Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Friday, January 7, 2011

:. Contest Wanita Inspirasiku .:


Sewaktu berblogwalking pagi ni..
tiba-tiba terjumpa satu contest yang seolah-olah memanggil untuk aku turut serta..
bukan sekadar kerana mahukan hadiahnya ..
tetapi kerna aku sukakan tema kontest ini ..
WANITA INSPIRASIKU
bukan selalu dapat peluang untuk aku meluahkan segala rasa dan isi hati terhadap insan ini.. yang menjadi bunga dan inspirasi di hati..

Wanita yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah ibuku sendiri
Puan Asnah Binti Mat
seorang wanita sederhana dan bukanlah dari golongan orang berada namun hatinya sentiasa ceria.. senyum dan tawanya menjadi teman setia kami 6 beradik dari kecil hingga dewasa.. kadangkala riuh rendah seisi rumah dengan suaranya memarahi kami ...
maklumlah 6 orang beradik ini punya kenakalan yang tersendiri...
Namun mak jarang sekali memukul atau mencubit kami..
hanya suaranya sahaja berteriak menakutkan kami berenam..
hehehe kadangkala lucu juga bila memikirkan semua kenangan itu..
seolah semuanya baru sahaja berlalu...

Mak sangat pandai mengait..
dari alas meja hinggalah ke cadar katil mampu mak kait..
tapi sayang tiada di antara kami yang mengikut jejak mak...
mak pandai memasak..
masakannya menjadi pengubat segala rajuk dan marah kami...
mak juga pandai menjahit..
baju-baju raya kami dijahit dengan tangannya sendiri..

Mak kami tidurnya lewat setiap hari..
bangunnya awal setiap pagi..
jarang sekali kami bangun pagi tanpa sarapan di atas meja..
jarang sekali kami pulang dari sekolah tiada makanan tengahhari di dalam tudung saji..
makan malam pula tidak pernah sekali lewat terhidang...

Namun kini mak tidak lagi bersama kami..
dipenghujung tahun 2007 mak dan abah terlibat dalam kemalangan..
dan kemalangan itu telah meragut nyawa mereka..
mak pergi sewaktu aku baru sahaja 4 hari melahirkan anak keduaku...
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa remuk hatiku di saat itu..
Teringatkan hasrat arwah mak yang mahu menjaga aku sewaktu dalam pantang...
mulanya aku lemah..
lemah untuk meneruskan hidup tanpa mak..
namun apabila kupandang anak yang baru kulahirkan itu..
aku sedar.. yang aku perlu kuat..
aku perlu jadi kuat sekuat mak...
kalau aku jadikan mak sebagai wanita inspirasiku..
aku jua mahu anakku menjadikan aku wanita inspirasinya ..
aku mahu sekuat mak demi meneruskan perjalanan hidupku..

Aku tak punya banyak gambar mak untuk dikongsikan bersama kalian..
hanya sekeping foto yang selalu jadi peneman..


Kini 2010 telah berlalu..
namun seperti tahun-tahun yang lalu...
mak tetap menjadi wanita inspirasiku...






Semoga Allah mencucuri roh mak ...
Mak.... walaupun mak dan tiada lagi namun mak tetap dan akan terus menjadi
WANITA INSPIRASIKU
hingga bila-bila..





p/s : inilah dia hasil nukilanku untuk tatapan semua, harap menepati kehendak penganjur..
untuk siapa yang nak joint leh cuba nasib anda ...

klik sini untuk yang berminat : Gadis&Wanita


tarikh tutup hingga 20hb Januari 2011

dan nak tag contest ni pada dua orang

1. She




3 comments:

sI tEDI said...

berat dugaan kehilangan 2 insan tercinta dlm 1 masa yg sama. al-fatihah

Ummi AmnaAmzar said...

ummi tumpang sedih...semoga berjaya ye

nazihahisa said...

semoga berjaya ya. terima kasih kerana turut serta.

note: boleh bagitau error apa yg wujud masa nk komen di webpage?
maaf sekali lagi
emelkan ke mslh tu di fb kami ye.. terima kasih:)