!!! BUAT TEMPAHAN DI SINI !!!

JEMPUT LIKE MY NEW PAGE!!!

:. KLIK JGN X KLIK .:

FELT CRAFT KOTA TINGGI FRAME FELT STATER KIT BORONG KEY CHAIN TUTORIAL DOOR GIFT BROOCH HARGA RUNTUH T-SHIRT FELT MATERIAL HARGA BORONG PILLOW/BANTAL ID HOLDER HEAD BAND/CEKAK

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN / PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

Feel free to contact me at:
019-7467795 (Sis Noie )

** seandainya mesej anda tidak berbalas, mohon terus hubungi Sis.. Tempahan awal diutamakan, Sebarang pembayaran boleh dibuat ke akaun Sis:
NAMA : NORMAH BINTI SAPARI
CIMB : 01310019834523
MAYBANK : 151071362454

:. Sudi-Sudi Ler .:

:. Pelamin Mini CUkur Jambul Promotion Price RM150 sahaja!! .:

:. Pelamin Mini CUkur Jambul Promotion Price RM150 sahaja!! .:


Promotion Price Hingga Akhir Bulan Jun 2013!!
SET PENGENALAN INI HANYA
RM150 SAHAJA
*** harga ini tidak termasuk kos penghantaran..
kami bertempat di Negeri JOhor
untuk sebarang pertanyaan sis ke page kami



Rumpai Laut Collagen

Rumpai Laut Collagen
Sale!! sale!!

:. ANEKA BUNGA TELUR FELT .:

Aneka BUnga Telur Felt .:


Aneka Bunga Telur Felt Pelbagai Jenis..
Ini antara yang ade di bawah Produk SNC ( Sis Noie Craft )
warna dan design boleh req..
material yang sis gunakan adalah felt,
bunga telur felt sekarang pun dah semakin di minati
harga sangat berpatutan dan yang best sekali
designnya yang unik n comey..

'untuk yang berminat boleh hubungi sis si FB sis
http://www.facebook.com/normah.feltcraft

atau page sis

http://www.facebook.com/DoorGiftBudgetMurah?fref=ts

atau no fon sis
012 7752560

digalakkan untuk membuat tempahan awal sebulan atau dua bulan dari tarikh yang kamu nak guna..
sebab x best kalau buat dengan terkejar2 yer..
** semua ni adalah handmade so dah buat byrn baru sis akan confirmkan order kamu n start proses :)





Friday, February 19, 2010

:. Contest : weekend @ sheffield :- 'true meaning of love'


Firstly tq sebab aku dijemput tuk menyertai contest weekend @ sheffield ni... tq sangat2 pada penganjur pertandingan tersebut saudara JOE... kebetulan aku memang telah lama bercadang nak menulis tentang ini... dan ini kujadikan pembina semangat aku tuk bercerita. Ceritaku tentang CINTA mungkin ada yang anggap biasa dan mungkin ada yang kata aku sekadar menarih simpati pembaca... tetapi ini sesungguhnya cerita tentang CINTA SEJATI dalam keluargaku... dalam hidupku. Bukan kemenangan yang aku harapkan cukup sekadar perasaan lega dapat meluahkan perasaan..
"
"
"
KISAH CINTA SEJATIKU BERMULA DI SINI



( dia suamiku... sahabat karibku... teman gaduhku )

Kata orang CINTA yang sejati lahir dari hati yang suci.Ada pula yang berkata CINTA itu
dari mata turun ke hati. Sesetengah orang mentafsir, tak kenal maka tak CINTA. Bagi mereka yang bertuah dalam CINTA tentulah bahagia hidupnya. Tetapi bagi mereka yang gagal dalam CINTA tentulah pahit rasanya.
Aku dah merasa keduanya, bahagia dan terluka. Bahagiaku dalam CINTA bila tuhan menemukan aku dengan suami terCINTA, Faizhar Mohd Saleh. Dia bukan golongan berada apatah lagi kerabat diraja, tetapi dia mampu buat aku bahagia di saat aku derita... dan dia mampu membuatku tertawa di saat aku menangis hiba. Dia suamiku.. sahabat karibku.. teman gaduhku... tempat bermanjaku.


( Putera sulung kami LUQMAN HAKIMI )

Kebahagiaan berpanjangan setelah lahirnya putera kami yang pertama. Bayi comel itu kami namakan LUQMAN HAKIMI atau Akim gelaran manjanya. Akim lahir membawa cahaya indah dalam keluarga kami... malahan bukan hanya kami tetapi mak, abah, atuk dan nenek turut merasa bahagia. Akim cucu sulung dalam keluarga menjadi kesayangan mak, abah, atuk dan nenek. Kadang-kadang aku dan adik-adik merasa cemburu bila melihat Akim dimanjakan lebih dari kami sewaktu kecil dulu.
Tahun 2007 satu lagi berita gembira kami perolehi, aku mengandung anak kedua kami.
Mak dan abah orang yang turut merasa gembira, bertambahlah lagi cucu mereka. Tak sabar rasanya menanti kelahiran bayi kedua kami. Namun kegembiraan itu x bertahan lama. Satu tragedi yang amat buruk telah melanda keluarga kami. Pada tarikh 16hb Dis 2007 adik-adik semua berkumpul di rumahku di Kulai untuk menyambut ulang tahun kelahiran adik kami yang bongsu pada keesokkan harinya iaitu 17hb Dis 2007. Kami menunggu kedatangan mak dan abah dari kampung. Setelah membahagi tugas kami semua bergerak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Aku di tugaskan mengemas rumah dan menunggu kedatangan mak dan abah. Dua lagi adikku pergi membeli barang-barang keperluan untuk majlis itu nanti, manakala seorang lagi adikku pergi menempah kek ulang tahun.

Tiba-tiba aku mendapat panggilan yang menyatakan abah dan mak kemalangan. Bagai nak gugur jantung ini. Melalui panggilan telefon itu kami diberitahu mereka tidak apa-apa. Tapi hati kecilku mengatakan yang sesuatu yang amat buruk telah berlaku. Kami adik beradik bergegas pulang ke kampung. Semua keperluan yang telah di beli untuk majlis hari jadi adik kami campak ke tepi. Dalam hati kami hanya satu, Ya Allah kau selamatkan CINTA hati kami.. mak dan abah.
Rupanya kami terlambat, sesampai di klinik di mana mereka di tempatkan abah telah tiada.
Yang tinggal hanya sekujur tubuh kaku yang sejuk ditutupi kain pelikat kesayangan milik abah. Aku meraung rebah, dan apatah lagia adik-adikku. Seolah kulupa yang aku waktu itu berbadan dua, lupa tentang diri sendiri hanya memikirkan abah yang telah pergi. Mak telah dibawa ke hospital besar. Mak koma tak sedarkan diri.



( Mak dan abah juga adik bongsuku waktu bercuti di Perak.Gambar ini sahaja yang aku dalam laptop ni )

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa berat aku menanggung kesedihan waktu itu. Namun aku kuatkan semangat kerana aku mahu melihat mak sembuh. Aku mahu melihat mak sedar dari koma. Tanpa di duga pada malam kenduri 7 hari kematian abah aku telah melahirkan anak yang kedua seorang bayi lelaki. Anak yang aku lahirkan dengan airmata rindu pada arwah abah. Bayi comel itu aku namakan NUR IMAN SAFRI. Safri adalah nama yang kuambil dari nama arwah abahku, Sapari. Ku letakkan nama abah di situ agar bila besar nanti anak itu akan menjadi penCINTA setia seperti arwah datuknya.
Namun senyuman di bibir dengan kelahiran Iman tak bertahan lama, pada hari keempat Iman dilahirkan satu lagi tragedi buruk telah berlaku, emak pula telah pergi untuk selamanya.Setelah 12 hari mak koma tanpa sedarkan diri akhirnya mak mengikut jejak abah. Aku yang masih lagi trauma dengan pemergian abah bertambah derita dengan pemergian emak. Untung nasibku masih punya suami, anak-anak, atuk, nenek dan adik-adik yang berada di sisi. Ku kuatkan semangat kucuba untuk berdiri kembali.



( Putera kedua kami NUR IMAN SAFRI )

Walau mak dan abah telah pergi, kami sematkan rasa CINTA mereka pada dua putera kesayangan kami. Kami tak mahu Akim dan Iman terlupa akan kasih sayang datuk dan nenek mereka. Bagiku CINTA abah kepada mak adalah lambang setianya. Kenapa aku berkata begitu?. Biarlah aku sahaja yang tahu. Cukuplah aku katakan yang abah adalah seorang penCINTA Sejati bagiku.
Kini 2 tahun telah berlalu, aku telah mengandung untuk kali ketiga, 2 tahun juga mak dan abah telah pergi meninggalkan kami. Nenek dan atuk pula menjadi tempat aku bermanja. Gembiranya nenek bila mendapat tahu aku mengandung lagi. Namun nenek tak sihat, sering sakit-sakit. Nenek berharap dia dapat melihat anak ketiga kami. Aku sayang nenek, ku anggap nenek lebih dari ibu kandungku sendiri.


( Nenek kami yang tercinta )


Namun sejarah pahit lalu berulang kembali, tragedi buruk yang pernah menimpaku 2 tahun dulu seolah berputar semula. Pada tarikh 3hb Feb 2010 yang lalu nenek telah meninggal dunia. Rebah aku dipejabat apabila mendpat tahu berita buruk itu. Pada waktu itu aku telah hamil 7 bulan tetapi rasanya seperti sudah mahu melahirkan.
Melihat tubuh kaku nenek terbujur di ruang tamu rumah kami, aku rebah lagi. Entahlah berapa kali aku sudah pengsan waktu itu. Ya Allah.... betapa besarnya dugaan yang kau berikan padaku. Tapi aku redha. Kerna CINTAku padamu Ya ALLAH aku percaya semua dugaan ini ada hikmahnya

Sememangnya ...
aku CINTA suamiku..
aku CINTA abahku...
aku CINTA emakku..
aku CINTA nenekku..
aku CINTA semua keluargaku..
Tetapi Ya ALLAH
semua itu tak akan bisa
melawan CINTA ku padamu
Kerana aku tahu
CINTA yang benar-benar sejati dan suci adalah
CINTA pada yang SATU..

4 comments:

Kyuubi_85 said...

wah2, dia pun dah join dah... Aku nak join gak tapi takde idea nak tulis pe lagi.. huhu

Everything Beautiful

noie said...

hehehehe ni saja2 je cuba nasib.. pertama kali joint contest ni jangan x caya kyuubi

joegrimjow said...
This comment has been removed by the author.
joegrimjow said...

ok kak
ku dah buat review
terharu baca
smoga arwah semua ditempatkan di kalangan beriman

ni entry untuk review
time kasih sekali lagi

http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/perkenalkan-hakim-contest.html

Related Posts with Thumbnails

:. Balang Berhias Harga Terbaik .:



Niat nak buat balang kuih raya sendiri ni dah lama terlintas pada hati ni cuma masa je tak kesampaian..
puas jugak jalan2 kat sekitar bandar kota tinggi n cari kalau ada yang berkenan..
namun semua tak berkenan di hati.. kalau ade yang berkenan pun budget dia terlebih le plak..
then.. cuba2 buat balang sendiri..
hehehe akhirnya jadik gak..
n tak sangka yang ramai plak yang minat dengan balang sis buat tu..
cuma sebab last minit sis x dapat penuhi permintaan dari luar kota tinggi..
walaupun ade yg req tuk pos.. huhuhu takuit x sempat so sis tolak je dulu permintaan mereka..tapi x per.. next year.. tahun 2013 leh standby buat awal2. so yg kat bawah ni antara 10 set yang sempat sis siapkan tuk kenalan terdekat..
.


yang ni set order dr shikin..
dia yang nak ni 3 kuning n 3 biru..

yang warna merah hitam tu my untie punyer..
like merah kan..

yang ni ade 3 set..
merah tu shafwan punyer..
kuning tu kak roziah punyer x silap aku ler..
n yang pink hitam tu ain adik ipar ayu punyer..

ade lagi yang tak sempat sis masukkan..
sebenarnya.. balang ni bukan je digunakan untuk hari raya jer..
tapi elok digunakan untuk hamper hadiah tak pun untuk hantaran perkahwinan..
harga pun budget je tau..

kalau berminat nak order leh ke fb sis " sis noie craft "
atau call atu msj ke 012 7752560

:. STARTER KIT INI DENGAN FREE GIFT SEKALI!! .:


Starter Kit yang mampu di miliki oleh sesiapa sahaja..
hanya RM35
kalau minat leh singgah fb noie yer
setiap pembelian akan dapat beg berzip kat bawah ni..
STOCK TERHAD!!
sape cepat dia dapat k :)


:. Sale Pin Brooch .:

. Offer Pin Brooch .:

sis buat SALE!!
untuk pin brooch ni..
50pcs - rm6
100pcs - rm10

sampai bila?
sampai stock ade kt sis :)

:. Mini Rose Macam2 Colour Harga Runtuh .:



saya sangat suka rose ni..
cute jer..
leh wat brooch atau hiasan kat tudun ke.. beg ke.. baju ke..
ade gak yang gunakan tuk hantaran kawen..
sebenarnya boleh req colour apepun..
x de masalah...
harga sangat berbaloi..
hubungi sis di fb atau fon 0127752560 untuk maklumat lanjut yer...
muacccss!!!!!