ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP
Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.
Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri.
Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut.
Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam tadi. - BERNAMA

*** yang ni satu lagi petikan mengenai Rusuhan Di Puspen Muar dipetik dari Bernama ***
0 comments:
Post a Comment