Friday, August 6, 2010

:. Rahsia Hari Jumaat .:

Edit Posted by with No comments

Hari ni hari jumaat kan?

ermm tetiba je nak tahu apa dia rahsia hari jumaat..

jom tengok sama-sama..


Hari Jumaat mempunyai kelebihan (Fadhilat) dan keistemewaan, dinamakan PENGHULU SEGALA HARI.

Sabda Rasulullah SAW. “Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. Hari Jumaat juga di gelar YAUMUL MAZID iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah mengurniakan limpahan rahmatnya yang begitu banyak untuk direbut oleh Manusia yang mengaku beriman kepadaNya.

Antara amalan pada hari Jumaat ialah: 1. Membaca Al-Quran seperti Surah Sajjadah dan al-Mulk, 2. Banyakkan Zikir di Waktu pagi, 3. Banyakkan Selawat Ke atas junjungan Rasulullah SAW. 4.Sujud Syukur Kepada Allah.

0 comments: