Sunday, January 16, 2011
Yang Pelik Itu Manis
Edit Posted by noie with No commentsYang pelik itu manis..
hhuhuhu..
apa maknanya tu..
ntah ea..
hanya yang memahami dapat faham maknanya..
kekeke...
apa le agaknyer maknaya tu..
aku pun terkedu jugak bila mendengar ungkapan tu..
YANG PELIK ITU MANIS
hahahaha..
ntah ape maksud si penyampainyer..
ok ler..
sape ade jawapannyer sila bg tahu aku yer..
aku pun tengah mencari2 jawapannya ni
Saturday, January 15, 2011
:. Gambar Majlis Pernikahan Rebecca .:
Edit Posted by noie with 4 commentsFriday, January 14, 2011
:. Uji Bakat AF9 Secara Online .:
Edit Posted by noie with 3 comments
Kalau dulu nak ujibakat AF ( Akademi Fantasia )
ke main le payah sekali..
siap beratur panjang2 sekali...
sekarang ni yang terbaru
( may be aku dh terlambat )
dapat tahu ujibakat AF9 dibuat secara on9..
ni yang aku baru baca dari Murai ler..
Cara-caranya mudah sahaja..
Anda boleh menghantar video uji bakat anda secara menerusi langkah- langkah dibawah:
- Pilih lagu yang di senaraikan di laman web ini.
- Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
- Muat naik video anda di www.youtube.com
- Muat turun borang uji bakat yang terdapat di laman web ini.
- Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda keakademifantasia@astro.com.my
- Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
- Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
- Tempoh uji bakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011
Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.com.my
Syarat uji bakat:
1. Peserta lelaki dan wanita
2. Umur 18-45 tahun (pada Januari 2011)
3. Terbuka buat warganegara Malaysia, Singapura dan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.
sape2 nak cuba silalah yer..
:. Fasha Minta Maaf Dah .:
Edit Posted by noie with 3 comments
Masih hot lagi isu gambar Fasha Sandha berbikini..
tu ler.. pengajaran buat semua kan..
malas nak komen banyak..
apepun bagus gak le dia dah mengaku dan mintak maaf..
Salam utk peminat yang saya kasihi.Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Gambar ini telah tersebar luar dalam blog2 internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman facebook miliknya.Saya amat kesal dengan perbuatan saya. Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan.Pls accept my apology.Thank You.
p/s : pernah gak berbikini dalam mimpi... kakakaka
:. Entry Blur .:
Edit Posted by noie with 1 commentAku sedang Blur..!!
blur untuk berfikir..
blur untuk menulis..
blur untuk berbuat apa2...
so blur..
"
"
"
sat2 nak hilangkan blur dulu...
away....
Tuesday, January 11, 2011
:. Doa Untuk Qistina .:
Edit Posted by noie with 16 comments
surgalah tempatnya...

Sejak semalam aku dah dikejutkan dengan berita kematian dan tragisnya pemergian
arwah adik Qistina..
bukan soal penderaan dan kematian itu sahaja yang buat aku terkejut..
tetapi soal siapa yang disyaki melakukannya..
aku mengenali beliau ( bapa Qistina ) sejak zaman persekolahan lagi..
sesungguhnya aku sangat terkilan dan sedih dengan apa yang terjadi..
Pizan dulu seorang yang kelakar dan ramah tak sangka plak aku kalau dia yang melakukannya..
tapi entahlah biarlah undang2 yang menentukannya..
buat Aquilla kak noie doakan adik sabar dan tabah menghadapi ujian Tuhan ni yer..
Tuhan ternyata lebih menyayangi arwah..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
semoga arwah adik Qistina sentiasa di cucuri rahmat dari Allah..
Amin...
:. Felt Craft untuk Iman .:
Edit Posted by noie with No commentsMonday, January 10, 2011
:. FB Akan Ditutup .:
Edit Posted by noie with 1 comment
Fb akan di tutup
itu yang sedang hangat diperkatakan di sini..
member ofis pun ade dapat mesej tu tadi..
"
'
"
ini antara maklumat yang aku baca..
macam-macam le orang kata..
ada yang kata semua tu penipuan semata-mata..
ada yang sedih dan berduka bila dengar yang fb akan ditutup..
ada plak yang kata baguslah kalau tutup..
kuranglah masa dari menghadap fb ni hari-hari..
aku ok jer.
sebab aku bukannyer kaki ber facebook sangat pun..
kan blog ade.. kan kan..?
katanya fb nak tutup bulan mac nanti..
kita tengok ajer lah yer..
tapi macam pelik je bunyiknyer kan??
dan untung banyak2 tetiba nak tutup plak..
kekekkee...
kita tgk jelah nanti..
adiosss!!
Friday, January 7, 2011
:. Contest Si Comel Bergaya .:
Edit Posted by noie with 6 comments
syarat-syarat penyertaan:
1.terbuka kepada warganegara malaysia yang ada blog + anak + berumur x lebih 3thn.
( ade blog... ade anak... baru 9 bulan.. )
2. masukkan/senaraikan blog2 di bawah (blog tuan rumah dan blog2 penaja) di dalam bloglist anda:
( telah selamat diletakkan )
2. buat entry khas utk CONTEST "SICOMEL BERGAYA"
( beres ... )
3. tepekkan skali banner di atas di entry dan juga sidebar blog
( beres.. )
4. tepekkan juga gambar (1 keping ) sicomel bergaya anda (aksi bergaya) :-gambar asal yg x beredit ya
( beres.. tanpa edit tau )
5. nyatakan nama dan tarikh lahir anak
( Nur Farisya Syafyra Bin Faizhar )
(30hb April 2010)
6. tinggalkan link anda di entry ini sahaja
( beres )
tarikh tutup penyertaan :
31 JANUARI 2011
NUR FARISYA SYAFYRA BINTI FAIZHAR
9 bulan
:. Contest Wanita Inspirasiku .:
Edit Posted by noie with 3 comments
Sewaktu berblogwalking pagi ni..
tiba-tiba terjumpa satu contest yang seolah-olah memanggil untuk aku turut serta..
bukan sekadar kerana mahukan hadiahnya ..
tetapi kerna aku sukakan tema kontest ini ..
WANITA INSPIRASIKU
bukan selalu dapat peluang untuk aku meluahkan segala rasa dan isi hati terhadap insan ini.. yang menjadi bunga dan inspirasi di hati..
Wanita yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah ibuku sendiri
Puan Asnah Binti Mat
seorang wanita sederhana dan bukanlah dari golongan orang berada namun hatinya sentiasa ceria.. senyum dan tawanya menjadi teman setia kami 6 beradik dari kecil hingga dewasa.. kadangkala riuh rendah seisi rumah dengan suaranya memarahi kami ...
maklumlah 6 orang beradik ini punya kenakalan yang tersendiri...
Namun mak jarang sekali memukul atau mencubit kami..
hanya suaranya sahaja berteriak menakutkan kami berenam..
hehehe kadangkala lucu juga bila memikirkan semua kenangan itu..
seolah semuanya baru sahaja berlalu...
Mak sangat pandai mengait..
dari alas meja hinggalah ke cadar katil mampu mak kait..
tapi sayang tiada di antara kami yang mengikut jejak mak...
mak pandai memasak..
masakannya menjadi pengubat segala rajuk dan marah kami...
mak juga pandai menjahit..
baju-baju raya kami dijahit dengan tangannya sendiri..
Mak kami tidurnya lewat setiap hari..
bangunnya awal setiap pagi..
jarang sekali kami bangun pagi tanpa sarapan di atas meja..
jarang sekali kami pulang dari sekolah tiada makanan tengahhari di dalam tudung saji..
makan malam pula tidak pernah sekali lewat terhidang...
Namun kini mak tidak lagi bersama kami..
dipenghujung tahun 2007 mak dan abah terlibat dalam kemalangan..
dan kemalangan itu telah meragut nyawa mereka..
mak pergi sewaktu aku baru sahaja 4 hari melahirkan anak keduaku...
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa remuk hatiku di saat itu..
Teringatkan hasrat arwah mak yang mahu menjaga aku sewaktu dalam pantang...
mulanya aku lemah..
lemah untuk meneruskan hidup tanpa mak..
namun apabila kupandang anak yang baru kulahirkan itu..
aku sedar.. yang aku perlu kuat..
aku perlu jadi kuat sekuat mak...
kalau aku jadikan mak sebagai wanita inspirasiku..
aku jua mahu anakku menjadikan aku wanita inspirasinya ..
aku mahu sekuat mak demi meneruskan perjalanan hidupku..
Aku tak punya banyak gambar mak untuk dikongsikan bersama kalian..
hanya sekeping foto yang selalu jadi peneman..
Kini 2010 telah berlalu..
namun seperti tahun-tahun yang lalu...
mak tetap menjadi wanita inspirasiku...
Semoga Allah mencucuri roh mak ...
Mak.... walaupun mak dan tiada lagi namun mak tetap dan akan terus menjadi
WANITA INSPIRASIKU
hingga bila-bila..
p/s : inilah dia hasil nukilanku untuk tatapan semua, harap menepati kehendak penganjur..
untuk siapa yang nak joint leh cuba nasib anda ...
klik sini untuk yang berminat : Gadis&Wanita
tarikh tutup hingga 20hb Januari 2011
dan nak tag contest ni pada dua orang
1. She
2. Tatod
:. Kamera Digital Apa Yang Paling Bagus? .:
Edit Posted by noie with 5 commentsErmm..
niat hati tahun baru ni nak beli satu kamera baru..
x kisah le..
jenama pun janji baguih..
tpi tak tahu ler apa yang bagus..
korang ade cadangan x?
budget mesti bawah RM1000 ...
sape ada cadangan meh le bagi tahu yer...
:. Virus Fonsex Melanda .;
Edit Posted by noie with 4 comments
Sebenarnya isu Fonsex ni bukan perkara baru..
benda ni dah lama berlaku..
cuma mungkin ramai yang tak sedar jer..
sebab yang melakukannya tidak dalam terang-terangan..
apa itu FONSEX?
atau menggunaka telefon untuk melampiaskan nafsu sex??
ermm.. bagi yang dah tahu tu..
tak payah le aku perjelaskan..
bagi yang tahu tu..
better x payah tahu..
cuma bila aku baca di forum2 seram sejuk rasanya..
bukan golongan dewasa sahaja yang melakukannya...
malahan dari golongan awal remaja jugak..
ini lah yang kita takutkan..
ermm..
puas sangat ke??
dengan lakukan fonsex ni??
entah le ea..
manusia ni laen2 kehendaknya..
apapun untuk kita yang punya anak-anak atau adik2 ni kenalah selalu perhatikan mereka..
takut terjebak dengan benda2 tak senonoh macam ni..
Thursday, January 6, 2011
:. Keputusan Final Kontest Gambar Paling Lucu .:
Edit Posted by noie with 4 commentsOk hari ni aku nak umumkan
keputusan bagi kontest gambar paling lucu..
setelah dibuat kiraan undian anda
noie telah temukan pemenangnyer
"
"
"
ni ler..
siap aku print tu..
semua comment undian tu..
so pemenangnyer ialah
"
"
"
"
TATOD gambar No 2
leh terjah entry dia kat sini
untuk cik tatod sila hubungi saya untuk penghantaran hadiah k!!
tunggu kontest selanjutnya selepas ini
adiosss!!!!
Wednesday, January 5, 2011
:. Daphne Iking Dan Kisahnya .:
Edit Posted by noie with 6 commentsDAPHNE IKING VS RYANN VS DARREN


Isu kes anak Pengacara dan pelakon terkenal yang cantik molek Daphne Iking yang dikatakan berlaku curang dengan suaminya rasanya korang semua dah tahu..
cuma nak citer kat sini yang Daphne Iking akan mengacarakan satu rancangan bual bicara
di ntv7 bertajuk BELLA ...
Berita mengenai Isobel anak perempuan Daphne yang disahkan tidak memiliki DNA suaminya iaitu Ryann amat mengejutkan kita semua..
dan Ryann dah pun memfailkan saman kepada Darren teman lelaki Daphne tu ...
ermm kes curang le ni kan..
habis kantoi...
yang terkejutnya Ryann siap ade bukti email2 cinta dan perbualan Daphne dan Darren ..
Rasa-rasanya anak si Daphne ni dah besar jugak kan..
ermm berapa lamalah tu agaknya si suami di tipu..
tak pe lah..
pengajaran untuk kita semua ni k...
Subscribe to:
Posts (Atom)



