selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin..
raya tahun ni macam biaselah..
sunyi tanpa kehadiran.. arwah abah.. mak dan nenek..
malam raya sampai je di rumah adik aku si ayu dah siap potong2 bahan tuk masak..
memang aku tak bagi dia masak tahun ni..
maklum le dia tengah sarat mengandung..
adik kedua plak tahun ni giliran beraya di rumah mak mertuanya..
rehat jap di rumah terus start memasak..
sempatlah masak 4 menu malam tu..
rendang daging, ayam masak merah, sambal kacang n sambal goreng..
sayur lodeh masak pepagi le sebab takut basi kan..
pagi tu sesudah siap masak suami, anak2 dan adik2 solat sembahyang raya..
aku, ayu n adik ipar plak dh siap2 mengemas rumah dan sediakan juadah untuk mereka makan nanti..
kemudian lepas makan sesi bersalaman n bergambar plak..
walaupun kami nampak bergelak sakan masa ni tapi air mata tetap mengalir..
maklumlah dulu kami akan memohon ampun dengan atuk nenek, abah n mak tapi sekrang
kami hanya ada seorang atuk sahaja..
sedih sgt kan..
lagi sedey bila tengok air mata bergenang di mata atuk..
we love u atuk...
selepas sesi bergambar kami semua bergerak ke pusara..
menziarahi pusara abah, mak, nenek dan anak saudaraku adam..
ermmm.. tak perlulah nak aku ceritakan suasana di sana..
air mata mengalir tanda rindu kami pada mereka..
tambah cemburu melihat orang lain menyambut lebaran bersama kedua ibu bapa mereka..
sedangkan kami..
apepun kami bersyukur.. masih punya tuk tersayang..
0 comments:
Post a Comment