Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Thursday, September 30, 2010

:. Mengalir Peluh Jantan di Malam Jumaat .:


Malam ni malam ape?
ermm malam jumaat akan?..
Biasernyer malam jumaat korang buat per?
aku?
malam ni terkeluar peluh jantan my hubby..
kekekeke ( aduii.. malulah nak cakap )
nak kongsi sedikit pangalaman dengan adik2 yang dah cuba teknik ni..

"

"


"


macam mana peluh jantan my hubby leh terkluar sebab
sebab dia tolong aku seharian kat dapur hari ni..
tolong cuci pinggan
tolong masak..
wowww! he great ...
dah tolong punya tolong akhir sekali dia tanya..
semua ayah tolong malam ni..
so malam ni ape upahnya?
( amboiee.. mentang2lah malam jumaat... berkira )

:. Tahniah Buat She Dan Awang .:


Semalam aku dapt satu berita gembira..
She teman seOpis aku dah selamat melahirkan baby gurl..
alhamdulillah..
aku doakan kelahiran baby sulung mereka ni akan mengeratkan lagi hubungan
mereka berdua..

nanti kalau aku dah datang ziarah dia..
aku akan upload gambar baby she k..

Wednesday, September 29, 2010

:. Salam Maaf Buat Teman-teman Di AADk Kota Tinggi .:

Nak ambik kesempatan ni..
untuk memohon maaf untuk semua teman2 di AADK Kota Tinggi..
yang aku tak dapat hadirkan diri ke rumah mereka pada majlis rumah terbuka di kediaman beliau..
Calon-calonnyer ialah:



ahad lepas wan pun buat rumah terbuka
aku tak dpt hadir..
ponat mengerjakan umah baru

sorry ea wan..
nak ucap tq jugak kat wan sebab tolong aku dan suami hari ni..
jasa mu di kenang yer wan..

ampun dan maaf juga buat dak yani ni..
yang beriya2 ajak aku pi malam ni..
sory cayang akak balik tggrh hari ni..
len kali akak dtg ea..

maaf juga untuk abg yazid ( yang berkemeja biru tu )
sebab tak dpt hadir malam ni..
dah balik kmpg le abg yazid..
len kali kami dtg yer..




nak mintak maaf pada cik ct yang bertudung kuning tu..
sebab tak dtg hari tu yer

ni cik Tatod.. sis nak mohon maaf jugak sebab tak dtg malam tu yer..
harap2 le di maafkan.. tak pe len kali sis terjah sana Tatod masak sate k :)

Yang ni En Nuar..
mohon maaf jugak en Nuar sebab tak hadirkan diri kelmarin yer..
nak mintak en nuar tapaukan tapi segan le pulak...

:. RupaMu Cantik Tapi Sayang Mulutmu LANCANG!! .:


Tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung..
Sewaktu singgah di stesyen minyak..
terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki dan wanita yang sedang duk berehat..
lagak gaya seperti sedang menuju ke destinasi yang jauh..

Itu aku tak kisah ler..
tapi aku naik menyampah bila si gadis2 tu..
kasar betul bahasanya..
mudah benar mengucapkan kata-kata kotor...


' bab*'
'si*l'
'bod*h'
'c*bai'


boleh dikatakan banyak le jugak aku dengar..
naik sakit telinga aku..
kalau adik-adik aku dah lama kena tampar mulut tu..
muka masing2 lawa-lawa..
tapi perangai mak oi!!

buat adik-adik manis kat luar tu..
tolonglah berbudi bahasa sedikit..
bahasa kan melambangkan bangsa..

Tuesday, September 28, 2010

:. Awek Pakai Tudung Tapi Tangan Pak We Dalam Baju .:

Manisnya kalau nampak anak-anak muda remaja bertudung..
apatah lagi sekarang ni dengan bermacam anekan fesyen tudung yang sedia ada..
cuma yang geramnya bila mereka menggunakan tudung sebagai mengaburi mata masyarakat untuk membuat benda2 jahat..

ade le satu kes tu dari sorang kawan aku yang kerja di pejabat agama..
sedang mereka buat rondaan kat taman bunga
( dlm jb gak )
biaser ler rondaan nak cari makhluk2 yang buat maksiat ni..
macam2 orang yang dia org jumpa..
termasuklah sepasang kekasih ni..
si perempuan bertudung dan si lelaki bersongkok..
( mcm dh get ready nk di nikahkan jer kata member aku )
mereka ni tengaj asyik2 mahsyuk duk raba2 meraba dalam gelap kat bawah pokok..
masa kena serbu tu sedang elok je tangan si boyfren tu dalam baju si pompuan tu..
yang tangan pompuan plak sedang elok je dalam suar si lelaki..
aduhai.. sedih sungguh..

kalau dah tahu nak buat jahat tu..
tak yah le bertudung.. bersongkok..
memalukan sungguh..
mencalar maruah mereka yang ikhlas bertudung..


:. Manusia Tikam Belakang .:

Di malam yang hening ini..
( ceh.. sentimental le pulak.. )
tetiba terfikir sekejap tentang satu hal yang terjadi di tempat kerja aku..
Benda ni bukan le kena pada aku tapi kena pada pegawai lain ler.. cuma aku nak luahkan pendapat jer tentang sikap sesetengah orang yang suka tikam belakang.. Tikam belakang ni bukanlah tikam yang guna pisau tu... tapi ni tikam cara lain yang lebih teruk dari di tikam dengan pisau.. Biasanya golongan seperti ini mereka nampak baik di depan tetapi di belakang kita hebat betul mengutuk kita.

Golongan seperti ini sebenarnya lebih sukar untuk kita cam sikap buruk mereka berbanding musuh yang jelas di mata. Sebab mereka pandai bermuka-muka. Didepan kita mereka mempamerkan muka dan kata2 yang manis sahaja.

Sikap ni kalau tidak dibendung akan menjadi semakin parah, apatah lagi kalau ianya berlaku dalam sebuah jabatan. Akan wujudlah golongan teraniaya dan dianiaya. Tapi aku rasa benda ni bukan perkara baru.. kes tikam belakang ni memang dah biasa berlaku.
Semoga mereka-mereka yang suka berbuat demikian
dan ingatan untuk diri aku sendiri agar benda ni tak kan terjadi di kalangan aku dan mereka yang disekeliling aku.

:. Comelnyer Anak Bunga dan Asyraf .:


Tahniah buat Bunga dan Asyraf Sinclair dapat baby boy
seberat 3.5 kg ...
seronok le pasangan ni dapat anak pertama mereka


mesti anak mereka ni nanti cute macam mummy dan daddy dia..
silap2 leh jadi lebih terkenal dari mereka berdua..
apepun tahniah yer!

:. Nora Danish Segan Berkemban .:


Nora Danish berkemban?
berkemban kat ner?
kat KLCC ke?
atau kat padang awam?


"



"


mukan ler.. Nora berkemban kat
dalam filem JPBC 2..
Jangan Pandang Belakang Congkak 2..

sebenarnya nora kata dia pun malu2 nak berkemban..
sebab tu dia tutup dengan kain batik tu..

apepun sape nak tgk Nora masa ni..
kena le tengok JPBC 2 nanti yer

:. Hati Sakit Sape Tahu .:

hati sakit ni..
nampak je senyum-senyum..


"

hati sakit siapalah tahu kan..
orang tak hargai kita..
tak hormati kita..
buat kita macam tuttt dia jer..
aku ni bersabar jer..
tapi jangan sampai meletup..
kalau meletup teruk akibatnyer..
( kaki gaduh ni masa sekolah dulu kekekeke)

:. Bonus 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam .:

Sekali lagi CUEPACS cuba memperjuangkan nasib penjawat awam dengan
memohon 2 bulan bonus
terima kasih le kepada CUEPACS yang tak berhenti berusaha untuk
memperbaiki nasib penjawat awam..

tapi mampukah kerajaan nak bagi 2 bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan awam di Malaysia ni..
ermm tapikan.. ekonomi negara semakin meningkat..
rasanya tidak ada masalah kot..
kalau tak dapat 2 bulan.. sebulan pun kira ok ler kan..

tak pun naikkan je gaji penjawat awam yang rendah2 sangat tu..
kalau korang nak tahu lebih lanjut..
meh klik sini ------> CUEPACS.BLOG

Monday, September 27, 2010

:. Pindah Rumah Baru .:

Dah berapa hari aku tak sentuh my lappy ni..
sibuk dengan mengemas rumah baru..
sampai merajuk my lappy tak sentuh dia langsung..
semalam plak kena koje..
( walaupun hari ahad )
banyak gak nak citer pasal semalam punyer kes ni..
tapi sat lagi ler yer..


"

"

nak citer skit pasal umah baru aku tu..
tak le besar comey jer..
ok ler untuk aku satu family..
masih banyak kekurangan sebab aku tak angkut lagi barang2 aku dari kampung..
rumah baru ni kat dalam kampung jadi jauh le skit dari kebisingan bandar..
( my hubby suka le )
aku ok jer..
asalkan dekat dengan opis kira dah ok ler tu..

Friday, September 24, 2010

:. Puteriku Tercinta .:

Ni gambar Eisya yang terbaru..
masa pi beraya le ni..
cute tak dia?
hehehehe


tengok tu reben dia..
besar tapi tetap comey sebab cute..



kecohnyer mulut eisya..
asyik menjerit ketawa jer



bila dah penat ketawa..
terbaring lepak le dia hehehe


apelah yang dia nak cakap tu kan

:. Upin & Ipin Di Rumah Aku .:

Wah Upin & Ipin datang ke rumah aku ler
siapa yang tak kenal upin dan ipin ni kan..
kalau korang nak pun boleh..
aku jual RM50 tiap satu siap pos lagi..
(alamak siap promote le plak)



yang ni si Upin kepunyaan si akim..
memang dia sayang gi ler ni..
siap bawak2 tido lagi



yang ni plak si Iman dengan Ipin nyer plak..
hamboie suka betullah dia..
kalau siapa yang ambik siap kena tomoi dgn dia ni kekekke




yang ni Eisya tapi dia tak de le Upin Ipin ni..
cuma pinjam si abang punyer je..
tak pe dah besar nanti mama beli special tuk Eisya k..
apepun tgk le badan si patung tu lebih besar dari si eisya..
hehehehe..


:. In Memory .:


Selak-selak memory card lama tu terjumpa le gambor ni..
windu le ngan cik ann..
gambar ni mesti dah hilang dari lappy aku..
sedih tau..
nasib bek ade lagi dlm henfon aku tu huhuhuhu






:. Patut atau Tidak .:

Patut atau tidak?
Perlu atau tidak?
Mesti atau tidak?
Sabar... sabar..
tengah fikir le ni...

Thursday, September 23, 2010

:. Jelajah Ke Enam Buah Sekolah Dalam Sehari .:

Akhirnya berakhir aktiviti jelajah sekolah daerah kota tinggi untuk hari ni..
Alhamdulillah aku, abg yazid dan en faizul berjaya ke enam2 buah sekolah dengan selamatnya..
lega rasanya..
Harap2 program SEGAK yang bakal dijalankan nanti akan berjalan dengan lancar..


Terima kasih juga pada semua sekolah yang bakal terlibat kerana
memberi kerjasama yang baik..
dan syukurlah sebab semua cikgu2nya memberi respon yang positif..

  • Sek Men Keb Adela
  • Sek Men Air Tawar
  • Sek Men Keb Sri Aman
  • Sek Men Keb Bandar Mas
  • Sek Men Keb Kota Jaya
  • Sek Men KEb Linggiu

wahh... dah sampai opis ni nak rehat jap..
opss lupa nak cakap tq pada Mak abg Yazid sebab masakkan lunch untuk kami..
Tq juga pada En Faizul sebab belanja kopok lekor..
nyum... nyumm..

Wednesday, September 22, 2010

:. LaptopKu Di Lenyek Lori .:


Hari tu Keta rosak..
Ni hari Lappy kesayangan plak rosak..
kena lenyek dek lori..
hampeh betul..

"



"


"


"

bukan lori 1 @ 2 @ 3 @ 5 tan..
malah bukan lori kargo pun..

tapi lori mainan si Iman aku tu..

apepun aku tak kisahlah..
yang penting memang my lappy tu rosak..
hampehh!!!



Tuesday, September 21, 2010

:. Kontest Noie : Contest Candid Camera .:


Hai... hai kengkawan!!!
akhirnya setelah macam nak pecah memikirkan.. aku berjaya menyiapkan entry untuk satu kontest terbaru aku ni..
harap-harap korang sudiler joint yer..
kontest ni aku namakan

"KONTEST CANDID CAMERA"

korang semua boleh pertaruhkan sekeping gambar candid hak milik kekal korang punyer..
then satu penyertaan satu gambar je ok..
hadiahnyer memang best...
aku sedang memikirkan hadiah yang paling sesuai..
untuk sape2 nak joint sila ikut arahan di bawah..
layanzzz!!!



- sila letakkan gambar candid anda punya.. namo cilok mana-mana yer..

- buat entry ringkas tentang gambar tersebut (ringkas je tau)

- anda mestilah follower blog ni ( kalau belum tu.. sila2 ler )

- tag pada 2 orang kawan anda ( yg ditag tu mesti tahu mereka telah di tag )

- letakkan banner contest ni di entry anda tu

- dan jangan lupa letakkan link blog ini di entry tersebut

- then satu lagi paling bagus letakkan juga banner contest ini di sidebar blog anda yer

- jgn lupa tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah ye

TARIKH TUTUP :

25HB Oktober 2010

" JOM RAMAI-RAMAI JOINT KONTEST NI!! "

:. Paris Hilton Mengaku Miliki Dadah Jenis Kokain .:



Paris Hilton artis hollywood yang seksi dan popular ni dah buat pengakuan yang dia

memang memiliki dadah jenis kokain semasa di tangkap bulan lalu..

alahai apa nak jadi ler dgn artis hot sorang ni..

tapi bukan si Paris Hilton ni jer yang terjebak dengan benda haram ni..

artis kat malaysia pun ramai gak..

korang baca petikan di bawah ni yang di petik dari akhbar UTUSAN Malaysia


"



"



"



LAS VEGAS 21 Sept. - Paris Hilton semalam mengakui dia memiliki kokain di dalam dompetnya dan mengaku bersalah atas dua tuduhan kesalahan kecil yang berpunca daripada penangkapannya bulan lalu di sebuah hotel kasino di sini.

Dia akan menjalani tempoh percubaan selama setahun dan mengelak daripada disabit atas kesalahan jenayah di bawah syarat rayuan yang dipersetujui bersama pendakwa raya.

Pewaris empayar Hilton itu mengaku bersalah memiliki dadah dan menghalang seorang pegawai melaksanakan tugasnya.

Hilton, 29, perlu menamatkan satu program penyalahgunaan dadah, membayar denda berjumlah AS$2,000 (RM6,400) dan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam. - AP

:. Marion Masuk Islam Dan Mengahwini Naasarudin .:



Kenal dengan nama Marion yang selalu nampak kat 8tv tu..
cun melecun orangnya..
selalu happy go lucky je kiter tgk dia..

hensem kan boyfrenz dia si Nasarudin ni..

tahniah yer..
semoga berbahagia..


kisah selanjutnya tentang cinta mereka anda klik sini ------> marion

:. SERABUT!!!! .:

kepala serabut nak mampuih
Keta rosak..
again and again.. and again..

malam tadi plak adik aku call sakit..
aku terus ke Kluang..

pagi ni plak hubby nak betulkan kereta lagi yang entah kali ke berapa untuk bulan ni...
adeiii
SERABUT!! weiii!!..

ermm..
sabar...
sabar... tenang yer... huhuhuhuh


(menyabarkan diri sendiri le nampaknyer )

Sunday, September 19, 2010

:. Amah Didera Secara Fizikal dan Seksual .:


Melihat pada gambar ini rasanya tak tergamak melihat seorang manusia di dera seperti haiwan..
entah siapalah agaknya majikannya yang berjiwa binatang tu..
dibawah ni ada sedikit petikan dari akhbar berita harian


GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia disiram air panas dan diseterika di dada serta dirogol empat kali sejak beberapa bulan lalu sebelum ditinggalkan di kawasan ladang Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, minggu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Winfaida, 26, dari Jawa Timur, mendakwa didera majikannya sejak Mei lalu dengan memukulnya di kepala, diseterika di dada sehingga melecur, disiram air panas di bahagian belakang, dirogol serta tidak dibayar gaji sejak bekerja dengan pasangan itu pada Februari lalu.
Berikutan penderaan secara fizikal dan seksual sejak empat bulan lalu di rumah majikannya di Jelutong di sini, beliau mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan. Wanita itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata perbuatan tidak berperikemanusiaan majikan itu terbongkar apabila dia membawa mangsa dengan sebuah kereta ke sebuah ladang di Nibong Tebal dan meninggalkannya kira-kira jam 9 malam pada 12 September lalu. Mangsa yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 pagi keesokannya sebelum diserahkan kepada polis Seberang Prai Selatan (SPS). Pada peringkat awal siasatan, polis sukar mengesan majikan mangsa kerana dia hanya memberitahu bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak di Jelutong. Bagaimanapun selepas hampir seminggu menyiasat, dan dengan bantuan awam, polis berjaya mengesan majikan mangsa. Berikutan itu, polis menyerbu satu unit pangsapuri di Jalan Penawar Satu, Jelutong kira-kira jam 9.15 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kontraktor memotong rumput dan isterinya berumur 36 tahun. "Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku mendera mangsa termasuk merogol wanita itu beberapa kali dan pemeriksaan doktor juga mendapati ada koyakan di kemaluan mangsa. Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.




harap-harap perkara ini tidak akan berlaku pada saudara mara kita..
dan buat mereka2 yang punya pembantu tu..
hargailah mereka..
kerana mereka juga manusia seperti kita..

:. Rakan Baik Soslawati Ditemui Mati Tergantung? .:

Sumber Berita Harian : Seorang lagi rakan baik Datok Sosilawati telah ditemui mati
tergantung di dalam biliknya semalam. Sangat mengejutkan kerana beliau juga adalah pengasas kosmetik seperti Sosilawati.
Mayat Sarina Jaafar yang berusia 45 tahun yang juga pengasas bagi kosmetik Aveer
ditemui oleh saudaranya di kediamannya di kediaman mangsa.

Sebelum ini beliau pernah meluahkan rasa tertekan sejak kematian kawan baiknya Sosilawati..
adakah itu yang menyebabkan dia membunuh diri?
ermm atau masih ada lagi suspek pembunuhan Sosilawati yang masih terlepas sekarang ni?

apepun kita tunggu berita lebih lanjut nanti..
kalau korang nak baca lebih detail leh klik ------> sini

:. Perang Indonesia & Malaysia Di Dunia Cyber .:

Sebentar tadi aku melayan jap kawan-kawan di MIRC..
tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu nick warga Indonesia..
masuk dengan kata-kata kesat dan mengutuk negara kita tercinta..
ermm aku pun bidaslah balik..
tapi aku bidas dengan guna bahasa yang penuh sopanlah..

ermmm x nak buat yang buruk menjadi semakin buruk..
yang dah teruk bertambah teruk..
kalau boleh yang keruh kita jernihkan
yang hitam kita putihkan..

hidup bersaudara .. serumpum..
rasanya tak perlu kot nak bergaduh dan berperang...
sedih bila melihat segelintir pihak yang sengaja mengeruhkan lagi keadaan..


harap2 semuanya akan pulih seperti biasa..
insya Allah...

Saturday, September 18, 2010

:. Bakal Ke Jinjang Pelamin .:



bila kasih bertukar cinta
bila sayang menjadi mesra
lahir sudah bunga-bunga cinta
tahniah moga kalian bahagia..
tahniah buat seorang kawan yang telah bertemu cintanya
setelah lama dia mencari-cari..
harap2 akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin yer





p/s : gamabr nasha ni x de kena mengena pun dgn entry aku.. saje aku letak sebab aku minat kat dia.. salah ke?... x salah kan hehehhehhe.... adiosssss.....

:. Sakit Tapi Masih Boleh Tersenyum .:

Ni gambar anak buah kesayanganku yang hari tu sakit demam panas..
tapi sekarang alhamdulillah dah pulih dah..
Terlambat aku nak uploadkan gambar mereka di sini..
kalau tengok gambar semua yang ada kat sini..
tak akan nampak yang Aam ni macam sakit pun..
asyik tersenyum dan ketawa bila bermain dengan Iman dan Akim..
suka betul dia bila lihat kedatangan kami..



tengok ler tu masih boleh tersenyum lagi tu..
suka betul dia bermain dengan Iman dan akim sampai hilang sekejap rasa sakit





:. M.Rajoli Meninggal Dunia? .:



Terkejut bila terbaca di sebuah blog yang mengatakan M.Rajoli telah
meninggal dunia pada jam 10.45 malam tadi..
dihospital Ampang selangor..
jika benar apa yang aku baca tu nampaknya dunia seni kita telah kehilangan satu nama besar yang banyak menyumbangkan jasanya kepada dunia seni tanahair..

M.Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak..
apa pun aku belum dapat kepastian yang sebenar-benarnya lagi..
Tetapi jika benar sama-samalah kita sedekahkan alfatihan kepada beliau..
amin....

:. Bila Lelaki Dimadukan .:

Bila lelaki dimadukan..
hilang dah macho dan kejantanan..
nampak le lelaki tu seperti diperbodohkan..
membiarkan si isteri mengambil kesempatan..

Bila lelaki dimadukan..
tak kan nak menangis je macam perempuan..
jangan jadi dayus hingga membiarkan..
si isteri berterusan melakukan kesilapan

:-P

Friday, September 17, 2010

:. Kes Tersalah Bagi Duit Raya .:

Duit Raya?
kalau raya tak dapat duit raya macam tak rayalah bagi budak-budakkan.
Bukan anak-anak kita saje..
malah kita dulu pun masa kecik-kecik sanggup pusing satu kampung untuk dapatkan duit raya..
kelakar pun ada kalau ingatkan balik..
pantang kalau dapat tahu rumah mana dapat income paling besar..
cepat-cepatlah serbu ....
Ni aku nak cerita kisah pengalaman sorang member aku ni..

pasal pembahagian duit raya le ni..
member aku ni dah asing-asingkan sampul duit raya mengikut jumlah yang berbeza-beza..
ade sampul yang disediakan untuk kanak-kanak dia buat le rm2 sebungkus..
pastu ada lagi satu bahagian ni untuk orang2 tua.. seperti nenek2 sedara..
mak cik pak cik..
satu sampul isinya rm20..

nak dijadikan cerita..
si member aku ni beraya rumah nenek saudara dia..
ntah macam mana dia boleh tertukar..
anak saudara dia dia terbagi rm20..
yang nenek sedara tu plak dia bagi rm2 ....
kekekeke...
aduhai tu pun dia tak perasan..
dah balik umah makcik dia mesej..
nenek dia gelak2 dapat angpau rm2 dari member aku ni..
aduhai baru dia pasan duit raya tu dah tertukar..
hahahaha dah tu nak wat macam mana..
dah sampai umah... jauh plak tu...
tahun depan je ler dia ganti balik kekekekke



:. Kes Abby Tuntut Duit Hantaran Dari Norman RM11,111.11 .:





Beberapa hari ni kecoh pasal kes tuntut bayaran
duit hantaran Abby kepada Norman sebanyak RM11,111.11

pengajaran apa yang kita boleh ambik dari cerita ni ialah....
kekekekeke korang fikir le sendiri...

petikan di bawah ni aku petik dari harian Metro...

KUALA LUMPUR: “Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.

“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.



sumber : mymetro.com.my

:. Traffik sehari cecah 1000 lebih .:


Wooww traffik cecah ke 1000 lebih..
malah kadang2 leh dapat sampai 4000?..
hebat betullah macam tu kan?..



"



"

"

tapi tu bukanle blog aku..
blog otai2 blogger ler..
korang tengok tu hebat tak??
nuffnang dia mesti powerkan..

aduhai.. ntah bilalah blogger capok macam aku ni nak merasa sebegitu
kekekeke..
apepun aku menulis blog bukan semata nak mencari keuntungan pun..
so nuffnang tu kira bonus untuk aku ler..

tapi tak salahkan kalau belajar bagaimana nak memajukan lagi blog kita..
hehehehehe..
apepun tahniah le pada blogger2 yang semakin power sekarang ni..
haraop tak kedekut le nak turunkan ilmu pada kami semua yang baru menapak ni yer..

"

Thursday, September 16, 2010

:. Kontest Terbaru September 2010 .:

gambar ni x de kena mengena dgn hidup aku



Morning!!... Morning!!!
hai semua kawan-kawan blogger dan rakan-rakan pembaca..
hari ni di Kota Tinggi cuaca suram jer..
hujan renyai-renyai dari tadi..


terfikir nak buat kontest lagi kat blog aku yang hampeh ni..
tengah cari idea.. kontest ape yang sesuai..
ade gak terfikir dua ke tiga idea..
tapi tengah pilih amna satu yang paling sesuai..
korang ade idea x??
kalau ade idea meh le share ngan aku...

Wednesday, September 15, 2010

:. Kisah Skandal Rahsia Kawan Sepejabat .:

Ini bukan kisah tipu....
ini kisah tarak tipu punyer..
ade sorang kawan di opis aku ni..
dia jatuh hati dengan sorang lagi member seopis aku...
tapi takut nak luahkan..
cuma si lelaki ni intai perempuan ni secara senyap-senyap..
kekekekekkekeke
harap-harap aku dapat tangkap gambar dia orang ni..
buat Cik F kat opis tu harap2bersedia le terima lamaran En R tu...
hahahahahahaha
p/s : tu ler... nak glamourkan... nanti aku cari gambar korang kakakakakaka.....

:. Aku Budak Baru Belajar Tarik Traffik Ke Blog .:

Seronok dan teruja bila baca di blog senior2 blogger yang kata blog dia org boleh capai
1000+++ traffik sehari..
mak oi.. ada yang 4000 pun ade tau..
alahai aku ni nak capai 400 sehari pun perit tau..
tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni traffik blog aku boleh capai 100++ keatas sehari walaupun aku x update blog.. kalau rajin berblogwalking leh capai 4oo gak.. tu pun nasib2 le..
kalau dulu2 nak tarik 50 sehari pun perit tau..

ni semua berkat aku rajin memfollow dan bertegur sape dengan kawan2 blogger..
tq yer kawan2 yang rajin menyinggah ke teratak buruk hamba ni..


Blogwalking pun satu teknik yang bagus gak untuk menarik traffic ke blog kita..
tapi tu kira secara x natural le kan..
time ade masa rajin berblogwalking boleh le dapat traffik banyak tapi time busy x ade masa menurun le traffik tu..

satu teknik yang aku rasa bagus adalah buat entry mengikut perkembangan semasa..
contohnya sekarang ni tengah hangat isu
KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAWIYA
ataupun sebelum ni sibuk dengan isu
DOWNLOAD VIDEO AREIL & LUNA
sebab isu2 yang hangat nilah yang orang cari di internet untuk dapatkan maklumat semasa..

selain dari tu kalau kita rajin bagi komen kat blog kawan2 pun ade bagusnya jugak..
bila orang tengok kita komen power2 orang yang baca mesti nak tengok blog si pengkomen tu..
heheeheh tapi teknik ni kadang je aku buat..
sebab line aku ni slow giler..
nak mengkomen pun susah...

apepun aku ni masih terlalu kerdil nak dibandingkan dengan otai2 kita yang leh capai ribu2 sehari tu... aduhai ntah bilalah aku nak capai tahap macam dia orang tu..

apepun aku sentiasa nak belajar bagaimana cara nak memantapkan blog aku ni..
kalau ade otai2 yang baca entry ni..
( cehh perasan.. ade ke otai nak jengah blog buruk ni)
boleh le kongsi2 sikit tips dengan kami blogger2 mentah ni...

adiossss!!!!!




Tuesday, September 14, 2010

:. Lisa Surihani Tak Mahu Seksi .:


Love u lisa surihani sebab selalu bantu blog aku...
kekekeke..

sebab tu aku nak wat entry pasal dia lagi..
ade member aku kata dia nak sangat tengok Lisa ni pakai seksi2 kat kolam renang..
hamboieee!!!

tapi rasanya hasrat kawan aku ni tak kan tercapai kot,..
sebab Lisa sendiri dah tegaskan tak nak berpakaian seksi untuk sebarang lakonan filem atau drama.. hahahaha melepaslah ko kawan... hehehe








"




:. Punca-Punca Pembunuhan .:


Berikut adalah punca-punca berlaku pembunuhan..

  • Membunuh kerana kecewa dalam percintaan.
  • Mempunyai tekanan jiwa yamg teruk hingga mewujudkan perasaan dendam yang kuat
  • Tidak mempunyai pilihan lain dan si pelaku mungkin sudah terdesak untuk menyelamatkan diri.
  • Mereka menganggap membunuh itu sebagai satu hukuman kepada orang yang dimusuhi dan didendami kerana melakukan sesuatu yang pernah menyakitkan hati si pelaku.
  • Apabila nafsu telah menguasi jiwa dan pemikiran yang waras.
  • Sudah hilang rasa kasih dan perikemanusiaan dalam diri terhadap mangsa yang dibunuh.
  • terpengaruh dengan kawan-kawan yang merosakkan diri
  • Pengaruh dadah ataupun alkohol
  • Mahu mengelakkan rahsia dari terbongkar..

Haaaaaa!!!
ini antara pandangan aku kenapa boleh berlaku pembunuhan..
kalau ade yang lain tu mungkin aku tertinggal le tu yer..
apepun.. membunuh bukanlah cara sebenar menyelesaikan masalah..
adiosss!!!

:. Biskut Tanda Cinta Irma Dan Nabil .:


Sweetnyer bila terbaca di
tentang pasangan bercinta NABIL dan IRMA

nak tahu lebih lanjut korang bacalah sendiri cuma kat sini aku suka bila kata Irma nak buat biskut raya untuk Nabil tapi si Nabil plak nak beli dari Irma almaklumlah bulan raya ni Irma meniaga Biskut raya..
cayalah... nanti dah kawen Irma kena masak plak untuk Nabil yer..

:. Gambar Majlis Pertunangan Memey & Norman .:


Akhirnya Memey dan Norman selamat bertunang..
ermm harap-harap kali ni akan berkekalanlah yer...
jangan berulang lagi kisah hitam lalu tu..

lepas bertunang ni harap2 tu copat2 le kahwin..
jangan tunggu lama-lama..










Monday, September 13, 2010

:. LADY GAGA with MEAT DRESS .:


Lady Gaga make suprise with her meat dress!!
Lady Gaga covered in meat at the 2010 MTV Video Music Awards. OMG.

wow!! she great!

but with ' meat dress '

alamak ruggednyer..
hehehehe


:. Benarkah Bekas Suami Ada Video Remy & Maya .:


Ini hanya khabar angin yang baca dari

betul ke bekas suami Maya tu ade video
Remy & Maya
yang dijadikan bukti hubungan cinta mereka..

aku pun tak rasa yang ianya betul..
ntah.. ntah..
ermmm.. kalau korang nak tahu citernyer.. bacalah sendiri yer..

-------> klik sini

:. Gambar Suspek Pembunuhan Kejam Sosilawati dan 3 Yang lain .:


Inilah gambar antara suspek yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan kejam Sosilawati dan 3 yang lain..

sadisnya bila kita tahu mereka dibunuh dan dibakar dengan kejam..
seolah-olah mereka ni dah tak ada lagi perikemanusiaan..

rasanya takut dan seram sejuk bila memikirkan negara kita yang aman ni dah mula di hantui dengan berbagai-bagai kes jenayah kejam..

ape pun kita tunggu berita selanjutnya tentang kes pembunuhan ini.
harap-harap ianya dapat diselesaikan dengan segera..
dan yang bersalah akan dapat di tangkap dan mendapat hukuman yang sewajarnya

Sunday, September 12, 2010

:. Siti Nurhaliza Buat Rumah Terbuka Di Masjid Yang Dibiayai .:


Siti Nurhaliza dan suaminya menyambut lebaran di sebuah masjid yang dibiayai mereka berdua pembinaannya... di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, Sungai Petani.
Siti Nurhaliza dan keluarganya sempat bersembahyang raya bersama penduduk-penduduk kampung dan kemudian majlis rumah terbuka bersama penduduk kampung diadakan dengan meriahnya..

suka tengok perangai artis terkenal ni sebab dia tak lupa diri walaupun dah kaya raya..
sebab tu dia di sayangi ramai..
dengar cerita kos pembinaan masjid tu pun bernilai rm1.5 juta hasil sumbangan peribadi beliau...
alhamdulillah..


harap-harap ramai lagi le artis-artis yang kaya raya kat luar sana akan berbakti untuk kebaikan yang macam Dato Siti ni yer..