Sunday, September 19, 2010

:. Amah Didera Secara Fizikal dan Seksual .:

Edit Posted by with 1 comment

Melihat pada gambar ini rasanya tak tergamak melihat seorang manusia di dera seperti haiwan..
entah siapalah agaknya majikannya yang berjiwa binatang tu..
dibawah ni ada sedikit petikan dari akhbar berita harian


GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia disiram air panas dan diseterika di dada serta dirogol empat kali sejak beberapa bulan lalu sebelum ditinggalkan di kawasan ladang Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, minggu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Winfaida, 26, dari Jawa Timur, mendakwa didera majikannya sejak Mei lalu dengan memukulnya di kepala, diseterika di dada sehingga melecur, disiram air panas di bahagian belakang, dirogol serta tidak dibayar gaji sejak bekerja dengan pasangan itu pada Februari lalu.
Berikutan penderaan secara fizikal dan seksual sejak empat bulan lalu di rumah majikannya di Jelutong di sini, beliau mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan. Wanita itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata perbuatan tidak berperikemanusiaan majikan itu terbongkar apabila dia membawa mangsa dengan sebuah kereta ke sebuah ladang di Nibong Tebal dan meninggalkannya kira-kira jam 9 malam pada 12 September lalu. Mangsa yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 pagi keesokannya sebelum diserahkan kepada polis Seberang Prai Selatan (SPS). Pada peringkat awal siasatan, polis sukar mengesan majikan mangsa kerana dia hanya memberitahu bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak di Jelutong. Bagaimanapun selepas hampir seminggu menyiasat, dan dengan bantuan awam, polis berjaya mengesan majikan mangsa. Berikutan itu, polis menyerbu satu unit pangsapuri di Jalan Penawar Satu, Jelutong kira-kira jam 9.15 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan isterinya berumur 36 tahun. "Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku mendera mangsa termasuk merogol wanita itu beberapa kali dan pemeriksaan doktor juga mendapati ada koyakan di kemaluan mangsa. Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.




harap-harap perkara ini tidak akan berlaku pada saudara mara kita..
dan buat mereka2 yang punya pembantu tu..
hargailah mereka..
kerana mereka juga manusia seperti kita..

1 comments:

suichi said...

Eiiiii!!!!! sakit hati pulak tengok orang mcm ni.... gila ke paa wat org mamc tu~~ demmmm