Sunday, May 23, 2010

:. JERAWAT LEBIH SUKA WANITA DARIPADA LELAKI .:

Edit Posted by with 2 comments



"
"
"
"
Remaja di seluruh dunia mengalami masalah mengenai jerawat, dan ini bukanlah satu perkara luar biasa... Malahan ramai remaja yang jadi kurang keyakinan diri kerana jerawat..
ini pun pernah terjadi pada adik aku sendiri... teruk juga dulu dia terseksa kerana jerawat ni.. tapi alhamdulillah sekarang kulit wajah dia dah ok..
Kalau mengikut sumber yang aku baca masalah jerawat ni di hadapi oleh lelaki dan wanita yang berusia antara lingkungan 20 hingga 30 tahun..
Sebuah penyelidikan melaporkan 800 orang lelaki dan wanita berusia antara 25 hingga 58 tahun, di dapati 54% wanita dan 40% lelaki mengalami masalah jerawat..
adeiii nampaknya jerawat ni lebih suka hinggap di pipi gebu wanita le nampknya..
penyebab jerawat ni adalah akibat beberapa faktor.
Bermula dari debu, kulit berminyak, keturunan dan hormon.
Dari sumber yang aku baca juga... penyebab luarannya adalah berpunca dari bakteria yang bernama 'P.acnes'.
Bakteria ini boleh melekat di setiap kulit manusia dan kemudiannya menyebabkan jerawat.
Untuk mencegah jerawat yang disebabkan faktor luaran, cara paling berkesan ialah kamu mesti rajin membersihkan muka...
untuk anda yang mengalami masalah jerawat selamat mencuba!!

"
"
p/s : gambar di atas tu x de kena mengena pun dengan entry ni yer... hehehehe

2 comments:

Hafiz Ismi said...

Hormon.. hehe~

kyo_9 said...

make up jer sudah..
tutup sementara..
dulu suka picit2 jerawat.. skang muka banyak kawah -_-"