Wednesday, February 17, 2010

:. Aktiviti Bersama Bayi Anda Membantu Perkembangan Mereka .:

Edit Posted by with No comments

Tips2 ni aku dapat dari seorang kawan yang katanya dia perolehi dari sebuah majalah... harap2 tips ni berguna untuk ibu2 yang baru melahirkan anak dan sedang mengandung...
melakukan aktiviti bersama si manja mampu memberi ruang yang baik untuk perkembangan bayi...
Meh try kita semua wat k.. selamat mencuba

  1. BARU LAHIR ( Rasai Kelembutan )
Perkembangan deria sentuh mulai meningkat. Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dgn
menggunakan pancainderanya terutamanya deria sentuh. Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembut bayi dapat merasainya.

2. SATU BULAN ( Kayuhan )

Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokkan ketika bermain dengan bayi anda. Pegang kakinya dan buat gerakan seperti basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyikan lagu mengikut rentak kakinya

3. DUA BULAN ( Bunyi )

Bunyi bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan itu. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan tangannya.

4. TIGA BULAN ( Gerakkan Objek )

Antara 2 dan 4 bulan2, bayi mampu menggerakkan tangannya. Dengan menggantungkan
objek dengan tali seterusnya ia bergerak ke sana sini, akan membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan ke kiri. Dia juga mulai boleh fokus kepada objek yg digantung itu.

5. EMPAT BULAN ( Pengenalan Kepada Buku )

Duduk bersama si kecil dan pegang buku yg menyediakan ilustrasi yg menarik dengan warna yang terang. Cara yg sama boleh digunakan pada kad imbasan. Sebutkan perkataan
dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan tersebut.

6. LIMA BULAN ( Tepuk Amai2 )

Waktu ni bayi anda baru sahaj mengenal beberapa perkataan. mungkin dgn cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria. tepuk tangan dan gerakkan badan anda membuatkan bayi berasa selesa.


7. ENAM BULAN ( Album gambar )

Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu. cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya. Masukkan sekali gambar pengasuh, jiran dan kawan anda. cara ini membantunya dia berasa selamat apabila melihat wajah2 orang yang dikenalinya.


0 comments: