Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Wednesday, August 11, 2010

:. RESEPI : AYAM SI HITAM MANIS .:


Pening esok nak berbuka ape?

meh cuba resipi ni senang jer!! meh meh....


RESEPI : AYAM SI HITAM MANIS


BAHAN-BAHAN


  • 1 kg ayam

  • 50 ml minyak masak

  • 20 gm serbuk kari

  • 20 gm lada hitam

  • 30 gm cili kering kisar

  • 200 gm kerisik

  • 30 ml kicap

  • 3 helai daun limau purut ( dihiris nipis )

  • garam dan gula secukup rasa



BAHAN KISAR


  • 5 ulas bawang kecil

  • 2 ulas bawang putih

  • 3 cm halia

  • 3 batang serai


CARA MENYEDIAKAN


  • Ayam dipotong sederhana dan dibersihkan. Kemudian di gaul dengan bahan kisar, serbuk kari,lada hitam dan cili keirng kisar

  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur tadi.

  • Setelah ayam tadi masak, masukkan kerisik, kicap dan daun limau purut.

  • Tambahkan garam secukup rasa.

  • Sedia dihidangkan.. sodap di makan dengan nasi panas


~ selamat mencuba yer!!










No comments: