Sunday, May 23, 2010

:. Kisah Tuan Puteri dan Kentutnya .:

Edit Posted by with No comments

Tersebutlah kisah sebuah cerita di zaman dahulu kala. Kisah terjadi di dalam sebuah negari,negeri bernama Negeri Emas Setampuk, dimana pasangan raja dan permaisurinya dikurniakan seorang puteri yang cantik jelita.Baginda raja digelar Raja Muzaffar Syah dan Puteri baginda diberi nama Puteri Gemalai Sari.
Kisah ini bermula apabila si Puteri telah mencapai usia remajanya. Tibalah saat untuk puteri Gemalai sari berumah tangga. Telah ramai putera raja dari pelusuk dunia datang untuk meminangnya tetapi semua telah ditolak oleh tuan puteri. Alasannya putera-putera itu bukan pilihannya.
Maka baginda raja semakin berduka cita, hajatnya hanya satu untuk melihat Puterinya
berumahtangga. Kedegilan puterinya itu membuatkan baginda semakin pening kepala. pada satu hari baginda memanggil Puteri Gemalai Sari untuk datang mengadapnya. Mahu baginda tanyakan kenapa semua lamaran putera raja di tolaknya, sedangkan di mata baginda mereka tiada kekurangannya.
"Wahai anakanda, permata hati beta. Risau sekali ayahanda melihat anakanda belum lagi berumah tangga.Begitu ramai putera-putera raja yang tampan dan perkasa datang meminang anakanda tetapi mengapa kesemuanya anakanda tolak begitu sahaja?," ujar baginda Muzaffar kepada Puteri Gemalai Sari.
"Ampun ayahanda, sembah patik harap di ampun. Sejujurnya putera-putera raja itu bukan calon yang sesuai bagi anankanda. Anakanda mahu mencari lelaki yang betul-betul serasi dengan jiwa anakanda.. ampun ayahanda," jawab puteri dengan lemah lembutnya.
"Katakan pada ayahanda, lelaki yang bagaimana yang sesuai dengan jiwa anakanda itu?. Ayahanda tak kisah latar belakangnya asalkan baik budi pekertinya. Anakanda katakan pada ayahanda dimana agaknya lelaki yang anakanda maksudkan itu?," tanya baginda lagi.
"Baiklah, jika ayahanda mahu tahu lelaki bagaimana yang anakanda maksudkan itu, menjelang bulan purnama nanti ayahanda kumpulkanlah semua lelaki tak kira putera raja ataupun rakyat biasa yang mahu mengahwini anakanda di perkarangan istana. Di sana nanti anakanda akan pilih bakal suami anakanda," kata Puteri Gemalai Sari.
"Hurmm.. kalau itu kemahuan anakanda .. ayahanda kan tunaikan. Tetapi kalau sehingga waktu itu anakanda masih tidak bertemu lagi dengan calon suami anakanda, maka anakanda terpaksalah berkahwin dengan pilihan ayahanda sendiri. Setuju?, "ujar baginda.
" Anakanda setuju ayahanda ,"jawab tuan puteri sambil tersenyum.
*******************************************************************

Maka selepas itu dicanangkan di seluruh pelusuk negara akan majlis pemilihan calon suami Tuan Puteri Gemalai Sari. Dengan itu ramailah putera-putera raja serta pahlawan-pahlawan dalam negara yang bersiap sedia untuk menghadiri majlis itu. Di dalam hati mereka turut tertanya-tanya lelaki bagaimanakah yang di mahukan tuan puteri untuk dijadikan suami.
Dihujung negeri Emas Setampuk itu juga tinggal seorang ibu tua yang hidupnya sederhana bersama seorang anal lelakinya yang bernama Jaka. Jaka seoarang lelaki miskin tetapi tinggi budi pekertinya. Jaka juga seorang yang jujur dan pemurah hatinya.
Pada hari majlis pemilihan calon suami Puteri Gemalai Sari, Jaka kebetulan juga lalu berhampiran dengan istana Raja Muzaffar Syah. Jaka baru pulang dari menghadiri kenduri tahlil di rumah saudaranya yang tinggal tidak jauh dari istana di raja. Sebenarnya Jaka berasa tidak sedap badan, perutnya sakit kerana terlalu banyak makan ubi kayu yang dihidangkan semasa kenduri tahlil itu berlangsung. Tetapi hatinya ingin sangat melihat kecantikan Tuan Puteri Gemalai Sari di depan matanya sendiri. Maka di tahan rasa sakit perutnya itu dan Jaka singgah di tempat majlis pemilihan di jalankan.

**********************************************************************

Pada malam bulan purnama itu, kelihantan terlalu ramai yang datang di perkarangan istana. Ada yang datang untuk mencuba nasib menjadi pilihan calon suami tuan Puteri Gemalai Sari. Ada juga yang datang untuk melihat sendiri kecantikan tuan puteri yang tiada tolok bandingnya itu.
" Anakanda... lihatlah betapa ramai yang hadir pada hari ini, sekarang ayahanda serahkan kepada anakanda untuk memilih siapakah yang berjaya memikat hati anakanda. Silakan anakanda," kata baginda raja kepada tuan puteri.
" Baiklah ayahanda," tuan Puteri menjawab lalu berdiri. Tuan puteri melihat ke segenap sudut perkarangan itu. Kelihatannya terlalu ramai yang hadir. Tuan Puteri tersenyum lantas berkata.
" Baiklah pada malam ini sesiapa sahaja yang dapat menyahut cabaran beta tidak kira putera raja ataupun rakyat biasa, maka dialah yang akan menjadi suami beta."
Semua yang mendengat suara lunak tuan puteri diam tidak berkata apa-apa.
Masing-masing tertanya-tanya apakah dia cabaran yang hendak diberikan oleh tuan puteri. Dari segi kepandaian pemikiran atau kepandaian seni mempertahan diri. Kemudian tuan puteri bertitah lagi.
" Cabarannya mudah sahaja.. sesiapa yang dapat menjawab dan membalas kentut beta ini maka dialah yang menjadi pemenang pada hari ini," kata-kata tuan puteri mengejutkan mereka semua. Kentut???
Baginda raja turut terpinga-pinga. Kentut???.. tetapi semua hanya terdiam menunggukan bagaimana agaknya kentut tuan puteri itu?.
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi pelik yang kuat dan memeranjatkan semua.
"Tang.. Teke Tang... Tang..Tang .... Tut!!!!..... " adeii rupanya itulah bunyi kentut tuan puteri. Terkejut beruklah semua yang hadir pada hari itu. Masing-masing berkerut hidung meneran-neran untuk mengeluarkan kentut. Bermacam-macam bunyi yang keluar tetapi satu pun tidak dapat menandingi bunyi kentut tuan puteri.
Dicelah-celah keramaian itu, kelihatan Jaka juga turut berkerut-kerut mukanya. Jaka bukan mahu meneran mengeluarkan kentut tetapi beliau cuba menahan kentut daripada keluar. Inilah akibat terlalu banyak sangat makan ubi di rumah kenduri tadi, getus hatinya sendiri.
Tetapi rupa-rupanya Jaka tidak dapat menahan kentutnya, dengan tak di duga kentut Jaka tiba-tiba terlepas dengan kuatnya.
"Bong... Cike... Bong... Bong...Bong Bush...!!!," semua orang terdiam mendengarkan kentut Jaka. Jaka juga tergamam seketika.
"Siapa tuan punya kentut itu tadi?," soal baginda raja.
"Erk... ham...hammba tuanku... ampunkan patik tuanku," Jaka yang lurus bendul dan jujur itu mengaku di depan baginda raja. Tuan Puteri Gemalai Sari tersenyum melihat Jaka.
" Ayahanda... tidak syak lagi, inilah bakal menjadi suami anakanda," kata-kata tuan puteri sekali lagi mengejutkan semua. Mana tidaknya melihat Jaka seorang lelaki biasa bakal menjadi menantu raja.
Baginda hanya tersenyum dan mengangguk, tak mahu lagi bercerita panjang lebar.
kalau itu pilihan anaknya terpaksalah dia menurut sahaja. Selepas itu tuan Puteri Gemalai Sari pun dikahwinkan dengan Jaka. dan mereka hidup aman bahagia sehinggalah Jaka kemudian di tabalkan menjadi raja.
~TAMAT




P/S : cerita ni sebenarnya menjadi kenangan untuk aku kerana aku pernah menang tempat pertama semasa pertandingan bercerita di sekolah apabila menyampaikan cerita ini dalam pertandingan tersebut... tetapi akibatnya... aku digelar puteri kentut oleh rakan-rakan... hahahahhahaha




0 comments: