Saturday, May 15, 2010

:. ADE SESIAPA KENAL CIKGU NOOR HABSAH BINTI KASDI?? .:

Edit Posted by with No comments
cikgu NOOR HABSAH KASDI..
satu nama yang x mungkin dengan mudah aku lupakan..
dia guru yang mengajar aku masa sekolah rendah..
masa tu felda Tenggaroh 6 ni masih miskin lagi dengan pembangunan..
tapi selepas tu kami berpisah..
cikgu kesayangan aku ni berpindah ke Muadzam Shah..
masa tu aku menangis giler.. mana x nyer.. aku memang sayang sgt dengan cikgu Habsah ni...
kadang2 aku siap tido rumah dia lagi..
aku masih dapat bayangkan lagi bagaimana rupa cikgu habsah..
pada awal dia berpindah ada juga kami berutus surat.. pas tu lama kelamaan kami dah lost contact..
sempena hari guru pada tahun 2010 ni aku berharap sangat dapat jumpa dengan cikgu kesayangan aku ni... tapi aku x tahu bagaimana caranya...
ni ler yang aku mampu buat.. manalah tahu ade sesiapa yang diantara korang yang kenal cikgu Habsah dapat le hubungi aku segera yer..
tq all my frenz... selamat hari guru..

0 comments: