Sunday, February 21, 2010

:. Bangunan Pelik-Pelik .:

Edit Posted by with 5 comments


Sedang aku melawat2 flickr tadi.. terjumpa le dengan gambar bangunan pelik2 ni
cam menarik jer
yang aku teruja tu sebab tengok rekaan dia tu
wahhhh memang pelik2
mana dia org dapat idea agaknyer ea??
x perlah janji bangunan tu kukuh dan selamat tuk didiami... ok ler tu kan



yang ni rekaannya macam robot hehehehe unik

yang ni plak ruper dah macam bakul le plak... ish ish.. pelik2

cuba korang tengok yang ni plak... cantik jer dh macam susunan buku hehehhe


erk yang ni plak menyenget2 dah mcm orang menari

yang ni lagi le pelik... hehehehhe

yang ni colour dia plak pelik... tengok tu warna biru kat tengah bangunan tu



ermmm yang ni susah nak citer hehehhehehe


Saturday, February 20, 2010

:. Dasar Si Penyekodeng .:

Edit Posted by with 2 comments
Ni aku nak lepas geram skit..
mukan ape nak citer pasal tadi petang ler... aku n family ade le pi
ke sebuah pantai ni ( dalam Johor )
tapi x yah le aku letak namanyer..
pas mandi manda tu pi le berbilas di bilik air berbayar kat sana
bilik ayaq ni persendirian punyer ler..



( gambar hiasan jer ... ambik dari flickr..hehe )




Yang aku geram sangat tu bila aku tengah syok2 mandi dalam bilik air tu sat lagi aku tgk dinding dia berlubang2 adeiii
dah le dinding tu saje le yang memisahkan bilik air wanita ngan bilik air lelaki
yang aku heran tu dinding tu dinding batu
cam ne leh berlubang mcm tu sekali kalau bukan manusia yang membuatnyer..
kalau kecik x per lubang tu... ni tidak sebesar duit 10sen
wahhh bayangkan ler... seluas mana dia orang boleh tengok kalau dah lubang sebesar tu
terbantut nafsu aku nak mandi lama2
ermmm agak2 korang lubang2 tu keje sape ea??
yang pastinya mukan pompuan le yang menebuk lubang tu
yer le x kan pompuan nak ngintai lelaki plak kan
huhuhuhu ape2 pun korang fikirlah sendiri

:. Cute Buat Aku Geram .:

Edit Posted by with 2 comments

Sejak mengandung ni satu tabiat yang aku suka buat ialah tengok gambar2 baby dalam internet... waaaa comey2 semuanya... wat aku geram mcm nak geget2 jer..
paling aku suka tengok tentulah gambar baby girl.. cute sangat2..
Korang doakan aku selamat melahirkan yer..
mukan ape... sejak scan doktor kata songsang hari tu hati ni rasa berdebar2 jer huhuhuhu




anak sapelah ni... cute giler... huuhuhuhu


hopely dapat baby girl cute cam ni

adeiii tomeyy nyerrrr kan


tengok mata baby tu... waaa cute sangat..

yang ni pun cute sangat.... waaaaa gerammmmmmmm


Friday, February 19, 2010

:. Bila Nafsuku Di Kemuncaknya .:

Edit Posted by with 7 comments



INI CERITA 18SX + 18SG
( Budak2 kecik x yah le baca ea )
"
"
Malam ini tetiba rasa ghaiarahku datang... nafsuku membuak-buak seolah ribut
yang melanda lautan... bila ku terpandang saja gambar yang baru saja suamiku tunjukkan entah kenapa kepalaku sudah mula bercelaru...
Bibir ku ketap tanda geram... ermmmmmm
sampai bila aku dapat menahan...
ku lihat diriku di cermin..
nasib baiklah aku sekarang sedang hamil hampir masuk 8 bulan kalau tidak tentu nafsu ini tak mampu kulawan... arggggghhhhhhhh!!!!!!!
tetapi kenapa suamiku menganjingku sebegitu...
waaaaa tidak kah dia tahu yang aku memang sukakan 'benda' itu
saja je hubby aku ni nak bagi aku kecur dan terliur kot..
nanti baby ni lahir air liur 24 jam keluar baru dia tahu..
haaaa time tu jangan le salahkan aku...
Waaaaaaaaaaa sayang!!!!!!!
nak jugak2... nak jugak ABC tu... waaaaaaaa
x pedulikkkk malam ke ape ke carikan saya ABC sekarang jugaaakkkkk
waaaaaaaaa kecurrr niiiiiii.....
"
"
"
"
"

( inilah gambar yang ditunjukkan hubby ku yang membuatkan aku ghairah nak menketedarah secara tiba2 sahaja ... waaaaaaaaaaaaaaa.. )



:. Contest : weekend @ sheffield :- 'true meaning of love'

Edit Posted by with 4 comments

Firstly tq sebab aku dijemput tuk menyertai contest weekend @ sheffield ni... tq sangat2 pada penganjur pertandingan tersebut saudara JOE... kebetulan aku memang telah lama bercadang nak menulis tentang ini... dan ini kujadikan pembina semangat aku tuk bercerita. Ceritaku tentang CINTA mungkin ada yang anggap biasa dan mungkin ada yang kata aku sekadar menarih simpati pembaca... tetapi ini sesungguhnya cerita tentang CINTA SEJATI dalam keluargaku... dalam hidupku. Bukan kemenangan yang aku harapkan cukup sekadar perasaan lega dapat meluahkan perasaan..
"
"
"
KISAH CINTA SEJATIKU BERMULA DI SINI



( dia suamiku... sahabat karibku... teman gaduhku )

Kata orang CINTA yang sejati lahir dari hati yang suci.Ada pula yang berkata CINTA itu
dari mata turun ke hati. Sesetengah orang mentafsir, tak kenal maka tak CINTA. Bagi mereka yang bertuah dalam CINTA tentulah bahagia hidupnya. Tetapi bagi mereka yang gagal dalam CINTA tentulah pahit rasanya.
Aku dah merasa keduanya, bahagia dan terluka. Bahagiaku dalam CINTA bila tuhan menemukan aku dengan suami terCINTA, Faizhar Mohd Saleh. Dia bukan golongan berada apatah lagi kerabat diraja, tetapi dia mampu buat aku bahagia di saat aku derita... dan dia mampu membuatku tertawa di saat aku menangis hiba. Dia suamiku.. sahabat karibku.. teman gaduhku... tempat bermanjaku.


( Putera sulung kami LUQMAN HAKIMI )

Kebahagiaan berpanjangan setelah lahirnya putera kami yang pertama. Bayi comel itu kami namakan LUQMAN HAKIMI atau Akim gelaran manjanya. Akim lahir membawa cahaya indah dalam keluarga kami... malahan bukan hanya kami tetapi mak, abah, atuk dan nenek turut merasa bahagia. Akim cucu sulung dalam keluarga menjadi kesayangan mak, abah, atuk dan nenek. Kadang-kadang aku dan adik-adik merasa cemburu bila melihat Akim dimanjakan lebih dari kami sewaktu kecil dulu.
Tahun 2007 satu lagi berita gembira kami perolehi, aku mengandung anak kedua kami.
Mak dan abah orang yang turut merasa gembira, bertambahlah lagi cucu mereka. Tak sabar rasanya menanti kelahiran bayi kedua kami. Namun kegembiraan itu x bertahan lama. Satu tragedi yang amat buruk telah melanda keluarga kami. Pada tarikh 16hb Dis 2007 adik-adik semua berkumpul di rumahku di Kulai untuk menyambut ulang tahun kelahiran adik kami yang bongsu pada keesokkan harinya iaitu 17hb Dis 2007. Kami menunggu kedatangan mak dan abah dari kampung. Setelah membahagi tugas kami semua bergerak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Aku di tugaskan mengemas rumah dan menunggu kedatangan mak dan abah. Dua lagi adikku pergi membeli barang-barang keperluan untuk majlis itu nanti, manakala seorang lagi adikku pergi menempah kek ulang tahun.

Tiba-tiba aku mendapat panggilan yang menyatakan abah dan mak kemalangan. Bagai nak gugur jantung ini. Melalui panggilan telefon itu kami diberitahu mereka tidak apa-apa. Tapi hati kecilku mengatakan yang sesuatu yang amat buruk telah berlaku. Kami adik beradik bergegas pulang ke kampung. Semua keperluan yang telah di beli untuk majlis hari jadi adik kami campak ke tepi. Dalam hati kami hanya satu, Ya Allah kau selamatkan CINTA hati kami.. mak dan abah.
Rupanya kami terlambat, sesampai di klinik di mana mereka di tempatkan abah telah tiada.
Yang tinggal hanya sekujur tubuh kaku yang sejuk ditutupi kain pelikat kesayangan milik abah. Aku meraung rebah, dan apatah lagia adik-adikku. Seolah kulupa yang aku waktu itu berbadan dua, lupa tentang diri sendiri hanya memikirkan abah yang telah pergi. Mak telah dibawa ke hospital besar. Mak koma tak sedarkan diri.



( Mak dan abah juga adik bongsuku waktu bercuti di Perak.Gambar ini sahaja yang aku dalam laptop ni )

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa berat aku menanggung kesedihan waktu itu. Namun aku kuatkan semangat kerana aku mahu melihat mak sembuh. Aku mahu melihat mak sedar dari koma. Tanpa di duga pada malam kenduri 7 hari kematian abah aku telah melahirkan anak yang kedua seorang bayi lelaki. Anak yang aku lahirkan dengan airmata rindu pada arwah abah. Bayi comel itu aku namakan NUR IMAN SAFRI. Safri adalah nama yang kuambil dari nama arwah abahku, Sapari. Ku letakkan nama abah di situ agar bila besar nanti anak itu akan menjadi penCINTA setia seperti arwah datuknya.
Namun senyuman di bibir dengan kelahiran Iman tak bertahan lama, pada hari keempat Iman dilahirkan satu lagi tragedi buruk telah berlaku, emak pula telah pergi untuk selamanya.Setelah 12 hari mak koma tanpa sedarkan diri akhirnya mak mengikut jejak abah. Aku yang masih lagi trauma dengan pemergian abah bertambah derita dengan pemergian emak. Untung nasibku masih punya suami, anak-anak, atuk, nenek dan adik-adik yang berada di sisi. Ku kuatkan semangat kucuba untuk berdiri kembali.



( Putera kedua kami NUR IMAN SAFRI )

Walau mak dan abah telah pergi, kami sematkan rasa CINTA mereka pada dua putera kesayangan kami. Kami tak mahu Akim dan Iman terlupa akan kasih sayang datuk dan nenek mereka. Bagiku CINTA abah kepada mak adalah lambang setianya. Kenapa aku berkata begitu?. Biarlah aku sahaja yang tahu. Cukuplah aku katakan yang abah adalah seorang penCINTA Sejati bagiku.
Kini 2 tahun telah berlalu, aku telah mengandung untuk kali ketiga, 2 tahun juga mak dan abah telah pergi meninggalkan kami. Nenek dan atuk pula menjadi tempat aku bermanja. Gembiranya nenek bila mendapat tahu aku mengandung lagi. Namun nenek tak sihat, sering sakit-sakit. Nenek berharap dia dapat melihat anak ketiga kami. Aku sayang nenek, ku anggap nenek lebih dari ibu kandungku sendiri.


( Nenek kami yang tercinta )


Namun sejarah pahit lalu berulang kembali, tragedi buruk yang pernah menimpaku 2 tahun dulu seolah berputar semula. Pada tarikh 3hb Feb 2010 yang lalu nenek telah meninggal dunia. Rebah aku dipejabat apabila mendpat tahu berita buruk itu. Pada waktu itu aku telah hamil 7 bulan tetapi rasanya seperti sudah mahu melahirkan.
Melihat tubuh kaku nenek terbujur di ruang tamu rumah kami, aku rebah lagi. Entahlah berapa kali aku sudah pengsan waktu itu. Ya Allah.... betapa besarnya dugaan yang kau berikan padaku. Tapi aku redha. Kerna CINTAku padamu Ya ALLAH aku percaya semua dugaan ini ada hikmahnya

Sememangnya ...
aku CINTA suamiku..
aku CINTA abahku...
aku CINTA emakku..
aku CINTA nenekku..
aku CINTA semua keluargaku..
Tetapi Ya ALLAH
semua itu tak akan bisa
melawan CINTA ku padamu
Kerana aku tahu
CINTA yang benar-benar sejati dan suci adalah
CINTA pada yang SATU..

:. NUFF MASIH LAGI TIDO !!! .:

Edit Posted by with 1 comment




amat menyedehkan bila tengok nuff masih lagi mengorok.. x mangun2 dari tadi... terlebih makan pil tidur agaknya, hehehehehe... mata dah mula layu... mulut dh beratus kali menguap dah ni... ponat berjalan x nmpk pun si nuff mangun... sakit ke dia?...
waaaa kembalikan nuff ku..
ak x relaaaa..

Thursday, February 18, 2010

:. SAJAK TUK MY 'CELCOM BEROKEBEN' .:

Edit Posted by with 7 comments

OH MY CELCOM BERUKEBEN...
AWAT HANG SLOW SANGAT...
AWAT HANG MENDUGA KEIMANANKU???...
AWAT LOADING MACAM SIPUT SEDUT...
MACAM MANA AKU NAK PUBLISH ENTRYKU...
SEMUA SLOW MENDUGA IMANKU



OH MY CELCOM BERUKEBEN...
KEMANA HILANG JANJI2 MANISMU DULU..
BERKHIDMAT PENUH SETIA PADAKU...
JANGAN KAU CURANG PADAKU BERUKKEBEN...
JANGAN KAU BIARKAN AKU MERANA BERUKEBEN...

OH MY CELCOM BERUKEBEN...
PULIHKANLAH TENAGAMU...
AGAR DAPAT MEMENUHI NAFSU ON9 KU...
JANGANLAH KAU HAMPAKAN AKU...
JANGAN BUAT AKU PUTUS ASA
KERNA TAKUT NANTI BADANKU BINASA....


:. KENAPA NUFF SEMUA TIDO HARI NI????? .:

Edit Posted by with 5 comments


Aku yang salah pintu atau salah rumah??
atau memang betui yang nuff semua tido hari ni??
puas aku berjalan dari malam tadi
semua nuff dok zzzz jer
waaaaaa... atau aku yang salah tekan ni
salah bukak ker????
waaaaa
tulunnnnnnnnn!!!!!!!
aku winduuuuu nuffffff



:. EARNING NUFFNANG DI MINGGU PERTAMAKU .:

Edit Posted by with 9 comments
Tersengeh2 aku semalam bila tgk earning dalam nuffang aku dh bergerak
hehehhehe...
mukan banyak pun... cuma rm 1.65 jer
tapi tu dah mikin semangat wat aku...
adeiii korang x de idea ke cm ne nak naikkan earning ni
hehehehhehe

Kempen

NAMA KEMPENBLOGJENISTARIKHBANDCTRJUMLAH
Celcom Blackberry Storm 2 Launch CPC LRnoieizan2uglobal_CPC12 Feb 2010 to 13 Feb 2010Global66.67%0.30
Maxis Broadband Mission Impossible CPC LBnoieizan2uglobal_CPC08 Feb 2010 to 13 Feb 2010GlobalNA0.15
Mamee Premium SMS Contest CPC SSnoieizan2uglobal_CPC07 Feb 2010 to 13 Feb 2010Global16.67%0.15
Mamee Premium SMS Contest CPC LBnoieizan2uglobal_CPC07 Feb 2010 to 13 Feb 2010Global33.33%0.15
Celcom Xpax Offpeak CPC SSnoieizan2uglobal_CPC07 Feb 2010 to 13 Feb 2010Global25.00%0.30
Celcom Broadband Sale CPC SSnoieizan2uglobal_CPC07 Feb 2010 to 13 Feb 2010Global28.57%0.30
LG Chocolate BL40 CPC SSnoieizan2uglobal_CPC07 Feb 2010 to 13 Feb 2010GlobalNA0.15
LG Chocolate BL40 CPC LRnoieizan2uglobal_CPC07 Feb 2010 to 13 Feb 2010GlobalNA0.15
RM 1.65
48.35 lagi sebelum anda dibayar!
[Anda dimaklumkan bahawa RM 1 akan dikenakan sebagai caj transaksi ke atas penebusan bayaran yang dibuat. Sila beri tempoh 30 hari mulai akhir bulan untuk bayaran anda diproses dan dihantar.]
waaaaa... mampuih aku kena kutuk ngan kwn2 aku... rm1.65 pun nak heboh2
mukan ape saje wat panas jerr hehehhehe
sape ade tips2 nak bagi earning tinggi2 meh bagi tau aku ea

Wednesday, February 17, 2010

:. SEPI ITU .:

Edit Posted by with 6 comments

Sepi itu
mengajar aku mengenali diri
mendengar apa kata hati
mencari cinta yang sejati
dalam menyusur perjalanan hidup ini

Sepi itu
menginsafkan diriku
mengingatkan ke semua kesalahan dulu
membawa aku melayari rindu
dalam mengecap semua impianku

Sepi itu
menciptakan aku dalam dunia baru
alam maya menjadi bagian dari hidupku
bak puteri yang lena beradu
aku hanyut dan aku tak mampu
menolak episod cinta datang dan berlalu

Sepi itu
membuatkan aku duduk di sini
tak ada yang menemani
kerana aku lebih selesa sendiri
bagiku biarlah aku menurut kata hati
tak mahu mengguris sesiapa lagi
tak mahu ada lagi yang disakiti

Sepi itu
dia sahabatku
dia teman baikku
dia bagian dari hidupku
dia adalah satu dengan jiwaku
untuk teman yang selalu bersamaku
jangan kau bimbang dengan sepi itu
kerna kau akan biasa dengan kisah hidupku
dan waktu itu
tak akan ada lagi kesangsianmu
yang akan datang bersama pertanyaan rindu

:. MERINTIH DALAM DIAM .:

Edit Posted by with No comments
Sebuah hati yang terluka
menangis dan merintih
walaupun tampilnya dengan senyuman
dihatinya tersembunyi seribu kedukaan
cuba untuk melangkahkan kaki
cuba untuk bangkit dari kejatuhan
tapi kesakitan itu amat memeritkan
hingga membunuh sebahagian dari kehidupannya

aku masih di sini
merenung masa depan
entah di mana aku nanti
mungkinkah sendiri atau berteman
mudahnya membahagiakan orang lain
namun tak mudah membahagiakan diri sendiri

adilkah itu
berkorban untuk kesenangan orang lain
sedangkan aku yang menanggung sengsaranya
wajarkah itu terus terjadi
atau aku harus bangun
mempertahankan diri sendiri

andai ini suratan takdir
aku redha
andai dapat membahagiakan dia
jua aku redha
andai ini memang ketentuannya
aku tetap redha

:. PUTERI SARAH & AMMAR BERGADUH DEPAN ORANG .:

Edit Posted by with 2 comments

Hai susah tui kalau dapat bf yang kuat cemburu.. tapi kalau dah cinta semua tu dh membuatkan kita jadi buta le beb..
Ni nak citer pasal pelakon muda kiter si Siti Sarah yang sedang seronot bercinta dengan pelakon lelaki kacak Ammar tu.... Semuanya gara-gara sikap cemburu Ammar yang tidak dapat
menahan amarah dan sikap cemburunya ketika sesi fotografi bersama hero filem berkenaan, Nabil di ruang legar panggung iaitu sebelum bermulanya tayangan perdana filem LU FIKIRLAH SENDIRILAH NABIL..
kerana x dapat menaham marah apabila melihat buah hatinya bergambar mesra dengan NABIL ( itupun sebab jurugambar yang ) Ammar terus jer menjerit marah kepada Puteri Sarah di hadapan beberapa jurukamera dan pihak media tempatan. wah lepas tu terjadilah sesi bertegang urat... adei... malu... malu..
Sepatutnya bila dah memilih karier sebagai seorang artis ni kenalah terima hakikat risiko yang kena terima tui x???
huhuhuhu ... apepun.... LU FIKIRLAH SENDIRI...

:. SEPAH DIBENCI MEDIA?? .:

Edit Posted by with No comments




Aikk juara terbaru Raja Lawak budak Kulai tu dibenci media??
Wahh biar betul??
setahu aku dia org tu peramah n mesra alam orangnya..
hurmmm... cam ne leh jadi cam tu ea??
Dengar citer ni semua berpunca dari satu sesi fotografi sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu..
oleh kerana mereka x hadir pada sesi tersebut pihak media tu terus je pinggirkan mereka..
tapi sebenarnya Sepah mengatakan yang mereka x tahu menahu pun pasal sesi fotografi tersebut..
adeii ni mesti kes salah faham le ni..
Buat Sepah sabar je ler yer.. bukan semua wartawan atau pihak media yang bencikan korang..
hidup orang Kulai!!!!

:. Tidur Yang Sesuai bagi Bayi dan Kanak2 .:

Edit Posted by with No comments

Pakar berpendapat bahwa kanak2 mempunyai jumlah waktu tidur tertentu mengikut perkembangan dirinya> Mari kita perhatikan bersama tempoh waktu tidur yang sesuai bagi anak2 kita :

  • Bayi Yang Baru Lahir : lebih kurang 16 jam atau lebih sehari (kadang kala sehingga 20 jam)
  • 2 Hingga 4 Bulan : Lebih kurang 15 jam setiap hari termasuk tidur sebentar dua atau tiga kali sehari.
  • 6 hingga 9 Bulan : Lebih kurang 14 jam sehari termasuk dua tau tiga kali sehari ( selalunya waktu pagi dan waktu makan tengah hari )
  • 12 hingga 15 bulan : lebih kurang 13 sehingga 14 jam sehari termasuk satu atau dua kali sehari
  • 18 bulan : lebih kurang 13 hingga 14 jam sehari termasuk tidur sebentar satu kali. Biasanya waktu pagi adalah waktu tidur.
  • 2 tahun : lebih kurang 13 jam sehari setiap hari termasuk tidur sebentar sekali sahaja.
  • 3 tahun : lebih kurang 12 jam sehari termasuk tidur sebentar satu kali.
  • 4 tahun : lebih kurang 12 jam pada waktu malam.
  • 5 tahun : lebih kurang 11 jam pada waktu malam tanpa ada waktu tidur lain.
  • 6 sehingga 9 tahun : lebih kurang 10 jam waktu malam.

:. Aktiviti Bersama Bayi Anda Membantu Perkembangan Mereka .:

Edit Posted by with No comments

Tips2 ni aku dapat dari seorang kawan yang katanya dia perolehi dari sebuah majalah... harap2 tips ni berguna untuk ibu2 yang baru melahirkan anak dan sedang mengandung...
melakukan aktiviti bersama si manja mampu memberi ruang yang baik untuk perkembangan bayi...
Meh try kita semua wat k.. selamat mencuba

  1. BARU LAHIR ( Rasai Kelembutan )
Perkembangan deria sentuh mulai meningkat. Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dgn
menggunakan pancainderanya terutamanya deria sentuh. Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembut bayi dapat merasainya.

2. SATU BULAN ( Kayuhan )

Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokkan ketika bermain dengan bayi anda. Pegang kakinya dan buat gerakan seperti basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyikan lagu mengikut rentak kakinya

3. DUA BULAN ( Bunyi )

Bunyi bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan itu. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan tangannya.

4. TIGA BULAN ( Gerakkan Objek )

Antara 2 dan 4 bulan2, bayi mampu menggerakkan tangannya. Dengan menggantungkan
objek dengan tali seterusnya ia bergerak ke sana sini, akan membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan ke kiri. Dia juga mulai boleh fokus kepada objek yg digantung itu.

5. EMPAT BULAN ( Pengenalan Kepada Buku )

Duduk bersama si kecil dan pegang buku yg menyediakan ilustrasi yg menarik dengan warna yang terang. Cara yg sama boleh digunakan pada kad imbasan. Sebutkan perkataan
dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan tersebut.

6. LIMA BULAN ( Tepuk Amai2 )

Waktu ni bayi anda baru sahaj mengenal beberapa perkataan. mungkin dgn cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria. tepuk tangan dan gerakkan badan anda membuatkan bayi berasa selesa.


7. ENAM BULAN ( Album gambar )

Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu. cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya. Masukkan sekali gambar pengasuh, jiran dan kawan anda. cara ini membantunya dia berasa selamat apabila melihat wajah2 orang yang dikenalinya.