak caya terjah ler..


p/s : hai Sus... sorry ea sebab kidnap gambar sus tu hehehe

:. Nora Danish & Farid Kamil Cuti-Cuti Cinta .:

Edit Posted by with 3 comments

wahh tengok gambar tu..
romantik x?
heheh romantik kan..


"



"



"



"
sebenarnya mereka bukanlah bercinta betul2..
ni bercinta dalam filem jer..

filem tu tajuknya..
"CUTI-CUTI CINTA"

mesti best kan..
huhuhu
x sabar nak tengok!

:. Wartawan dan Polis Dah Berkumpul Di Depan Stesyen Minyak Arjand Ali .:

Edit Posted by with 4 comments
Ramai dah wartawan dan pihak polis berkumpul kat depan stesyen minyak milik
Arjand Ali ( kedai bapak dia sebenarnya)
ermmm..
tu ler akibatnyer kalau menulis ikut suka hati jer..
kalau korang nak tahu ape yang dia tulis leh baca entry aku sebelum ni


ermm member aku kata esok kuar berita pasal ni kat Sinar Harian..




Wednesday, October 13, 2010

:. Bila BAYI Dijadikan Makanan .:

Edit Posted by with 14 comments
kalau di negara kita asyik dengar citer pasal orang buang bayi..
tapi gambar kat bawah ni plak laen..
ORANG MAKAN BAYI
hurmm.. renung-renungkan..


dicuci dulu sebelum dimakan!!



wahh di isi dalam pinggang le plak!!

Now time too eat!!

:. ARTIKEL ARJAND ALI MENGUTUK FELDA TENGGAROH MERSING .:

Edit Posted by with 11 comments
Artikel di bawah ini aku dapat dari seorang kawan tentang seseorang manusia yang tidak bertanggungjawab mengutuk Felda Tenggaroh... kenapa aku terasa?... kenapa aku marah??... SEBAB AKU ANAK TENGGAROH..!!
malas nak cakap lebih-lebih.. korang baca le sendiri patut ke aku marah ke tak?... dan apa perasaan korang kalau kampung korang kena kutuk macam ni?


(PERANGAI DAN SIKAP SEGELINTIR ORANG TENGGAROH,MERSING)-MENGIKUT PENGALAMAN..

by Arjand Ali on Wednesday, October 13, 2010 at 11:02am

Sebut saje maner2 kawasan di tenggaroh,seseorg itu akan memikirkan ia adalah tempat dipenuhi ladang kelapa sawit dan tanah lapang.Di minda mereka akan terpapar keingingan utk menetap di situ dan memulakan hidup baru.Namun setelah menetap di situ,ternyata mereka akan merasa terkejut dan hairan kenapakah mereka berada di situ.

Nota saya pada kali ini ialah mengenai pengalaman saya sepanjang berhijrah dari Singapura ke Tenggaroh 2 Jemaluang Mersing.Ape yg saya akan kongsi ini bukanlah rekaan semata2 dan bukanlah utk menjatuhkan atau menghina sape2.

Kawasan Tenggaroh merangkumi dari Tenggaroh 1 hingga Tenggaroh 7 termasuk Tenggaroh Timur.Kawasan Tenggaroh penuh dgn kelapa sawit dan bukit bukau.Saya sekeluarga berhijrah ke Tenggaroh pada awal 25 February 2007.Kami ke sana kerana menerima tawaran dari pengusaha stesen minyak kuala lumpur utk beroperasi sebagai operator minyak.Pada mulanya saya juga mempunyai andaian seperti org lain iaitu jikalau ke sana,kami hendak mencari rezeki halal dan hidup aman damai.Kami hanya memikirkan bahawa akan ke tempat baru dalam keadaan lebih selesa dan selamat.Ternyata segala andaian kami salah dan menjadi sebaliknya.

Pelbagai peristiwa yang hendak dikongsi kepada rakan2 sume.Oleh itu adalah lebih baik utk saya menulis mengikut butiran supaya kemas dan teratur.Peristiwa2 yg akan dikongsi ini akan diperlihatkan kepada kite sume betape Tenggaroh di mana hampir seluruh penduduknya berbangsa melayu dan islam mempunyai tabiat2 buruk yg tersendiri yg boleh menjejaskan imej kite sebagai umat islam dan secara keseluruhan rakyat malaysia.

Boleh dikatakan ramai org2 yg duduk di Tenggaroh Jakon,Pendek Akal,Dajal,Tidak Befikiran Waras,Tamak Haloba,Tidak Bersyukur,Melampaui Ajaran Islam,Rampas hak Milik Org lain,Memfitnah,Mencerca,Malas Dan Sebagainya...Berikut adalah antara butiran2 yg saya boleh kongsi kepada anda sume mengikut pengalaman,benda yang sudah berlaku dan juga dari kajian lebih lanjut.


(1)Org tua mencarut dan bercakap kotor2 pagi2-Lazimnya kite bangun pagi2 utk memulakan mencari rezeki pada pagi yang indah lagi suci.Tetapi saya rasa heran dgn perangai org2 kat sini.Dahlah tua nak mampus tambah pula dia mencarut pagi2.Pantang tengok pekerja2 perempuan bekerja pagi2 mulalah mereka mencarut.Amat memilukan juga melihat org2 tua ini mencemarkan peniagaan kami dgn melakukan hobby2 mereka yg tidak faedah lagi kotor.Ada jugak berape kali ayah saya menasihati mereka supaya menghormati tempat kami beniaga namun damai yang kami pinta muka merah padam dan kemarahan utk bergaduh yang kami terima.

(2)berjalan seperti jakon dan sering membuka dada-Tidak dinafikan bagi mereka yang duduk terpendak di dalam kelape sawit,minda mereka tidaklah sehebat mane oleh kerana mereka tidak didedah kepada dunia luar.Selama saya ada di sini,memang amat mudah utk kenal org2 sebegini dgn cara mereka berjalan dan bertutur.Terlalu jauh dari arus kemodenan hidup.Salah satu contoh ialah mat rempit mereka.Amat melucukan melihat budak2 muda di sini beriya2 hendak menjadi mat rempit dgn gaya mereka tersendiri.Namun di sebaliknya,budak2 ini lupa bahawanya mereka bukanlah mat rempit yang hardcore dan daring seperti mana adanya mat rempit di kuala lumpur dan kelantan yang ganas2 dan mempunyai class yang tersendiri.

(3)mengumpat-Tak boleh dikatakan walaupun di mana jua kite ada,mengumpat mesti ada dalam masyarakat kite.Di sini pula bermacam2 karenah manusia saya dah lihat.

Karenah 1-Di depan kite dia kata minyak yang kite jual bersih dan berquality namun di belakang dia hebohkan kepada org kampung minyak kite campur air tanpa bahan bukti atau saksi.Apabila ditanya depan dia mengapa dia buat begitu,dia hanya mendiam diri dan senyum.

Karenah 2-Dia merayu kepada saya utk meminjam duit.Saya kasi.Namun 1 ketika biler saya tk meminjam duit kepada dia kerana dia kerap meminjam duit,dia mengumpat tentang saya menipu beliau,memungkir janji dan sebagainya.

(4)PHD(PENGAMPU HASAD DENGKI)-Di Tenggaroh terdapat org2 dari pelbagai bangsa contoh boyan,jawa dan banjar dan juga dari merata negeri di malaysia.Mereka ni tidak bersatu hati dan sering melumba2 mencari kemewahan antara mereka.Jikalau mereka tidak puas hati,Ilmu Hitamlah cara utk mereka mengatasi masalah.Bom sana dan bom sini tidak peduli tuntutan agama asalkan mereka puas hati.Mereka juga berpuak2 dgn pahaman ideologi sempit mereka.Kata org memang org jenis merekani tidak boleh melihat org lain senang sikit.Asal tidak bepuas hati atau sakit hati,cara kotorlah yang mereka sudahi dahulu.Dengan kami sebagai operator minyak jugak tidak lepas dari cengkaman iblis2 ini.Mereka memikirkan bahawa kiteni kaya dan mempunyai banyak duit dan harta namun mereka tidak tahu betape payahnya kami merantau ke negeri org dgn harapan besar mencari rezeki.

Ramai yang sakit hati melihat kami membuka stesen minyak di situ.Tambah pula kamini org luar datang ke sini beniaga dan rezeki mencurah2 tidak berenti.Pelbagai gangguan telah kami sekeluarga alami semenjak duduk di sini.Telah banyak tempat kami berubat dan jawapannya adalah sama.Ada pihak di sini ingin keluarkan kite dari sini dan mereka sendiri hendak stesen minyak itu namun mereka tidak mempunyai cukup modal dan duit.Antara gangguan2 yg kami alami adalah seperti berikut..

A.Sering bergaduh anak beranak.
B.Tidak boleh tidur
C.Sentiasa rasa marah.
D.Tidak lalu makan.
E.Berat badan bekurangan dan tk bermaya.
F.Malas utk bersembahyang.
G.Sering kecewa dan kecik hati.
H.Masalah kecik boleh menjadi besar.
I.Mane2 anggota badan akan sakit danlemah

Boleh dikatakan hampir setiap hari,kite bukannya bertarung dengan tugas seharian kami tapi jugak dengan gangguan ilmu hitam pihak2 tertentu yang penakut dan banyak melakukan perkara mungkar.Memang sudah menjadi adat budaya di Tenggaroh jika anda seorang yang senang dan sihat walfiat,ader sajer orang yang hendak jatuhkan anda.Memang org yang buat ilmu hitam kat kite sekeluarga amat terkenal di kampung dengan kekayaan dan keangkuhan beliau.Beliau memang tidak boleh melihat orang lain leboh dari beliau.Sesiapa saja yang lebih dari beliau atau engkar kata beliau akan dibom bertalu2 tanpa belas kasihan.Namun diani org yang takut mampus dan takut keluar rumah.Walaupun kite tahu ini sume adelah keje beliau,kite redah saja pada ape yang berlaku dan serah sume kepada yang Maha Esa.

(5)Mengambil barang org tanpa minta kebenaran-Perkara ini pernah berlaku di sini.Ada segelintir org yang tidak beradat membuat perkarani...

Contoh 1-Ayah baru beli kereta Myv berwarna Hitam.Hari pertama letak kereta di luar ofis ada seorang pekerja anak Tenggaroh tanya kepada ayah.."Bos mintak kunci saya nak test bawak kereta bos".Alangkah terkejutnya kami apabila mendengar kata2 budak tersebut.

Contoh 2-Saya sedang duduk rehat di luar ofis.Hp saya berada di atas meja.Salah sorang pekerja saya datang lalu mengambil hp saya dan membuat seperti hpnya sendiri.Saya hanya mendiam diiri kerana saya tau minda mdp)a vkk2e0l|kmpit c!hkbAao n mengambil barang org pun di buat tk sapekan kite.Kalo hp saya yang mahal itu rosak habislah saya.

Contoh 3-Sorang pekerja meminjam radio saya.Memnjam selama 3 minggu tapi dia berjanji akan p ulangkan kepada saya esok..Berulang kali bertanya pada beliau di mana radio saya.Alasan yang diberi ialah dia lupa untuk membawanya.Hari yang dia membawa radio itu,saya mendapati kaset player radio sayatidak berfungsi lagi.Saya mintak ganti rugi kepada dia namun selepas itu dia menghilangkan diri.Dengar khabar beliau telah lari ke johor bharu.

(6)Tidak mempunyai belas kasihan,pedoman dan kesabaran.-Saya boleh mengatakan betapa hebatnya dugaan Allah kepada kami..Berape insiden dibawahni adalah detik2 cemas kepada kami sekeluarga..Tidak dapat dibayangkan kepada sape kite hendak mengadu kecuali kepada Allah kerana Pihak Polis dan Pihak Penguasa di bawah tangan mereka.

Insiden 1-Sorang budak latar belakang penagih dadah tegar datang ke stesen utk beli biskut.Kebetulan di tempat biskut ada dua bahagian di atas dan di bawah,Di atas adalah biskut yang belum tamat tempoh dan di bawah yang sudah tamat tempoh.Mak Si budak otat sesotni pegi ambil biskut yang diletak di bawah.Mak saya beritahu beliau bahawa biskut itu dah tamat tempoh namun beliau berdiam lalu terus bayuar dan keluar.Berape minit lepas itu beliau kembali dan campak biskut tersebutBeloau ke muka mak sambil mengata "Oh kau nak kasi aku mampus ye kasi biskut yang tamat tempoh.Aki nak duit aku balik!"Mak saya menyuruh tenangkan beliaunamun beliau kembali semula ke motor dan mengeluarkan sebilah parang.Beliau masuk ofis lalu menghayung ke kanakkiri ke arah mak saya.Waktu iti mak saya sorang.Ayah sedang rehat di kerusi dan saya di kl.Ayah tedengar mak menjerit lalu terlenadari tidur.Barang dalam ofis selerak.Budak itu terus beredar.Laporan polis dibuat namun polis tidak mengambil ape2 tindakan.Yang peliknya ada sorang kutu polis memberitahu kepada budak itu bahawa kite membuat laporan polis.Berape hari lepas itu budak itu datang ketawasambil mengatakan polis senang utk dibeli dan tiada ape2 yang boleh kiter buat..Heran....

Insiden 2-Sekumpulan budak datang ke stesen mengamuk dengan saya dan ayah mengenai minyak campur air.Emak berada di rumah dan insiden ini berlaku semasa bulan puasa.Mereka datang memintak ganti rugi.Tapi yang mengherankan tiada bukti yang dibawa contoh bil membaiki kerosakan atausampel minyak.Yang pelik jikalau benar ada masalah kenape harus datang dengan geng2 sambil memaki hamun kami.Ini bukanlah dinamakan hero tapi pengecut.Memang benar jika berlaku pergaduhan ditenggaroh,saya tk pernah lihat 1 lawan 1 tapi ramai2 lawan 1.Amat memalukan melihat merekani..Dalam bulan Ramadan yang mulia mereka datang memaki2 pelbagai ayat2 yg mengecikan hati kami.Di sebelah pihak kami jugak kami telah mrmbuat macam2 demi mewnjaga minyak yang kite jual tidak mencampuri air.Kita telah check secarakeseluruhan namun tiada air.Menteri Perdagangan telah beberape kali check namun tiada air.Yang sebenar kami dapat tahu mereka ini telah diupah pihak tertentu utk membuat kecoh dgn kami jadi kami akan rasa takutdan akan keluar dari kampung Tenggaroh ini.Laporan polis telah dibuat namun tiada tindakan diambil kerana individu terbabit yang mengupah budak2ni telah bekerjasama dgn polis dan polis telah menutup mata sebelah.

Sebenarnya banyak lagi yang saya hendak kongsi tapi waktu tidak menizinkan.Bagi mereka yang memnaca nota yang tidak seberape ini,harap2lah jangan meniru perangai org2 Tenggaroh yang sedemikian rupa.Bagi yang menetap di Tenggaroh atau kawasan sekeliling ambillah iktibar dari sini dan jika boleh berubahlah..Jangan menzalimi org lain.Jangan ambil kesempatan dari kesenangan anda untuk melakukan perkara yang bertentangan dgn agama dan bangsa....



ermm... seolah2 semua orang Tenggaroh ni tak baik... ape ke benda macam ni tak berlaku di tempat2 lain ke?? huhhhhhh!!!