Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Saturday, March 5, 2011

:. Kematian Pengiring Suspek Kes Sosilawati .:


Terkejut dengan berita kematian pengiring suspek kes sosilawati..
kalau biasa korang tengok
beliau pada gambar atas yang berambut panjang tu..
ermm.. apa sebenarnye yang terjadi ea?
ok yang bawah ni petikan dari akhbar Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga dan rakan Lans Koperal N. Devaraju, 29, bagi membantu siasatan kematian anggota itu yang terbabit dalam nahas jalan raya di Taman Desa Jaya, Kepong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti jika wujud perbuatan khianat melibatkan motosikal yang ditunggang mendiang ketika kemalangan.
Tambahnya, ahli keluarga mendiang juga mahukan polis menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa semasa kejadian motosikal mendiang tidak rosak.
Menurutnya, selain mengambil keterangan, pihaknya juga akan menyemak rekod khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan akhir.
"Kita siasat SMS dan panggilan akhir jika mendiang ada terima ugutan atau apa-apa yang boleh dikaitkan sebelum kemalangan berlaku.
"Hasil bedah siasat di Hospital Selayang semalam menunjukkan mangsa maut akibat lemas dan tiada kecederaan mencurigakan termasuk penggunaan alkohol berlebihan.
"Kes itu setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan dibuat mengikut kehendak keluarga mangsa yang mengesyaki sesuatu tidak kena," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan mangsa yang sering mengiringi suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya maut akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh tembok sebelum terhumban ke dalam longkang.
Menurut Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Supritendan Ismail Ibrahim, mayat anggota polis itu ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian akibat dihanyutkan oleh arus longkang terbabit.
Pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan serius pada mayat mangsa kecuali kesan luka di bibir kanan.
Sebelum ini, mangsa sering dilihat mengiringi suspek pembunuhan Sosilawati dan imejnya yang berambut panjang sentiasa mendapat perhatian ramai.Utusan Malaysia Online - Jenayah

p/s : manusia semakin hilang sifat perikemanusiaan!! hate it!!

1 comment:

nur said...

seram la pulak camni kan..
JOM KE: ALL IN ONE