Contact Us

FB : Door Gift Budget Murah Personal FB : Sis Noie Craft Instagram : sis noie craft Whassap : 0197869165

About Me

My photo
:.Aku adalah seorang wanita biasa yang hidup dengan menulis untuk berbicara.: p/s : jika sesiapa ade pertanyaan atau verita nak dikongsi bersama boleh ler email kan pada saya di teddy_bear81@ymail.com

Monday, April 11, 2011

:. Resepi Apam Polka Dot .:


( gmbr sedekah dari google sebab sy lum wat lagi hahahha)





Tengah hari tadi tgk siaran Wanita Hari Ini, dia ade le tunjuk cara buat Apam Polka Dot, tetiba hati macam tertarik je nak try.. tu yang usha resepi apam polkadot ni, nampak macam senang je kan.. pstu cute le plak..

sebenarnya ade perasan orang jual apam polkadot ni kt dalam fb, member jugak..
kalau korang sekitar jb nak order leh le cari dia kat fb nama dia "azuka amz ".. haa leh order dengan dia yer.. sorang lagi member aku ni ambik tempahan kek jugak cuma dia lebih pada cupcakes fb dia "tatod best"

apepun korang jangan nak tempah dengan aku benda apam polka dot ni sebab aku baru nak try.. karang takur keracunan plak hahahahah.. ok jom.. jom ke dapur dan buat
Apam Polka Dot ni.. kalau malas kita beli je hehehhe


Bahan:


3 biji telur sejuk ( dr peti ais )
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar (guna santan pon boleh)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry atau ape saje mengikut citarasa
Pewarna ( gunalah dalam 4 jenis warna )



CARA MEMBUAT


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag kalau tak pun leh guna palstik yg bersih

4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas

5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..\

6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan ( kalau guna colour putih tuk dot lebih sesuai untuk semua jenis warna )