Monday, October 18, 2010

:. Lanjutan Kisah Arjand Ali .:

Edit Posted by with 2 comments
membaca sinar harian ni ermm sekali lagi isu Arjand Ali dipaparkan..
nampaknya Majlis Belia Felda (MBFM) dan penduduk telah menyerahkan memorandum semalam..
inilah yang dikatakan kerana mulut badan binasa..
apepun aku harap penyelesaiannya nanti berakhir dengan baik..
ikuti petikan dari laporan sinar harian di bawah ni...



MERSING - Berikutan kejadian pemuda orang kurang upaya (OKU), Arjand Ali, 25, memaparkan kenyataan menghina penduduk Felda dalam laman web sosial Facebook pada 13 Oktober lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan penduduk mengambil tindakan menyerahkan memorandum, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan stesen minyak kepunyaan keluarga Arjand di Felda Tenggaroh 2 semalam mendapati 100 penduduk berada di stesen berkenaan sambil membawa kertas rentang tidak puas hati.

Memorandum tersebut mengandungi empat perkara iaitu menuntut penjelasan bertulis yang munasabah dan rasional, menuntut permohonan maaf secara terbuka melalui sidang khas serta dua perkara lain.

Memorandum tersebut diberikan setelah perbincangan hampir 800 belia daripada ahli MBFM Gugusan Felda Tenggaroh .

Pengerusi MBFM Tenggaroh 2, Muhamad Nazri Yusof berkata, artikel yang disiarkan dalam laman web rasmi itu tidak sepatutnya disiarkan memandangkan ianya menyentuh sensitiviti masyarakat Gugusan Tenggaroh.

“Perkara seperti ini tidak wajar dilakukan sesiapa sahaja kerana catatan berkenaan menyentuh sensitiviti masyarakat di sini. Malah dalam catatan yang disiarkan selama satu jam itu mengandu�ngi unsur fitnah dan hasutan,” katanya.


sumber : sinar harian

2 comments:

cikpia said...

adoyai!!! harap pasni dah tadak citer camnie kat fb.... bosan!!

Unknown said...

salam ziarah....tumpang simpati pada nasib kita penduduk tenggaroh...

apa lah dosa sampai si arjand sanggup keluarkan kenyataan seperti itu...

semoga ada penyelesaiannya