Petang tadi dapat satu mesej dari Ayu..
yang mengatakan anak saudaraku Rifa semakin tenat di HSI Johor..
mungkin aku tak pernah tulis dalam blog ni tentang kisah sedih penderitaan
Rifa anak kecil yang hanya berusia 3 tahun..
menderita kanser saraf sejak kecil lagi..
so malam tadi aku dan suami
eca dan suami
dan yan ke HSI..
di wad 8c katil 27
kami semua dibenarkan masuk sebab dapat kebenaran doktor memandangkan keadaan Rifa yang semakin tenat..
melihat tubuh kecil itu terbaring lemah sungguh menyedihkan..
mula-mula aku cuba menahan air mata..
tetapi apabila mendengar suara anak kecil itu merintih dan merengek terasa sayu ..
aku lihat si ayah disebelahnya mengusap anaknya dengan seribu satu perasaan sedih di hati..
si ibu terduduk lemah di kerusi..
Ya Allah betapa berat agaknya penderitaan yang mereka sekeluarga tanggung..
rasanya kesedihan yang aku rasa tak sama berbanding dengan mereka..
melihat tubuh badannya yang lebam sana sini..
perutnya semakin membuncit..
tubuhnya yang kurus kering..
tambah sedih melihat salur kencing buat aku tambah sedih..
kencingnya berdarah..
Ya Allah entah bagaimana kesakitan yang beliau rasakan..
kata doktor kanser tu dah merebak ke seluruh tubuhnya..
sudah tiada apa yang mampu dibuat..
pada awalnya aku nak mengambil gambar..
tapi tak sampai pulak rasa di hati..
tiada apa yang mampu kita buat selain sama-sama mendoakan kesejahteraan Adik Rifa..
kami sayang kamu Rifa..
namun kami pasrah dengan semua ketentuan Tuhan..
maafkan Auntie sebab tak dapat menahan air mata tadi..
Auntie sayang kamu Rifa..
dan kami tetap doakan kamu..
Amin..
7 comments:
banyak2kan bersabar dan berdoa.. Itulah yang termampu kite lakukan setakat ini.. Insyaallah
sama2 lah kita berdoa... Allah Maha Mendengar..
sabar dgn dugaan ini...
berdoa la semoga Allah permudahkan segalanya..insyaAllah..amin..
Ya Allah...sayunya baca berita rifa...moga Allah permudahkan segalanya buat rifa dan keluarga, sesungguhnya pada Allah sahaja kita berserah ...sama-sama kita berdoa ya
terima kasih kawan-kawan, semalam masa noie tgk dia smpai hati ni terdetik berkata... ya allah kalau begitu penyiksaan yang rifa kena tanggung ko ambil sajalah nyawanye.. tapi rasa mcm serba salah plak berdoa mcm tu.. tapi bila tgk tubuh kerdil dia yang dh lemah mcm tu... memang kita rasa sedih sgt.. tq atas doa dari kalian yer..
Semoga penderitaan adik Rifa berkurangan hendaknya. Berserah dan berdoalah kepada Allah yang maha pemurah.. amin ..
Post a Comment