Monday, January 31, 2011

:. SK Felda Tenggaroh 6 Dalam Kenangan .:

Edit Posted by with 4 comments
SK FELDA TENGGAROH 6



Hujan2 sejuk2 macam ni tetiba teringatkan sekolah lama aku..
sekolah rendah ler terutamanya..
Sk Felda Tenggaroh 6
( dengan bangganyer tu sebut)

sayang sgt sekolah aku ni..
kat sini le mula2 aku kenal dunia alam persekolahan..
kdg2 heran tgk sesetengah orang tu
malu nak sebut bekas sekolah dia sendiri...
meh aku nak citer kat korang sedikit sebanyak mengenai SK Felda Tenggaroh 6 ni..
( ikhsan dari Web SKT6 )

Dua puluh dua tahun yang lalu, iaitu pada 1 Januari 1987 sebuah sekolah rendah telah ditubuhkan di rancangan Felda ini. Ia mempunyai 3 blok bangunan setingakat mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuha perpustakaan, sebuah bilik guru, ruang pejabat dan kantin.

Sekolah ini mula beroperasi 2 sesi dengan kapasiti murid seramai 156 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang lepasan maktab.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Ia telah didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961.

SKT 6 telah menerima bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat di bawah peruntukan pembangunan pendidikan dan mempunyai 13 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah pusat sumber. Selain itu, bangunan ini juga telah menempatkan bilik guru, surau, bilik SPBT pejabat dan stor.


cikgu yang paling aku tak leh lupa ramaiii..
terutama cikgu norhabsah kasdi, cikgu yati, cikgu shahdan. teacher aishah, teacer normah,
cikgu azmi, cikgu salleh, cikgu saipul, uztazah habibah, cikgu ahmad,
wiiiirrrrrr ramai lagi ler..
tak terkira kekekke..

ok next entry ade masa aku citer plak..
kes2 yang aku pernh buat di sekolah..
hahahahaha..
nakal ni tau x..

4 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

laaaa...orang tenggaroh jugak yerk...
zana pun orang tenggaroh jugak....tenggaroh timur 01, tp my adik ipar orang tenggaroh 6...

walaupun byk cerita tak elok yang di gembargemburkan oleh masyarakat berkaitan anak felda, anak tenggaroh...tp me bangga jadi anak tenggaroh....

noie said...

heheh ye ke zana... kalau dtg tggrh singgah umah le yer hehehe
apepun memang bangga jadi anak tggrh..
hiduo tggrh!!!

atuk said...

Assalamualaikum Noie

dlm hujan teringat sekolah lama.
misti ada kenanggan yg tak dapat dilupakan tuuu

Wassalam

ReenDiane said...

wah ....
nostalgia beb bab sekolah ni.
kenangan kan kat skola ni..
ada pic terbaik masa sek.endah uploadlah... imbau kenangan seyh