Sunday, April 17, 2011

:. Cute Pink With Flower .:

Edit Posted by with 2 comments

Hehehehe pinjam gambor ni dari pn azu..
saje nak simpan gambar ni tuk jadi kenangan..
cutekan headband yg nadhila pakai tu..
sape yang nak leh oder di fb saya atau email k..
muahhhh!!!
Cute Pink With Flower!

Saturday, April 16, 2011

:. Felt Craft Class Hanya RM15 .:

Edit Posted by with 1 comment
Pada 24hb April 2011
Rumah Komuniti di , Kompleks Penghulu KG Batu Ampat, Kota Tinggi
akan mengadakan Kelas Asas Felt Craft untuk penduduk setempat di situ..
tetapi masih ada kekosongan , jika ade sesiapa yang berminat leh le hubungi
PN Norhashiela di
princess_eila86@yahoo.com or FB Sheila Mistletoe
atau di noiecraft@yahoo.com or fb eisya craft

seeloknya jangan lepaskan peluang ni tau..
sebab sepatutnya yuran class rm50 tapi ni dapat tajaan skit tu yang murah..
kekosongan pun terhad..
sape daftar dulu dia le dapat..

Hubungi mereka secepat mungkin yer!!!


aku kata : tolong promote dpt free tak?? hehehhehee


Friday, April 15, 2011

:. Remaja Ketagih Hidu Dakwat Pen Pulak .:

Edit Posted by with No comments
Belum habis kisah hidu gam..
sekarang ade plak berita remaja hidu dakwat pen..
hampeh betul ler..
terkejut bila baca KOSMO ONLINE tadi pagi..
meh kita kongsi sama apa yg telah aku baca..



REMAJA kini melepaskan gian dengan menghidu pen marker.– Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.

Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.

“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.

Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.

Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan bahan mengkhayalkan.


aku kata : nak ambik kesempatan ucapkan tahniah pada pegawai kat ofis aku ni yang dapat anugaerah cemerlang AADK 2010

Thursday, April 14, 2011

:. My Sweet Memory Contest .:

Edit Posted by with 30 comments







Di pagi yang syahdu ni tetiba hati teringin plak nak wat kontest ni..
almaklumler dah lama sangat tak buat kontest..
then hari ni tetiba rasa terbuka hati nak buat.. memandangkan hadiahnya sudah ade depan mata..
so tak sabar le nak bagi kat insan bertuah ni..
act ini adalah sempena menyambut
BIRTHDAY PUTERIKU EISYA KE - 1 THN pada 30hb april nanti

" MY SWEET MEMORY CONTEST "


haa.. itulah nama kontest tuk kali ni..
Macam mana nak joint??
Senang jer..

Syarat-Syaratnyer :

1. Merupakan follower bagi kedua-dua blog http://noieizan.blogspot.com/ dan http://eisya-syafyra-craft.blogspot.com/

2. Sudah 'like' FB 'noieizan'.

3. Sertakan satu gambar yang korang rasa merupakan korang punyer sweet memorymoment ler kan. Then citer le serba sedikit pasal gambar tu... ( sikit je tau )

4. Letakkan Banner di atas pada entry dan juga sidebar blog anda. Tinggalkan link blog nipada entry tersebut.

5. Tag pada 3 orang sahabat tercinta.

6. Tinggalkan link anda pada entry contest ini jika sudah joint..

7. Tarikh tutup penyertaan pada : 25hb mei 2011


OK kawan2 ku tersayng itu sahaja..
oh yer lupa nak tau ea hadiahnyer ape?

ok kalau nk tau hadiahnyer aper sila tengok di bawah ni yer..





comey tak??
so kalau nak meh joint yer..
SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, April 13, 2011

:. Nak Buat Kontest Lagi .:

Edit Posted by with 1 comment
Hadiah dah ade...
tapi tengah fikir nak buat kontest ape..
ermm..
agak-agak ape yg sesuai ea..
sempena Birthday Eisya ke - 1 thn tak lama lgi..
ermm..
fikir.. fikir..

Tuesday, April 12, 2011

:. Id Holder Felt Order Dari Ain .:

Edit Posted by with 4 comments
( tolong abaikan gambr yg ade muke mak cik cute tu ea.. saje nk try hehehe )

Ini first time aku wat Id Holder ni..
tq pada Ain sebab order dari sis ea..
so sebagai order yg pertama so biaserlah dia dpt harga special hehhee

so mintak maaf ain sebab mungkin ade kekurangannyer yer..
so untuk itu sis bg Ain satu brooch Kuih semperit hehehehe..
( nanti tolong sis promote2 skit ea hahahha )



:. Brooch Kuih Semperit .:

Edit Posted by with No comments

lagi sekali insan ini jadi model brooch aku..
kebetulan yer Cik Puan MAz..
hahaha maz mesti bising tgk muke ni lagi jadi model..
nak wat cm ner.. dh time aku nk snap gambar je dia pun muncul hehehhe

hehehe sweet tak?
hubby aku rasa mcm nk makan je dh mcm biskut dh hehehe..

harga dia murah jer k..
kalau mata manik tu RM2.50
kalau yg mata batu tu RM3.00
kalau berkenan baik order secept mungkin hehehhe selagi aku tgh ade mood ni..

tapi skrg ni tgh nk siapkan order dri org jauh kt selangor tu..
dia order key chain..
then ade lagi order dri member2 yg tgh tggu design dri dia org..
layanzzzz...

Monday, April 11, 2011

:. Penggantung Dinding Felt Craft Order By Kak Jaliah .:

Edit Posted by with 1 comment
SEbenarnya semalam lagi dah siap benda ni..
cuma baru hari ni sempat masukkan dalam blog..



Order dari kak jaliah ni kahs tuk beday anak dia si Hanis Sofea..
yang ke 13 thn tak silap aku..
harap-harap dia suka le yer..
esok aku akan hantar pada dia..

suka dengan sudut hujung ni yang macam taman bunga dan rama2 hehehe




kat bawah tu ade tulis nama
" ummi dan luqman"
so sweet!!

:. Brooch Dan Hairpin Flower .:

Edit Posted by with No comments

sempena cuti2 malaysia hari ni..
dan setelah siapkan orde dari kak Jaliah tuk beday anak dia..
tangan gatai godeh2 kain felt lebihan tu..
dapat le buat hairpin tuk eisya satu
then satu lagi buat brooch yang leh aku gunakan esok tuk melaram pi keje hehehe..


brooch pin tu baru 1st time aku buat..
ok x ea?
kekekkeke sesaje.. x de keje..

:. Resepi Apam Polka Dot .:

Edit Posted by

( gmbr sedekah dari google sebab sy lum wat lagi hahahha)





Tengah hari tadi tgk siaran Wanita Hari Ini, dia ade le tunjuk cara buat Apam Polka Dot, tetiba hati macam tertarik je nak try.. tu yang usha resepi apam polkadot ni, nampak macam senang je kan.. pstu cute le plak..

sebenarnya ade perasan orang jual apam polkadot ni kt dalam fb, member jugak..
kalau korang sekitar jb nak order leh le cari dia kat fb nama dia "azuka amz ".. haa leh order dengan dia yer.. sorang lagi member aku ni ambik tempahan kek jugak cuma dia lebih pada cupcakes fb dia "tatod best"

apepun korang jangan nak tempah dengan aku benda apam polka dot ni sebab aku baru nak try.. karang takur keracunan plak hahahahah.. ok jom.. jom ke dapur dan buat
Apam Polka Dot ni.. kalau malas kita beli je hehehhe


Bahan:


3 biji telur sejuk ( dr peti ais )
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar (guna santan pon boleh)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry atau ape saje mengikut citarasa
Pewarna ( gunalah dalam 4 jenis warna )



CARA MEMBUAT


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag kalau tak pun leh guna palstik yg bersih

4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas

5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..\

6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan ( kalau guna colour putih tuk dot lebih sesuai untuk semua jenis warna )

Friday, April 8, 2011

: Nasi Goreng Made From Shiela .:

Edit Posted by with 1 comment
memang pedas.. memang lazat..
sungguh menyelerakan..
bukan senang tau nak rasa si Sheila ni masak!!

she len kali bawak lagi.. banyak skit..

:. Jemput-JEmput Ikan Bilis DAri Ibu Yazid .:

Edit Posted by with 1 comment
Sedap betul jemput-jemput ni!!
macam tak cukup je kita orang ni...
pandai sungguh mak abg yazid masak..
abg yazid len kali bawak lagi k!!

:. Bubur Kacang Istimewa Dari Rohan Syahreel .:

Edit Posted by with No comments
Suka tak makan Bubur Kacang??
Hari ni kat opis aku mcam ade pesta makanan.. macam2 jenis ade...
menu utama adalah BUBUR KACANG
kenapa aku kata menu utama sebab ni le yang paling banyak tadi!!
kekekekeeke



Nilah Chef untuk bubur kacang..
untuk pengetahuan korang ROhan ni memang pandai masak..
dia le yg bagi inspirasi kat budak2 opis ni bawak bekal hari-hari... hahahaha

NI le model jemputan tuk hari ni..
tengok tu si Zura siap dapat biskut dari rohan!!


Sodap!!!

Thursday, April 7, 2011

:. Jemput-Jemput Manis Made From ZURAJEHA .:

Edit Posted by with No comments
Tengok betapa seleranya Rohan melantak jemput2 manis zura di pagi hari..
jangan tak caya tau Zura masak..
bakat terpendam ni ha!!



Sedap sangat ke ROhan OI!!


Zura yang bangga dengan hasil tangannya..
terharu sungguh rasanya kami yang melihat..

Inilah jemput-jemput manis tu..
amacam nak try tak??



Wednesday, April 6, 2011

:. Doa Buat RIFA .:

Edit Posted by with 7 comments

Petang tadi dapat satu mesej dari Ayu..
yang mengatakan anak saudaraku Rifa semakin tenat di HSI Johor..
mungkin aku tak pernah tulis dalam blog ni tentang kisah sedih penderitaan
Rifa anak kecil yang hanya berusia 3 tahun..
menderita kanser saraf sejak kecil lagi..




so malam tadi aku dan suami
eca dan suami
dan yan ke HSI..
di wad 8c katil 27
kami semua dibenarkan masuk sebab dapat kebenaran doktor memandangkan keadaan Rifa yang semakin tenat..
melihat tubuh kecil itu terbaring lemah sungguh menyedihkan..
mula-mula aku cuba menahan air mata..
tetapi apabila mendengar suara anak kecil itu merintih dan merengek terasa sayu ..
aku lihat si ayah disebelahnya mengusap anaknya dengan seribu satu perasaan sedih di hati..
si ibu terduduk lemah di kerusi..

Ya Allah betapa berat agaknya penderitaan yang mereka sekeluarga tanggung..
rasanya kesedihan yang aku rasa tak sama berbanding dengan mereka..


melihat tubuh badannya yang lebam sana sini..
perutnya semakin membuncit..
tubuhnya yang kurus kering..
tambah sedih melihat salur kencing buat aku tambah sedih..
kencingnya berdarah..
Ya Allah entah bagaimana kesakitan yang beliau rasakan..
kata doktor kanser tu dah merebak ke seluruh tubuhnya..
sudah tiada apa yang mampu dibuat..

pada awalnya aku nak mengambil gambar..
tapi tak sampai pulak rasa di hati..

tiada apa yang mampu kita buat selain sama-sama mendoakan kesejahteraan Adik Rifa..
kami sayang kamu Rifa..
namun kami pasrah dengan semua ketentuan Tuhan..
maafkan Auntie sebab tak dapat menahan air mata tadi..
Auntie sayang kamu Rifa..
dan kami tetap doakan kamu..
Amin..