Friday, October 1, 2010

:. Kisah Benar & Seram : Rumah Berhantu .:

Edit Posted by with 1 comment

Seram Sejuk bila baca citer seram dari utusan ni..

kisah rumah hantu di luar negara..

aku saje letak sini sebab nak ajak korang baca reramai..

jgn le takut... meh kita baca petikan dari UTUSAN ni..

layanzzz... ( sambil menarik selimut tutup muka )




Biara Edinburgh

KOTA lama yang terletak di atas bukit ini pernah menjadi kubu pertahanan terpenting di Scotland sejak lebih 900 tahun yang lalu.

Penempatan terawal manusia di kawasan ini dipercayai bermula sekitar kurun kesembilan sebelum masihi.

Tembok tebalnya menyembunyikan pelbagai kisah dan sejarah. Ia kini tersenarai sebagai lokasi paling menyeramkan di seluruh Eropah.

Ia dipercayai menjadi kediaman hantu dan semangat yang masih bebas berkeliaran.

Ia pernah menjadi penjara yang menempatkan bilik seksaan dan menjadi tempat bersemadinya jasad ribuan manusia termasuk mangsa yang terkorban di dalam wabak Black Death.

Pada 2001, satu penyiasatan paranormal saintifik dilakukan dengan bantuan peralatan seperti pengesan haba, bunyi, sensor magnet dan kamera video. Siasatan mendapati berlakunya pengesanan aktiviti misteri di lokasi-lokasi yang sering dilaporkan berhantu.

Antara kelibat yang didakwa kelihatan di biara lama yang kini dibuka kepada orang ramai itu adalah hantu peniup paip, semangat askar Perancis dari Perang Tujuh Tahun, pemukul gendang tentera dan hantu anjing tentera berdekatan dengan kuburnya.




p/s : petikan dari Utusan.Online

1 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

nanti mesti ada orang buat pengambaran entiti kat rumah ni...heheheh