Monday, July 5, 2010

:. Boyfriendku Nyaris Di CANGKUL Ayahku .:

Edit Posted by with 3 comments

" Saya mencintai seorang lelaki bukan Islam berbangsa Kadazan dari Sabah.
Hubungan kami mendapat tentangan hebat dari ayah dan keluarga saya, sedihnya pada satu hari sewaktu saya membawa kekasih saya pulang ke rumah untuk diperkenalkan kepada ayah dan keluarga. Tak disangka rupanya ayah tidak suka saya berkawan dan bercinta dengan lelaki yang bukan seagama dengan saya. Ayah marah dan menghalau kekasih saya, kebetulan waktu itu ayah baru pulan dari kebun dan memegang cangkul. Nyaris kekasih saya nak di cangkul oleh ayah. Nasib baik ada abang yang dapat meleraikan pergaduhan antara mereka."

p/s : ini adalah antara petikan dari email yang saya terima dari insan yang mahu dikenal sebagai 'gadis' ini. nak letak semua terlalu panjang le sangat. Tapi apa yang saya faham Gadis ni berbelah bagi antara kekasih dan keluarga.

Nasihat akak, adik kenalah banyak bersabar. Begitu juga dengan kekasih adik tu. Jika dia benar2 sayangkan adik tentu dia juga boleh bersabar. Ayah adik mungkin bimbang tentang perbezaan agama adik berdua. Cuba adik ajak kekasih adik tu untuk mendalami Islam, mengenali adat dan budfaya kita. Cuba perlahan2 mengambil hati ayah. Mungkin mengambil masa sedikit tapi ingatlah Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar. Akan yakin lama kelamaan ayah adik akan tersentuh jika melihat keikhlasan kekasih adik tu untuk hidup bersama2 adik.
Insya Allah...

3 comments:

ozzy said...

Susah nak cakap kerana apabila sudah dilamun cinta..bergantung pada bf dia juga..kalau dia ikhlas mungkin dia akan berterus terang dgn bapanya

peaNut said...

peanut setuju ngn noieizan....cuba cakap baik2 ngn parents...mungkin mereka blh memahami..

noie said...

betul tu ozzy n peanut.. kalau lelaki tu jujur dia kena berani , harap si gadis akan temu jalan penyelesaiannyer..