Wednesday, December 12, 2012
Thursday, May 19, 2011
:. Resepi Cheese Cake Tanpa Bakar ( tolonglah percaya k )
Edit Posted by noie with 5 commentsMonday, April 11, 2011
:. Resepi Apam Polka Dot .:
Edit Posted by noie
Tengah hari tadi tgk siaran Wanita Hari Ini, dia ade le tunjuk cara buat Apam Polka Dot, tetiba hati macam tertarik je nak try.. tu yang usha resepi apam polkadot ni, nampak macam senang je kan.. pstu cute le plak..
sebenarnya ade perasan orang jual apam polkadot ni kt dalam fb, member jugak..
kalau korang sekitar jb nak order leh le cari dia kat fb nama dia "azuka amz ".. haa leh order dengan dia yer.. sorang lagi member aku ni ambik tempahan kek jugak cuma dia lebih pada cupcakes fb dia "tatod best"
apepun korang jangan nak tempah dengan aku benda apam polka dot ni sebab aku baru nak try.. karang takur keracunan plak hahahahah.. ok jom.. jom ke dapur dan buat
Apam Polka Dot ni.. kalau malas kita beli je hehehhe
Bahan:
3 biji telur sejuk ( dr peti ais )
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar (guna santan pon boleh)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry atau ape saje mengikut citarasa
Pewarna ( gunalah dalam 4 jenis warna )
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag kalau tak pun leh guna palstik yg bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..\
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan ( kalau guna colour putih tuk dot lebih sesuai untuk semua jenis warna )
Friday, September 3, 2010
:. Resepi Biskut Raya .:
Edit Posted by noie with 3 comments:. MARI BUAT BISKUT YANG MURAH KOSNYA .:
Edit Posted by noie with 3 commentsResepi ini sebenarnya untuk sesiapa yang nak berjimat membuat kuih raya. tak mahu kos yang tinggi2...
BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHANNYA
375 GRAM MENTEGA
150 GRAM GULA AISING
GARAM SECUKUP RASA
ESEN VANILA
500 GM TEPUNG
½ KOTAK CORNFLAKES
CARA MEMBUAT
PUKUL MENTEGA DENGAN GULA AISING HINGGA KEMBANG
MASUKKAN TEPUNG,GARAM, ESEN VANILA. ULI ADUNAN HINGGA MENJADI DOH.
BENTUKKAN DOH MENGIKUT KESUKAAN DAN GOLEKKAN DI ATAS CORNFLAKES YANG TELAH DICAMPURKAN DAN BAKAR.
BISKUT COKLAT CIP
BAHAN-BAHANNYA
500 GM TEPUNG
325 GRAM MENTEGA
425 GRAM GULA PERANG
4 BIJI TELUR
7 GRAM SODA BIKARBONAT
350 GRAM COKLAT CIP
115 GRAM WALNUT (DICINCANG)
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUAT :
PUKUL MENTEGA DAN GULA PERANG HINGGA KEMBANG
MASUKKAN TELUR SATU PERSATU
MASUKKAN TEPUNG ,BIKARBONAT DAN GARAM
AKHIR SEKALI MASUKKAN COKLAT CIP DAN WALNUT YG TELAH DICINCANG.
Wednesday, August 11, 2010
:. PAJERI NANAS ALA TENGGAROH .:
Edit Posted by noie with No commentsRESEPI : PAJERI NANAS ALA TENGGAROH
BAHAN-BAHANNYA
1 biji nanas ( dipotong dadu dan di celur )
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
sedikit serbuk kunyit
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar
CARA MENYEDIAKAN
Tumis bawang besar, cili merah,kayu manis dan bunga lawang
masukkan cuka, garam, gula dan kacau rata
Masukkan nanas dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata
ni pun sonang jer.... buat jangan tak buat yer!!
