Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Friday, October 15, 2010

:. Lanjutan Kisah Di Tenggaroh .:

Berikutan adalah lanjutan cerita tentang seorang pemuda OKU yang mengeluarkan keterangan kurang menyenangkan tentang Felda Tenggaroh ....
berikut adalah petikan dari akhbar sinar harian
layanzzz......


Pemuda OKU bikin kecoh

MERSING - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) semalam terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan rasa tidak puas hati sebahagian besar peneroka di Tenggaroh di sini berikutan kenyataan tidak menyenangkan yang dipaparkannya di laman web sosial Facebook.

Dengan menggunakan akaun persendiriannya, Arjand Ali, 25, yang merupakan anak pengusaha stesen minyak di situ, didakwa menghina seluruh peneroka Felda Tenggaro dengan mengeluarkan catatan di bahagian nota laman web sosial berkenaan bahawa golongan peneroka Felda tersebut jakun, pendek akal, tidak berfikiran waras, kolot, tidak bersatu hati dan sering berlumba-lumba mencari kemewahan, pada jam 11.02 pagi kelmarin.

Berikutan catatan nota yang dikeluarkannya itu, hampir 200 peneroka di Felda Tenggaroh berasa amat marah dan mengambil keputusan berhimpun di pekarangan stesen minyak kepunyaan keluarganya di Tenggaroh 2 seawal jam 4 pagi semalam.

Bagaimanapun keadaan terkawal dengan kehadiran anggota polis daripada Balai Polis Sungai Ambat yang mengawasi keadaan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian yang tiba di lokasi jam 9 pagi mendapati ramai penduduk tidak berpuas hati dengan nota yang disebarkan dalam laman web sosial itu.


p/s : kerana mulut badan binasa

3 comments:

.s.o.f.i.a. said...

lorh........ OKU ka????? adoyai!!!!!

xazryx said...

marah betul smp polis kene dtg .

ardinihumaira said...

uiskk... betul2.. kerana mulut badan binasa