Saturday, August 14, 2010

:. Melayan Jiwa Di Kampung Jawa, Pengerang .:

Edit Posted by with No comments



Hari ni sepatutnya cuti tapi atas sebab ada tugasan di Pengerang aku kone le keje macam biasa..
Dalam pukul 8 macam tu tayar van AADK kami dah
bergolek dengan coolnyer ke Kg Jawa, Pengerang
(cool sebab driver dia cool jer.. hehehe)

Team kami sampai di Masjid Kg Langkah Baik Pengerang dalam kul 9 lebih le macam tu..
sampai2 je makcik2 tu tengah membaca al quran lagi..
sejuk je hati mendengar mereka mengalunkan bacaan ayat suci tu..


semua berjalan dengan lancar..
terharu aku rasa bila di saat akhir program ...
mak cik2 tu pakat peluk2 kami semua.. siap cium2 pipi lagi...
aduhai tetiba teringat plak aku kat arwah mak dan nenek..
huhuhu... may be ni ler.. kan nasib anak yatim piatu macam aku..
dapat tumpang peluk mak ornag lain pun aku dah rasa cukup bahagia..

terima kasih yang tak terkata pada semua warga kampung Jawa Pengerang..
aku harap lain kali agensi kami dapat lagi bekerjasama dengan orang kampung di sana..









selepas habis program aku dan raka-rakan sempat plak memborong ketam murah di sana..
mak oi!! fresh lagi tu.. keluar dari laut..
balik je kerumah atuk aku masak ketam lemak cili api... nyum.. nyum.

ok ler.. next week banyak lagi program yang team kami kena buat..
hopely semua akan berjalan dengan lancar..
aminn.....

:. Orang Kentut Ko Marah!!.. Ko Kentut Tak Per Plak !!! .:

Edit Posted by with 5 comments

Isu Kentut ni bukan pertama kali aku tulis dalam ni..
rasnya dulu pun pernah gak..
kalau korang rajin korang godak2 le blog aku ni..

ini satu hal lagi tentang kentut ni yang selalu berlaku di sekeliling kita..
adat le kan.. kalau kentut sendiri tu rasa macam bau wangi jer..
kalau orang lain kentut mak oii siap maki2..
padahal kentut dia pun bau macam tahi gak...
(maaf bahasa agak melalut malam ni)

kenapa aku wat entry ni?
alaaaa biase le hehehehehe.. geram dengan si tutttt nii..
kalau dia kentut bau camang tak per.. kalau kita yang kentut mak oi!! melenting plak dia..
kakakkaka..

ade ke manusia yang tak kentut dalam dunia ni..
si Trumph tu pun kentut apa..
David Beckham pun kentut..
alaaaaa Siti Norhaliza pun kentut ape..
bukan pelik pun kan..

ok le kentut dari tahan2 dalam perut.. jadi penyakit tau..
kakakakakka
ape pun pesanan aku buat korang.. kalau nak kentut tu tengok dulu kiri kanan.. takut ade yang fengsan nanti.. so jaga-jaga sikit yer

Friday, August 13, 2010

:. Bila Si Gila Seks Bercerita Tentang Tutttttttttttt .:

Edit Posted by with 4 comments


Malam ni aku nak bercerita tentang seseorang yang aku kenal yang boleh dikatakan pakar le kalau bercerita tentang hubungan seks.. anak-anak kecil macam biase le yer.. jangan sesekali membacanya kalau tidak bersama penjaga anda..

Aku mengaku aku bukan seorang yang berani bila berborak dengan kawan-kawan untuk membicarakan tentang seks.. may be dengan segelintir kawan-kawan aku boleh sekali sekala bergurau... tapi bukan bercakap mengenai seks dengan begitu teliti..

Mungkin ada yang tak segan silu berhujah tentang kehebatan seks masing-masing tapi bagi aku itu semua adalah rahsia rumahtangga... rahsia yang harus di simpan oleh pasangan suami dan isteri...

Tapi berbeza dengan dia ni.. kalau bercerita mak oii... naik malu aku mendengarnya..
habis semua kisah luar dan dalam nak di bukanya..... apa dia buat malam tadi, teknik2 dia.. aduhai naik berbulu telinga ni dengar...

Sampaikan ade segelintir rakan-rakan yang kata dia ni dah macam gila seks dah.. hehehe entah ea.. tengok dia macam normal jer.. tapi bila suh cerita tentang hal2 porno atau seks ni laju je dia... siap bagi tunjuk ajar tu.. jelas dan nyata... dan masalahnya lagi apa yang di ajar tu macam tak terbayang kita nak membuatnya..... hahaha faham2 le korang sendiri...

Apapun itu hak dia lah kan... aku palka senangnya.. kalau aku ade mood nak dengar aku dengar le.. kalau aku rasa macam berbulu je aku terus blah... hahaha habis cerita... betul tak??

:. Manusia Berhati Iblis .:

Edit Posted by with 3 comments

Kenapa mesti ada manusia yang berhati iblis?? Kenapa mesti ada manusia yang luarannya nampak baik tetapi di hatinya penuh dengan hasad dengki...
heran betul aku ler...
tak habis-habis nak cari salah orang..
ade je yang tak betulnyer..

heran betul aku ler.. macam-macam hal...
masalahnya makhluk jenis ni.. bukannya dia tak ada buat salah..
banyak salah dia... tapi tak ada orang plak yang pedulikan..
tapi time orang buat salah mak oi!!!
dikorek2nyer.. sampai ke lubang cacing..

aku bukan kesah sangat dengan orang jenis macam ni..
tapi adoiii sakit mata aku...


:. Kalau Membunuh Itu Halal .:

Edit Posted by with 3 comments

Kalau membunuh itu halal..
apa akan jadi?



"


"


"

maka manusia akan hidup dengan kekatkutan..
yang kuat akan mengatasi yang lemah..
yang kaya akan mengatasi yang miskin..
yang bijak akan mengatasi yang bodoh..

so.. sebab tu lah kita di suruh jaga keharmonian sesama kita..

Wednesday, August 11, 2010

:. PAJERI NANAS ALA TENGGAROH .:

Edit Posted by with No comments

RESEPI : PAJERI NANAS ALA TENGGAROH



BAHAN-BAHANNYA


  • 1 biji nanas ( dipotong dadu dan di celur )

  • 2 tangkai cili merah

  • 2 tangkai cili hijau

  • sedikit serbuk kunyit

  • 1 batang kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 labu bawang besar



CARA MENYEDIAKAN


  • Tumis bawang besar, cili merah,kayu manis dan bunga lawang

  • masukkan cuka, garam, gula dan kacau rata

  • Masukkan nanas dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata


ni pun sonang jer.... buat jangan tak buat yer!!



:. IKAN BAWAL MASAK CUN .:

Edit Posted by with No comments

RESEPI : IKAN BAWAL MASAK CUN


BAHAN-BAHANNYA


  • 1 ekor ikan bawal (digoreng)

  • 1 labu bawang besar

  • 3 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • sedikit sos tomato

  • garam dan gula secukup rasa

  • 3 sudu besar cili kisar


CARA MENYEDIAKAN


  • Tumiskan cili keringdan masukkan bahan- bahan yang telah dikisar tadi.Tumiskan bahan2 tersebut hingga baunya naik

  • Kemudian masukkan sos tomato dan kacau rata.

  • Setelah kuah tersebut sebati masukkan gula dan garam secukup rasa

  • di dalam pinggan letakkan ikan bawal yang telah digoreng dan curahkan kuah ke atas ikan.


Resepi mudah ni sesuai untuk wanita yang bekerja.. ringkas dan mudah untuk dihidangkan.. selamat mencuba!!


:. RESEPI : AYAM SI HITAM MANIS .:

Edit Posted by with No comments

Pening esok nak berbuka ape?

meh cuba resipi ni senang jer!! meh meh....


RESEPI : AYAM SI HITAM MANIS


BAHAN-BAHAN


  • 1 kg ayam

  • 50 ml minyak masak

  • 20 gm serbuk kari

  • 20 gm lada hitam

  • 30 gm cili kering kisar

  • 200 gm kerisik

  • 30 ml kicap

  • 3 helai daun limau purut ( dihiris nipis )

  • garam dan gula secukup rasa



BAHAN KISAR


  • 5 ulas bawang kecil

  • 2 ulas bawang putih

  • 3 cm halia

  • 3 batang serai


CARA MENYEDIAKAN


  • Ayam dipotong sederhana dan dibersihkan. Kemudian di gaul dengan bahan kisar, serbuk kari,lada hitam dan cili keirng kisar

  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur tadi.

  • Setelah ayam tadi masak, masukkan kerisik, kicap dan daun limau purut.

  • Tambahkan garam secukup rasa.

  • Sedia dihidangkan.. sodap di makan dengan nasi panas


~ selamat mencuba yer!!










:. RESEPI CINTA KEKAL BAHAGIA .:

Edit Posted by with 1 comment

RESEPI ORANG BERCHINTA!!

KHAS UNTUK YANG TENGAH HOT2 BERCINTA... SILA BACA YER




BAHAN-BAHANNYA

1 tin cerita
2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan


cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

CARA - CARANYA :

Mula2 bukakan tin cerita & keluarkan isinya. Potong kedua2 keping hati & letakkan ke dlm mangkuk pengertian utk mencegah drpd pertukaran perasaan.

Tuangkan kepercayaan & pengertian. Kemudian letakkan ke dlm mangkuk perjodohan, hiaskan dgn potongan cemburu & cubitan sesuka hati masing- masing.

Campurkan tomato pengharapan & susun menjadi hiasan.

Letakkan ia ke dlm mahligai yg indah supaya ianya terhindar dr godaan.
* Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dgn persefahaman kedua2 belah pihak keluarga.

Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua2 keping hati.

Masanya: Darah Muda

Resepi ini boleh dicuba bila2 masa shj asalkan cukup bahan2nya.


:. Lelaki Mesti Baca!! Sebagai Pengajaran .:

Edit Posted by with 2 comments

LELAKI mesti baca ni yer!
untuk pengajaran buat kamu2 yang kononnya nak tubuh badan yang sasa..



tengok le mamat tu..
ntah pil ape dia telan untuk membesarkan ototnya..
then apa yang jadi..
ceh!!!!

:. Mama... akim nak puasa tapi... .:

Edit Posted by with 1 comment
Perkara yang selalu kaum wanita tension kan bila bulan puasa ni adalah
ni kalau aku le yer...
aku tension yang mengejutkan suami,anak dan adik-adik untuk sahur..
huhuhu besar tanggungjawab anak sulung, isteri dan ibu ini..
macam2 karenah mereka nak bangun sahur ni..

ade tu yang kita ingat dah bangun..dah siap duduk dah bila kita kejut..
tapi tunggu punya tunggu kat meja makan tak sampai-sampai rupa-rupanya dia menyambung tidor semula... cehhh...

ni tadi pagi aku kejut Akim..
anak sulungku yangberusia 6 tahun..
liatnyer nak bangun sahur..
mula kelat2 je kat meja makan..

pas tu soalan dia tanya..
"mama, akim nak puasa.. tapi.. kalau puasa dapat ape ea?" ish ish dah namanya budak2..

so aku pun jawab,
" kalau puasa dapat le baju raya n kasut raya.. kalau x pose, x payah le pakai baju raya yer"

hehehehe..
ugut le plak..
tak pelah biar dia belajar dulu..
dapat setengah hari pun ok ler

:. Campak Anak Kerana Dadah.... SYAITAN!! .:

Edit Posted by with 6 comments

Kerana Dadah lelaki Syaitan ni sanggup nak mencampakkan anaknya sendiri..








nasib baek anak tu dapat diselamatkan!

Tuesday, August 10, 2010

:. Wanita Lalok Tahap Gaban Telan 3 Tiub Heroin .:

Edit Posted by with 1 comment
Seorang wanita
lalok tahap gaban bila dia menelan 3 tiub heroin






ni semua gara-gara nak elak dari di cekup AADK ler..
gara-gara takut di tangkap si wanita ni nekad le plak telah 3 tiub heroin..
dari apa yang aku tahu, semasa wanita ni di tahan dia tengah mencari pelanggan..
kira dia ni pengedar kecil2 lan ler..
nasib baik tadi mati hehehe

ape pun kalau korang nak tahu lebih lanjut meh baca sini yer -----> klik

:. Ecstasy .:

Edit Posted by with No comments

ecstasy..

pil goyang!!..



kalau tengok dia punyer rupa memang menarik..
tapi sebenarnyer..
huhuhu

ape pun
"Belia Benci Dadah"

:. Cara- Cara Membuat Dadah .:

Edit Posted by with 3 comments

Hari ni aku diarahkan untuk wat satu projek..
( act bukan ari ni.. dah banyak ari gak arahan ni kuar hehehe )
cara- cara membuat dadah atau dengan kata lain cara-cara memproses dadah !!

"

"

"


"



"

wah gempak semacam je arahan ni kan..
hehehe sebenarnya aku dia arahkan untuk design satu project berkenaan dadah..
ade ke suh wat dadah..
hahaha..
poning kepala gak ni kumpulkan bahan..
ade sape leh tulun aku?