Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Thursday, July 29, 2010

:. Akibat Dendam.. Seorang Lelaki (Dari SANDAKAN ) Dibunuh Kejan .:




SHAH ALAM: Dendam lama dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas diserang sekumpulan lelaki di Flat Valencia, Seksyen 25 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa, Pasibal Julaini, 26, dari Sabah mati di tempat kejadian manakala seorang rakannya yang belum dikenal pasti identiti parah selepas diserang 20 lelaki menunggang 10 motosikal.


Ketika kejadian, mangsa, pekerja kilang bersama lima rakannya bermain gitar di bawah blok terbabit sebelum sekumpulan lelaki bermotosikal bersenjata parang muncul dan menyerang mereka bertubi-tubi.


Difahamkan mangsa yang maut tidak sempat melarikan diri sebelum ditetak beberapa kali di kepala dan belakang badan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, menyifatkan kumpulan lelaki itu amat ganas kerana menyerang mangsa tanpa belas kasihan sehingga membawa kematian.


“Usaha menjejaki semua suspek kini giat dilakukan dan siasatan awal mendapati pergaduhan ini berpunca daripada dendam.


“Si mati dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Mangsa yang cedera juga sudah stabil,” katanya di sini, semalam.


Sepasukan polis dari Unit Forensik dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengumpul bukti berhubung kejadian itu.


Polis menyiasat sebuah motosikal yang terbakar di padang permainan tidak jauh dari tempat kejadian sama ada ia mempunyai kaitan serangan terbabit.



p/s : petikan ni aku ambil dari harian metro..
kenapa cerita ni aku paparkan di blog aku.. sebab.. mangsa yg meninggal tu.. warga sabah tu adalah.. orang kampung suami aku di sandakan... kasihan.. jenazah telah selamat di bawa pulang ke sandakan dan di kebumikan di sana....

tapi keluarga mangsa tentu sedang bersedih dgn apa yang terjadi pada arwah.. aku tumpang simpati dan takziah pada keluarga mangsa....

No comments: