Tuesday, May 18, 2010

:. Anak2 Zapin Tenggaroh 6 .:

Edit Posted by with No comments

Mesti ada yang kata.. wah.. wah .. lagi2 citer pasal tenggaroh... hehhehe
mesti ler... dah ni kampung aku.. kalau bukan aku yang citer sape lagi nak citer tul x?..
saje aku wat entry ni tuk masukkan gambar budak zapin Tenggaroh 6 punyer...
gambar ni aku ambik masa majlis nikah adik aku hari tu...
budak2 ni pun anak2 buah ayu...
kiranyer si ayu ni jurulatih dia org ni ler...
tima kasih diucapkan tuk semua adik2 ni..
dan korang tu kalau berminat nak jemput dia org berzapin leh le hubungi aku...
cewahhh... tapi setakat duk area Tenggaroh ni le yer..
jauh2 den tak larat... huhuhu





p/s : berzapin di halaman rumah aku jer.. nasib bek laman rumah aku ni lapang... tq all...

:. TENGGAROH 6 : Kawan Lama Maut Dalam Kemalangan .:

Edit Posted by with 4 comments
Tenggaroh 6 : Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita yang seorang kawan sekolah aku dulu telah ditimpa kemalangan dan telah meninggal dunia.
Beliau ialah Hairul Rizan Bin Hamid yang tinggal sekampung ngan aku di Felda Tenggaroh 6 ni..
sebenarnya dah lama aku tak jumpa dia..
ade jugaklah dulu terserempak dengan dia beberapa kali..
last aku ingat dia masa tu dia ngan mak dia bawak anak sedara dia datang rumah aku berurut dengan arwah nenek.. pas tu aku tak jumpa dia lagi...
punca kemalangan aku tak berapa nak pasti.. tapi menurut adik aku yang pergi menziarah di hospital Kulai dimana jenazahnya di bawa, beliau menunggang motosikal, dan apabila di jumpai di Kempas beliau telah pun meninggal dunia dan kemudian mayatnya di bawa ke Hospital temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulaijaya..
dan sekarang kaum keluarga dan jiran tetangga masih menunggu jenazah di bawa pulang ke tenggaroh 6.. untuk disemadikan di sini..
Marilah kita sama-sama sedekahkah al Fatihah kepada roh beliau agar rohnya di tempatkan di samping orang2 yang beriman... aminnn...

Sunday, May 16, 2010

:. Sorry Akim... Luv U So Much Dear .:

Edit Posted by with No comments

petang tadi anak aku yang sulung si akim duk tanya aku...
"mama... mama dah masukkan gambar akim masa pertandingan bercerita hari tu dalam laptop mama ke belum?"
adeiii terkedu aku bila dengar soalan dia tu..
man ataknyer... aku lupa.. sungguh2 lupa... almaklum le sibuk ngan baby baru ni
sorry ea Akim... ok sekarang mama masukkan...
25hb april hari tu Akim ade masuk pertandingan bercerita di Mersing,
alhamdulillah akim dapat tempat ketiga...
suka le dia dapat hadiah... pastu aku pun ade bagi dia hadiah lagi..
then adik aku plak belanja dia KFC... seronok tui dia..


bergaya le dak akim ni dgn hadiah dier..



alahai dak iman ni... orang sibuk bertanding dia sibuk makan plak huhuhu


sukanya akim dapat hadiah.... tahniah... akim...


akim bercerita dengan tajuknya " KUPU2 YANG MALAS"

suka le tu ... bergaya le dia ngan kepak rama2 dia tu


anak yang masuk pertandingan mama ngan ayah dia yang berdebar-debar


ni le pantas dia... sempoie jer.. lukisan tu aku yang wat... bungan ngan pagar tu cikgu akim yang sediakan...

:. CIS!! DASAR LELAKI HAMPEH!! .:

Edit Posted by with 1 comment

Korang ade baca tak satu entry aku yang dulu tajuk pasal kawan aku yang dalam proses nak bercerai tu?? ermm may be ada yang x baca ... so kalau nak baca klik sini k...
aku baru dapat tahu yang mereka dah pun bercerai di mahkamah... kesian kawan aku tu..
masa dia cerita ngan aku... dia x menangis tapi hati dia.. siapalah yang tahu kan??
yang aku geram tu... dah le dia ceraikan bini dia pastu dalam mahkamah dia kata x sanggup bagi nafkah kat kawan aku dengan anak dia..
sepatutnya dia kena bagi rm300 untuk anak dia dan rm300 juga untuk kawan aku semasa dalam edah je ler... untuk anak tu kena le bagi sampai dia besar..
si jantan ni leh kata dia x setuju..
dia cuma nak bagi anak dia jer.. itupun cuma rm100 je sebulan..
ADE KE PATUT???
si anak tu baru 2 tahun lebih jer.. masih menyusu.. masih pakai pampers..
100?? cukup ke untuk menampung kos hidup anak tu..
ibunya cuma mengambil upah jahit baju...
kesian aku tgk kawan aku tu..
dia memang cukup sabar orangnya..
yang tambah menyedihkan sekarang ni anak dia plak demam..
demam panas plak tu... bila dia bagi tahu bekas suaminya tu asyik kata bz jer..
ishh... dasar lelaki kan... sekarang dia memang bz.. bz agaknya nak siapkan persediaan perkahwinan dengan awek dia tu..
maaf le lelaki2 di luar sana... bukan semua lelaki macam tu..
dan kalau boleh kita semua elakkan ler yer..
untuk kawan baik aku ni aku harap dia sabar dan tabah..
kuatkan semangat... ni semua dugaan tuhan...
aku tahu ko kuat k :)

Saturday, May 15, 2010

:. Meh Tengok Rahsia Tarikh Lahir Anda .:

Edit Posted by with 4 comments

p/s : ini semua hanya sekadar bahan bacaan sahaja k... jangan le korang percaya dan taksub sangat... juz 4 fun je ni.... layannnzzzz...



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

:. SAJAK GURU OH GURU : USMAN AWANG 1979 .:

Edit Posted by with No comments


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




P/S : jasa guru tiada tandingannya.... hargailah guru anda... tanpa mereka siapalah kita... :)

:. ADE SESIAPA KENAL CIKGU NOOR HABSAH BINTI KASDI?? .:

Edit Posted by with No comments
cikgu NOOR HABSAH KASDI..
satu nama yang x mungkin dengan mudah aku lupakan..
dia guru yang mengajar aku masa sekolah rendah..
masa tu felda Tenggaroh 6 ni masih miskin lagi dengan pembangunan..
tapi selepas tu kami berpisah..
cikgu kesayangan aku ni berpindah ke Muadzam Shah..
masa tu aku menangis giler.. mana x nyer.. aku memang sayang sgt dengan cikgu Habsah ni...
kadang2 aku siap tido rumah dia lagi..
aku masih dapat bayangkan lagi bagaimana rupa cikgu habsah..
pada awal dia berpindah ada juga kami berutus surat.. pas tu lama kelamaan kami dah lost contact..
sempena hari guru pada tahun 2010 ni aku berharap sangat dapat jumpa dengan cikgu kesayangan aku ni... tapi aku x tahu bagaimana caranya...
ni ler yang aku mampu buat.. manalah tahu ade sesiapa yang diantara korang yang kenal cikgu Habsah dapat le hubungi aku segera yer..
tq all my frenz... selamat hari guru..

:. Selamat Hari Guru Tuk Semua Guru2 Di Malaysia .:

Edit Posted by with No comments

Sempena menjelang Hari Guru ni aku nak jugak le ucapkan selamat hari guru tuk semua guru2 di bumi Malaysia ni..
terutama sekali buat semua guru2 yang pernah mengajar dan mendidik aku selama ni..
( ceh.. macam le dia org baca blog aku yang hampeh ni )
tapi nenek aku pernah kata... guru ni bukan le yang setakat mengajar kita di sekolah tu.. tetapi sesiapa sahaja yang memberikan kita ilmu mahupun banyak atau sedikit.. orang itu layak kita panggil guru... so maknanya ramai le guru kita secara x sengajanyer di bumi Tuhan ini.. ermmm nak citer pasal pengalaman hari guru ni.. teringat plak aku masa aku sebelum kerja dengan gov sekarang ni..
berapa tahun aku mengajar di tadika swasta.. yang majoritinya pelajar berbangsa china..
kalau time hari guru ni memang meriah... macam2 hadiah aku dapat sampaikan x cukup tangan nak bawak balik..
seronok sangat..
antara hadiah2 yang best yang pernah aku dapat macam bunga ros hidup, teddy bear dan yang paling best sekali tu ade parent yang bagi hadiah buah durian sebab masa tu tengah musim durian... hehehe
tapi sebenarnta bukan hadiah tu yang cikgu2 ni harapkan... cukuplah dengan sekadar ucapan pun dah memadai... bukannyer selalu kan.. setahun sekali jew..
tapi sekarang ni aku dah bekerja di AADK.. mana le nak sambut hari guru lagi..
kalau dulu murid2 aku tu pelajar2 tadika tapi sekarang murid2 aku ni kiranya penagih2 dadah... adei... x de le plak dia org datang bagi ucapan hari guru.. hehehe..
ape pun ni pengalaman aku pada hari guru... korang plak tentu ade pengalaman masing2 kan..


:. Baik Mati Jer Kot .:

Edit Posted by with 2 comments

Wahh.. x tahan tengok tajuk entry ni...
cakap macam orang dah x de pedoman..
tapi ungkapan itulah yang selalu diucapkan oleh orang2 yang dah putus asa...
ermmm termasuk le aku... kadang2 ler..
tapi copat2 le insaf n sedar semula..
Allah x suka kepada orang yang mudah putus asa betul x?
Tak tahu le kenapa dengan aku hari ni...
down sangat2... may be ni memang peel orang dalam pantang kot..
berangin je.. sensitip plak tu..
x leh orang salah cakap skit aku nak melenting je.. nak menangis...
bila2 fikir2 balik aku pun salah juga..
kata sorang member aku...
aku ni stress kot..
huhuhu yer ke... stress ke??
yer le tu kot..

Friday, May 14, 2010

:. Ulang tahun perkahwinan yg ke-7 .:

Edit Posted by with No comments

ermmm...
pejam celik... pejam celik.. tak lama lagi aku menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 7..
macam x caya je rasanya..
lagi sebulan je akan genap le usia perkahwinan kami selama 7 tahun..
teringat kenangan masa nak mulakan hidup bersama dulu..
kenangan masa bercinta... masa bertunang... dan masa baru2 kawen...
aku dengan sikap aku yang dari dulu memang keras kepala..
dan suamiku pula jenis yang memang banyak bersabar dan mengalah dalam banyak hal..
syukurlah aku ditemukan dengan orang seperti dia..
kata arwah abah... aku ni seperti api dan suamiku seperti air.. hehehehe
dan hasil dari 7 tahun bersama..
kini kami dikurniakan 3 orang cahaya mata...
LUQMAN HAKIMI 6 tahun
NUR IMAN SAFRI 3 tahun
NUR FARISYA SYAFYRA 15 hari
wahhh macam x caya je kan...
kejap je rasanya semua berlalu..
dalam 7 tahun bersama suamiku ni.. macam2 hal yang berlaku dan berlalu..
ade kisah duka... ade juga kisah gembira..
ape pun... itu semua mengajar aku untuk lebih tabah lagi di masa hadapan..
ni le LUQMAN HAKIMI puteraku yang sulung atau nama manjanya AKIM... suka bercakap n kuat main.. tgk le idung tu masih ade kesan parut lagi akibat kesan terjatuh huhuhu
yang ni plak yang paling manja sekali nama dia NUR IMAN SAFRI putera kedua ku.. atau nama manjanya IMAN.. ni pun x kurang kepohnyer.. cuma dia masih pelat.. hehehe kadang2 cakap pun kami semua x faham... hehehe

yang ni le puteriku yang pertama namanya NUR FARISYA SYAFYRA atau nama manjanya EISYA... yang ni baru 15 hari je melihat dunia... tentulah dia menjadi kesayangan semua... sebab dia ni bukan sekadar anak perempuan pertama kami... tapi ni lah juga cucu perempuan pertama dalam keluarga kami...
"
"
"
semoga tuhan memberkati keluarga kami selamanya .... aminn..









:. Syafira ke Syafyra??????? .:

Edit Posted by with No comments

lerr...
aku baru perasan dalam surat beranak puteri aku ni..
sepatutnya nama dia NUR FARISYA SYAFIRA...
tapi bila tengok dalam surat beranak yang baru buat ni rupanya
NUR FARISYA SYAFYRA....
rupanya hubby ngan adik aku yang pi wat surat beranak ni dia tersalah tulis
I telah menjadi Y...
huhuhuhu.... tapi x pelah... asalkan bunyi dia tetap sama...
so confirm le ni nama anak aku
"NUR FARISYA SYAFYRA"
dan bukan le Nur Farisya Syafira...
apepun harap2 nama ni sesuai untuk my sweet Eisya ni..
mama cayang Eisya k :)

:. Scroll Peninggalan Puteri Bunian Untuk Aku??.:

Edit Posted by with No comments



Korang percaya pada alam bunian?
atau korang sendiri pernah masuk ke dalam alam bunian?
errmmm.. menyeramkan kan...
kata sesetengah orang alam bunian memang wujud...
ermm aku x berani kata apa2
tapi malam tadi dalam tidur aku telah bertemu dengan seorang
PUTERI BUNIAN...
"
"
"
''
"
"
"
'
'
ermm...
korang nak tahu ape Puteri Bunian tu kata kat aku?
dia bagi aku satu scroll...
aku pun bukak le ngan gegel2..
nak tahu ape dalam scroll tu????
"
"
'
"
"'
"
erkkk rupa2 nya resepi Puding Puteri...
lerr... sodap jugak nampaknya... meh kita share k...


BAHAN-BAHANNYA :

  • 4 biji pisang berangan
  • 20 gram prun ( dipotong kecil )
  • 20 gram ceri merah atau hijau ( dipotong kecil)
  • 20 gram gajus
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu tepung kastard
  • 4 sudu gula
CARA MEMBUATNYA :

  • kupas kulis pisang tu dan dibelah dua. goreng dengan kadar minyak yang sedikit yer.. pastu tepikan le dulu.
  • masukkan susu cair di dalam periuk kecil dan campurkan dengan tepung kastard dan gula tadi. Kacau sebati dan masak di atas api yang sederhana sehingga kuah pekat. Ketepikan sekejap k.
  • kemudian campurkan prun dan ceri tadi dengan pisang yang telah di goreng.
  • taburkan gajus di atas pisang tadi
  • tuang susu cair di atas pisang dan sedia di hidang pada waktu sejuk atau panas k ..
selamat mencuba resepi dari puteri bunian ni k...

Thursday, May 13, 2010

:. Corat Coret Majlis Nikah My Little Sister Ayu .:

Edit Posted by with 2 comments


corat coret majlis pernikahan
ayu & mad
meh kita layanzz gambar2 yg berjaya di snap...
"
"
"
"



ni le gambar pengantin lelaki nak bagi aura kat pengantin pompuan... hehehhe
masa aku tawen dulu x dak le plak slot bagi2 aura ni hehehhe
ni le wajah kakak pengantin yang baru seminggu bersalin... masih dalam pantang lagi... korang x pasan ke tu haaa masih pakai bengkung lagi tu.... konon2 nyer le hehehe

waaa... tersenyum simpul pengantin lelaki nak akad nikah... tak sabar2 le gamaknyer tu...

pengantin pompuan dah tanda tangan sijil nikah sambil diperhatikan oleh tuk kadi ngan wali... sape lagi walinyer kalau bukan cik alan kiter huhuhu... muda2 dah jadi wali.. ok ler tu hehehe

ni ler kawan bek aku Cik Masdiana... merangkap juru solek malam tu... sampai kui 1 pagi dia duk kat umah aku... habis mengandam dia temankan aku plak berborak... tq my dear frenz... jasamu di kenang... huhuhu

:. Mee Yang Sodap .:

Edit Posted by with 2 comments


Gambar ni bukanlah baru sangat aku snap..
dah lama gak ler... cuma x sempat nak masukkan dalam lappy ni..
aku suka tgk gambar ni... suka tengok mcm mana dua org hero aku ni melantak mee goreng kat satu kedai makan di Taman Daya ni...
aku x ingat sangat apa nama kedai ni...
tapi mee goreng dia kira boleh tahan lew..
korang tengok je le mcm mana Akim ngan Iman makan..
berselera sungguh.. huhuhu

:. Gambar Kenangan Zaman Sekolah Dulu .;

Edit Posted by with 3 comments

aku baru jer terjaga dalam setengah jam yang lalu...
tu pun sebab Eisya nak menyusu..
pas bagi Eisya susu mata aku plak x dapat tido..
sekali terpandang gambar2 lama masa form 6 dulu..
gambar ni pun aku dapat dari fb member aku..
huhuhu tersenyum sendiri bila melihat gelagat aku dan kawan2 masa sekolah dulu..
waktu tu aku memang terkenal dengan kenakalannya..
nakal yang amat hehehehhe
teringat kat nama gelaran aku masa sekolah dulu 'PEQNA'
hehehe ngan kawan2 aku apaie,fish,barchik,edy,dino wah then ramai lagi...
kalaulah waktu itu dapat diputarka semula huhuhuhu
miss u all le my all frenz..