Monday, April 12, 2010

:. Rahsia Rumahtangga : Suasana Yang Membangkit GHAIRAH Isteri .:

Edit Posted by with 3 comments

Hubungan antara suami isteri memang sukar untuk dibicarakan dengan kata-kata. Bukan sahaja untuk yang masih bujang malahan untuk yang dah berumahtangga pun, masih sukar untuk ditafsirkan. Ini kerana setiap hubungan itu berbeza dengan yang lainnya. Hanya mereka sahaja yang dpat memahami hubungan dia antara mereka. Walaupun begitu sebagai seorang suami, anda juga hendaklah cuba dengan bujaksana kenali dan fahami situasi yang sesuai dan mampu membangkitkan berahi isteri. Apa yang aku perolehi dari sebuah buku ini harap-harap dapat kita kongsikan bersama. Insya Allah....

Disini ada beberapa tips yang boleh membangkitkan GHAIRAH isteri.

1.SETELAH BERTENGKAR

Setelah puas bergaduh cuba anda lupakan seketika amarah itu, peluk pasangan anda belai dirinya dengan penuh kasih sayang dan biarkan emosinya tenang. Siapa tahu perbuatan anda yang seperti itu mampu buatkan si dia menangis dan selepas itu biarkan si dia terlena dalam dakapan anda.

2.SEWAKTU SUASANA BAHAGIA

Sama seperti waktu kemarahan dan kesedihan, kebahagian yg berlebihan juga mampu membuatkan si dia menginginkan hubungan intim,Jadi cubalah untuk menggembirakan hati isteri anda supaya keghairahannya akan membakar.

3.DUA MINGGU SEBELUM 'TEMAN BAIKNYA' DATANG

Teman baik di sini bukan ler bermakna sahabat... tetapi istilah tu untuk datang bulan ler. Hehehhe. Wanita sangat mudah berovulasi. Jadi dua minggu sebelum si dia datang bulan itu adalah saat yang tepat untuk mengajaknya berasmara.

4.SEWAKTU MAKAN MALAM ROMANTIK

Pasangkan irama muzik lembut dan romantis ketika malan malam berdua, layan dirinya seolah dia puteri raja dengan belaian anda dan hadiah. Setelah selesai makan malam teruskan saja dengan bermalam di hotel sebagai hadiah yang cukup beharga,pastikan dia akan cair dengan layananmu.

5.BERCINTA JARAK JAUH

Bercinta jarak jauh sebenarnya memiliki potensi besar untuk meningkatkan ghairah seksual anda berdua. Berpisah dengan pasangan anda untuk beberapa hari atau mungkin beberapa minggu mampu membuatkan anda merindu antara satu sama lain. Dan sesekali apabila berjumpa tak mustahil anda akan mengalami hubungan asmara yang luar biasa. Selamat mencuba...

3 comments:

Deen said...

belum kawin lagi..hehe

LYaFRINA said...

hehhehehe.. tips yang bagus.. blh try ni..
tp y jarak jauh tu xleh ar.. sbb dah duk jarak dekat.. heheheh..kalo skala skali outstaion tu blh la gunakan tip jarak jauh tu..

Unknown said...

tip jarak jauh tu sangat tepat sekali!!! =D