Di malam yang hening ini..
( ceh.. sentimental le pulak.. )
tetiba terfikir sekejap tentang satu hal yang terjadi di tempat kerja aku..
Benda ni bukan le kena pada aku tapi kena pada pegawai lain ler.. cuma aku nak luahkan pendapat jer tentang sikap sesetengah orang yang suka tikam belakang.. Tikam belakang ni bukanlah tikam yang guna pisau tu... tapi ni tikam cara lain yang lebih teruk dari di tikam dengan pisau.. Biasanya golongan seperti ini mereka nampak baik di depan tetapi di belakang kita hebat betul mengutuk kita.
Golongan seperti ini sebenarnya lebih sukar untuk kita cam sikap buruk mereka berbanding musuh yang jelas di mata. Sebab mereka pandai bermuka-muka. Didepan kita mereka mempamerkan muka dan kata2 yang manis sahaja.
Sikap ni kalau tidak dibendung akan menjadi semakin parah, apatah lagi kalau ianya berlaku dalam sebuah jabatan. Akan wujudlah golongan teraniaya dan dianiaya. Tapi aku rasa benda ni bukan perkara baru.. kes tikam belakang ni memang dah biasa berlaku.
Semoga mereka-mereka yang suka berbuat demikian
dan ingatan untuk diri aku sendiri agar benda ni tak kan terjadi di kalangan aku dan mereka yang disekeliling aku.
0 comments:
Post a Comment