Saturday, October 16, 2010

:. Badget 2011 : Cuti Bersalin 90 hari ... (so nak ngandung lagi ke ni ?) .:

Edit Posted by with 1 comment
Amboie bestnye cuti berasalin dapat 90 hari plak sekarang..
aku le yg melepas sebab baru je bersalin tahun ni..
tak merasa nak cuti 90 hari..
dah tu.. ni nak suh aku beranak lagi ke aper ni?
hahhahaha

meh kita baca skit tentang badget 2011 ni berkenaan cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: Penjawat awam wanita di negara ini akan diberi fleksibiliti kemudahan mengambil cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari, berbanding 60 hari pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kemudahan yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.


"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.


petikan dari harian metro


1 comments:

Lulu Caldina said...

sila le ngandung...muehehe..

kerajaan galak ramai anak tu..