Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Wednesday, October 20, 2010

:. Penduduk Lupak Meluas Rayu Rumah PPRT .:

ermmm...
buat korang yang kenal aku mesti pelik..
wat pe la aku nak buat entry untuk penduduk sandakan plak kan..
( mcm kat johor dah habis cerita )
hehehehhe
sebenarnya Sandakan ialah kampung hubby aku yang comel tu..
so kirakan Sandakan ni adalah kampung ke dua aku selepas Johor..
selain tu aku memang suka balik Sandakan sebab semua penduduk kat sana..
baik-baik belaka...
mesra plak tu kekekke..

so ni aku nak citer skit pasal
Kampung Lupak Meluas di Sandakan...
pasal tuntutan rumah PPRT..
tengok kat bawah ni petikan yang aku baca dari

PARA Penduduk Kampung Tradisi, Lupak Meluas, Sandakan yang diwartakan pada 12 September 2002 merayu ehsan Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini menjanjikan sebuah rumah untuk setiap keluarga apabila rumah mereka terbakar sekitar 2007.


“Kami sekarang terpaksa bersetinggan di atas tanah orang kerana tapak yang telah ditebus guna dan dijanjikan sebagai tapak rumah kami belum dibangunkan sebarang projek sehingga kini,” kata Norsiah Binti Moyo, 52, ketika ditemui di Kampung Lupak, Meluas.


Menurut Norsiah, Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan mereka rumah PPRT yang akan dibina di atas tapak asal kampung tersebut yang terbakar, namun sehingga kini, mereka masih terus menanti janji yang belum pasti.


Sehubungan itu, Norsiah yang mewakili lebih 30 keluarga meminta jasa baik Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya dapat turun padang membantu mereka kerana mereka amat memerlukan rumah baru bagi menggantikan pondok mereka yang hampir menyembah bumi kerana terlalu daif.


“Sebagai ahli UMNO yang taat kepada parti, kami mintalah jasa baik Datuk Samsuddin membantu kami kerana kampung kami telah diwartakan sebagai Rizab Anak Negeri dan kami berhak mendapat sebuah rumah baru di atas tapak asal rumah kami yang hangus terbakar dalam bencana alam hamper empat tahun lalu,” ujar Norsiah yang menyatakan bahawa pihaknya akan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri bagi memastikan penduduk Kampung Lupak Meluas tidak hilang sokongan kepada BN pada pilihanraya akan dating.


Menurut Norsiah, Kampung Lupak Meluas seluas 31.20 ekar telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Sabah pada 2002.


Walaupun Kerajaan melantik Ketua Daerah Sandakan, Ketua Anak Negeri Karamunting dan Ketua Kampung Lupak Meluas sebagai Pemegang Amanah, namun kata Norsiah, tanah tersebut tertakluk kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang sepatutnya membenarkan penduduk kampung mendirikan rumah di atas tanah yang telah ditimbus sekiranya Kerajaan belum mampu membina rumah kos rendah kepada penduduk asal Lupak Meluas.


“Kita harap kerajaan BN yang diterajui UMNO akan mengotakan janji dan kita sedia berunding dengan Adun dan Ahli Parlimen kerana adalah amat memalukan UMNO jika gagal memanfaatkan tanah rizab yang telah diwartakan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri) yang ketika itu begitu prihatin terhadap nasib anak negeri yang terperangkap dengan OPS Nyah II Bersepadu.




p/s : nak balik kampung sandakan je rasanya sekarang ni.... huhuhu


1 comment:

ardinihumaira said...

nak itut balik sandakan :D