Benar ke ade blog yang mengugut AC Mizal?
korang tau ke kat mana?
meh le bagi kat aku..
nak gak aku membacanya..
ermmm
aku no komen le pasal hal ni..
sebab x tahu lagi kebenaran ke dua2 belah pihak...
apepun baca petikan di bawah ni dari akhbar SINAR
Siasat blog ugut, fitnah AC Mizal KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat lapo-ran pelakon dan pengacara, AC Mizal berhubung ugutan melampau serta fitnah dipercayai bertujuan memusnahkan perniagaannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supe-rintenden Amiruddin Jamaluddin berkata, semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung dakwaan tersebut. “Buat masa ini kita (polis) belum menemui petunjuk atau bukti mengaitkan ugutan tersebut dilakukan individu pesaing dalam perniagaannya. “Tiada individu dipanggil membantu siasa-tan setakat ini. Bagaimanapun polis sedang mengumpul maklumat untuk mengesan individu bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam. Sebuah akhbar tempatan melaporkan pelakon dan pengacara berstatus Datuk itu membuat laporan polis Isnin lalu berhubung kejadian ugutan dan fitnah dalam beberapa blog. Ugutan dipercayai dilakukan pesaing dalam perniagaan AC Mizal itu berbunyi ‘Elok sembelih je kot’. Selain itu turut dipapar, AC Mizal didakwa cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu. Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung blog berkenaan diminta tampil membantu siasatan. |
5 comments:
http://aididmuaddib.blogspot.com/
ish2 macm adaaa..
penah baca blog aidid tu.... dia memang marah gila ngan si AC tu...... tapi tader lak terbaca sampai nak sembelih... ntah, kena baca balik ah!!!
habisla ac kali ni
haaa link yg atas tu aaa.
agak laa pedasnyaa kata2 dia.
hahah tak tau laa nk caya ke tdk.
Post a Comment