Thursday, December 29, 2011

:. Kisah Aku Dan Mereka Sepanjang 2011 .:

Edit Posted by with 4 comments

2011 bakal berlalu..
pejam celik..
pejam celik cepat je rasanya kan..
macam-macam cerita berlaku sepanjang 2011 ni...
tapi yang paling best ialah
aku mula hidup dalam dunia felt craft sejak awal 2011..
felt craft yang pada awalnya hanya sekadar hobi..
perlahan-perlahan beralih menjadi sumber pendapatan sampingan plak..
alhamdulillah semuanya berterusan dengan baik..

2011 juga ade pahit manis dengan kerjaya aku...
macam-macam berlaku di tempat kerja..
macam-macam kisah lucu dan sedih..
yang sedihnya bila Bos kecik aku Zura kena tukar ke cawangan lain..
naseb bek tak jauh..
ade lagi yang sedih bila ade orang menabur fitnah pasal aku dan beberapa orang rakan pejabat yang lain.. jahat sungguh mulut2 mereka2 itu...
tapi aku redha.. kerana aku percaya semua perbuatan jahat mereka itu akan dapat balasa tuhan...

untuk family aku plak..
2011 ni macam roda.. kadang di bawah... dan kadang di atas..
Akim < Iman dan eisya semakin membesar dan semakin nakal...
namun kenakal itu membuatkan keluarga kami bertambah ceria...

my lovely hubby..
ermm rasanya cinta antara kami semakin utuh dan kuat..
semakin hari perasaan sayang semakin menebal..
alhamdulillah semoga ianya akan berterusan hingga ke akhir hayat

atuk saya?
atuk sihat jer..
kadang2 ade jugak demam maklum le orang tua..
dah suruh kawen lagi tak nak plak dia hehhee
namun aku tahu jauh di hati atuk dia amat merindui arwah nenek..
macam aku jugak..

adik kedua aku Eca?
dia pun bahagia dengan suami dan anaknya ..
cuma baru2 ni ade terlibat dengan kemalangan
naseb bek tak apa-apa

Ayu.. adik ketiga aku..
selepas lebih setahun berkahwin hari tu dia menadung tapi sayang..
tuhan lebih sayangkan bayi dalam kandungannyer..
dia keguguran betul2 pada hari pertama hari raya haji..
tak per.. Insya allah ade lagi rezeki untuk dia...

Lan adik ke empat aku..
setelah berpindah ke kampung aku rasa lega skit..
ade dia untuk jaga atuk dan adik..
hubungan cintanya pasang dan surut..
dan yang best tahun ni dia dah pakai kereta..
sambung bayar kereta Eca.. sebab Eca dah beli keta baru..

YAn.. adik ke lima aku..
hubungan rumahtangganya sedikit bergolak pada tahun ini...
namun sekarang dah kembali pulih..
alhamdulillah mereka bertiga dah bersatu kembali..
aku berdoa semoga hubungan mereka akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat..

Izan..
adik bongsu aku..
dah semakin besar dia sekarang..
semakin manja.. namun alhamdulillah aku tengok walaupun tak banyak tapi dia dah banyak berubah ke arah positif..
aku harap satu hari nanti dia akan berjaya dan jadi insan yang berguna..

ermm..
inilah wajah2 insan tersayang yang selalu dekat di hati aku..
aku syang mereka semua..
hanya mereka yang aku ada..
besarnya tanggungjawab seorang ibu, isteri dan kakak sulung pada mereka semua..
sebesar itu juga kasih sayang yang tak ternilai buat aku pada mereka..

Ya Allah..
semoga tahun 2012 yang akan datang..
kau limpahkan kami dengan kemurahan rezeki..
dan kasih sayang yang berpanjangan..
rapatkan hubungan yang renggang..
eratkan lagio hubungan yang dah akrab..
Selamat tinggal 2011..
selamat datang 2012 :)

4 comments:

adyna AB said...

semoga segalanyer berjalan lancar.. selamat tahun baru :)

atuk said...

Assalamualaikum Noie

"ermm rasanya cinta antara kami semakin utuh dan kuat..
semakin hari perasaan sayang semakin menebal.."

moga berkekalan hingga ke Syurga
amin

Wassalam

noie said...

tq adyna n tq jugak atukl... semoag semakin hari akan semakin menebal hehehhe

noie said...

tq adyna n tq jugak atukl... semoag semakin hari akan semakin menebal hehehhe