Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Saturday, October 9, 2010

:. Gadis 14 tahun dirogol teman lelaki dan rakan-rakannya .:



Terkilan dan seduh sekali apabila terbaca berita dari Sinar Online ..
seorang remaja 14 tahun dirohol bukan sahaja oleh teman lelakinya malah oleh lelaki-lelaki lain yang merupakan kawan2 teman lelakinya..
setan betul..
ermm bila terbaca kisah ni dan terkenangkan anak kita di rumah rasa risaunya memikirkan masa depan mereka..
harap ianya jadi pengajaran buat semua ibu bapa di luar sana..

SETIU - Gara-gara terlalu mudah mempercayai lelaki, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja menjadi mangsa rogol teman lelakinya, malah kehormatannya turut diragut beberapa lelaki lain sejak awal tahun sebelum keluarganya bertindak membuat lapo-ran polis.
Perkara itu terbongkar selepas ibu bapa gadis sunti terbabit mendapati anaknya tiada di rumah dipercayai bermalam bersama teman lelakinya di Kampung Bukit, Sungai Tong, selain gagal tiba di rumah sebelum kedua orang tuanya bangun daripada tidur. Dalam kejadian Jumaat lalu, teman lelaki mangsa, seorang buruh berumur 24 tahun mengambil mangsa di rumah sekitar jam 2 pagi sebelum menghantar semula pada jam 7 pagi, hari sama selepas dipercayai merogol mangsa. Bagaimanapun, mangsa yang tinggal di Kampung Pak Kancil enggan pulang ke rumah, sebaliknya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran kerana bimbang perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya terbongkar dan diketahui keluarga. Namun, selepas hampir 12 jam bersembunyi di kawasan hutan tersebut mangsa berjaya dikesan ahli keluarganya sebelum kedua ibu bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu kira-kira jam 7 malam. Ketika disoal siasat, mangsa mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki berbeza termasuk teman lelakinya. Sehubungan itu, polis kini sedang giat memburu beberapa suspek termasuk suspek utama iaitu teman lelakinya bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menahan tiga lelaki dalam lingkungan usia 20-an sejak menerima laporan itu. “Dua pemuda ditahan di sebuah kedai di Sungai Tong, Selasa lalu, manakala seorang lagi pemuda ditahan kelmarin, bagi membantu siasa-tan dan polis kini sedang giat memburu suspek utama berumur 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa,” katanya. Shaik Othman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

( sumber : Akhbar Sinar )

4 comments:

ardinihumaira said...

isk3.. tak leh wat laki jantan cemtu.. rosak anak bangsa. hu

lovetobetauke said...

btol..
pompuan 2 pon ikotkan cgt boypren dye..

kobEj0rdan~ said...

bila islam da mula dijauhi...

maisyah said...

perempuan pun kena menjaga dirinya..jgn mudah percaya dg lelaki yg tiada kaitan dg kita especially yg bukan d namakan suami kita kan..