Saturday, October 16, 2010

:. Tenggaroh : 90 buah rumah rosak teruk .:

Edit Posted by with 1 comment
terkejut aku baca sinar hari ni..
90 buah rumah rosak teruk akibat angin kuat dan hujan batu..
kesiannya bila baca berita tu..
sape nak baca selanjutnya leh klik ------------> sini

"



"


sedikit petikannya ade di bawah


FELDA TENGGAROH - Angin kuat disertai hujan air batu pada jam 4.20 petang telah mengakibatkan kerosakan teruk 90 rumah penduduk gugusan Felda di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 90 rumah berkenaan adalah 84 di Felda Tenggaroh 5; dua di Tenggaroh Timur 1 dan empat di Tenggaroh 7.

Seorang mangsa, penduduk Blok 9, Felda Tenggaroh 5, Suboh Abdul Wahab, 58, berkata, semasa kejadian dia terkejut apabila atap di bahagian bilik tidur diterbangkan angin sejauh 80 meter di belakang rumahnya.

“Air hujan masuk rumah dan dalam keadaan kelam kabut saya hanya sempat menutup barang berharga dengan plastik,” katanya.

Menurutnya, selang beberapa minit kejadian berlaku bekalan elektrik terputus dan dia terus menghubungi Tenaga Nasional

Berhad (TNB) serta tindakan pantas membaik pulih bekalan dilakukan.


sumber : sinar.harian

1 comments:

xazryx said...

simpati pada mangsa .