Wednesday, February 17, 2010

:. SEPI ITU .:

Edit Posted by with 6 comments

Sepi itu
mengajar aku mengenali diri
mendengar apa kata hati
mencari cinta yang sejati
dalam menyusur perjalanan hidup ini

Sepi itu
menginsafkan diriku
mengingatkan ke semua kesalahan dulu
membawa aku melayari rindu
dalam mengecap semua impianku

Sepi itu
menciptakan aku dalam dunia baru
alam maya menjadi bagian dari hidupku
bak puteri yang lena beradu
aku hanyut dan aku tak mampu
menolak episod cinta datang dan berlalu

Sepi itu
membuatkan aku duduk di sini
tak ada yang menemani
kerana aku lebih selesa sendiri
bagiku biarlah aku menurut kata hati
tak mahu mengguris sesiapa lagi
tak mahu ada lagi yang disakiti

Sepi itu
dia sahabatku
dia teman baikku
dia bagian dari hidupku
dia adalah satu dengan jiwaku
untuk teman yang selalu bersamaku
jangan kau bimbang dengan sepi itu
kerna kau akan biasa dengan kisah hidupku
dan waktu itu
tak akan ada lagi kesangsianmu
yang akan datang bersama pertanyaan rindu

6 comments:

hanaahmad said...

sepi itu indah~
http://hana-ahmad.blogspot.com/2009/11/sepi-itu-indah.html

.:iEyaaYaya:. said...

wahh
pandai berpuisi.

anyway percaya lah sepi itu hnya sementara.
;))

Pena Crystal said...

Sepi itu kadang2 lebih baik utk beri ruang pada dri sndri.:)
kdg2 kitew perlu berjalan sndrian dalam mncari jawapan.

Nekmo said...

sepi itu..
tak bermaksud kita salah..
sepi itu...
tak bermakna kita kalah...
sepi itu..
tak bererti kitalah punca masalah..

nice puisi..=)

ImamS said...

Sepi itu...

Asyik.

Buat molorrr...

Sepi itu...

Asyik.

Buat nonton film.

tomo said...

Sepi itu menurutku menakutkan kawan.gak enak jika sepi