Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Monday, March 7, 2011

:. Nak Ke Pakai Tuala Wanita Berulat?? .:

Edit Posted by with 7 comments
Pernah tak korang terfikir tuala wanita yang kita pakai tu berulat??
eeeeeee..!!!
mesti tu yang korang akan kata..
ni yang aku dapat masa tengah search tentang tuala wanita yang berkualiti punyer...
sat lagi terjumpa artikel pasal tuala wanita berulat ni..
aduhai!!!
cam ne agaknyer kalau kita yang pakai tuala wanita ni??
hampeh tull!!



pernah tgk ke jenama ni kat Malaysia ea?



dah nampak laen je tu kan??


erm.. ape agaknyer tu ea?




jeng.. jeng ... jeng!!


erkk!!!
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!

Saturday, March 5, 2011

:. Kematian Pengiring Suspek Kes Sosilawati .:

Edit Posted by with 1 comment

Terkejut dengan berita kematian pengiring suspek kes sosilawati..
kalau biasa korang tengok
beliau pada gambar atas yang berambut panjang tu..
ermm.. apa sebenarnye yang terjadi ea?
ok yang bawah ni petikan dari akhbar Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga dan rakan Lans Koperal N. Devaraju, 29, bagi membantu siasatan kematian anggota itu yang terbabit dalam nahas jalan raya di Taman Desa Jaya, Kepong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti jika wujud perbuatan khianat melibatkan motosikal yang ditunggang mendiang ketika kemalangan.
Tambahnya, ahli keluarga mendiang juga mahukan polis menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa semasa kejadian motosikal mendiang tidak rosak.
Menurutnya, selain mengambil keterangan, pihaknya juga akan menyemak rekod khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan akhir.
"Kita siasat SMS dan panggilan akhir jika mendiang ada terima ugutan atau apa-apa yang boleh dikaitkan sebelum kemalangan berlaku.
"Hasil bedah siasat di Hospital Selayang semalam menunjukkan mangsa maut akibat lemas dan tiada kecederaan mencurigakan termasuk penggunaan alkohol berlebihan.
"Kes itu setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan dibuat mengikut kehendak keluarga mangsa yang mengesyaki sesuatu tidak kena," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan mangsa yang sering mengiringi suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya maut akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh tembok sebelum terhumban ke dalam longkang.
Menurut Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Supritendan Ismail Ibrahim, mayat anggota polis itu ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian akibat dihanyutkan oleh arus longkang terbabit.
Pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan serius pada mayat mangsa kecuali kesan luka di bibir kanan.
Sebelum ini, mangsa sering dilihat mengiringi suspek pembunuhan Sosilawati dan imejnya yang berambut panjang sentiasa mendapat perhatian ramai.Utusan Malaysia Online - Jenayah

p/s : manusia semakin hilang sifat perikemanusiaan!! hate it!!

Sunday, February 20, 2011

:. Antara Masjid Putrajaya Dan White House .:

Edit Posted by with 6 comments



Antara Dua..
dua kisah dan dua cerita yang berbeza...
mana nak kamu pilih..
mungkin ada yang tak faham apa yang aku maksudkan..
:-)


Masjid Putrajaya

White House

Berhati2 dalam membuat pilihan...
kerna kadangkala kita rasakan apa yang kita pilih itu tidak salah...
walhal sebenarnya...
ermmm..
tepuk dada tanya selera k..




Monday, February 14, 2011

:. Valentine Day Dan Maulidur Rasul Mana Korang Pilih .:

Edit Posted by with No comments

orang muda sekarang bergalak sangat nak sambut

valentine days..


tapi bila sebut

maulidur rasul

semua buat dono jer..
silap2 ade yang tak tahu apa tu maulidur rasul...
ermmm..
korang plak..

antara dua hari penting ni..
yang mana agaknyer korang sambut ea???

Tuesday, January 25, 2011

:. Sejarah Facebook .:

Edit Posted by with 2 comments

Aku ni bukan ler terror sangat bab2 Fb ni..
juz nak share skit info mengenai Facebook ni..
tenu ramai yang dah tahu..
so.. ni kira untuk korang2 yang belum tahu tu yer..

Facebook ni mulai menjadi sebutan pada tahun 2004. Facebook di asaskan oleh
Mark Zuckerberg bersama tiga rakan serumahnya
Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Agak2 bagaimana nama Facebook ni tercipta ea?
Mengikut apa yang aku baca Facebook ni sebenarnya berasal daripada nama timang-timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti untuk penuntutnya terutama di Amerika Syarikat. Ia diserahkan pada permulaan tahun pembelajaran akademik dengan tujuan untuk membantu penuntut saling mengenali antara satu sama lain.
Pada awalnya keahliannya hanya terhad kepada penuntut Universiti Harvard dan kemudiannya ia tersebar ke kolej2 lain di kawasan Boston, Liga Ivy dan Universiti Stanford.
Fb kini terus berkembang sehingga kini ianya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas. Apa yang aku tahu kini web ini telah dianggotai lebih 400 juta pengguna yang aktif dari seluruh dunia..
ntah2 sekarang ni dah makin lebih kot..


Korang macam mana?
ade tak akaun Fb?
hehehe kalau ade.. meh le add aku yer..
teddy_bear81@ymail.com

Wednesday, January 19, 2011

:. Kemurungan Dan Mental Isu .:

Edit Posted by with 4 comments

Dah dua hari ni time nak pi keje aku bukak dulu siaran TV3..
semalam isu pasal kemurungan hari ni plak ade isu pasal pesakit mental..
tak sangka rupa-rupanya kebanyakan rakyat Malaysia memang menghadapi masalah jiwa
( aku tak kot.. sebab aku happy always hehehhe)
tu ler kan seram jugaklah..
sebab benda ni boleh bawa kepada kesan yang lebih teruk..
leh membawa pada bunuh diri tau..
tu kalau dia nak bunuh diir ler..
yang lagi teruk kalau dia bunuh orang lain..
contohnyer..
mendera anak..
dera isteri..
tu pun salah satu sebabnya adalah dari kemurungan..
pada aku le kan ianya bergantung pada diri kita sendiri..
macam mana kita mengawal diri kita.. mengawal emosi kita..




kalau nak di ikutkan semua orang ada masalah kan..
mana ade manusia yang x de masalah..
( orang gila je yg tak ade masalah kekekke )
cuma cara kita menyelesaikan dan mengawal masalah tu saje yang berbeza..
bukan yang bekerja je bermasalah tapi orang yang duk umah 24 jam tu pun leh bermasalah..

semua orang leh kena stress jer..
aku ade dgr org kata kebanyakan stress ni berpunca dari tempat kerja..
aku rasa x setuju le kan..
sebab student leh stress..
suri rumah leh stress..
penganggur pun leh stress ape...





relax n cool...
tu pada aku ler..
hal keje tempat kerja hal rumah di rumah sahaja..
tapi tu le kadang-kadang terbabas gak..
pi keje bawak masalah pejabat..
normal le tu..
tapi kena cepat2 sedarkan diri tu..
kalau tak mahu satu opis kena bambu kekekke


kalau korang stress ape korang buat ea?
bak sini kongsi ngan aku leh?..

p/s : aku ni kalau lebih2 stress aku bantai makan jer hahahah tu yang badan chubby tu..

Saturday, December 25, 2010

:. Penyakit Hati .:

Edit Posted by with 1 comment

Penyakit hati sering melanda masyarakat kita. Kata orang, rupa paras yang cantik belum tentu mencerminkan hati yang baik.. betul le tu.. hidup manusia yang selalu hasad dengki sesama manusia sudah menjadi perkara biasa. Tapi kita kenalah bersabar, semua tu dugaan Tuhan. Manusia yang berpenyakit hati ni, tak kan temukan ketenangan dalam dirinya selagi dia tak mengubati penyakit hatinya itu. Bukan sahaja dalam masyarakat malah dalam keluarganya sendiri.

Kat bawah ni aku nak kongsi sedikit le informasi mengenai penyakit hati ni. Nasihat aku bila korang berdepan dengan orang macam ni, senang jer.. ignore je dia dlm hidup ko, x pun block teruss!! hehehhe tu lebih baik kot..


Macam-macam arti penyakit hati dan sifat buruk manusia :

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki / rejeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antar sesama.

4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak kriminal pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat / Hianat
Hianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan mengobral janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.


Ali bin Thalib pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi
dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:
a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
b) Rasa tamak yang berlebihan.
c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."

Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan
dengan memperbanyak zikrullah.

Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(yaitu) orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."

Zikir kepada Allah ada 3:
a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid,
bertakbir, dan lain-lain dengan lisan
c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga
dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.

Zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain
mengamalkan doa di atas, elok diamalkan zikir ini setiap kali habis
sembahyang fardu.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya:

"Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali,
takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali,
kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu
wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli
syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak
buih di lautan." (Hadis sahih Muslim)



Friday, December 24, 2010

:. Apakah Itu Kemurungan? .:

Edit Posted by with No comments

* Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes.

* Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.

* Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi.

* Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.

* Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius.

* Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki.

* Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.


Simptom-simptom itu termasuk:

* Emosi negatif

* Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)

* Perasaan tidak endah

* Hilang minat dan rasa seronok

* Hilang minat terhadap hubungan seks

* Perasaan sedih

* Rasa letih

* Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak

* Mengalami gangguan tidur

* Mudah sensitif

* Resah

* Keliru

* Kadar konsentrasi yang lemah

* Kesunyian

* Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri

* Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.

Diagnosis

Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu.

Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor. Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:

* Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.

* Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.


Thursday, December 23, 2010

:. Kursus Membuat Dadih .:

Edit Posted by with No comments

Hari ni menghadiri satu kursus cara-cara membuat dadih..
sangat menarik..
terima kasih kepada penganjur..
memberi ilmu kepada kami semua ni...

korang nak tempah tak??
ni geng2 aku tu dah sibuk nak mengambil order...
hehehhehe..

nak masukkan cara-cara membuat dadih kat sini..
tapi takut le yang di sampaikan tu kurang tepat..
almaklum ler.. kiter baru je belajar...
nanti di lain masa..
akan di masukkan yer..
adiosss!!

Saturday, November 6, 2010

:. Tokek Naik Harga.. Orang Jadi Gila .:

Edit Posted by with No comments
Sibuk sekarang ni orang bercerita tentang sejenis binatang seperti cicak..
yang boleh memberikan kekayaan yang besar pada yang menjumpainya..
TOKEK
Apa itu Tokek?
artikel aku sebelum ni mengenai Apa ITu Tokek nampaknya mendapat sambutan ramai..
jadi entry paling popular wat masa ni..
dan ini menunjukkan..
betapa minatnya mereka dengan binatang bernama TOKEK ni...
namun dari apa yang aku dengar mereka hingga sanggup melupakan tugasan harian..
amboie... x leh le mcm tu...
x salah nak mencari duit tepi tapi jangan le sampai tanggungjawab di abaikan..
kalau nak tengok entry pasal TOKEK ni..
sila ke link berikut...



gambar tokek pun ade kat situ...

Monday, October 18, 2010

:. Lanjutan Kisah Arjand Ali .:

Edit Posted by with 2 comments
membaca sinar harian ni ermm sekali lagi isu Arjand Ali dipaparkan..
nampaknya Majlis Belia Felda (MBFM) dan penduduk telah menyerahkan memorandum semalam..
inilah yang dikatakan kerana mulut badan binasa..
apepun aku harap penyelesaiannya nanti berakhir dengan baik..
ikuti petikan dari laporan sinar harian di bawah ni...



MERSING - Berikutan kejadian pemuda orang kurang upaya (OKU), Arjand Ali, 25, memaparkan kenyataan menghina penduduk Felda dalam laman web sosial Facebook pada 13 Oktober lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan penduduk mengambil tindakan menyerahkan memorandum, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan stesen minyak kepunyaan keluarga Arjand di Felda Tenggaroh 2 semalam mendapati 100 penduduk berada di stesen berkenaan sambil membawa kertas rentang tidak puas hati.

Memorandum tersebut mengandungi empat perkara iaitu menuntut penjelasan bertulis yang munasabah dan rasional, menuntut permohonan maaf secara terbuka melalui sidang khas serta dua perkara lain.

Memorandum tersebut diberikan setelah perbincangan hampir 800 belia daripada ahli MBFM Gugusan Felda Tenggaroh .

Pengerusi MBFM Tenggaroh 2, Muhamad Nazri Yusof berkata, artikel yang disiarkan dalam laman web rasmi itu tidak sepatutnya disiarkan memandangkan ianya menyentuh sensitiviti masyarakat Gugusan Tenggaroh.

“Perkara seperti ini tidak wajar dilakukan sesiapa sahaja kerana catatan berkenaan menyentuh sensitiviti masyarakat di sini. Malah dalam catatan yang disiarkan selama satu jam itu mengandu�ngi unsur fitnah dan hasutan,” katanya.


sumber : sinar harian

Saturday, October 16, 2010

:. Tenggaroh : 90 buah rumah rosak teruk .:

Edit Posted by with 1 comment
terkejut aku baca sinar hari ni..
90 buah rumah rosak teruk akibat angin kuat dan hujan batu..
kesiannya bila baca berita tu..
sape nak baca selanjutnya leh klik ------------> sini

"



"


sedikit petikannya ade di bawah


FELDA TENGGAROH - Angin kuat disertai hujan air batu pada jam 4.20 petang telah mengakibatkan kerosakan teruk 90 rumah penduduk gugusan Felda di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 90 rumah berkenaan adalah 84 di Felda Tenggaroh 5; dua di Tenggaroh Timur 1 dan empat di Tenggaroh 7.

Seorang mangsa, penduduk Blok 9, Felda Tenggaroh 5, Suboh Abdul Wahab, 58, berkata, semasa kejadian dia terkejut apabila atap di bahagian bilik tidur diterbangkan angin sejauh 80 meter di belakang rumahnya.

“Air hujan masuk rumah dan dalam keadaan kelam kabut saya hanya sempat menutup barang berharga dengan plastik,” katanya.

Menurutnya, selang beberapa minit kejadian berlaku bekalan elektrik terputus dan dia terus menghubungi Tenaga Nasional

Berhad (TNB) serta tindakan pantas membaik pulih bekalan dilakukan.


sumber : sinar.harian

:. Badget 2011 : Cuti Bersalin 90 hari ... (so nak ngandung lagi ke ni ?) .:

Edit Posted by with 1 comment
Amboie bestnye cuti berasalin dapat 90 hari plak sekarang..
aku le yg melepas sebab baru je bersalin tahun ni..
tak merasa nak cuti 90 hari..
dah tu.. ni nak suh aku beranak lagi ke aper ni?
hahhahaha

meh kita baca skit tentang badget 2011 ni berkenaan cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: Penjawat awam wanita di negara ini akan diberi fleksibiliti kemudahan mengambil cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari, berbanding 60 hari pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kemudahan yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.


"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.


petikan dari harian metro


Saturday, October 9, 2010

:. Menyusukan Bapa Sendiri !! .:

Edit Posted by with 9 comments

Nahhh...
kalau baca tajuk tu mahu pengsan sekejap tapi itu yang terjadi

di negara barat ada satu kajian terbaru..
susu ibu bagus untuk pesakit kancer..
ermm sebab tu sia anak ni sanggup menyusukan ayahnya sendiri..

kalau nak tahu citer selanjutnya leh terjah blog kawan kita ni..

Tuesday, October 5, 2010

:. Ada Sesiapa Nak Beli Tokek? .:

Edit Posted by with 2 comments
Ni adalah permintaan member hubby aku..
ade kawan dia pengumpul Tokek..
dia bercadang nak jual Tokek kepunyaannya..
ada sesiapa nak beli tak?
kalau ada boleh hubungi aku kat alamat email aku tu..

gambar Tokek tu aku tak dapat lagi..
nanti kalau dapat aku akan upload kat sini..

p/s : pada sesiapa yang tak tahu apa itu Tokek boleh baca entry aku sebelum ni..
kat situ gambar contoh tokek pun ada...

untuk pengetahuan korang.. harga Tokek ni boleh dikatakan mahal jugak tau

Monday, October 4, 2010

:. Nak Tumit Kaki Seksi? hahahaha .:

Edit Posted by with 6 comments
ermmmm... selalu ade masalah tumit kaki merekah tak?
kalau dulu orang tua kata tapak kaki kasar tu maknanya kita rajin buat kerja rumah.. huhuhu..

tapi orang sekarang ni plak lain citer..
kalau tumit merekah tak jadi ler dibuat bini..

ni ade petua le nak share ngan korang..
bagi mengelak tumit kaki merekah..
ambil majerin dan sapukan di tumit..
cubalah amalkan selalu..
Insya Allah tumit tidak merekah lagi..

kalau nak tahu mujarab ke tak..
korang cubalah yer..




Friday, October 1, 2010

:. Gadget Baru Dari Blogspot .... 'Popular Post' .:

Edit Posted by with 4 comments

Wah!!
gadgets baru dari blogspot ...
ade popular new post gadget dan blog's stats..
korang dah cuba ke?
aku dah letak dah kat blog aku..
"

"

"
popular post ni bagus tau..
pelawat2 blog kita akan tahu post mana yang paling hangat dalam blog kita..
cuba lah korang senang jer..

korang pun boleh cuba..

Tuesday, September 28, 2010

:. Bonus 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam .:

Edit Posted by with 1 comment
Sekali lagi CUEPACS cuba memperjuangkan nasib penjawat awam dengan
memohon 2 bulan bonus
terima kasih le kepada CUEPACS yang tak berhenti berusaha untuk
memperbaiki nasib penjawat awam..

tapi mampukah kerajaan nak bagi 2 bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan awam di Malaysia ni..
ermm tapikan.. ekonomi negara semakin meningkat..
rasanya tidak ada masalah kot..
kalau tak dapat 2 bulan.. sebulan pun kira ok ler kan..

tak pun naikkan je gaji penjawat awam yang rendah2 sangat tu..
kalau korang nak tahu lebih lanjut..
meh klik sini ------> CUEPACS.BLOG

Wednesday, September 15, 2010

:. Aku Budak Baru Belajar Tarik Traffik Ke Blog .:

Edit Posted by with 4 comments
Seronok dan teruja bila baca di blog senior2 blogger yang kata blog dia org boleh capai
1000+++ traffik sehari..
mak oi.. ada yang 4000 pun ade tau..
alahai aku ni nak capai 400 sehari pun perit tau..
tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni traffik blog aku boleh capai 100++ keatas sehari walaupun aku x update blog.. kalau rajin berblogwalking leh capai 4oo gak.. tu pun nasib2 le..
kalau dulu2 nak tarik 50 sehari pun perit tau..

ni semua berkat aku rajin memfollow dan bertegur sape dengan kawan2 blogger..
tq yer kawan2 yang rajin menyinggah ke teratak buruk hamba ni..


Blogwalking pun satu teknik yang bagus gak untuk menarik traffic ke blog kita..
tapi tu kira secara x natural le kan..
time ade masa rajin berblogwalking boleh le dapat traffik banyak tapi time busy x ade masa menurun le traffik tu..

satu teknik yang aku rasa bagus adalah buat entry mengikut perkembangan semasa..
contohnya sekarang ni tengah hangat isu
KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAWIYA
ataupun sebelum ni sibuk dengan isu
DOWNLOAD VIDEO AREIL & LUNA
sebab isu2 yang hangat nilah yang orang cari di internet untuk dapatkan maklumat semasa..

selain dari tu kalau kita rajin bagi komen kat blog kawan2 pun ade bagusnya jugak..
bila orang tengok kita komen power2 orang yang baca mesti nak tengok blog si pengkomen tu..
heheeheh tapi teknik ni kadang je aku buat..
sebab line aku ni slow giler..
nak mengkomen pun susah...

apepun aku ni masih terlalu kerdil nak dibandingkan dengan otai2 kita yang leh capai ribu2 sehari tu... aduhai ntah bilalah aku nak capai tahap macam dia orang tu..

apepun aku sentiasa nak belajar bagaimana cara nak memantapkan blog aku ni..
kalau ade otai2 yang baca entry ni..
( cehh perasan.. ade ke otai nak jengah blog buruk ni)
boleh le kongsi2 sikit tips dengan kami blogger2 mentah ni...

adiossss!!!!!




Tuesday, September 14, 2010

:. Punca-Punca Pembunuhan .:

Edit Posted by with No comments

Berikut adalah punca-punca berlaku pembunuhan..

  • Membunuh kerana kecewa dalam percintaan.
  • Mempunyai tekanan jiwa yamg teruk hingga mewujudkan perasaan dendam yang kuat
  • Tidak mempunyai pilihan lain dan si pelaku mungkin sudah terdesak untuk menyelamatkan diri.
  • Mereka menganggap membunuh itu sebagai satu hukuman kepada orang yang dimusuhi dan didendami kerana melakukan sesuatu yang pernah menyakitkan hati si pelaku.
  • Apabila nafsu telah menguasi jiwa dan pemikiran yang waras.
  • Sudah hilang rasa kasih dan perikemanusiaan dalam diri terhadap mangsa yang dibunuh.
  • terpengaruh dengan kawan-kawan yang merosakkan diri
  • Pengaruh dadah ataupun alkohol
  • Mahu mengelakkan rahsia dari terbongkar..

Haaaaaa!!!
ini antara pandangan aku kenapa boleh berlaku pembunuhan..
kalau ade yang lain tu mungkin aku tertinggal le tu yer..
apepun.. membunuh bukanlah cara sebenar menyelesaikan masalah..
adiosss!!!