Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Thursday, October 14, 2010

:. Wartawan dan Polis Dah Berkumpul Di Depan Stesyen Minyak Arjand Ali .:

Ramai dah wartawan dan pihak polis berkumpul kat depan stesyen minyak milik
Arjand Ali ( kedai bapak dia sebenarnya)
ermmm..
tu ler akibatnyer kalau menulis ikut suka hati jer..
kalau korang nak tahu ape yang dia tulis leh baca entry aku sebelum ni


ermm member aku kata esok kuar berita pasal ni kat Sinar Harian..




4 comments:

suzzsuzie said...

serius sampai macam tu sekali ke? ada baca blog dia kt link yg diberi tu...hrmm...skrg kena hati2

.s.o.f.i.a. said...

mulut dah insurans dah ker nie...........???

cha said...

sekarang... apa yang kita buat, semuanya kena hati-hati. sedikit aje menyentuh sensiviti, terima la padahnya.

Anonymous said...

assalamualaikum. sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepaada moderator kerana sudi menyiarkan komen saya berkenaan perkara berkaitan walaupun saya perasan ianya tidak lengkap kerana ada di antara komen saya tidak dimasukkan. mungkin ada kesilapan yang berlaku di pihak saya ataupun moderator mempunyai sebab2 yang tersendiri untuk tidak menyiarkan sepenuhnya komen saya. wallahu 'alam.

berdasarkan apa yang saya dengar, saya merasakan isu ini telah di 'overblown' oleh sesetengah pihak. come on, kehadiran polis dan wartawan bagi menangani isu yang, minta maaf saya katakan, amat remeh? mungkin saya silap dalam hal ini memandangkan saya tidak kenal siapa itu arjand ali dengan sikapnya terhadap penduduk tempatan namun pada masa yang sama saya ingin mengetahui kenapa arjand ali bertindak sedemikian.

bagi saya, dengan memanggil polis dan wartawan, penduduk tempatan awal2 lagi 'menghukum' individu bernama arjand ali. bagi penduduk tempatan, 'he deserved it' kerana seolah-olah menggambarkan penduduk tempatan berperangai buruk.

tapi perlu diingatkan juga sikap penduduk tempatan terhadap arjand ali dan keluarganya sehingga arjand ali menyiarkan artikel yang menyentuh sensitiviti beberapa pihak. adakah pihak/penduduk tempatan yang memanggil polis dan wartawan tersebut menyentuh sikap beberapa warga emas yang tidak menggambarkan sikap yang sepatutnya dengan mencarut dan tidak menerima teguran hanya semata-mata yang ditegur tu orang luar? adakah mereka tidak menyentuh tentang sikap segelintir penduduk tempatan yang suka mengambil harta milik peribadi orang lain tanpa kebenaran? adakah penduduk tempatan yang membawa polis dan wartawan ada menyentuh tentang insiden keluarga arjand ali diserang dengan parang hanya semata-mata biskut tamat tempoh, malah selepas laporan polis dibuat si penyerang dengan terus terang mendakwa polis boleh dibeli? adakah penduduk2 tempatan semasa kehadiran wartawan dan polis bercakap tentang fitnah yang diterima oleh keluarga arjand ali oleh segelintir penduduk tempatan tentang petrol yang dijualnya dicampur dengan air di mana ianya boleh menjejaskan nama baik, maruah dan periuk nasi keluarga tersebut? malah diserang dengan kumpulan bermotosikal disebabkan tuduhan yang sama?

saya bersetuju dengan pihak moderator jika beliau mengatakan perkara seperti ini juga berlaku di tempat lain. soalan saya, adakah kerana ianya pernah berlaku di tempat lain maka sikap buruk segelintir penduduk tempatan tidak boleh diubah? nasihat saya, masing2 ubah sikap. masing2 jangan terlalu egois. buang mentaliti lapuk. kepada arjand ali, ubah sikap anda dan jangan bertindak tanpa berfikir. kepada penduduk tempatan, jangan angkuh. kepada pihak polis, pastikan jangan ada sesetangah pihak senang2 'menjual' nama baik PDRM sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibiliti pasukan. saya minta maaf jika ada kata2 saya menyentuh hati dan perasaan sesetangah pihak. sekian